Monday, December 31, 2012

Rentetan 2012

Siapa sangka secepat ni tahun 2012 berlalu. Pejam celik, pejam celik, harini kite dah berada pada hari terakhir tahun 2012. Kalau dulu, 9 tahun yang lepas, asal ari terakhir setiap tahun kami adik beradik mesti akan ingat hari ni hari lahir arwah ibu. Tapi sampai sekarang pun kami masih ingat. Cume tiada apa-apa celebration atau nak call ibu nak wish Happy birthday ke apa. Cuma Al-Fatihah dipanjangkan pada arwah ibu.

Tahun 2012.............
Banyak jugak benda yang best berlaku. Antaranya:



First. Aku merasa jejak kaki ke negara orang. United Kingdom. Satu pengalaman yang memang susah saya nak lupa. Sumtimes rasa macam rindu nak jejak kaki ke sana lagi. Aku rasa kalau nak pergi sendiri memang susahla sikit. Alhamdulillah, rezeki menyebelahi aku bila dioffer training ke sana. Bila sampai je sana, aku masih tak percaya aku ada kat sana. Dapat rasa suasana sejuk, salji yang memang sah-sah takde kat negara kita kan. Dahla masa tu tengah pregnant 5 bulan Syukur takde apa-apa masalah sepanjang kat sana.



Second. Family trip ke Sabah. Aku belanja suami dan Husna pegi jalan-jalan kat Sabah sempena birthday husband. First time diorang naik kapalterbang. Preciousla kan dapat jalan-jalan satu family macamni. Bukan selalu. Lagi-lagi masa tu aku tengah 7bulan, perut tengah mengembang dengan jaya. Alhamdulillah, masih boleh naik flight. Kalau tak dapat komfirm aku sedih.



Third. My little precious, Anas Hamza. Lahir pada malam Nifsu Syaaban. Overdue 9 hari. Macam-macam dugaan masa mengandungkan little khalifah ni. Alhamdulillah, usia Anas dah nak masuk 6 bulan Januari ni. Membesar dengan sihat, cergas, cerdik. Syukur. Sayang sangat-sangat. Dengan kelahiran Anas, im officially mother of two. Dah dapat sepasang.


Fourth. Dapat diserap masuk dari contract ke permanent job setelah 5 tahun menghamba diri di UTM ni. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Rezeki anak-anak. Allah tak pernah mungkir janji. 


Apa aku boleh kata, tahun 2012 adalah tahun yang agak warna warni bagi aku. Banyak perkara yang aku dah achieve. Cuma impian nak satu untuk sebumbung dengan suami masih belum ditunaikan. Mungkin ini yang terbaik buat aku, dari masa ke semasa aku semakin positif. Tapi sebagai manusia, aku tak lepas dari silap sebagai ibu (especially) nak didik anak sorang-sorang perlu banyak sangat kesabaran. Semoga Allah permudahkan segala urusan ku.

Now, setting vision board for 2013!! Semoga dipanjangkan usia. InsyaAllah.

Sunday, December 30, 2012

Bingung


Wednesday, December 19, 2012

Saja menyibuk.

Assalamualaikum.....

Fuh..fuh.. boleh tahan jugak malas aku nak update blog ni. Kesian rupenya. Blogwalking pun dah lama benar aku tak buat. Habis dah segala cerita korang yang aku terlepas-lepas. Takpela, mungkin satu hari nanti aku catch up balik.

Sebenarnya aku baru balik induksi. Dalam induksi tu macam-macam cakap, dok tegur pasal bukak FB, Twitter, Blog ke hape ke untuk urusan peribadi adalah dilarang sama sekali. keh keh keh. Aku ni konon-konon nak patuh arahan bila dia cakap camni,"kalau buat urusan lain selain urusan kerja di waktu kerja, rezeki yang kita dapat bagi anak-anak makan tu apa cerita". Berdesup terus menusuk kalbu gitu. Risau aku bila memikirkan. Sebab aku ni boleh dikatakan sepanjang hari on FB tu walaupun tak tengok selalu. Tapi kadang-kadang aku terlajak jugak buka FB n twitter time kerja bila dah takde kerja. Ala, make it easy jela, kalau takde kerja boleh je nak bukak sebenarnya. Lainla kalau kerja tgh melambak kerja pegi bukak benda bukan-bukan kat internet ni. Gitu dah salahla kan. Atau, dah tension dengan kerja, pastu nak release tension kejap. Tak salah kot nak cuci-cuci mata kejap. Kan kan kan.. Macam sekarang aku tengah stress tunggu student yang sibuk kata nak result URGENT tapi aku dah tercongok kat lab dari pagi tadi dia tak datang-datang lagi nih! Pastu kang kalau tak sempat siap, ko paksa-paksa aku soh siapkan. Hamboi, besar pangkat kau. Okay, aku dah mula buat rules sendiri. Macam cakap tak serupa bikin jek. Titik.


