Mother's day semalam? No celebration apa-apa pun. Suami tak wish pun aku tak kisah jugak. Tapi dia wish jugakla. Siap suruh Husna wish kat ibu lagi. Ayat dia " terima kasih sebab jaga Husna". Aku okay je. Apsal macam takde perasaan je. HAHAHA.. Perasaan nak wish kat mak sendiri or mak mertua pun takde..:p Ate, mak sendiri dah takde, sedekah Al-fatihah jela. Nak wish kat MIL, dia tukar no phone, aku plak tak tau no phone baru dia, but I know, my MIL sekarang tengah tak sihat. Moga-moga mak cepat sembuh ye. Amin...
Semalam sehari suntuk kami dekat rumah je. Bila cek 2-2 wallet/purse kami laki bini masing-masing ada RM40 je. HAHA..Perlukan mention di sini? :p So, takdela tergedik-gedik nak keluar pegi ukur mall or pegi mana-mana. Walhal hati ni rasa nak je keluar beli barang baby yang belum ada lagi nih, tapi sabariah jela... Badan ni pun takdela larat mana, baby asik buat keras-keras je, nak jalan pun macam siput. Lagi-lagi bila dah duduk, mak ai, malas betul nak bangun. Baju adik baby pun dah selamat didobi semalam. Lepas ni boleh prepare beg bersalin la pulak.
Aktiviti semalam hanya bergolek-golek kami anak beranak depan tv, depan laptop, Husna dengan RIO dan Barney nya. Sehari suntuk tengok pun takde hal. Siap hafal certain lagu dalam cerita ni. Cerita Rio ni memang best, tengok banyak kali pun boleh nganga lagi masing-masing. Lagi satu sebab kartun dia so colorful, manalah anak beta tak suka.
Husna sangat-sangat happy bila ibu ayah dia ada sekali. Dengan ayah manja Ya Rabbi. Yang si ayah, anak menangis merengek macammana lah pun, sabar je layan kerenah Husna, kalau aku, dah lama jugak kena tinggalkan, kalau dilayan, takut naik pulak suara. Adeh, cemane suami beta sangat bersabar gitu. Bila aku bertegas sikit, dia mulala nak back up. Takut anak pulak jadi spoilt. So ayah Husna, bila ibu bertegas sikit, jangan back up anak boleh? Aku observed, kalau aku hukum sikit Husna, dia pegi kat ayah mengadu. Not good kot. Dia tau, bila dia kena hukum, ada orang yang nak back up dia. Cakap jugak dengan hubby, tapi dia macam tak sampai hati kot anak kene hukum. Hukum makna disini, bertegas la, bukan marah mendera.Advised anyone?
Dah tu jela kot nak tulis untuk hari ni.
Tak lupe nak wish congratulation pada Faizah yang telah selamat melahirkan baby girl on weekend lepas secara normal. Alhamdulillah. Sorang-sorang dah bersalin. Aih, nervous pulak rasanya ni.
dh tau gender baby ye. girl kot hehehhee
ReplyDeleteboy la yun..hihi
ReplyDeletebest ah sepasang fashya heheheh...hrp kite sok pon boy ^___^
Deletehihihi kalau isya.. elly yg tak boleh tahan kalau isya kene marah ngan papa dia.. kalau dengar dia nangis lagi la..huhuhu
ReplyDeleteMaybe sebab ayah dia jarang dengan dia, tu yang susah sikit nak marah... elly kene kental sikitla kot tgk anak camtu kot
Deletehabi x back up sgt naurah. dia nk pujuk pon kdh naurah x mau. kehkehh. kesian habi ku. naurah mmg super addicted to her ibu. pdhal sllu je ibu nie mls nk layan n marah2 dia. tetap ibu no.1. klu ibu buat dia marah, dia ngadu kt ibu balik ckp ayah yg buat dia nanes. sabokn ajelah hahahahha...habi paling kesian sbb x pasal2 dia yg kena =P
ReplyDeletefaizah da bersalin? siryes baru tawu neh huhuhu
Huhu, sian hubby ena. tak pasal2 dipersalahkan..hihi..
Deleteaah, faizah dah bersalin.. baby girl. :)
cuti 3 bulan ey nanti fashya?bestnye..leh spend masa lama2 dengan baby kan..
ReplyDelete2bulan cuti dengna gaji. 1 bulan cuti tanpa gaji...
Deletepantang 3 bulan tu syoknya
ReplyDeletesyok abis...:))
Delete