Wednesday, May 30, 2012
Friday, May 25, 2012
Ayah.
Ini ayah saya. Hobi dia suka sangat pegi memancing. Kan dulu masa aku mengidam nak makan udang galah, dia yang pegi mancing dapatkan udang galah untuk aku.Memang dari dulu lagi dia memang minat memancing. Masa duduk PD, dia still berkhidmat dalam askar, every weekend dia pegi bermalam kat laut memancing ikan. Sekali dapat memang syok gila buat BBQ belakang rumah ajak jiran-jiran. Syoknya ingat time tu.
Hasil tangkapan, rezeki Allah sangat luas di lautan. Mungkin ni dekat Kuala Pahang kot. Kat kuala ada ikan jaws ke? Ntahla eh. Aku pun tak tau...
Sori, aku memang tak tau ini ikan apa.
Rezeki Allah luas dan ada dimana-mana. Alhamdulillah. Ya Allah, panjangkan usia ayah aku ini. Aku sayang dia sangat-sangat. Amin.
p/s: tak sabar nak review buku Permata Yang Hilang Kini Ditemui. Banyak panduan dalam buku tu. InsyaAllah aku akan kongsikan bersama.
Thursday, May 24, 2012
PayDay dan Buku
Bila dah hujung bulan, aku selalu berkira-kira bila la nak dapat gaji ni. Macam dah tak sabar da rasanya nak dapat gaji nih. Dalam kepala bila dah dapat gaji, macam-macam aku nak beli, al-maklumla, nak sambut ahli baru dalam keluarga, mesti banyak je wishlist yang perlu disettlekan. Nak tunggu orang sponsor, dalam mimpi jela kot. Hihi.. Ada sapa-sapa nak sponsor Medela FS. :p (Mmg mimpi jela kan!)
Tapi bila dah tiba payday, tengok cimbclicks, tersengihla kejap tengok angka dah berubah dari 2 angka jadi 4 angka.. Kejap je tersengih nya tu. Lepas dah tolak, bahagi, darab semua. Separuh je duit gaji siap bayar hutang piutang semua. Separuh tula nak guna untuk simpanan dan menyara hidup kami. Ecewah.
Gaji aku takdela banyak mana, tapi syukur Alhamdulillah, even setiap bulan abis tinggal sisa-sisa baki je, tapi aku takdela sampai tahap nak pinjam-pinjam orang. Mintak suami tu normallah kan. Tapi mintak pun takdela banyak mana, setakat lepas beli stok sebulan susu, diapers anak jadikla.
Dah kata aku ni jenis perempuan low maintainance je kan. Takdela nafsu aku nak membeli macam-macam untuk kehendak diri aku sesuka hati. Apa yang ada, adalah. Dah biasa hidup serba kekurangan sederhana gitu. HAHA.
Malam ni, aku nak pegi jalan-jalan dengan pengasuh Husna, bulan nikan dia last jaga Husna. Aku sedih sebenarnya nak pisahkan diorang ni. Husna pun dah sangat-sangat serasi dengan pengasuh dia ni. Tapi takpela, bukan lama pun, dalam 2-3minggu je kat pengasuh dia kat Klang tu, lepas tu aku jaga la dia sementara nak tunggu adik baby keluar. Pantang nanti pun aku jugakla yang jaga. InsyaAllah.
Heh, ape lagi ni nak cerita. Hmmm... Oh! Jap, jap. ada satu lagi aku nak cerita. Last week, ntah macamana aku boleh tersesat pegi blog kereta mayat, aku bace entri pasal ape ntah, lupa sudah. Then aku nampak kat sisip tepi blog dia, penulis blog ni ada tulis bukulah! Sebenarnya aku pernah baca blog ni before this tapi takdela hari-hari bukak. Adalah 3-4 kali. Aku pun suka la jugak cara penulisan dia dalam blog tu, ada macam-macam input.
Pasal buku tadi, En Hamka aka si penulis blog kereta mayat ni, ada tulis buku berjudul Permata Yang Hilang Kini Dijumpai. As we know kan, ada buku yang bertajuk Permata Yang Hilang before this. (tak penah tengok atau memiliki buku ni pun tapi tau la buku ni pasal apa kan. Hoho...) Kepada sesiapa yang tak tahu, google jelah!.
Bila bace review about this book, ape pasal ntah, aku macam tertarik pulak. Terus click untuk membeli. Oh, buku ini pasal hal rumah tangga ye, yang belum berumah tangga dah bakal berumah tangga rasanya boleh kot nak beli, cuma yang belum berumah tangga tu, sekadar baca jelah eh sebagai panduan di masa hadapan. Tapi mostly readers blog aku ni dah berumah tangga kot kan.