Sebenarnya bila baca last entri Aishah Rahim pasal keyword kat Nuffnang tu, aku pun rasa nak share jugak.  Bukak Nuffnang kejap. HAHA. Sibuk jekan, Nuffnang aku tu tgh ade BE lah, murah hati Nuff kasi aku BE walaupun tak aktif sangat tulis dalam blog ni. 


Haaa...silalah beranak sambil tidur. Terrer gile. Nanti sila turunkan ilmu kat saya pulak eh. Okay bai!

sori, entri tak berilmiah. 

Tuesday, November 20, 2012

Untuk Anas dan Husna dari Mommy Mya dan Iskandar: )


Semalam, masa adik kerani bagitau aku, "Kak, ade parcel kat bawak, nanti pegi amik tau". Reaksi aku, eh? bila masa aku shopping online? Rasanya macam takde. Takpelah, aku pun pegila terkedek-kedek turun bawak amik parcel tersebut. Bila aku bukak je parcel tu. Tengok isi dalam. Tersenyum-senyum aku tengok isi dia. So comel lah! Siap terjerit kecil lagi sampai opismate aku menerpa datang tgk what happen? Haha...

Ini lah dia isi dalamnya. Rompers tulisan Anas dengan kereta kecil warna merah ponponponponponpon, kereta kecil ku berbunyi..marilah adik mari naik, boleh ku bawak jumpa nenek. (Lagu faveret Husna ni). HAHA . Sampai-sampai rumah semalam je terus tunjuk kat anak-anak. Dan-dan tukar baju Anas sampai ke pagi Anas pakai baju ni. Hihi...Comel sangat.




Dan yang best hadiah untuk Husna pun ada jugak! Cekak rambut comel. Husna ni payah betul nak letak benda-benda atas kepala dia, tapi cekak ni dia suka. Ibu amik pakai pun dia tak bagi, dia cakap. Ni Husna punya lah! 


Terima kasih pada si pengirim hadiah ni. Auntie Yun, Mommy Mya dan Iskandar. Terima kasih banyak-banyak dari Husna dan Anas jugak, :)) 
Meh nak hug ketat-ketat. 



Wednesday, November 14, 2012

WW-4 month old baby


Kite dah pandai meniarap tau. :))

Monday, November 5, 2012

Aku suka weekend!

Weekend, lepak-lepak kat rumah adah heaven. 


2 ketul saya. Adik nak kecek susu kakak la tew.

Ayah try to tidurkan adik, datang kakak panjat badan ayah. HAHAHA. 
Aku nampak, terus amik pic, pastu gelak gile. At last adik tak tidur pun.

Bz tengok tv. Sedapnya landing atas lengan ayah ni kan.

Ahhh, Heavennya weekend bergumpal 4 beranak. :))

Tuesday, October 16, 2012

Husna bakal dapat adik lagi. :D

Tajuk bikin kontroversi kah?

Anas baru 3 bulan, Husna dah nak dapat adik lagi. Subur betul mak kau ni Husna.

No No No... Jangan salah sangka dulu ye. Husna kan ada ibu susuan. Dan ini adik-beradik susuan dia. Myiesha Eryiena. Mami Myiesha yang mengandung lagi. Yeay! Actually, Myiesha ni adik Husna yang pertama, Anas yang kedua. Dan nanti ada adik yang ketiga.

Diorang ni bukan selalu jumpa, tapi bila jumpe seronok tengok diorang main sama-sama. Gambar ni di ambil masa Jaja datang beraya kat rumah Klang. Memula je gaduh-gaduh berebut baby. Lepas tu elok je main sama-sama.

