Thursday, July 29, 2010

PA&MA

Jom beli PA&MA bulan 8. Ada banyak panduan tentang penyusuan susu ibu.. Enjoy!!!


Wednesday, July 28, 2010

FUhhhhhh!!!

2 barang kesayangan saya sekarang:

Pertama: Blackberry
























Gamble gila beli gadget ni..bestnya bile dah dapat blackberry ni....mudah nak online kat mane-mane aje. En.hubby tak tau pun saya dah memiliki gadget yang best ni..HAHAHA..sori en hubby, sebab you dah amik semula E71 tu, alasan dia, senang nak tgk pic anak bila dok jauh-jauh ni. So, i buat keputusan yang sangat gila untuk memiliki blackberry. Bestnya...habis duit gaji i tau bulan ni nak beli beri hitam ni... You jangan marah tau, tak cukup duit bulan ni I tuntut dengan you...hihi


Kedua: Proton Satria Neo R3 Racing

Ni pun satu, masa pegi showroom proton haritu, nampak je proton lotus ni terus terpikat, trus buat keputusaan drastik nak ride this car... Wah, bestnya... Dah beli and dapat dah pun, bawak balik kampung, 1 kampung terpegun wa cakap lu.... Tapi masalah betul nak bawak kereta power ni, I tak reti lagi sebab banyak sangat button nak handle kete ni, ade ke masa nak bayar tol, sepatutnya I kene ke depan, kereta ni ke belakang, sebab I salah tekan button yang banyak gila... Kereta-kereta kat blakang sume kene reverse sebab takut tgk kereta I terkebelakang. Kang terlanggar kang susah pulak. Malu jugak I sebab kete power tapi tak reti nak bawak..HAHAHA..


Yang buat I susah hati dengan kereta ni, Ish....gaji ciput, mampu ke I nak bayar every month?? Haiya....dengan nak beli keperluan anak lagi...Cemanela I boleh buat keputusan gila nak beli kereta ni pulak..Hadoi..problem, problem....Konfirmla kene ikat perut weh!!




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.................................................................................

Teettttttttttttt.....



Jangan nak berangan hokei yang pakai kedua-dua mende tu....

Semua tu mimpi aje, mimpi malam tadi...Kui..kui..kui.......
Apolah gilo nak pakai kereta racing tu, kat Malaysia ni ade 25 biji aje..very the limited....
Pastu leh approve ke loan saya nak bli kete dgn gaji ciput ni..HAHAHA.....

Apsal ntah bleh plak termimpi beli blackberi ngan satria neo tu...
Nak kata berangan, takdelah plak...

Sebenarnya, dah lama tak mimpi-mimpi ni sejak ade anak, al-maklumlah...tido tak lena,
Nak bagitau sebenarnya, tido lately makin lena, husna dah tak meragam sangat da malam-malam.... Mesti nak gak selit nama anak dalam entri kan????

Tapi seriusly, masa mimpi, boleh terfikir camni; mintak-mintakla ni semua mimpi, sebab rase tak mampu nak bayar bulan-bulan kereta Neo R3 Racing Limited Edition ni...LOL

Dan bila kusedar dari tidur, masih setia Nokia 5070 ku di sisi dengan bunyi alarm....dan bila keluar dari rumah, masih setia Kancil putih ku di parking...HAHAHAHAHA....

Visit by DYMM The Sultan of Johor

Date: 26 July 2010
Venue: CEPP, UTM

..the banner..



..Ketibaan Sultan Ibrahim dan Permaisuri Zarith Sofea ke CEPP..



..Tuanku diberi penerangan tentang produk CEPP oleh Pengarah dan NC UTM..


..Our team..

..Putri-putri CEPP...cewah..


..Bersedia menyambut kedatangan Tuanku..



..Bergambar beramai-ramai bersama Tuanku Sultan dan Permaisuri..


..Yeay, we did it..

Selamat semuanya berjalan dengan lancar............Menjunjung kasih Tuanku...
Daulat Tuanku.

futnot: entri bergambar saja...malas nak menulis
[kredit pic untuk OP cepp, n pic-pic di FB]


Friday, July 23, 2010

Contest Mrs. Teppei

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan, saya nak join contest yang dianjurkan oleh ibu Naurah, Mrs Teppei.
sorila lambat sket nak buat, sebab dok jenuh pikir pic mane yang nak taruk..

Ten.tera........

Ni pic yang bertuah terpilih untuk contest ni...
Bagi saya, walaupun muka saya dalam pic ni sangat huduh dan tak comel, tapi amat bermakna bagi saya sebab nilah muka yang terhasil selepas beberapa jam bertarung nyawa melahirkan Husna. Masa ni baru beberapa jam kami bergelar ibu n ayah..Sangat bermakna...Bahagianya rasa.....
Kini baru tau betapa besarnya pengorbanan seorg ibu bagi melahirkan zuriatnya ke muka bumi.
Husna!! semoga menjadi anak yang solehah..
Aminnnn....

Ibu, mama, mak, umi, momi,
walau ape pun gelaran, anda seorg yang hebat!!
So, marilah sama-sama join ini contest ye.. :)

Tuesday, July 20, 2010

Siannya kat anak ibu tu..


Anak ibu semalam macam tercedera sikit, balik dari amik Husna dari rumah pengasuh, dia tak tido, tapi dalam kereta asik nguap-nguap je, pastu saya ternampak macam ade darah kat dalam mulut dia. Hati dah gundah gulana aje, nak cepat sampai rumah, nak belek mulut dia. Knapa la anak ibu ni ye, apela pengasuh tu buat sampai anak ibu ni jadik camni. Apsal pulak la saya ni tak bertanya kat pengasuh tu. Macam-macam andaian yang saya buat malam tadi. Pengasuh Husna skang dia dah tak train Husna minum susu guna botol, dia suap aje susu dengan sudu. Agaknya sudu tu terkena mulut Husna kot.

Saya dah risau andai kata dia sakit masa menyusu, nasib baik dia bila B ada dalam mulut dia tak menangis,mungkin dia tak sakit. Tak sakit takpelah, saya cube pujuk diri sendri. Mungkin dia tak sengaja, cube berandaian +ve. Lepas tu, saya belek-belek satu badan Husna, takde apa-apa.

So far, pengasuh Husna skang ni bila ade ape-ape jadik kat Husna dia akan bagitau, tapi semalam takde pun dia bgtau ape-ape. Report kat hubby, dia soh amik pic, takut gak kalau ade ape-ape lagi yang jadik. Erm....macam tulah, kalau anak dijaga oleh orang lain, ikutkan hati nak aje saya berhenti keje jaga sendiri anak. Tapi tulah, taraf hidup yang makin tinggi ni, buat keinginan saya tu terpaksa dilupakan. Nak buat cemana, tawakal saja pada Allah, itu yang terbaik.

Sian nye tgk muka Husna, suci, innoncent, jujur.......suci seputih kapas...apalah yang dia tau kalau org nak nak marah-marah dia @ nak bentak-bentak dia. Kadang-kadang saya pun nyesal kalau saya bertindak macam tu, dulu lah sebelum dapat addapt jaga dia sorg2, sekarang dah ade kesedaran n dah boleh terima. Bila die menangis malam-malam, saya yang mengantuk terpaksa tenangkan dia, dah boleh kawal diri dari marah-marah dia. Cuba ingat Allah....