Cara penyampaian dia pun sempoi dan bersahaja. Tapi ada jugakla apa yang ditulis aku tak agree. Erm baru je baca, belum khatam lagi. Ada 400 muka surat , aku baru baca 160 muka surat. Lepas baca pas kat laki aku pulak baca. Harap lepas ni harmonilah rumah tangga kami. Hahaha. Nak tau lebih lanjut click ajelah kat review pasal buku ni. Ciaw!
Ntah sejak bila la aku suka bace buku.. Huhu.. :p
Tapi bila dah tiba payday, tengok cimbclicks, tersengihla kejap tengok angka dah berubah dari 2 angka jadi 4 angka.. Kejap je tersengih nya tu. Lepas dah tolak, bahagi, darab semua. Separuh je duit gaji siap bayar hutang piutang semua. Separuh tula nak guna untuk simpanan dan menyara hidup kami. Ecewah.
Gaji aku takdela banyak mana, tapi syukur Alhamdulillah, even setiap bulan abis tinggal sisa-sisa baki je, tapi aku takdela sampai tahap nak pinjam-pinjam orang. Mintak suami tu normallah kan. Tapi mintak pun takdela banyak mana, setakat lepas beli stok sebulan susu, diapers anak jadikla.
Dah kata aku ni jenis perempuan low maintainance je kan. Takdela nafsu aku nak membeli macam-macam untuk kehendak diri aku sesuka hati. Apa yang ada, adalah. Dah biasa hidup serba
Malam ni, aku nak pegi jalan-jalan dengan pengasuh Husna, bulan nikan dia last jaga Husna. Aku sedih sebenarnya nak pisahkan diorang ni. Husna pun dah sangat-sangat serasi dengan pengasuh dia ni. Tapi takpela, bukan lama pun, dalam 2-3minggu je kat pengasuh dia kat Klang tu, lepas tu aku jaga la dia sementara nak tunggu adik baby keluar. Pantang nanti pun aku jugakla yang jaga. InsyaAllah.
Heh, ape lagi ni nak cerita. Hmmm... Oh! Jap, jap. ada satu lagi aku nak cerita. Last week, ntah macamana aku boleh tersesat pegi blog kereta mayat, aku bace entri pasal ape ntah, lupa sudah. Then aku nampak kat sisip tepi blog dia, penulis blog ni ada tulis bukulah! Sebenarnya aku pernah baca blog ni before this tapi takdela hari-hari bukak. Adalah 3-4 kali. Aku pun suka la jugak cara penulisan dia dalam blog tu, ada macam-macam input.
Pasal buku tadi, En Hamka aka si penulis blog kereta mayat ni, ada tulis buku berjudul Permata Yang Hilang Kini Dijumpai. As we know kan, ada buku yang bertajuk Permata Yang Hilang before this. (tak penah tengok atau memiliki buku ni pun tapi tau la buku ni pasal apa kan. Hoho...) Kepada sesiapa yang tak tahu, google jelah!.
Bila bace review about this book, ape pasal ntah, aku macam tertarik pulak. Terus click untuk membeli. Oh, buku ini pasal hal rumah tangga ye, yang belum berumah tangga dah bakal berumah tangga rasanya boleh kot nak beli, cuma yang belum berumah tangga tu, sekadar baca jelah eh sebagai panduan di masa hadapan. Tapi mostly readers blog aku ni dah berumah tangga kot kan.
Cara penyampaian dia pun sempoi dan bersahaja. Tapi ada jugakla apa yang ditulis aku tak agree. Erm baru je baca, belum khatam lagi. Ada 400 muka surat , aku baru baca 160 muka surat. Lepas baca pas kat laki aku pulak baca. Harap lepas ni harmonilah rumah tangga kami. Hahaha. Nak tau lebih lanjut click ajelah kat review pasal buku ni. Ciaw!
Ntah sejak bila la aku suka bace buku.. Huhu.. :p
Labels:
membebel,
sharing is caring
Wednesday, May 23, 2012
Monday, May 21, 2012
Cerita takde gambar
Lagu ni best. Sambil-sambil tulis entri, sambil-sambil layan lagu OST Seindah Sakura ni.
Salam Hari Isnin yang bosan. As usually, aku takde keje arini. Yeay! Not yeay sebenarnya... Bosan.