Lepas ni Myiesha tak yah gaduh-gaduh dengan Husna lagi rebut baby. Nanti dia dah ada baby sendiri. Semoga diselamatkan, dipermudahkan ye Mummy Jaja mengandung kali ni. Baby pun sihat hendaknya. Aamiin.

Tahniah buat buat Jaja dan suami. I'm happy for both of you.


p/s: Kes Jaja ni buat aku lagi risau sebab dia tak period sejak lahirkan Myiesha tapi still boleh pregnant. Tabik! hihi

Monday, October 15, 2012

Budak peramah.


Minggu ni Husna dengan ayah dia tak datang. Aku rasa Anas ni rindu kat kakak dia la. (Padahal mak dia kan). Dia pandai panggil kakak dia. Tak caya ce dengar kat minit 1:08.

Kebetulan aje agaknya tu. Tapi dia ni memang peramah sangat. Tidur sekejap, pastu bangun ajak berborak. Kenala layan, kalau tak kesian je cakap sorang-sorang.


Saturday, October 13, 2012

Ini Rumah Kita

Yeay, header baru. Cantik tak? Cantik tak? HAHA. Bosan dengan yang lama, kite kasi cat baru. Idea nak cat baru blog ni dah lama, tapi tak sempat-sempat je. Gambar tu sebenar adalah gambar dinding or mural hasil lukisan Cikgu Hasidah Seman, Sekolah Desa Pahlawan, Kelantan. Sekolah ni, sekolah aku masa darjah 3 sampai darjah 6.

Aku tertarik dengan hasil lukisan cikgu ni. Mula-mula tengok kat FB dia, Eh, macam best je kalau buat header blog ni kan. Terus aku mintak izin cikgu tu nak ambik gambar ni. Cikgu tu baik hati, dia bagi pinjam. Cantik sangat. Aku tau, cikgu ni dari dulu lagi memang pandai dan berbakat melukis. Kalau tengok betul-betul header tu ada tangan cikgu tu tengah mengecat dinding tu. Bunga, awan, bintang kelip-kelip, perempuan comey tu aku tambah sendiri guna Photoscape jew.

Okay la korang, pendek je entri ni.
Ini Rumah Kita with full of LOVE.
Besar harapan aku ni. Aamiin.






Thursday, October 11, 2012

Rakan seperjuangan


Si Bubbly Joy, Si StyloMama dan Si Autumnz.

Rakan seperjuangan yang sedang berusaha untuk memberi hak penyusuan anak. Seronok bila ada kawan time mengepam. Sometimes serentak masuk surau pegi perah susu. Si Spectra3 ku yang setia berjasa untuk kedua-dua anak saya. Alhamdulillah, Allah masih permudahkan untuk saya. 

Anas, demand perut dia tak ekstrem sangat. Dia kenyang je terus dilepas cik B. So far sekarang ni dia still minum 2oz / feeding. 5 botol aku bekalkan dia ke rumah pengasuh. Hasil tuaian sehari Alhamdulillah boleh capai melebihi demand 8jam dia di rumah pengasuh. Time direct feeding pun dia takdelah nak mengempeng sangat, cuma lately masa tidur since dia dah sihat dari kahak, batuk dan selsema ni dia makin suka  mengempeng. Sampai sakit-sakit badan kena mengiring sepanjang malam. But I'm okay je darling.


I love U sayang. :)

p.s/ Ya Allah, rindunya kat kakak kau Anas...

Friday, October 5, 2012

4 Cerita

Cerita 1

Setiap pagi masa hantar Anas pegi rumah pengasuh, aku mesti lepak-lepak kejap, siap breakfast sekali kat rumah dia. Masa breakfast tu, memang ada jela cerita si pengasuh ni cerita kat aku. Adelah sekali tu dia cerita pasal pengasuh lain. Sedih betul aku dengar cerita ni.