Ya Allah, peliharalah anak aku, Husna dari segala bahaya...sesungguhnya Kaulah sebaik-baik penjaga dan kuatkan lah semangatku. Amin.........

Monday, July 19, 2010

mintak pendapat

Nak mintak pendapat...nak mintak pendapat...

eh, salam tak ape tak..tibe-tibe nak mintak pendapat orang.
Okay, Assalamualaikum...

Saya yang cume nak mintak pendapat you all semua, adakah patut saya stay rumah yang saya duduk sekarang which is ade lagi 3 orang anak dara dan saya bersama Husna. Ataupun, berpindah ke rumah yang lain, hanya kami berdua saja yang tinggal.

Pilihan pertama,
mungkin agak memudahkan saya sikit, sebab bila nak mintak tlg kawan-kawan tolong tengokkan Husna kalau saya nak buat keje @ mandi ke, ape-ape jela....tpi bila difikir-fikirkan balik macam tak kena duduk dengan anak bersama-sama org bujang. Hmmmm...cemana ek. Lagipun kalau hubby datang hujung minggu, susahnya nak fikir, nak dok mane, nak tido mane. Kitorg terpaksa stay kat rumah makcik-makcik @ sedara-sedara yang dok area-area Jb ni...Hmm..sampai bila nak macam tu kan, nak menumpang rumah orang. Dahla jumpe seminggu sekali, dok rumah org mane ade privacy...yekan????

Pilihan kedua
duduk rumah lain hanya berdua dengan Husna, ok tak? Berdua je, kalau hubby datang senang, tak yah nak fikir nak stay mane, leh lepak-lepak...tp tak bahaya ke kalau berdua je dengan dia eh..Ish buntunya kepala otak ni...Hadoi...macam takut plak bila dok berdua je...Tapi cemane pulak kalau saya nak buat keje lain ke, nak mintak pertolongan org lain ke...Hubby suggest sewa umah lain je, sebab sonang dio nak datang melepak-lepak dengan anak bini dia. Dah ade anak ni, die jela kene dtg Jb, saya dah susah nak gerak ke mana-mana dah....Maybe Ibu qaish boleh bagi pendapat??? Or sape-sape aje.


Tapi kalau nak difikir-fikirkan, memang skarang ni saya jela yang uruskan si Husna ni, cume bezanya ade org lain dalam rumah tu.. U get me???

Tolong ye.. :D
Arigatou

Friday, July 16, 2010

apa saja

Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..salam jumaat...

Mood biasa, ari2 mengantuk walaupun Husna tak meragam sangat malam tadi, tapi tak tau apsal ntah badan letih-letih memanjang. nak g urut tak pegi-pegi.

Pagi tdi mood Husna kureng sket, dah 2 hari dia asik kaco ibu dia bersiap-siap nak g keje, kalo tak sebelum ni dia tido aje, nak tinggalkan dia g mandi ke, solat ke no hal, sampai angkat dia masuk kereta @ nak tukar diapers dia barula dia sedar, kalo tak tido je.

Dah 2 hari ni tawakal ajelah pegi masuk bilik air mandi sambil biarkan dia leka dengan playmate dia. Bila keluar bilik air je, dgr suara merdu buluh perindu dia. Cepat-cepat dtg dukung si tecik tu. Nak solat pun gitu gak, agak2 dia dah tenang, letak balik kat playmate dia...siap-siap pakai telekung, tak sempat nak takbiratuuhram, dia dah berdondang sayang pulak. Nak tak nak biarkan aje dia nangis jap, sambung solat tanpa ade kekusyukan langsung.... :( Lepas solat barula dapat dodoi-dodoikan dia. Then bila dia dah sambung tido balik, barula boleh siap-siap nak g keje.

Macam tu lah 2-3hari ni...Semua keje kene buat macam lipas kudung. Mandi, makan, solat semua kene buat dalam keadaan yang cepat-cepat.

Tak tau sampai bila saya mampu hadapi keadaan yang ntah bila nak berakhir. Kadang-kadang dah rase sangat-sangat pasrah + redha dengan semua yang dah ditetapkan untuk saya. Dah malas nak fikir, nak mengenang nasib. Biarkan saje, ape org nak cakap, let it be. Aku yang tanggung, bukan korang. Biarla Husna, kite duduk 2 org je...hanya kita 2 orang. Yang penting Allah sentiasa dengan kita, lindungi kita. InsyaAllah. Kalau ibu sedang susah-susah pun ibu malas nak ngadu-ngadu, bukan boleh buat apa-apa pun. Nak meratap menangis, takkan selesaikan masalah pun, so cekalkan hati, lalui semuanya dengan ikhlas dan redha.

Ye, sabar.....itulah ayat yang selalu muncul, saya masih boleh bersabar. Jangan risau, Fashya ni kental orangnya. Dah macam-macam dilalui, dari kecik dah diajar berdikari. Makin lama nti makin lali lah dengan mende-mende ni sume.

Ye....saya dah makin boleh addapt dengan semua ni. Saya cuba untuk belajar sikit-sikit. Untuk Husna ape aje saya sanggup buat. Biar ibu bergolok gadai pun takpe, bersusah-susah sorang-sorang kat sini pun takpe. Apa lagi tak tidur malam mendodoi Husna.. Ibu sanggup!

Hah!! teremo pulak pagi-pagi ni, sori readers..................sekadar meluahkan perasaan.. T__T


futnot: ape ibu buat kalau ibu tension?? click shopping online, borong baju Husna banyak-banyak, cantik-cantik. Ibu suke tengok Husna cantik-cantik, comel-comel. Senang hati ibu tgk Husna. Dulu ibu tak dapat rasa, skang ibu nak anak ibu rasa pulak. Biarpun duit dah ciput sangat dlm bank. Habiskan..habiskan untuk anak. Takpe... :p

Thursday, July 15, 2010

31 Dis 1959~~15 July 2003-semoga tenang dan amanmu disana

7 tahun yang lalu......

Waktu ni 7 tahun yang lalu, kami sekeluarga dibasahi dengan airmata. Bila insan yang kami paling sayang pergi selama-lamanya mengadap Ilahi. Siapa sangka, sakit yang dialami akan membawa dia hujung nyawa. Insan yang saya maksudkan ialah Ibu.

Ibu mengalami sakit TIBI yang dah diperingkat yang akhir, simptom sakit TIBI = simptom santau. Arwah ibu mmg percaya dengan sakit-sakit buatan orang ni. Dia jugak enggan menerima rawatan dari hospital. Ingat lagi, bulan Mac tahun 2003, masa tu saya masih lagi berada tahun akhir matrix, tengah sibuk-sibuk study untuk final exam di matrikulasi. Masa tu dia just demam yang berpanjangan, tidak lah begitu risau, ingatkan demam biasa je. Tapi demam dia berlarutan sampai ke hujung nyawa. Keluar masuk hospital jangan ceritalah, dah berkali-kali.

