Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

PayDay dan Buku

Bila dah hujung bulan, aku selalu berkira-kira bila la nak dapat gaji ni. Macam dah tak sabar da rasanya nak dapat gaji nih. Dalam kepala bila dah dapat gaji, macam-macam aku nak beli, al-maklumla, nak sambut ahli baru dalam keluarga, mesti banyak je wishlist yang perlu disettlekan. Nak tunggu orang sponsor, dalam mimpi jela kot. Hihi.. Ada sapa-sapa nak sponsor Medela FS. :p (Mmg mimpi jela kan!)

Tapi bila dah tiba payday, tengok cimbclicks, tersengihla kejap tengok angka dah berubah dari 2 angka jadi 4 angka.. Kejap je tersengih nya tu. Lepas dah tolak, bahagi, darab semua. Separuh je duit gaji siap bayar hutang piutang semua. Separuh tula nak guna untuk simpanan dan menyara hidup kami. Ecewah.

Gaji aku takdela banyak mana, tapi syukur Alhamdulillah, even setiap bulan abis tinggal sisa-sisa baki je, tapi aku takdela sampai tahap nak pinjam-pinjam orang. Mintak suami tu normallah kan. Tapi mintak pun takdela banyak mana, setakat lepas beli stok sebulan susu, diapers anak jadikla.

Dah kata aku ni jenis perempuan low maintainance je kan. Takdela nafsu aku nak membeli macam-macam untuk kehendak diri aku sesuka hati. Apa yang ada, adalah. Dah biasa hidup serba kekurangan sederhana gitu. HAHA.

Malam ni, aku nak pegi jalan-jalan dengan pengasuh Husna, bulan nikan dia last jaga Husna. Aku sedih sebenarnya nak pisahkan diorang ni. Husna pun dah sangat-sangat serasi dengan pengasuh dia ni. Tapi takpela, bukan lama pun, dalam 2-3minggu je kat pengasuh dia kat Klang tu, lepas tu aku jaga la dia sementara nak tunggu adik baby keluar. Pantang nanti pun aku jugakla yang jaga. InsyaAllah.

Heh, ape lagi ni nak cerita. Hmmm... Oh! Jap, jap. ada satu lagi aku nak cerita. Last week, ntah macamana aku boleh tersesat pegi blog kereta mayat, aku bace entri pasal ape ntah, lupa sudah. Then aku nampak kat sisip tepi blog dia, penulis blog ni ada tulis bukulah! Sebenarnya aku pernah baca blog ni before this tapi takdela hari-hari bukak. Adalah 3-4 kali. Aku pun suka la jugak cara penulisan dia dalam blog tu, ada macam-macam input.

Pasal buku tadi, En Hamka aka si penulis blog kereta mayat ni, ada tulis buku berjudul Permata Yang Hilang Kini Dijumpai. As we know kan, ada buku yang bertajuk Permata Yang Hilang before this. (tak penah tengok atau memiliki buku ni pun tapi tau la buku ni pasal apa kan. Hoho...) Kepada sesiapa yang tak tahu, google jelah!.


Bila bace review about this book, ape pasal ntah, aku macam tertarik pulak. Terus click untuk membeli. Oh, buku ini pasal hal rumah tangga ye, yang belum berumah tangga dah bakal berumah tangga rasanya boleh kot nak beli, cuma yang belum berumah tangga tu, sekadar baca jelah eh sebagai panduan di masa hadapan. Tapi mostly readers blog aku ni dah berumah tangga kot kan.

Cara penyampaian dia pun sempoi dan bersahaja. Tapi ada jugakla apa yang ditulis aku tak agree. Erm baru je baca, belum khatam lagi. Ada 400 muka surat , aku baru baca 160 muka surat. Lepas baca pas kat laki aku pulak baca. Harap lepas ni harmonilah rumah tangga kami. Hahaha. Nak tau lebih lanjut click ajelah kat review pasal buku ni. Ciaw!

Ntah sejak bila la aku suka bace buku.. Huhu.. :p




Tuesday, November 1, 2011

Mom, say NO to Microwave

Assalamualaikum.

ENTRI INI ADALAH TERLALU BANYAK FAKTA. AYAT PUN BERJELA-JELA. TAPI CUBALAH UNTUK MEMBACA SEHINGGA HABIS. SEMOGA KITA MENDAPAT MANFAAT DARINYA. INSYAALLAH

Semalam, saya sempat ber'blogwalking' beberapa blog hot momma sekalian (baru ada kesempatan). Dan salah satu blog yang saya terjah adalah blog Aishah Rahim yang menulis tentang wishlist untuk tahun 2012. Semua wishlist yang dia nak, saya pun nak jugak. Cuma mixer dah ada pemberian hadiah kawen dulu dan lesen memandu jugak sudah ada sejak 4 tahun yang lepas. Oven memang dah jadik wishlist sebab terliur dengan kek-kek buatan korang sendiri. Nak mintak, jauh. Hahaha... Maka kena usahakan sendiri untuk beli satu oven untuk membakar.

Tapi bila tengok salah satu wishlist adalah microwave, saya rasa terpanggil untuk share sesuatu tentang microwave ini. Kawan-kawan, penggunaan microwave tidak dinafikan sangat mudah dan pantas untuk penyediaan makanan, terutama sekali pada waktu sahur masa bulan puasa, betul tak? Tapi dengan ilmu sedikit yang saya tahu ni, saya ingin berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan semua tentang keburukan microwave. Mungkin ada yang tidak tahukan.


Saya cilok dari internet. Credit to: halaqah.net

Cara masak adalah melawan fitrah:

Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro.

Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar. Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang! Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan . Ketuhar pengancam nyawa Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an.

Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia. Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja.

Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa! Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini ‘dipaksa’ berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan. Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan. Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap ‘makanan mati’; atau badan mengumuhkannya dengan pantas.


Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda. Penemuan mengejutkan Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi’i. 


Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry. Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun.

Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan. Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?

Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:

• Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia ‘memendekkan’ utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).

• Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.

• Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro .

• Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.

Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.

Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.

• Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.

• Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.

• Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.

• Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.. Fikirkan… Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku ‘haruan makan anak’ serta amalan seks luar tabi’i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina -perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan?

Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.

Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri?

Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa sibuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang. Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya.

Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa! Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia.

Antaranya:

http://www.mercola. com/article/ microwave/ hazards2.htm

http://www.cancersa lves.com/ article/microwav e.html

http://www.indigosu n.com/august99/ microwave. htm


http://usahitman.com/microwaves-toxic/


Kadang-kadang kita tak sedar, apa yang kita lakukan boleh mengubah sesuatu yang lebih besar dan memberi impak pada kesihatan dan sifat kita. Seperti mana penggunaan SLS @ SLES dalam mandian/sabun harian kita. Saya sekadar berkongsi dengan rakan-rakan semua. Bukan nak tunjuk pandai tau. SHARING IS CARING.:)


Wallahualam......

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