Pengasuh ni ada jaga sorang baby, umur 5 bulan.  Pengasuh ni bagi anak orang makan Nestum TANPA pengetahuan si ibu. Kalau korang apa yang korang rasa bila pengasuh pandai-pandai buat keputusan untuk anak korang. Aku yang dengar ni pun kecik hati tau tak. Pengasuh tu bilang, anak dia asik menangis macam lapar je, dapat nestum terus senyap dan tidur lama. Bagi akula kan, pengasuh tu memang tak patut la buat macamtu. At least cuba berbincang dengan si ibu, bagitau yang anak dia begitu begini. Bukan sesuka hati buat keputusan sendiri. Homaiiii.... Bila si anak dah umur 6 bulan, mak dia dah excited nak bagi anak makan, siap dibekalkan bubur buat santapan si anak. Dan bila pengasuh bagitahu yang dia dah bagi anak orang tu makan since 5 bulan lagi. Apa korang rasa???? Kalau aku, silap-silap menitik kot air mata kat situ. Yelah, bagi aku mungkin aku terasa cerewet sikit bab makan anak. Lagi-lagi his first solid food. Tup..tup, bila si pengasuh yang memandai-mandai bagi nestum confess dia dah bagi anak orang tu makan selama sebulan tu. Tak ke runtun jiwa wei! Aku tak boleh hadam lah!

Mungkinla mak baby ni jenis tak kesah ke hape kan. Siap nak bagi duit kat pengasuh sebab susah-susah belikan Nestum untuk anak dia. Heh, kalau aku tak terfikir kot nak bagi duit sebab dah susah-susah belikan Nestum untuk anak aku. Thanks but No thanks.

Harap-harap pengasuh Anas/Husna ni tak akan buat macamni dah tak pernah buat macamni kat anak aku.


Cerita 2

Cerita pasal potty training Husna. Aku ada pengalaman. Dilakukan secara tidak ekstrem. Masa aku balik Klang masa cuti 1 Malaysia, kami suami isteri decide untuk potty training si Husna. Klaka pun ada. Dia ni jenis kencing kuat jugak ni. Sejam baru pakai pempes, dah kembung je pempes dia.

Siang tu, kami cube untuk pempesless kan dia, dahla tak mau pakai panty. Togel macam tu je, pakaikan dia dress labuh sikitla. Sebelum tu ajar dia sebut, "Ibu nak shiishii, ibu nak berak". Elok ajela dia sebut. Sejam pertama, ajak dia masuk bilik air suruh shiishii. Tiada hasil pun.  Tak sampai 5 minit keluar bilik air, elok je dia shiishii dekat dapur, dengan baju yang dah lencun. Adui Husna, tadi dalam bilik air tak nak pulak dia kencing.

Sejam lagi, suruh dia masuk bilik air pegi shiishii, pun tiada hasil. Lepas tu dia shiishii depan pouch kereta. T_____T. At last, nahla pakai la pempes ni. Belum masa lagi kot nak potty training atau mungkin kami belum ada persediaan nak potty training dia.


Cerita 3


 I just love this shawl by Shawlbyvsnow. Rasa nya macam boleh buat sendiri. Just wait n see. 
Ngeh ngeh ngeh.


Cerita 4.


Anas dah 3 bulan harini. 5 October 2012. Alhamdulillah. He's now very good and clever boy. 3bulan lagi untuk melengkapkan Diploma in Breastfeeding and start his first solid food. I love u much boy!

Tuesday, October 2, 2012

Tarikh Lahir


Ini tarikh-tarikh hari lahir kami sekeluarga.
Setiap tarikh saling bersangkut paut. Me terasa sangat best. HAHA. Tak tau ape motif entri ni. Saja suka-suka sebab aku suka.:p

Oooooo.. sebab ni ke dua-dua anak ibu nak overdue je kejenya. Nak cari tarikh bersesuaian yeee….
Okaylah, anak ketiga nanti ibu dah tau berapa haribulan baby keluar. (Pepandai je :p)
Percaturan Allah itu sangat hebat. :)

TATA~

Sunday, September 30, 2012

Trantum si dia

Sesak dada. Sunyi.

Ah. Macamnila perasaan aku setiap kali balik dari hantar suami dan husna naik bas. Dulu kurang sikit, sebab ade budak dah pandai cakap riuhkan rumah ni. Sekarang, budak yang pandai cakap tu ikut ayah dia sekali naik bas. Tinggal ibu dengan adik yang hanya tau tidur je. Bangunla Anas, ceriakan hati ibu ni.