Antara simptom-simptom sakit TIBI, demam yang berlarutan terutama tengahari, muntah darah, berat badan turun mendadak. Semua ni dialami oleh arwah ibu, sakit yang dijangkakan terkena santau. Tapi yang saya peliknya, kenapa masa mula-mula arwah sakit, sakit tibi ni tak dapat dikenalpasti, bila dah hujung-hujung nyawa baru dapat dikenalpasti.

Cuti antara habis matrikulasi nak masuk ke universiti, saya habiskan masa dirumah menjaga adik-adik disebabkan keadaan kesihatan ibu yang tidak menentu. Tapi apelah fikiran saya mase umur 18tahun, asik nak fikir keseronokan, asik membantah untuk cari kerja. 3 bulan cuti, kalau duduk rumah mestilah bosankan. Tak fikir pun ibu sihat ke tak masa tu, lagipun arwah tak tunjukkan sangat sakit dia. Bila dia dah tak sihat sangat barulah dia baring saja tak larat nak buat ape-ape.

Habis cuti 3bulan, bulan Jun 2003 saya ditawarkan melanjutkan pelajaran ke UPM, masa nak hantar saya ke U tu, arwah nak sangat ikut, tapi ayah tak bagi atas sebab kesihatan ibu yang tak baik. Tapi saya pujuk arwah, ckp bila ibu dah sihat nti, ibu ikutlah ayah gi melawat aca kat UPM. Dia hanya senyap aje...... T__T. Itulah kali terakhir saya melihat arwah, sewaktu saya nak bertolak ke UPM.

Memang dia tak sempat pun nak melawat saya kat sana. Saya teringat lagi panggilan telefon dia yang terakhir, dia cube sembunyikan sakit dia, cube bergelak ketawa dengan saya. Saya cume doakan dia cepat sembuh. Tapi agaknya dia tau nak pergi, dia cume ckp "ntah bila la nak sembuh, ibu pun tak tau boleh sembuh ke tak, ibu tak larat sangat dah ni".... Risau dibuatnya.

Kebetulan masa tu, saya sedang bergelut dengan exam sem pertama. Saya tak dapat nak buat ape-ape. Kalau diingat-ingat kembali waktu tu, meleleh jugak air mata ni. tapi saya dah redha dengan ketentuan Ilahi, saya masih teringat panggilan telefon yang menyatakan ibu saya telah kembali mengadap Allah sewaktu didalam dewan kuliah. Saya dah tak kisah dengan org sekeliling, saya menangis teresak-esak. Saya penah bercerita disini.

Cepat sungguh masa berlalu, 7 tahun sudah pemergian ibu, kalau ibu ada mesti dia gembira dengan kehadiran cucu sulung dia. Argh...saya tak dapat bayangkan dia sedang memegang Husna. Indahnya kalau ibu ada....

Ibu, anakmu kini telah bergelar ibu, kini aku dah tau betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Kini aku tau betapa susahnya menjaga seorang anak. Lagikan ibu mampu menjaga 9 orang anak. Terlalu banyak dah ibu lalui. Terlalu banyak yang pahit dari yang manis. Anakmu ini terlalu banyak dosa, andai dapat diputarkan waktu, aku ingin sekali mencium kakimu Ibu...Semoga roh mu sentiasa dicucuri rahmat. Hanya doa mampuku kirimkan...

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Badariah binti Abdollah. Amin~~~~

good info

Perspektif

Perspektif ibu

Pengalaman ibu semasa proses kelahiran mendatangkan perasaan positif dan negatif. Kadangkala ibu mengalami ‘baby blues’ dan antara faktor yang menyumbang ke arah terjadinya perkara ini adalah:
Perubahan biologi.
Kelesuan.
Hilang perhatian.
Peningkatan permintaan atau tanggungjawab di rumah.

Perasaan ini bermula sehari atau sejurus selepas kelahiran dan kebiasaannya berlangsung selama seminggu atau dua minggu dan berakhir dengan sendiri tanpa memerlukan apa-apa rawatan.

Perspektif bapa
Kini ramai bapa memainkan peranan dalam proses kelahiran. Semakin lebih perhatian bapa, perasaan rapat dengan isteri dan anak yang baru dilahirkan semakin besar.
Perspektif bayi
Bayi yang baru dilahirkan menghasilkan hormon ‘tekanan’ yang dipanggil ‘catecholamines’ yang membantu membersihkan paru-paru bayi dan membantu pernafasan normal. Ia juga meningkatkan metabolisme dan tenaga bayi.

Hubungan ibu bapa-bayi
Apabila ibu dan bayi menghabiskan masa bersama selepas kelahiran, ini dapat menghasilkan hubungan istimewa yang membantu bayi membesar. Selepas sebulan, ibu dapat merasakan respons dari bayi mereka. Terdapat masa sensitif sejurus selepas kelahiran di mana ia adalah hubungan fizikal antara ibu dan bayi dan apabila hubungan ini terganggu, kegagalan keibubapaan akan terjadi dan ini menyebabkan anak lebih berisiko didera dan diabaikan.

Ciri-ciri Bayi yang Baru Dilahirkan
Bayi yang baru dilahirkan sehingga berusia 1 ataupun 2 bulan dipanggil neonate. Bagi bertahan, bayi yang baru dilahirkan ini perlu berjaya mengharungi 4 perkara major seperti:
Bernafas dengan sendiri.
Melakukan pertukaran peredaran darah.
Mengawal suhu badan.
Menghadamkan makanan.
Penampilan fizikal

Bayi yang baru dilahirkan mempunyai ukuran panjang 19-21 inci dan ini bergantung kepada saiz uterus ibu berbanding genetik. Berat bagi bayi yang baru dilahirkan pula kira-kira 7-7.5 paun. Selepas bayi keluar dari vagina, kepala bayi tidak berbentuk sempurna, muka bengkak dan hidung agak rata. Ini disebabkan oleh tekanan semasa melalui saluran kelahiran. Bayi yang baru dilahirkan ini juga diselaputi oleh selaput berwarna putih dan melekit. Selaput ini dipanggil vernix caseosa dan ia berfungsi sebagai pelindung bayi daripada bakteria.

Skala Apgar digunakan bagi menentukan sama ada bayi memerlukan rawatan kecemasan ataupun tidak. Skala ini adalah salah satu cara mendiagnosis masalah yang berpotensi dialami oleh bayi. Ini berdasarkan 5 perkara yang diuji iaitu respirasi, tindak balas refleks, otot, warna dan degupan jantung.

Refleks

Refleks adalah tindak balas yang mudah, berkoordinasi dan memberikan jalan yang terhad bagi bayi supaya dapat berinteraksi dengan persekitaran mereka. Antara refleks adalah ‘Refleks Perlindungan’ seperti batuk, bersin, kerdipan mata dan pergerakan otot. Refleks ini boleh dijadikan indikator dalam perkembangan sistem saraf. Refleks yang terlalu kuat ataupun lemah atau yang tidak menunjukkan sebarang perubahan perkembangan mungkin menunjukkan yang bayi itu mempunyai masalah.