Selamat melalui 1 lagi minggu. (Tak sabar nak bersalin ni sebenarnya asik menghitung minggu) Wiken yang tipikal, menyiapkan kerja rumah as usual, mendobi, memasak-aku berjaya buat kuih keria tak jadi sira gulanya dan kuih cek mek molek untuk sarapan, lipat gunung kain, siapkan beg bersalin, kemas rumah 10-20 kali. Husna sangat suka menyepahkan barang-barang dia, serta pakar menumpahkan apa saja yang dipegang. Pelik. Pegangla apa saja, pasti tumpah ke lantai. Ada satu peristiwa satu malam. Aku lapar sangat tapi tak nak makan berat-berat. Aku kan diet dinner. Diet dinner? Konon nak budget adik baby keluar nanti dalam 2.8-2.9kg je. Takmo lebih 3kg. Senang nak teran, tapi tengok berat sekarang pun dah hampir menyamai macam last mengandungkan Husna. Kita cuba sajalah yang terbaik yeh. Allah yang menentukan.
Ok, sambung cerita di suatu malam, rasa lapar, tengok dalam peti sejuk ada tinggal 2 biji telur n mayonise. Roti pun ada, maka aku pun cadangla nak buat roti mayo. Siap rebus 2 biji telur tu, si Husna pun datang mengendeng kat dapur, dah dilenyek-lenyek telur dalam mangkuk kaca, dia macam dah tak sabar nak makan, tapi aku cakap dengan dia, sabar Husna, ibu nak amik mayonise dalam peti sejuk. Masa aku nak amik mayonise dalam peti sejuk, dia pun pegang mangkuk tu dan PRANGGGGGGG!!! Pecah berderai mangkuk kaca beserta telur yang dah siap lenyek tu bersepah atas lantai. Oh anak! Ibu lapar ni anak Oi, dia pulak boleh pecahkan mangkuk macam tu je. T___________T. Sedih 40kali. Rasanya kalau ada batu belah batu bertangkup, aku dah masuk dalam tu dah rasanya. HAHAHA. Babai Husna, ibu kempunan nak makan roti telur mayonis. :((
Kena jugakla dengan aku. Sedih oi, perut tengah kebulur, telur tinggal 2 biji tu je. Apa nak makan ni? Stok makanan takde da kot. Last-last teringat ada marjerin, sapu roti dengan marjerin letak gula. Sudah! Tu jela dinner kita malam tu ye Nak.
Dahla, malas nak buat cerita sedih-sedih. Eh sedih ke? :p
Dan lagi, semalam jugak, Husna dah dapat rambut baru. Baru je komplen-komplen pasal rambut dia minggu lepas, ayah dia kan bace blog ibu dia ni. Elok je lepas mandi dengan ayah dia semalam, tengok rambut dah kena tarah hentam keromo. Terus ibu cakap. Husnaaaaaa.......... Ibu takmau kawan Husna, dah tak comel. HAHAHA. Sanggup taknak kawan dengan anak sebab tak comel? Comel ke tak, ibu sayang la.. Ibu marah-marah pun ibu sayang tahu. Baru je plan nak pegi salon kasi potong comel-comel. At last..kena jugakla dengan ayah dia. Ayah cakap, tak yah bazir-bazir duit. Yelah. T____T. Nanti kite amik pic rambut baru dia. Tepek kat sini.
Cerita pasal tepek pic kat blog, rupanya blog aku ni dah penuh dengan pic. Tulah sesuka hati je letak pic sampai dah penuh kuota 1G. Baru 4 tahun berblog, gambar dah penuh, cane nak teruskan sampai dah tua nanti? Heh? Last entri pasal rambut Husna aku nak letak gambar tapi dia tulis camni:
Whoops! You're out of space. Purchase more storage.Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage you purchase is shared between several Google products and is in addition to your free quota. Learn more
Menggagau jugakla, terus tanya kat UB. Rupa-rupanya ada kuota rupanya nak upload pic dalam blog ni. Free 1G, lepas tu kalau nak lebih-lebih kena bayar okeh. Tak kuasa aku nak bayar, penyelesaiannya, sila ke Picasa Web Album dan delete mana-mana pic yang tak berkenaan, susah jugak nak delete pic tak berkenaan, sebab suma macam berkenaan je. Once dah delete, dalam blog pun di delete jugak. Maka, harini, aku tulis entri takde gambar. Babai.
Berita semalam: Takziah buat penulis blog Nurulism, Nurul Haizum aka Chika di atas pemergian ayahanda tersayang. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Friday, May 18, 2012
Alkisah Rambut Cik Husna
Bila besar sikit, nampak dah dia mempunyai rambut yang kerinting. Aku memang dah dapat agak, sebab genetik kitorang dari 2-2 belah pihak pun tak punyai rambut yang lurus. Rambut aku ikal, suami agak kerinting. Sebab tu dia suka botakkan kepala dia. Dan masa baby rambut dia tak pernah dicukur atau digunting. Cuma adalah trim sikit kat depan mata dia sebab dah cucuk-cucuk mata. Menyesal jugak tak cukur, sebab masing-masing takut, nak bawak pada yang pakar asik bertangguh-tangguh, at last Husna makin besar dah sayang pulak nak botakkan. Kalau boy takpela botak kepala. Ni girl. Ada rambut sikit pun orang dok kate boy jugak. Huhu.