Ah. Aku bukan nak bercerita sangat tentang perkahwinan jarak jauh yang tak sudah-sudah ni. Takut orang naik boring dengan cerita yang tak abis-abis. Dah dua tahun kot dengar aku asik nak berhenti kerja tapi tak berhenti-henti. kehkehkeh. Takpe, masa akan mengubati perasaan sedih aku ni. InsyaAllah.

Nak cerita pasal Husna. OMG. Sekarang perangai dia lain macam sangatla. Adakah disebabkan terrible two ni? Boleh dikatakan satu hari sampai 5-6 kali buat perangai menangis meraung-raung sampai tak tahu nak apa. Semua benda tak kena. Sampai serak suara. Contohla eh, kalau dia nak susu, ok, pegila buat susu. Standard la buat susu. 4 scoop susu, 6 oz air. Siap tulis sukatan kau. Tak, ini standardized susu dia yang dia suka, tak cair tak pekat. 2 oz air panas, 4 oz air sejuk. Tak panas, tak sejuk. Tapi.... dia boleh mengamuk (especially kalau dia nak tidur) sampai setengah jam! Bila dia dah penat baru dia minum susu tu. Oh my~. Masa nak melayan dia nak minum susu tu Allah saja la tau betapa geramnya aku. Ayah dia cool aje. B, cane boleh se'cool' macamtu ha??? Kadang-kadang aku biarkan aje. Biarkan dia dengan ayah dia. Bila dah lama-lama dia carik aku, barula aku amik susu, baringkan dia atas pangkuan dan dia minum susu. Then, tidur. Ya Allah, trantum dia jenis susah nak pujuk.

Lagi satu contoh: Lepas mandi nak pakai baju, nak pakai pempes. Nak ikut 'kepala' dia saja. Tu yang selalu keluar fesyen ntahpape dari dia. Seluar jeans pakai dengan baju kurung, jeans pakai dengan dress. Takde canla ibu nak melawa-lawakan dia. Ni balik sini, seharian nak pakai pempes adik, nasib baik adik dah upgrade saiz M sekarang ni. Bolehla menumpang walaupun sendat. Pakai baju adik. Dah rupa sarung nangka je ibu tengok. HAHA. Nak balik tadi pun meragam nak pakai baju. Dah sarung baju yang sesaiz dengan dia, tapi meragam suruh bukak dan sarung baju lain yang lagi besar, suar besar. Mengelebeh. Ya Allah, kalau tengok dah macam kesian tengok anak aku ni. Macam dah takde baju je.

Anak korang ada ke macamtu eh? Thats why Mokhtar tak bagi aku jaga dia sekarang. Takut aku tak boleh nak handle trantum dia. Lagi pun aku ni bukan jenis sabar macam Mokhtar. Oleh itu, aku pun pasrah ajela dia dengan ayah dia kat Klang.

InsyaAllah. Tak lama lagi sebumbungla kami dan dapat jaga anak sama-sama. Aamiin.

Wednesday, September 26, 2012

My Good Boy.


Haritukan, ibu kita bagi kita mainan ni. Mainan ni kawan ibu yang hadiahkan. Dia kasi kite main sebab dia suruh kita senyap dan leka main benda ni. Lepas tu dia bolehla buat keja semua kan. Kita ni sebenarnya memang good boy je. Takde hal lah main sorang-sorang. Kita okay je.



Tapi kita confise la, cemane nak main benda ni. Nak kena goncang-goncang ke? Sebab kalau kita tak buat apa-apa, dia dok diam je. Tapi camne nak goncang-goncang dia?
Erm, jap, nak pikir jap.


Eh, tengah-tengah fikir, tetiba kita tertidur pulak.


Malam tu kita cuba lagi main-main. Akhirnya kita berjaya goncang-goncang mainan tu. 
Ade bunyi lah! Seronok betul kita tau.

Okay. Babai.