Perubahan

Perubahan dapat dilihat pada tahap kebangkitan di mana bayi berjaga-jaga, memberikan perhatian dan alam sedar. Tahap-tahap yang berbeza ini dapat diterangkan dalam 6 kategori major iaitu menangis, meragam, mengantuk, transisi, tidur pura-pura dan tidur nyenyak.

Corak tidur bayi

Bayi yang baru dilahirkan tidur purata 16 jam sehari. Bayi tidak tidur selama 16 jam sekali gus tetapi tidur sebanyak 6 ataupun 7 kali sehari, kira-kira 2 sehingga 3 jam sekali. Bayi yang baru dilahirkan mungkin tidur bagi beberapa minit ataupun jam sepanjang waktu siang. Tetapi dalam 2 minggu yang terakhir, bayi mungkin tidur lebih lama pada waktu malam berbanding waktu siang. Semakin mereka membesar, masa tidur mereka turut berubah.

Peniruan

Salah satu kebolehan istimewa bayi yang baru dilahirkan adalah mereka dapat meniru mimik muka. Bayi yang berusia 1 ke-3 hari dapat meniru mimik muka yang mudah dan pergerakan kepala. Ketika berusia 6 minggu, bayi dapat meniru kelakuan yang dilakukan oleh seseorang individu yang diingatinya.
Penilaian kelakuan neonatal
Kelakuan bayi turut menggambarkan perkembangan dan kesihatan bayi. ‘Skala Penilaian Tingkah Laku Bayi’ atau Neonatal Behavioral Assessment Scale digunakan bagi menilai respons bayi pada persekitaran. Skala ini mengenal pasti bayi yang mengalami kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran di luar rahim.

Perkembangan Otak Bayi pada Peringkat Awal

Acara progresif yang berlaku dalam perkembangan otak bayi sangat penting. Bayi yang baru dilahirkan mempunyai kira-kira 100 bilion neuron. Perkembangan yang berlaku merangkumi perkembangan dan pembentukan sel yang mengandungi berbilion talian sinaps. Persekitaran yang tidak sesuai seperti janin yang didedahkan kepada dadah dan alkohol, dapat mengganggu perkembangan ini. Acara regresif pula termasuklah kematian sel dan hilangnya hubungan antara neuron.

Penerimaan Bayi ke atas Dunia Mereka

Penglihatan

Mata adalah salah satu pancaindera yang sangat penting kepada seseorang kerana melalui mata kira-kira 90 peratus daripada rangsangan dari alam sekeliling dapat ditanggapi. Bayi yang baru lahir mempunyai penglihatan yang teruk dan mereka hanya dapat melihat sejauh 20 kaki sahaja. Penglihatan mereka kabur berbanding orang dewasa. Kebiasaannya bayi lebih tertarik kepada objek yang menyerlah, objek yang bergerak, bahagian yang terang dan bahagian yang besar.

Jika kanak-kanak berumur 3 bulan, penyelarasan di antara kedua biji mata ini dapat dicapai dan dengan itu ia mempunyai kebolehan memandang dengan lebih berkesan. Walaupun begitu, oleh sebab otot matanya masih lemah, kerap kali terdapat kekurangan penyelarasan terutama apabila kanak-kanak itu letih atau menangis. Keadaan ini berlanjutan sehingga umur kanak-kanak itu 5 ataupun 6 tahun. Perkembangan mata kanak-kanak mempunyai kaitan yang rapat dengan keadaan kesihatan pemakanan dan juga penggunaan mata itu. Memaksa kanak-kanak membaca huruf yang dicetak dengan saiz yang kecil dapat merosakkan pandangan mereka kerana dengan berbuat demikian, ia akan memaksa otot yang mengawal biji mata bagi mengadakan penyelarasan. Ini mendatangkan keletihan.

Pendengaran

Telinga juga adalah satu daripada pancaindera yang penting bagi menerima rangsangan yang berbentuk suara dan bunyi. Pada masa dilahirkan seseorang bayi sudah mempunyai telinga yang cukup berkembang. Telinga dalam dan telinga tengahnya sudah mencapai peringkat dewasa pada masa ia dilahirkan lagi.

Bayi yang baru lahir tidak dapat mendengar bunyi yang wujud dalam masa yang sekejap dan bayi lebih tertarik kepada suara yang mempunyai pic yang tinggi seperti suara wanita. Bayi lebih mudah mendengar bunyi yang datang dari arah kiri berbanding kanan. Pada masa ia berumur dua bulan, bayi menunjukkan gerak balas yang lebih kepada suara berbanding dengan bunyi lain dan selepas dua bulan ketajaman pendengarannya meliputi semua bunyi lain juga.

Perbezaan utama di antara telinga kanak-kanak dengan telinga orang dewasa selain daripada saiznya adalah keadaan saluran eustachian yang menyambungkan di antara telinga tengah dengan kerongkong. Bagi kanak-kanak kecil, saluran ini masih pendek dan dengan sebab itu apabila kanak-kanak itu dijangkiti penyakit selesema dan batuk, kuman yang membiak di bahagian kerongkong dengan mudah merebak ke bahagian telinga tengah dan menyebabkan kerosakan pendengaran. Oleh yang demikian, sangat mustahak menjaganya supaya penyakit kerongkong, batuk, dan selesema kanak-kanak itu tidak merebak dan berpanjangan.

Dunia rasa

Bayi yang baru lahir tidak memberikan reaksi kepada cairan garam, gula, air limau, kuinin apabila diletakkan pada lidah. Ini membuktikan yang bayi kurang mempunyai kuasa merasa sesuatu. Walaupun begitu, kebolehan merasa ini berkembang dengan cepat kerana dalam masa dua minggu selepas dilahirkan ia dapat membezakan antara rasa manis dengan perbuatan menghisap dan rasa pahit dan masam dengan mengerutkan muka. Perkembangan merasa ini berkembang terus manakala kanak-kanak itu beransur-ansur besar.

Hidung dan deria bau

Deria bau bayi sudah cukup berkembang pada masa ia dilahirkan dan terus berkembang apabila meningkat besar. Penyelidikan menunjukkan yang bayi dapat membezakan di antara bau yang menyenangkan dengan bau yang sebaliknya. Mereka menunjukkan kelakuan menghisap apabila terbau bau yang menyenangkan dan menunjukkan muka yang kecut dan memalingkan muka ke tempat lain apabila terbau bau yang tidak menyenangkan. Walaupun begitu, bayi masih tidak dapat membezakan bau yang lemah. Tetapi ada bukti yang menunjukkan kanak-kanak lebih gelisah apabila terhidu bau yang tidak bersih. Seterusnya apabila ada bau yang lebih kuat, ia dapat menimbulkan kegelisahan yang lebih.

