Tapi bila dah tiba payday, tengok cimbclicks, tersengihla kejap tengok angka dah berubah dari 2 angka jadi 4 angka.. Kejap je tersengih nya tu. Lepas dah tolak, bahagi, darab semua. Separuh je duit gaji siap bayar hutang piutang semua. Separuh tula nak guna untuk simpanan dan menyara hidup kami. Ecewah.
Gaji aku takdela banyak mana, tapi syukur Alhamdulillah, even setiap bulan abis tinggal sisa-sisa baki je, tapi aku takdela sampai tahap nak pinjam-pinjam orang. Mintak suami tu normallah kan. Tapi mintak pun takdela banyak mana, setakat lepas beli stok sebulan susu, diapers anak jadikla.
Dah kata aku ni jenis perempuan low maintainance je kan. Takdela nafsu aku nak membeli macam-macam untuk kehendak diri aku sesuka hati. Apa yang ada, adalah. Dah biasa hidup serba
Malam ni, aku nak pegi jalan-jalan dengan pengasuh Husna, bulan nikan dia last jaga Husna. Aku sedih sebenarnya nak pisahkan diorang ni. Husna pun dah sangat-sangat serasi dengan pengasuh dia ni. Tapi takpela, bukan lama pun, dalam 2-3minggu je kat pengasuh dia kat Klang tu, lepas tu aku jaga la dia sementara nak tunggu adik baby keluar. Pantang nanti pun aku jugakla yang jaga. InsyaAllah.
Heh, ape lagi ni nak cerita. Hmmm... Oh! Jap, jap. ada satu lagi aku nak cerita. Last week, ntah macamana aku boleh tersesat pegi blog kereta mayat, aku bace entri pasal ape ntah, lupa sudah. Then aku nampak kat sisip tepi blog dia, penulis blog ni ada tulis bukulah! Sebenarnya aku pernah baca blog ni before this tapi takdela hari-hari bukak. Adalah 3-4 kali. Aku pun suka la jugak cara penulisan dia dalam blog tu, ada macam-macam input.
Pasal buku tadi, En Hamka aka si penulis blog kereta mayat ni, ada tulis buku berjudul Permata Yang Hilang Kini Dijumpai. As we know kan, ada buku yang bertajuk Permata Yang Hilang before this. (tak penah tengok atau memiliki buku ni pun tapi tau la buku ni pasal apa kan. Hoho...) Kepada sesiapa yang tak tahu, google jelah!.
Bila bace review about this book, ape pasal ntah, aku macam tertarik pulak. Terus click untuk membeli. Oh, buku ini pasal hal rumah tangga ye, yang belum berumah tangga dah bakal berumah tangga rasanya boleh kot nak beli, cuma yang belum berumah tangga tu, sekadar baca jelah eh sebagai panduan di masa hadapan. Tapi mostly readers blog aku ni dah berumah tangga kot kan.
Cara penyampaian dia pun sempoi dan bersahaja. Tapi ada jugakla apa yang ditulis aku tak agree. Erm baru je baca, belum khatam lagi. Ada 400 muka surat , aku baru baca 160 muka surat. Lepas baca pas kat laki aku pulak baca. Harap lepas ni harmonilah rumah tangga kami. Hahaha. Nak tau lebih lanjut click ajelah kat review pasal buku ni. Ciaw!
Ntah sejak bila la aku suka bace buku.. Huhu.. :p
selamat menanti hari hari gembira.. :)
ReplyDeleteaku selalu jengah blog kereta mayat. dia pun tak udate hari-hari jadi takdelah rasa ketinggalan sangat kalau jarang-jarang baca. input yang da bagi memang bagus. dia punya isi pun bernas. aku memang pembaca tegar. tapi tak sangka pulak ko beli buku dia. nanti review eh! aku pun nak tahu apa isi nye.. :)
nnt adik husna mesti suka baca buku mcm mak die :)
ReplyDeletedh tak lama dh nk dpt baby, eksaited pulak rase