Friday, September 21, 2012

Kisah Anas

Anas diusia 2 bulan ++ dah diuji dengan sakit. Bukan sakit yang ganjil, tapi sakit yang biasa dihidapi anak-anak kecil. Kahak dan batuk. Dah lama sebenarnya Anas tak lena tidur resah je di malam hari. Tapi dari hari ke hari asik bertangguh nak pegi klinik. Nak pegi klinik pakar kanak-kanak kat Klang tu tak tau ceruk mane nak pegi. Kalau nak pegi cari sorang-sorang dengan anak kecik dan sorang toddler jangan harap ler. Mau ibu kelam kabut dalam kereta. Sebab en suami kite tu full kerja tak boleh kacau dia. Weekend je ada masa dia cuti. Weekend ada klinik paed bukak meh?

Nak pegi klinik biasa aku confirm dia akan bagi ubat. Aku ni kalau boleh taknak bagi drug seawal 2 bulan kat Anas. Maka, jalan penyelesaiannya, aku cuba pergi farmasi cari ubat nasal drop atas nasihat Nad. Sebab dulu aku tau Iman pernah kena selsema, tapi tak dibagi ubat. Masa tu Husna pun tengah selsema, aku pun carila ubat untuk Husna sekali. Dalam masa seminggu, selsema Husna dah elok, adik dia yang tak kebah-kebah sampaila sekarang.

Dek kerana tak tahan tengok dia asik tak lena je bila tidur malam, lepas amik vaccine BCG dos pertama, aku pegila klinik. Doktor cek lebih kurang, then bagi ubat titis hidung jugak. Lebih kurang seminggu aku cuba ubat yang doktor bagi tu, masih macam tu jugak, malam-malam masih resah tidur dia. Siang okay, malam je resah. Kesian tau tengok, dia pulak jenis tak meragam. Ibu dia sedap la tidur.

Sebab masih tak puas hati dengan perkembangan sakit anak ni, aku pergi Klinik Siti Fatimah pulak. Satu yang aku suka klinik ni, doktor dia cek betul-betul. So far lah kan, sepanjang aku hidup ni, aku jarang jumpa doktor macam Dr. Siti ni. Aku suka cara dia check patient. Terang betul-betul, siap lukis bagai. Terangkan kenapa anak kita boleh sakit, apa sebab dia sakit, dia cek ape perubahan pada badan kalau kita sakit. Klinik ni, walaupun ramai, tapi orang setia menunggu, sebab servis doktor ni bagus. Pergi sini kalau tak menunggu 2 jam, memang tak sah. Tapi sebab servis dia bagus, orang OK je nak tunggu lama-lama. Kebanyakan parent memang suka bawak anak-anak pergi klinik Dr. Siti.

Dekat klinik Dr. Siti, aku diberitahu kahak Anas dah pekat sangat, tekanan kat dada dia pun dah kuat. Doktor suggest Anas di nebuliser. Aku ingatkan sekali tu je dia kena sedut gas. Rupa-rupanya kena neb 3 hari berturut, 2 kali sehari. Pagi dan petang. Keesokan harinya, aku pegi lagi. Doktor still tak puas hati dengan progress Anas, ditambah lagi kekerapan nebuliser ke 3kali sehari. Tapi aku boleh pergi klinik yang lebih dekat dengan rumah untuk sedut gas disebabkan klinik Dr. Siti agak jauh dengan rumah aku. Susahla kan nak ulang alik 3 kali sehari ke sana. Maka, doktor keluarkan memo untuk satu klinik  X yang paling aku tak suka nak pegi. Nak tak nak terpaksalah. Dr. Siti suggest aku amik 2 kali nebb kat klinik ni. Pukul 5 petang dan 10 malam.


Petang semalam, lepas kerja aku teruskan nebuliser Anas kat klinik X tersebut. Just nebuliser sahaja. Masa nak bayar bil, aku terkejut dengan cas yang dikenakan. Biasanya kat klinik Dr. Siti amik gas cuma RM5 je, dekat klinik X kena RM25. Mane tak terkejut aku. Kenapa mahal sangat amik nebuliser kat klinik X ni? Sekali keluar bil, cas nebuliser RM10, cas medical consultation (MC) RM15. Bila masa pulak aku amik medical consultation? Padahal doktor sepatah haram pun takde consult kitorang. Cek dada Anas pun tidak! Aku tanya nurse yang jaga kaunter tu saya mana ade amik MC ni, dia cakap, Memang kena cas, Dr yang buat. Nanti Puan datang kali kedua, kita cas nebuliser je. 