Merasa melalui kulit dan kinestetik

Selain daripada alat pancaindera di atas, seseorang itu menerima maklumat dengan melalui proses merasa daripada kulit dan juga kinestetik iaitu maklumat berkenaan kedudukan badannya pada sesuatu ketika. Kulit bayi mempunyai jalinan yang sangat nipis. Sungguhpun begitu, ia lengkap dengan alat pemerasan seperti alat sentuhan, tekanan, sakit dan suhu seperti yang terdapat pada orang dewasa. Dengan sebab itu, kulit bayi sangat perasa pada semua rangsangan yang kena pada kulitnya. Ia lebih merasakan panas dan sejuk dan memberikan gerak balas yang kuat kepada sentuhan atau geletekan dibandingkan dengan gerak balas yang dilakukan oleh kanak-kanak yang lebih besar.

Bayi juga terlalu perasa pada perubahan kedudukan badannya. Sekiranya bayi itu terjatuh, ditarik kepalanya ke atas ataupun terhentak, ia akan memberikan gerak balas bagi menyesuaikan kedudukannya. Jika seseorang bayi yang baru dilahirkan dipegang dengan tegak, kakinya akan terkapai-kapai seperti orang berjalan. Gerak balas ini kemudiannya berkait dengan daya mengekalkan kedudukan tegak masa berjalan, menunjukkan yang bayi itu berkebolehan memberikan reaksi kepada alat-alat perasa yang terletak pada urat daging dan juga di dalam saluran separuh bulat yang terdapat di dalam telinganya bagi menentukan keseimbangan badan.

Bukti menunjukkan bayi yang baru dilahirkan itu dapat merasa kesakitan dan selepas beberapa lama selepas dilahirkan, daya rasa ini bertambah kuat bagi rangsangan yang sama. Daya rasa sakit berhubung rapat dengan pembelajaran yang semakin dikuasai oleh seseorang itu ketika ia bertambah besar.

Bayi Berisiko
Bayi yang mengalami risiko adalah:
Bayi pramatang atau bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan ataupun terlalu awal sebelum 37 bulan kehamilan.
Bayi yang tidak cukup berat badan.
Bayi yang lahir lebih daripada 37 bulan kehamilan tetapi berat badan kurang daripada 5.5 paun.

Sesetengah bayi memerlukan rawatan kesihatan yang intensif. Sebahagian dari bayi ini menjalani perkembangan yang normal, namun ada antara bayi yang mengalami masalah fizikal dan kognitif. Masalah ini selalunya didapati daripada bayi yang kurang berat badan. Menjaga bayi yang berisiko tinggi ini sangat mencabar dan bergantung kepada masalah bayi. Ini kadangkala memberi tekanan kepada keluarga bayi.


kredit: www.pts.com.my


another info:

http://home.hamidarshat.com/IKKcara.htm

http://www.petua.org/?p=282

Merangsang Perkembangan Bayi

Bayi atau anak adalah anugerah yang tidak ternilai dalam sebuah kehidupan berumah tangga. Tugas seterusnya adalah merangsang perkembangan intelek (koginitf), emosi dan psikomotornya supaya bayi anda menjadi bayi yang genius.

BAYI BARU LAHIR HINGGA 6 BULAN
Bayi baru lahir mempunyai tahap kepekaan yang tinggi pada 2 jam pertama selepas kelahirannya. Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil kesempatan ini bagi merangsang bayi dengan pelbagai teknik mudah.

Belajar sambil bermain
Pada peringkat perkembangan 6 bulan pertama, bayi banyak belajar daripada persekitarannya terutama melalui interaksi antara anda dengannya. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bayi belajar melalui permainan.

Setiap kali anda bermain ataupun berinteraksi dengan bayi, anda sebenarnya mengajarnya lebih banyak perkara mengenai diri anda, dirinya sendiri dan persekitarannya.

Setiap aktiviti permainan mudah seperti menggoncangkan alatan yang berbunyi memberi kesan terhadap perkembangan derianya. Bayi belajar memfokus penglihatan dan pendengarannya terhadap objek berkenaan. Sekiranya aktiviti ini diulang-ulang, bayi akan belajar menggoncang alatan dan menyebabkan berlaku kebisingan.

Antara perkara yang boleh anda lakukan dalam mengajar bayi anda adalah:
. Lakukan aktiviti yang boleh merangsang 5 deria utama manusia iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan.

. Sentiasa memberi perhatian padanya melalui eye contact semasa bercakap dan bermain dengannya.

. Bantu perkembangan bahasa dan visualnya dengan menunjukkan padanya sesuatu objek nyata seperti botol, menerangkan padanya mengenai objek berkenaan dan sentuhkan tangannya ke objek itu.

. Ajarkan mengenai kepelbagaian emosi dengan menggayakan ataupun membuat mimik muka seperti gembira, sedih dan sebagainya.

. Perkenalkan kepelbagaian padanya dengan menunjukkan objek yang sama dalam warna dan bentuk berbeza ataupun menyanyi pelbagai lagu supaya bayi tidak mudah bosan.

. Beri respons terhadap sebarang pergerakannya. Contohnya sekiranya bayi menangis, dakaplah bayi dan sekiranya bayi tersenyum, senyum dan ketawa bersamanya. Ini akan memberi bayi keyakinan ia boleh mengawal persekitarannya.

Bayi baru lahir hingga 4 bulan
Pada peringkat ini, berikan peluang kepada bayi anda bagi meneroka persekitarannya menggunakan kekuatan ototnya. Perhatikan apabila bayi menangis, ia akan menggerak-gerakkan kakinya seperti menendang dan menggapai-gapaikan tangan-nya. Pergerakan ini sebenarnya adalah satu stimulasi dan kesan daripada aktiviti penerokaannya menggunakan ototnya.

Elakkan daripada terlalu melindunginya dengan sentiasa mendukungnya kerana ia membantutkan usaha penerokaannya. Letakkan bayi anda di atas lantai dan biarkan dia meneroka kekuatan kaki, tangan dan kepalanya. Sekiranya anda mampu, anda boleh menghiasi persekitaran penerokaannya dengan pelbagai permainan yang pelbagai warna dan corak. Hati-hati dengan barang permainan kerana dikhuatiri akan menjerut lehernya ataupun mengakibatkannya tercekik.

Antara aktiviti permainan mudah yang boleh anda lakukan dalam merangsang bayi anda adalah:
Gerakkan lidah anda ke luar dan ke dalam beberapa saat. Berikan sedikit masa kepada bayi anda meniru lagak anda.

Sentuh anggota badannya seperti menggeleteknya. Per-hatikan responsnya. Sekiranya bayi anda sudah belajar cara untuk senyum, anda akan dapat melihat senyuman di bibirnya.

Tambahkan pengalaman pembelajarannya dengan mem-bawanya keluar bersiar-siar di halaman rumah anda ataupun membawanya melawat pelbagai tempat di dalam rumah sendiri sama ada dapur, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya.

Bayi 4 bulan hingga 6 bulan
Pada peringkat ini, deria penglihatan bayi sensitif terhadap cahaya dan warna. Walaupun fokus penglihatannya masih belum membangun sepenuhnya, bayi mampu melihat dalam jarak yang dekat.

Koordinasi otot tangannya juga sedang berkembang pesat. Sesetengah bayi sudah mampu memegang objek tertentu di tangannya.