Dan ini rambut dia sekarang. Bakal kakak di usia 2tahun.
Agak berserabut bila dah berpeluh-peluh.
Nape ntah buat muka macam tu. Huhu. Aku pun dah jarang sangat nak amik pic dia, sebab selalu sangat rambut berserabut macamni. Tak comel la Husna. Kalau ikat rambut baru kemas kan.
Rambut Husna ade bentuk spring sebenarnya. Tapi tak sekata. Dah panjang pun iya jugak, cuma kerinting, rambut dia suma naik ke atas.
Masa ni aku snap pic masa dia tengah borak dengan ayah dia dalam Hp.
Masa ni boleh dikatakan agak terurus.
Aku sebenarnya pening nak manage rambut dia ni. Agak serabut lagi-lagi waktu panas, dengan peluh, fuh, masam dia sedap!! Hahaha... Pulak tu jenis yang payah sangat nak ikat rambut, ikat sekejap, dia raba-raba atas kepala, lepas tu dia leraikan ikatan. Sakit...sakit, adu dia. Tak boleh buat apa dah. Dibiarkan aja macamtu, tapi ibu yang memandang ni yang rimas. Apa nak buat eh? Kadang-kadang rasa nak bawak pegi salon kasi comeikan sikit rambut tu, atau potong je terus macam boy. Ayah dia memang dah brapa kali suruh potong tapi aku tak bagi, sayang kot. Tapi bila lama-lama, aku macam serabut tengok rambut dia tapi in da same time sayang. Hadoi. Cemane ni Husna, dia tak rimas, ibu pulak yang rimas.
Aku mengharap, mengharap lagi tu, bila Husna besar sikit, rambut dia mudah nak urus dan jadi macamni. HAHAHA...
Ini pic cucu Pak Long aku. Cilok ye dari FB. Rambut dia cantik. Lagi2 bila dah panjang.
Or like this. So suwit...
P/s:
1. Sapa perasan, baju Husna yang newborn boleh pakai sampai 2 tahun. Kan aku dah cakap, Husna pakai baju sampai hancur. Selagi tak hancur, aku pakaikan selagi muat. Huhu..
2. Jeles jugak tengok anak-anak yang mempunyai rambut lurus, like Naurah, Raina, and Medina. Comel jugak diorang dengan rambut lurus. Dah macam anak dara sangat-sangat. :))
Labels:
khalisya husna,
membebel
Telekung Sulam Vietnam
Assalamualaikum wbt.
Salam jumaat.
Eceh, bagi salam dihari jumaat saja. Hari lain mula entri main terjah je. Bukan apa, hari ni mak buyung rasa macam nak berniaga pulak dalam blog ni. Nak berniaga pun, benda yang baik, yang semua muslimah guna waktu bersujud pada Allah. (amboi ayat...)
Sebenarnya, kat ofis ni mak buyung ni adalah jual Telekung from Vietnam. Tolong kawan sebenarnya....
Have a look la dulu kan. (Aku ni tak reti sangat bab-bab nak ber'marketing' ni.)
Antara warna yang still available waktu ini (andai ada warna yang still available saya akan update):

Putih + Kuning
Coklat + Putih
Putih + Pink
Kuning, Coklat dan Pink.
Sulaman yang kemas. Ada bunga-bunga timbul di atas permukaan kain telekung ni.
Bahagian hadapan
Bahagian belakang.
Material kain adalah licin, kain jatuh dan selesa (sejuk je). Permukaan muka juga tiada getah, yang biasanya kalau kita dah pakai lama, dia akan loose. Saya memang suka telekung jenis ni yang tak ada getah.
Harga untuk sepasang adalah RM70 termasuk pos. Untuk orang Jb yang boleh COD, harga lain akan diberikan.
Kepada sesiapa yang berminat, ingin memiliki telekung yang amat selesa ini, boleh email saya di n_fashya@yahoo atau komen di bawah entri ini.
Terima kasih.