Muka pasrah kena Neb.

Memang kena bambula dengan aku, tapi dalam hati jela. HAHA. Aku dah malas nak pertahankan hak aku, badan dah penat, Anas dah ngantuk. Aku blah dengan muka masam. Aku datang kali ke2? Memang tak lah kan. Aku bukanAku memang tak berkenan giler kat Klinik X ni, Klinik ni 1 Malaysia ada kot, tapi tolonglah kasi servis baik sikit. Aku penah jugak ada history dengan klinik ni. Pernah satu malam aku sakit dada, pukul 12 malam, aku ajak housemate aku pegi klinik, masa tu bujang lagi. Pergi klinik tengok Dr tu terpisat-pisat macam baru bangun tidur. Klinik 24jam. Agaknyala kan, dia marah kot aku kacau dia tidur, aku cakap aku sakit dada, dia tulis-tulis pastu cakap ok, amik ubat kat luar. Aku tak puas hatila kan!! Macamane doktor treat patient tanpa sentuh atau cek aku pun. Dahla kena cas mahal, (lagi malam kau pergi klinik ni, lagi mahalla dia cas). Lepas ni aku memang nak banned klinik  ni walau apa keadaan sekali pun. Buat sakit hati lagi ada. Bertambah sakit, bukan kurangkan. Baik tak payah.

Klinik X

Malam tu aku teruskan steaming juga rice cooker yang Syazz Zulkifle buat untuk Raisha tu. Okay jugak method ni, hingus Anas pun banyak keluar, nampakla kahak keluar dari mulut dia, tapi progress still slow jugak. Tidur malam still resah. Anas ni aku tak tau la terlalu cool ke hape, masa aku meniarapkan dia dan muka dia kena wap panas tu, dia rilex je tak nangis, tak mengelupur. Rilex aje. Macam tak sakit ke apa kena wap panas kat muka dia tu. Aku cuba peluk kuat-kuat kasi dia nangis, kalau dia nangis dia batuk, kalau tak kahak tak mau keluar. Dalam 15-20 minit gitu, bila dia dah start menangis, aku nampak kahak keluar dari mulut dia dan hingus pun keluar sekali.

 Iklan kejap. Masa tengah set up rice cooker, boleh pulak air yang tengah panas tu tumpah atas kaki aku. Mengelupur kejap aku kat situ. Nasib baik tak melecur je. Harini, aku sambung lagi neb kat klinik Dr. Siti. Arini pakej kena neb dan sedut lendir. Sayu hati tengok anak menangis-nangis masa sedut kahak. Nak tak nak terpaksalah kan. Nak sihat.

Mane lah tau kan, kalau-kalau ada Dr yang terbaca entri aku ni, aku rasa macam nak merayu sangat-sangat, tolongla seikhlas hati treat patient kalau ada klinik sendiri nanti. Jangan cek lebih kurang, then bagi ubat. Aku banyakla jumpe klinik macamni. Tu yang kadang-kadang kalau sakit buat aku malas nak jengah klinik.

Esok, aku amik keputusan sendiri stop amik nebuliser.  Aku nak cuba kaedah lain pulak. Kaedah steaming aku teruskan. Mungkin bagi madu atau VCO. Aku ada jugak beli ubat dari kedai ubat Cina, nak try jugak. Semoga dengan ikhtiar ni, Allah sembuhkan Anas. InsyaAllah. Sayu tengok anak sakit.

Dulu, masa Husna dia jarang sakit, tapi dia kuat meragam. Anas pulak, dia cool man, kurang meragam tapi sakit macamni pulak. Allah Maha Mengetahui.

Thursday, September 20, 2012

Kembali!!

Blog bersawang hampir sebulan. Banyak benda nak bercerita, tapi tahap kerajinan dalam diri takde. Bukak blog tapi tersadai macamtu jela. Hari saya cubalah gagahkan diri untuk menulis. Asik bace blog orang hebat menulis, aku pun macam down macam dah tak tau and tak reti nak mengarang ayat-ayat dalam blog ni. Nak berhenti jadi blogger macam tak sanggup pulak walaupun kadang-kadang terfikir nak kuburkan saje blog ni. Argh.. No No No. hampir 4 tahun kot menulis dalam ni, ada macam-macam cerita. Never! Biarla dia bersawang asalkan jangan dikuburkan.