Pada masa inilah, anda seharusnya memperkenalkan padanya pelbagai tekstur objek sama ada licin, kesat dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:

. Galakan bayi menyentuh pelbagai jenis objek yang mempunyai pelbagai tekstur seperti kain sutera yang lembut, tuala, permaidani yang berbulu halus dan lembut, kotak dan sebagainya.

. Berikan mainan yang membuat bunyi bising seperti itik yang berbunyi sekiranya ditekan.
Dapatkan objek pelbagai bentuk seperti bulat, tiga segi, empat segi dan sebagainya.

Bayi 6 bulan hingga 1 tahun
Keadaan fizikal bayi adalah stabil pada masa ini. Kepalanya lebih tegap malah boleh digerakkan ke pelbagai arah. Kemampuan verbalnya juga begitu menggalakkan. Bayi akan cuba meniru pergerakan bibir anda, tanda ia bersedia untuk bercakap, walaupun dalam bahasa bayinya sendiri.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:
. Dapatkan mainan yang ada elemen memeranjatkan. Contohnya, kotak yang apabila dibuka akan mengeluarkan badut dan sebagainya. Namun begitu, berhati-hati, kerana dikhuatiri bayi anda terperanjat sehingga mencederakannya ataupun melukakan dirinya.

. Anda boleh memperkenalkan muzik kepadanya. Dapat-kan alat mainan seperti drum, tamborin dan sebagainya.

. Ajarkan kepada bayi anda bermain sorok-sorok. Permainan di mana sorokkan mainan kegemarannya di bawah tilam dan lihat reaksinya.


kredit to: www.pts.com.my

Wednesday, July 14, 2010

bakal menjelma

Tak lama je lagi Ramadhan nak menyapa umat Islam semua. ..sapa-sapa yang belum ganti puasa sila ganti cepat-cepat ye. Minggu ni saya wajib marathon puasa, sebab banyak lagi hari yang belum diganti. Masa mula-mula tau pregnant, rase bersukaria sebab ingat bolehla puasa penuh tahun lepas, tp malangnya...minggu-minggu akhir Ramadhan, saya mengalami mabuk yang sangat teruk, sampai menjejaskan puasa saya. 9 hari terpaksela ponteng..HIHI..Ada jugak 2-3hari try berpuasa, tp siaplah badan mmg macam kain buruk, kalo ditiup angan komfem melayang-layang. Itu pon time wiken, berkeras tu nak puasa walaupun muntah hijau bagai..ISH..ISH..ISH

Tahun ni berpuasa sebagai ibu kepada Khalisya Husna. HOyeh!!

Sedih, tahun ni boleh ke buat solat tarawikh berjemaah beramai-ramai macam tahun-tahun dulu..sudah pasti dah tak boleh. Takkan nak tinggal Husna kot, lagila saya sorang yang jaga dia. Kalau dapat buat kat rumah pun dah kira bertuahla...

Mesti rindu kemeriahan pegi solat terawih beramai-ramai, jalan kaki dgn member-member..Seronoknya, kalau ade makanan lepas solat tu lagi best..HEHE..

Tapi seronok jugak tahun ni, sebab ade buah hati. Macamana la suasana berbuka puasa, bersahur saya ntikan. Time baby berjaga bukan nye menentu, kalau die syok tido pagi-pagi tu, Alhamdulillah la dapat bersahur dgn aman, kalau dia bangun nak bersahur jugak, terpaksala bagi dia susu dulu, and make sure dia kenyang dulu.

Sebagai ibu yang menyusukan anak, bersahur tu penting. Kang production merundum susah pulak. Saya dah try praktis puasa ni, Alhamdulillah, production still maintain. Walau camne pun, stok mesti kene buat jugak. Erm, risau jugak ni, mampu ke saya bagi Husna susu.. Eh...Think +ve okeh....

Walau ape pun, Ramadhan tahun ini pasti berbeza dari tahun-tahun yang lepas...

Untuk anak dara I....(^^)

Bila ade anak perempuan ni, seronok betul ibu dia shopping baju dan accesories untuk anak dara dia, macam-macam pattern baju ada.

Since pregnant lagi, bila tau anak yang dikandung ni adalah baby girl, sukanya dan dah terbayang-bayang baju-baju yang cantik untuk disarung kat badan anak nti. Kalau dapat bby boy pun best jugak.....Makcik dia pun suka sangat bila anak saudara dia adalah perempuan, dah berangan-angan nak mekap-mekap, hias-hias cantik-cantik..

Disebabkan kekangan masa, time nak shopping dah terbatas. Nak bawak si kecik shopping pun susah skang, dah tak boleh nak merayap-rayap macam dulu. My new interest ialah shopping online. Yeay!!!! Bila dapat parcel, saya macam horray, suka... Barang si Husna ajelah, barang sendri takde. Takde perasaan pun nak beli barang sendri..HUHU...

best!! best!! dapat parcel...

isi dalam...

Balik rumah trus sarungkan kat badan Husna.....COMEL anak ibu..yeay!!

comel tak??


model ibu

comel..comel..

Yang best skali krochet tu... sangat berbaloi beli
Kasut, topi n 3headband only RM50.
Thanks kak Shima from krochetshop. Buatan sangat halus and kemas.
Saya suke!!! Next time boleh order lagi.. :)


Tuesday, July 13, 2010

ceritera hujung minggu

Ish, dalam kepala ni banyak betul mende nak tulis, tp apsalla malas sangat nak menaip. Draf banyak sangat dalam kepala, semua benda nak tulis, bila dah melambak-lambak dibiarkan macam tu je, maka jadilah blog yang sunyi sepi.

Ape yang diceritakan dulu eh....(^^")

permulaan:
Ok, jom cerita pasal last wiken...En suami saya aka ayah Husna datang Jb...hoyeh!!! bawak mesin basuh, stroller n playmate Husna sekali, FYI, rumah bujang (bujang ke??? ) saya kan takde mesin basuh. Since pregnant lagi gigih basuh baju guna tangan. Bila dah ade mesin basuh ni senangla keje saya sikit, takdela nak pikir bilala nak berkejar-kejar basuh baju. Ok, skip cerita ni, tak menarik langsung.

Bila ayah Husna datang, bolehla kami berjimba-jimba berjalan-jalan. Lagi-lagi stroller Husna dah ade kat sini, sume barang tu make me easy so, kami sekeluarga membawa diri berjalan-jalan dekat Angsana, Husna sangat behave walaupun kadang-kadang dia ade nanges-nanges anak...Ape nanges-nanges anak tu? ala, nanges sikit-sikit je. Nanges pun sebab nak tido, org nak bawak dia jalan-jalan, dia sibuk nak tido plak, Husna ni kalo dia nak tido, make sure diri dia kena dalam keadaan selesa, kalo tak walaupun mata dah seberat trak 3tan pun die bantai menangis..


Bila dia dah selesa, macam ni pun boleh...ayah dia je yang boleh buat...huhu
(berat Husna currently= 5.4kg. semangat dia ni...dah berat)

perkembangan:
Sempatla kami berdua mensantap KFC yum..yum, dah lama tak makan KFC. Sambil dia ade dalam stroller, dan stroller tu tak boleh duduk diam okey, kene gerak-gerakkan stroller tu, sambil makan, sambil gerak-gerakkan stroller, pastu buat muke-muke pelik nak agah-agah dia. Bila dia senyum, alahai anak ibu....cair je hati ibu ni.