Thursday, May 17, 2012
Beg bersalin
Tujuan utama tulis entri ni untuk ingatan sepanjang hayat. Sebab untuk persediaan beg bersalin kali ni, aku totally lupa apa yang perlu dibawa ke hospital dan apa yang aku sumbat dalam beg masa bersalinkan Husna dulu, supaya boleh dijadikan panduan untuk yang ke 3, 4, 5, 6, 7 dan yang ke 8. Hamboi, brapa banyak anak kau nak Fashya. Kehkehkeh. Lagipun masa bersalinkan Husna dulu, macam banyak benda yang tak perlu aku bawak pegi hospital.
Terima kasih jugak untuk Faizah, sebab sudi bagi panduan kat Fashya apa yang perlu dibawa ke hospital kelak.
Untuk baby:
Untuk ibu:
Aku rasa cukupla kot, aku belum pack lagi sebab ada banyak lagi barang yang belum ada. Gaji nanti bolehla cukupkan barang-barang tersebut. InsyaAllah.
1'm 34weeks now, nervousnya rasa nak jadi ibu anak dua ni. Hover!
Terima kasih jugak untuk Faizah, sebab sudi bagi panduan kat Fashya apa yang perlu dibawa ke hospital kelak.
Untuk baby:
- Baju newborn (3 pasang)
- Mittens and booties (3pasang) (pengalaman aku, make sure M&B ni muat untuk kaki dan tangan baby, sebab masa Husna dulu longgar, asikla jatuh kebawah je. Last-last hilang.)
- Topi - 1 helai
- Barut - 3 helai
- Tuala mandi - 1 helai
- Tuala kecik - 3 helai
- Baby wipes - 1 pack
- Minyak telon - 1 pack
- Napkin - 2 helai
- Bedung - 2 helai
- Diapers - 20 pieces tu cukup kot.
- Receiving blanket - 1 helai
Untuk ibu:
- Buku merah (I'm not sure kenan bawak 2-2 atau tak macam Faizah punya list, but untuk keselamatan better bawak yang current dan previous punya buku merah) *Buku merah bukan passport tau..
- Baju butang depan, senang cerita baju kemeja ( Senang nak breastfeed) - 2@3 pieces (Tak perlu bawak banyak kot, nanti kena pakai baju hospital je.
- Kain batik - 4 helai. Aku suggest bawak banyak sebab takut banyak darah, boleh tembus @ terkencing dalam kain sebab asik tahan kencing sebab ngeri nak jalan ke toilet, bila dapat masuk toilet, tak sempat-sempat jumpa bowl dah terkencing dulu. HAHAHA... (pengalaman :p)
- Stokin - 2 pasang
- Tudung - 2 helai
- Sweater - 1 helai
- Tuala - 1 helai
- Toilettries (Shower foam, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka)
- Maternity pad (Untuk aku, aku prefer yang boleh ikat kat pinggang, memula lepas jahit ngeri oh nak pakai panties.)
- Selipar - 1 pasang
- Nursing bra - 2-3 helai
- Manual Breastpump + storage bottle, senang tak perlu cari soket
- Makanan dan minuman, takut lapar...
- Bahan bacaan rohani, eg: buku bacaan doa, al-mathurat dll.
- Charger handphone. Kamera.
Aku rasa cukupla kot, aku belum pack lagi sebab ada banyak lagi barang yang belum ada. Gaji nanti bolehla cukupkan barang-barang tersebut. InsyaAllah.
1'm 34weeks now, nervousnya rasa nak jadi ibu anak dua ni. Hover!
Labels:
2nd pregnancy,
tips
Wednesday, May 16, 2012
Monday, May 14, 2012
Membebel.
Mother's day semalam? No celebration apa-apa pun. Suami tak wish pun aku tak kisah jugak. Tapi dia wish jugakla. Siap suruh Husna wish kat ibu lagi. Ayat dia " terima kasih sebab jaga Husna". Aku okay je. Apsal macam takde perasaan je. HAHAHA.. Perasaan nak wish kat mak sendiri or mak mertua pun takde..:p Ate, mak sendiri dah takde, sedekah Al-fatihah jela. Nak wish kat MIL, dia tukar no phone, aku plak tak tau no phone baru dia, but I know, my MIL sekarang tengah tak sihat. Moga-moga mak cepat sembuh ye. Amin...
Semalam sehari suntuk kami dekat rumah je. Bila cek 2-2 wallet/purse kami laki bini masing-masing ada RM40 je. HAHA..Perlukan mention di sini? :p So, takdela tergedik-gedik nak keluar pegi ukur mall or pegi mana-mana. Walhal hati ni rasa nak je keluar beli barang baby yang belum ada lagi nih, tapi sabariah jela... Badan ni pun takdela larat mana, baby asik buat keras-keras je, nak jalan pun macam siput. Lagi-lagi bila dah duduk, mak ai, malas betul nak bangun. Baju adik baby pun dah selamat didobi semalam. Lepas ni boleh prepare beg bersalin la pulak.