Jeng..jeng..jeng......Bila dia nak susu, dengan tanpa segan silu, ibu duduk dekat bangku yang ade dekat sana, and selak baju..tp dalam keadaan yang bersopanlah. Takkan nak buat macam dalam bilik. Itu tugas si ibu .huhu..Tugas si ayah, sila cover ibu ye.. So, tugas Husna, sila minum dengan bersungguh-sungguh, jangan main-main..Susah ibu nti. Husna skang kan kalo die tak lapar sangat, dia suka main-main je isap susu, dia isap, dia lepas, pastu sambung isap dia lepas..pulak tu kalo nak lepaskan tu, lepas dengan bersungguh-sungguh, tarik nipple pastu baru keluarkan dari mulut dia. Sakit okey.. Lagi kalo die ketap dengan gusi dia. Ouch!!! tp nasib baik Husna ade ibu yang baik...wakakaka....senyum aje bila dia buat camtu walaupun terjerit sikit...Hihihi...
Masa nak minum tu, boleh pulak dia main-main hisap, adoi...Husna!

Dah kenyang confirm nak tido, dah nyenyak-nyenyak tido dalam stroller, sambil bunyi-bunyi berdentam-dentum dalam angsana tu, tak dihiraukan langsung, maka si ibu berkata kepada si ayah, "b, bolehla kite berjalan-jalan lagi, Husna da tido", Sebenarnya, ibu dia nak g kat baby department, nak shopping baju anak dara dia, tp ayah macam tak bagi je.. Ibu die dah galak sakan shopping online tau sebab tu ayah tak bagi..HAHAHA

klimaks:
Jalan punya jalan, sekali ade amoi panggil kami, nak bagi sticker BABY ON BOARD. Kami suke sebab dah ada babykan, mestila nak bagitau kat driver-driver lain, bahawa dalam kereta kami ade baby. Dia bagi dua sambil menunjukkan voucher kedai dia. Sambil cerita-cerita dan tunjuk voucher tu, kami dibawa ke dalam kedai, kononnye, kene isi borang dan kalo ade luck kami akan dapat hadiah misteri. Ikutkan aje, sebab dia kate takde papa, just isi borang je. (bila baca part ni korang ade terfikir ape-ape x?) Cis, kami hampir terpedaya tak tak??? Geram!!!!

K, sambung cerita...Kami ni pun masukla, memandangkan mood Husna sangat baik, kalo die menangis komfem taknak nya kami masuk. Dalam bilik cam ruangan perbincangan tu, saya pun isilah borang n voucher RM50 yang dia bagi tu, sambil dia tunjuk cara-cara nak isi borang. Org lain punya borang (contoh borang ) sume tulis terima kasih, skali borang saya ade tulis : CONGRATULATION!! you win thermal cooker and vaccum Cleaner worth RM57++,

Bila dia dah tgk saya menang tu, dia plak melompat-lompat gembira. Aik, apsal ni? betul ke aku dah menang? Kira mmg gile luck ar saya time tu sebab dah menang hadiah kan..Dalam hati ni dok pikir Ya Allah, bertuahnya aku, org lain punya borang tulis TERIMA KASIH je. Kat borang aku, aku menang hadiah, rezeki ko la Husna, saya berfikir. Sambil berangan-angan boleh guna dapur mahal nak masak-masak..HAHAHAHAHAHAHA...

Antara perbualan saya dgn amoi (en suami senyap je-muka dia dah masam tp saya tak tau knape) :

Saya: eh, nak tanda tangan kat mana ni?
Amoi: Eh, u menangla, u menang. cube tengok ni, dapat dapur n vacum,
Saya: Ha yelah....saya menang.
Amoi: Jap eh, saya call manager jap, boleh tak u amik hadiah ni.
Saya: okay...

Dia pun call sapentah ckp diorg dah salah hantar borangla, saya tak boleh dapat hadiah tu sebab mahal sangatla, siap ckp nti saya boleh buat report konon macam gores dan menangla, yang paling best ramai-ramai plak tu ckp saya layak dapat hadiah ni, padahal manager dalam phone tu berkeras-keras tak nak bagi sebab salah anta borang. Siap ckp, semalam org Singapura dapat tv, Tv takpela, murah, diorg bleh lepaskan. Ni saya menang hadiah RM5+++ okay!!
Amoi tu siap pas kat saya phone dia ckp dengan org dalam phone tu, supaya saya tegakkan kebenaran. Ceh!!!hampeh...Kebenaran la sangat!!!!

Tup,tup, bila dah abes diorg ckp dalam phone, amoi tu salam saya. Okay Tahniah, u boleh amik hadiah ni, bolehla blanja kitorg KFC. Haku yang innoncent gile tu suke, happy, gembira gile tu pun salamla tgn dia sambil ckp boleh..boleh..boleh....!! Hampeh!!! Gila innoncent...(^^")

Pastu diorg ceritala pulak cara-cara nak guna alat-alat tu lepas dah tunjuk hadiah yang bakal saya menang. Cerita skali cemana nak blanja voucher RM50 tu. Nak blanja barang-barang dia dengan RM50, barang-barang korang bukan RM20-RM 30 tp riban-riban, berbaloi sangat ke korg bagi voucher RM50 u kat kitorg!!!

Saya yang still innocent gila baik tu terus ajela mendengar celoteh amoi tu cemane nak blanje voucher tu, dia suggest filter air bernilai rm2+++, cemane nak bayar n so on, so on, saya malas nak cerita, tp yang penting saya perlu keluarkan duit untuk dapatkan ke3-3 barang tu. Memandangkan kami ni takde credit kad, so amoi tu suggest guna cara booking, kami kena bayar sekian harga untuk booking, then the balance boleh kumpul duit dl dalam masa setahun pastu baru boleh amik ke3-3 item tu. Logik ke tak logik tu. Bak kate Agnes Monika- tak ada logika la....Hampeh kali ke 4!!!!...

Saya yang still innocent gila baik tu, tak tau pun bakal ditipu, sibuk tanya itu ini, itu ini...tp sebalik nya en suami saya hanya senyap sambil tunjuk muka ketat.

peleraian:
TIBA-TIBA, setelah sekian lama mendiamkan diri, suami saya bukak mulut..

" Dah, kitorang taknak semua ni, cancell semua" - muka ketat okay!!

Agaknya si amoi tu tgk muka ketat hubby, trus dia ckp "Cancell eh, okay cancel"---macam takut je,....ekeke...

Saya yang still innocent gile baik tu trus macam frust tarik nafas pnjg, rase ruginye lepaskan barang-barang tu sume. Keluar aje dari kedai tu, saya yang innocent baik gile ckp "b, tak rugi ke lepaskan hadiah-hadiah tu", maka dengan ayat saya yang hanya ade 8 perkataan tu, dia pun berhujah tak henti-henti sampai 800patah perkataan, lebih lagi kot. Itu semua taktik diorg nak berniaga, nak menipu je keje. Silap-silap barang-barang t sum tak sampai harga RM5+++ pun. Ok, selepas mendengar hujah 800 patah perkataan suami @ lebih itu, barula ibu si Husna yang innocent baik gile tu dah tumbuh tanduk dok kutuk-kutuk. Tak baik tau menipu org. Sedihnya ade org camtu, pulak tu ade org melayu skali plak tu dok menipu org melayu. Sedihnya T______T.