Aktiviti semalam hanya bergolek-golek kami anak beranak depan tv, depan laptop, Husna dengan RIO dan Barney nya. Sehari suntuk tengok pun takde hal. Siap hafal certain lagu dalam cerita ni. Cerita Rio ni memang best, tengok banyak kali pun boleh nganga lagi masing-masing. Lagi satu sebab kartun dia so colorful, manalah anak beta tak suka.
Husna sangat-sangat happy bila ibu ayah dia ada sekali. Dengan ayah manja Ya Rabbi. Yang si ayah, anak menangis merengek macammana lah pun, sabar je layan kerenah Husna, kalau aku, dah lama jugak kena tinggalkan, kalau dilayan, takut naik pulak suara. Adeh, cemane suami beta sangat bersabar gitu. Bila aku bertegas sikit, dia mulala nak back up. Takut anak pulak jadi spoilt. So ayah Husna, bila ibu bertegas sikit, jangan back up anak boleh? Aku observed, kalau aku hukum sikit Husna, dia pegi kat ayah mengadu. Not good kot. Dia tau, bila dia kena hukum, ada orang yang nak back up dia. Cakap jugak dengan hubby, tapi dia macam tak sampai hati kot anak kene hukum. Hukum makna disini, bertegas la, bukan marah mendera.Advised anyone?
Dah tu jela kot nak tulis untuk hari ni.
Tak lupe nak wish congratulation pada Faizah yang telah selamat melahirkan baby girl on weekend lepas secara normal. Alhamdulillah. Sorang-sorang dah bersalin. Aih, nervous pulak rasanya ni.
Labels:
membebel
Friday, May 11, 2012
Wishlist...wishlist...untuk Si adik
Macam Fad, aku pun ada wishlist untuk adik baby. Adik baby pun nak jugak barang baru kan, takkan semua nak pakai kakak punya. So far, bab-bab baju rasanya dah agak complete dah kot, kat UK aritu memang aku dah borong baju baby abis-abisan, cuma topup sikit-sikit jela, sebab kebanyakan baju yang aku beli kat UK kain jenis agak tebal, sesuai dengan cuaca sana, aku plak lupa kat Malaysia takde salji. LOL. Bengong betul mak kau. Campur dengan Husna punya sikit. Baju Husna pun tak banyak sangat, dia pakai baju sampai hancur. Yang ada pun dalam 2-3 pasang je untuk adik boy. Yang lain baju-baju girl.
Antara wishlist aku yang ntah berkesampaian ke tak adalah:
1. Medala FS, but aku pasti yang ini ntah bila akan berkesampaiannya (ayat apakah?). Ini mungkin wishlist jangkapanjang kot. Teringin sangat nak tapi sapa nak belanja? Hihi... Tapi yang paling dekat dalam fikiran aku ni, aku nak Avent Manual Breastpump sebenarnya. Yes, aku ada Spectra 3 dan masih elok berfungsi, cuma nak buat back up manual breastpump je. Dulu ada Medela Harmony tapi macam tak masuk ah dengan jiwa aku, (ceh jiwa konon) kenapa ntah. Pakai beberapa kali terus let go.
3. Set tilam from Needle Craft ni. Super duper cute sangat! Nak satu! Antara design yang aku berkenaan untuk baby boy.
Antara wishlist aku yang ntah berkesampaian ke tak adalah:
1. Medala FS, but aku pasti yang ini ntah bila akan berkesampaiannya (ayat apakah?). Ini mungkin wishlist jangkapanjang kot. Teringin sangat nak tapi sapa nak belanja? Hihi... Tapi yang paling dekat dalam fikiran aku ni, aku nak Avent Manual Breastpump sebenarnya. Yes, aku ada Spectra 3 dan masih elok berfungsi, cuma nak buat back up manual breastpump je. Dulu ada Medela Harmony tapi macam tak masuk ah dengan jiwa aku, (ceh jiwa konon) kenapa ntah. Pakai beberapa kali terus let go.
Harap-harap kalau dapat yang ni, kena lah dengan jiwa I okeh. :P
2. Botol susu Pura Kiki
Jatuh cinta pulak dengan botol susu ni sebab dia cute dan yang penting tahan lama, orang kata worth it for money value kan. Pakai sampai pecah? No. Pakai sampai kuning? No. Pakai sampai hilang kaler? No. Pakai sampai ape ye? Haaa...kan tahan lama tu. Berbaloi kot nak guna. Planning asal nak ajar baby guna puting botol murah-murah Pigeon, Anakku je, bila dapat review from other bloggers, Fad n Mas, eh, terus aku jatuh chenta gitu. Harap-harap kali ni adik baby senang nak addapt dengan botol susu tau. Tak mau sejarah berulang kembali bila teringat Husna sangat payah nak terima botol susu. Nak nangis bila ingatkan.
1. Birdie...birdie...
2. Tutubang....tutubang
3. ABC......Z
Syomel sangat kan. Aku suka design-design ni antara sebab boleh ajar Husna Abc, Husna jugak suka dengan kapal terbang and animal. Eh, ini untuk adik baby ke Husna? Huhu...
4. Baby cot. Biasalah ni, kang kalau dah 4 orang atas 1 tilam cemane pulak la kan, tapi ntahla kan, cemane eh, kang susah pulak nak breastfeed baby, ke Husna ni nak kena belikan katil single untuk dia je. Nanti-nantila fikirkan. Tengok keadaan. Hmmm....
Cukupla kot wishlist ni, ni pun kalau beli selepuk ni mau lebih 1k kan. eh yeke? Tak sampai kot, tapi still kena beli berdikit-dikit, aku bukan orang kayo. Bab stroller rasanya aku tak brapa nak menggila-gila sangat beli stroller, Husna punya dulu pun tak pakai sangat. Bab carseat tu pun Husna punya okay lagi, cuma bila dah baca entri from Dina ni, kena cek balikla life time carseat Husna dulu, kalau tak kena fikirkan balik la samaada nak beli atau tak. Aku harap wishlist aku ni dapatla aku kongsi sekali dengan suami beta.. Kohhkofff (Ena, tiru sikit gelak mu.:P)
Labels:
2nd pregnancy,
adik baby
Thursday, May 10, 2012
Adik Baby 33weeks
Jarang update pasal adik baby dalam blog ni kan. Sekarang adik baby dalam rahim ibu dah 33minggu. Kalau ikut due date, lagi 7minggu je adik baby nak jengah ke dunia. Nervous? Mestilah ada. Bila fikir-fikir macam sekejap ajela adik baby ni nak keluar dah. Ibu pun macam dah tak larat bebenar dah nak bawak ke sana ke sini. Lagi-lagi nak uruskan kakak dia lagi. Heh, Husna masih dengan aku, tak boleh ah nak berpisah dengan dia. Dari bulan ke bulan janji dengan ayah dia nak bagi ayah pulak jaga Husna since ibu dah makin sarat. Takpela, selagi boleh jaga, aku jaga lah, nanti rindu payah pulak. Ayah dia takpe, dah biasa jauh dengan anak bini, almost 3 years dah. Aku pun tak tahu bila akan berakhir zaman PJJ yang macam &*%^*&%*^$.. okay, malas nak cerita....
Last week pegi check up jumpa doktor KK Taman U, alhamdulillah, nampaknya pregnat kali ni aku tak payah nak minum air gula, benda ni paling aku avoid sekali bila time pregnant. Tak mau ah terseksa minum air gula lagi. Berat badan pun just nice, naik 500g je dari 2minggu lepas. Dan berat sekarang adalah 58kg. Bagus, berat baby je yang bertambah. Coz 3minggu lepas aku scan berat baby 1.1kg, masa cek up aritu dah naik 1.6kg. Yahoooo, berjaya jugak diet aku dimasa pregnant ni. Bukan diet ah sebenarnya, cuma aku skang amalkan makan dinner simple-simple je, tapi masa breakfast dan lunch aku tibai abis-abisan. Rasa-rasanya baby ni kuar kecik sikit kot dari kakak dia. Agaknyalah.
Dan dalam sejarah jugak, cek up minggu lepas hubby teman aku pegi KK sama-sama. Tak pernah umur kan. Al kisah, dia hantar aku balik Jb lepas balik dari majlis pertunangan adik aku di Segamat, lepas tu tak larat nak drive balik Klang semula terus je aku paksa dia amik cuti. Kebetulan hari tu aku ada cek up, paksa lagi dia teman aku. Tertidur-tidur laki aku kat KK sebab kepenatan kot plus lama sangat tunggu sampai 3 jam. HAHA. Standard ah kalau pegi cek up kat KK. Mane boleh kurang dari 2 jam, mesti lebih punya.

Kepala adik baby @ 32weeks.
Doktor Taman U jugak mengesahkan baby dalam rahim aku ni adalah baby boy. No secret.
Nampak cik bird dia...