Kadang-kadang teringat cara diorg berlakon tu, Ya allah, aku terpedaya. Kalau takde suami masa tu confirm 99% aku pasti terpedaya. 1st time kene tau tak. Kalah pelakon-pelakon kat Malaysia ni kalo tgk diorg berlakon nak meyakinkan saya. Benci tau..benci kene tipu camtu.

Pengajaran:

1. kalo dah dapat hadiah tu, bagi jela kan, kalau diorg suruh bayar-bayar tu, baik lupakan ajela..nak menipula tu...

2. Jangan cepat terpedaya dengan lakonan semata-mata....mesti kene ade syak wasangka sket, lagi-lagi kalau dia buat baik sangat dgn kite. Amoi tu konon baikla sebab beriya-iya nak bagi saya adiah tu, masa ni saya ade syak wasangka sikit.

3. Beringat-ingat okay...dalam dunia ni macam-macam org ade...ISh...sedihnya...



Haaaaaaaa kau, sekali saya dah rajin menulis.....





Monday, July 12, 2010

hilang pulok dah

uiks....mane hilang link-link blogger2 para ibu sume...adehla..apsal bleh ilang tibe2...korang yang singgah sini, bagi link semula...uwaaa

Friday, July 9, 2010

#1 breastfeed

Banyak entri-entri yang terbengkalai. Siapkan satulah, berkenaan breastfeed.

Alhamdulillah, dah 2bulan si Kecik saya tu, dan 2 bulan jugakla saya dah bagi dia susu ibu. So far, susu saya sangat meriah, hari-hari Husna dapat rase susu fresh bukan dari stok yang sedia ada, stok pun ade, tak berusik pun, sebab susu fresh ade, saya tak usik stok dalam freezer. Takut expired plak. Sebelum ni dah banyak buang stok-stok sebab dah expired. Sedih aje mengenangkan susu-susu yang dibuang. Masa mengepam kemainla suka dapat 5-6oz sekali perah. At last, kene buang pulak. Husna pun tak banyak minum, kalo kat bbysitter, saya bagi 5botol susu, dalam setiap botol tu ade 2.5oz

Pujuk hati, pujuk hati " ada hikmah disebalik kejadian".

Ingat lagi masa mula-mula hantar Husna ke rumah pengasuh, pengasuh tu mintak susu tin, hati dah gundah gulana tak mau bagi susu tin, hubby pun macam risau, die suruh beli susu tin. Uwaaaaa....sampai hati hubby cakap camtu, then saya slow talk dengan ke2-2nya, saya tak mau campur dengan susu formula. Nasib baik ke2-2 nya faham, tapi hantar yang pengasuh ni tak lama, cuma sehari je sebab kedudukan rumah saya n pengasuh agak jauh, saya terpaksa berpatah balik kalo nak pegi keja.

Masa hantar stok EBM kat rumah pengasuh ni saya agak jahil dengan keadaan stok-stok EBM ni, banyak lagi ilmu tak tau lagi, sian dengan Husna minum susu masam... :(, susu-susu yang saya bagi tu, susu yang saya perah masa dalam pantang, saya simpan susu tu kat fridge umah MIL kat seremban. On da way nak balik ke Jb, saya singgah Segamat, banyak sangat tempat persinggahan, so stok-stok susu tu semua saya simpan dalam cooler bag yang ade ice pack. sampai segamat, saya terus transfer kat dalam fridge rumah atok kat segamat. Tau-tau jelahkan, kalo susu-susu dah masuk dalam cooler bag tu, mesti dah cair. Bila nak gerak ke Jb, saya masuk balik stok-stok tu dalam cooler bag, dah 2 kali cair susu tu. So, tempoh masa nak guna susu-susu tu dalam masa 24h, tapi bila smpi kat pengasuh Husna dah lebih 24H. Mestila susu tu masam kan... Sedihnye bila mengenangkan betapa ceteknya ilmu saya masa tu. I'm sorry darling Husna. Agaknya mungkin dengan faktor susu masam nilah, ada kemungkinan Husna tak mau minum susu botol masa tu. Masa training dia dulu, saya bagi susu yang fresh, direct pump terus bagi. Elok je dia minum.

Nasib baiklah stok susu masa dalam pantang tak banyak yang saya buat. Kalau tak lagi ralat dibuatnya.

Sekarang ni Medela Harmony yang saya beli dah tersadai tak guna, sebab macam tak serasi dengan saya lah, saya rasa macam leceh nak praktikkan, susu-susu yang melekat kat pump tu pun cam sayang je nak basuh. Malas sebenarnya..Hihi... Selama ni saya perah guna tangan je guna kaedah mermet tu. Alhamdulillah, saya suke guna kaedah ni sebab simple, tangan memang dah ade, cume sua botol aje kat B, hasil pun memberangsangkan, masa pun tak lama kalau perah guna tangan, cume masa mula-mula perah guna tangan, lenguh jugakla tgn ni dibuatnya. Kadang-kadang depan pc ni saya boleh perah sebab malas nak pegi surau. Hihihi.. Terpulangla pada individu kan. So far tak de berkeinginan lagi nak tukar breastpump, kalo en suami saya tau ni...mesti den kene bebel...ekekeke.... :P

Kaedah Mermet tu saya blaja masa kat Hospital Seremban masa Husna kene jaundis, nurse datang ajar ibu-ibu cara nk perah susu guna tangan. Mula-mula agak kekok n lenguh tangan, lama-lama dah okey, rasa mudah guna tangan je. Diorg pun galak kita guna tangan untuk pump susu, diorg ckp kalo guna pump, nanti nipple jadik panjang. Tak cantik.Hahaha..Entahla betul ke tidak. :p

Banyak lagi ilmu kene ceduk ni. Bila bukak susuibu.com, macam banyak mende yang tau lagi..banyak mende yang kene blaja lagi. Bila cerita bab breastfeed ni mestilah dah melarat-larat sampai sterilizer, warmer, peti sejuk, keadaan botol, tangan hygiene ke tak...Banyak yang kene amik tau. Sterilizer dengan warmer yang saya ade tu still tersimpan elok dalam kotak sebab tak reti nak guna @ dalam erti kata lainnya belum ade masa nak belek-belek. Warmer tu penah guna tapi macam tak berkesan je. Penat tunggu lama-lama tapi tak panas pun susu tu. Niat hati nak senangkan BS, tp sebab belum expert guna lagi, saya buat pekasam dl warmer n sterilizer tu. Sapa-sapa yang guna little bean warmer, bleh tak tolong terangkan kat saya cemane nak guna, sebab manual dia cam hampeh je. Tak paham, simple sangat.

Bila dia rindu ayah...





NYENYAK BETUL TIDO DGN BAJU BUSUK AYAH DIA TU...

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