Untuk kelahiran kali ni, aku jugak bercadang untuk bersalin dekat Hospital Sungai Buloh lagi. Abes anak-anak sume jadi orang Selangor. Takde N9 n Johor dah. Maknanya aku kena amik cuti awal untuk pastikan aku dah ada kat Klang sebelum bersalin. Cuak jugak sebenarnya ni, aku terlalu renyah pregnant kali ni. Mane tau adik nak keluar awal.. Harap-harap takla, mana aku nak letak Husna in case aku terasa nak beranak, takkan nak drive kereta sendiri pegi hospital dalam keadaan sakit-sakit. Oh, aku tak dapat bayang ah. Cuma dah siap pesan awal-awal dengan pengasuh Husna, in case terjadi apa-apa kat aku, aku hantar Husna pegi rumah pengasuh je. Lepas tu call ambulan angkut aku naik ambulan je. HAHA... exaggerate sangat!
Buku pink yang perlu ditanda pergerakan baby.
Kalau nak tahu, sepanjang-panjang tick-tick tu semua aku reka je. Adeh, bukan niat nak tipu @ mengelat tapi macam tak sempat nak pantau pergerakan baby dalam perut ni. Mane nak kejar itu ini, lagi-lagi kalau cuti, lagila tak sempat nak pantau. Maka, reka ajela time pergerakan tu complete 10 gerakan pukul berapa. Yang penting aku rasa baby akan gerak sepanjang masa. Malam pun aktif sangat. Baby kan tak bagi ibu dia tidur mengiring belah kanan, kalau mengiring ke kiri @ terlentang dia okay. Tak selesa agaknya. Dahla selalu letak kakak Husna sebelah kanan, sian kakak Husna kena membontoti ibu pulak.
Aku sebenarnya sangat-sangat-sangat nervous nak jadi ibu beranak dua ni. Macamana gaya agkanya eh. Hmmm.... Dan mungkin dalam pantang, aku dijaga kejap oleh adik perempuan aku. Dia pun bz nak sambung master, mujur time aku bersalin, dia still free, but still ada kerja untuk dilangsaikan sebelum jadi student semula. Dan aku agak jugak, pantang aku nanti bakal berpantang secara koboi lah. Mudah-mudahan, kelahiran kali ni dipermudahkan Allah, normal dan tak jahit banyak sangat.
N tahniah jugak buat kawan-kawan blogger yang dah bersalin, Reen, Mas... Me coming soon. Kagum dengan Mas sebab berani buat homebirth, dan Reen, berjaya melahirkan anak secara normal. Alhamdulillah.
Okay, dah abis membebel.... dada
Labels:
2nd pregnancy
Monday, May 7, 2012
Selamat Hari Lahir Husna yang keDua
Apa nak update blog ni. Dah masuk awal bulan 5. Yang pasti bila awal bulan 5, adalah hari ulangtahun kelahiran anakanda beta yang ke 2 tahun ni. Syukur Alhamdulillah, anak dara saya tu semakin bijak akalnya, sihat tubuh badannya, semakin petah berkata-kata. Dan kadang-kadang boleh ibu buat ibu pening dengan perkataan dia yang dicipta sendiri. Contohnya: KIYAU.. Okay tak payah explain panjang-panjang apa makna Kiyau itu.. HAHA. pergi redah FB aku kalau nak tahu.
Al kisahnya, tahun ini punya celebration birthday Husna, ala simple mimple saja, cukup sekadar mengingati hari lahir dia yang ke dua. Kami dah celebrate secara ringkas kat kampung sempena adik perempuan saya bertunang pada cuti hari pekerja yang lepas. Mula- mula saya dah plan nak beli sebiji kek SR untuk buat makan-makan, tapi bila atok ayah Husna cakap dia dah beli kek, okayla, tak payah nak beli SR lagi. Save budget aku di situ.. kehkehkeh.

Pukal. Kek 3 in 1.
Kek coklat untuk birthday makcik aku (1st May), adik aku (30th April) dan Husna (4th May).
No kek pelangi @ pavlova. Huhu
Mak kau yang over ni Husna.
Ada video yang nampak ibu lagi over, segan nak upload sini. Tergedik-gedik dengan perut tu. HAHA
Saja buat seronok-seronok anak beranak. Buat majlis pun dah petang lepas upacara merisik n pertunangan adik aku, badan masing-masing pun dah berlengas kan, so macamnila rupanya besday girl. Haha.
Untuk anak ibu yang dikasihi, Khalisya Husna.
Semoga menjadi anak yang sentiasa menyenangkan hati ibu ayah dan cemerlang dunia akhirat. AMIN
Ibu sayang kamu selamanya.
Labels:
HB,
khalisya husna
Subscribe to:
Posts (Atom)