Ada yang tahu, ada yang tak tahu, aku dah masuk bekerja sejak seminggu yang lepas. Anak-anak? Sorang sana sorang sini. Hmmm..Husna dengan ayah dia, Anas dengan aku. Bukan tak nak jaga dua-dua, tapi Husna sekarang dalam fasa terrible two. Serius, dia memang dalam fasa itu sekarang. Ada saje yang tak kena, kadang-kadang sampai tak tahu dia nak apa. Aku takut nanti aku tak dapat nak kawal dua-dua anak dalam satu masa. Aku jugak takut kalau aku terlebih mengganas. Biarla, dia dengan ayah dia yang lebih penyabar berbanding aku buat sementara waktu ni. InsyaAllah, kami dalam perangcangan untuk bersama sebumbung sekiranya Allah memakbulkan doa aku untuk dapat jawatan tetap di UTM nanti. InsyaAllah.


Ini Husna. 
Takut ramai yang dah tak ingat muka Husna. HAHA. Sebab mak lama tak update. :P

Dah lama tak update tentang perkembangan diri sendiri, anak-anak n so on. Husna sekarang, dah 2 tahun 4 bulan. Dah macam-macam dia pandai, cakap pun dah banyak vocab. Ada anak diusia 2 tahun ni, paham-paham jela kan. Kadang-kadang sangat mencabar kesabaran bila dia buat perangai, kadang-kadang dia macam angelic sangat bila buat baik.

Ini Anas. Muka mengantuk nak tidur.

Anas is a very good boy. Sudah masuk 2bulan 16hari. Belum pandai apa-apa selain tersenyum besar bila ibu agah dia. Peramah jugak bila kita borak dengan dia. Jarang sangat buat ibu susah hati dengan perangai dia. Cuma sekarang ni dia tak berapa sihat sebab kahak banyak dalam tekak dia, malam-malam dia resah nak tidur. Baik pulak tu tak meragam.



Kejadian berlaku masa cuti 16 September yang lepas. Aku balik ke Klang naik bas dengan Anas. Aku dalam bas dengan Anas, dia rilex je babai ibu siap senyum-senyum lagi. Aku? Dah bergenang-genang air mata tengok dia n ayah dari luar.




Tengok tu, siap senyum lagi!

Aku macam blank tetiba. Terimala entri mengambil mood ye. Tak abis. Bye!

Wednesday, August 8, 2012

Happy Birthday to me!

Bismillahirahmanirahim

7 Ogos 1984 - 7 Ogos 2012. Genap 28 tahun usia saya hidup di dunia ni. Dikurniakan lagi dengan sepasang cahayamata. Alhamdulillah, syukur pada Allah masih diberi peluang untuk hidup.

Sempena hari ulang tahun kelahiran saya yang ke 28 ni, tak sangka pulak dapat banyak suprise. HAHA.
Hubby buat suprise party pulak. Sangat tak sangka, sebab aku sendiri pun macam lupa dengan birthday sendiri.

Ish, macam tak reti pulak nak berblog ni, dah lama sangat tak update.

Serius, aku memang lupa birthday aku. Pada 6hb 8 tu Mokhtar ajak kawan-kawan dia iftar sama-sama dekat rumah. Aku pun okay jela, lagipun aku ada jugak tanya dia takmau ajak kawan-kawan berbuka sama-sama kat rumah. 3 orang je tetamunya.  Menu iftar hari tu, Tom Yam Campur, Sotong goreng tepung, ulam dan Ikan Jenahak masak sambal. Semua adik aku yang masak.

Lepas semua dah makan, dah solat maghrib, diorang lepak-lepak. Masa dah settle semua tu, aku mintak diri nak mandi dulu. Haha, tak sempat nak mandi sebab kelam kabut masak sebab sebelum nak masak tu kitorang semua pergi merayap dekat Plaza Alam Sentral, sampai rumah dah pukul 5.30. Aku pulak plan nak buat kek karamel, separuh jalan je siap, tak sempat. Lagi separuh jalan siap lepas tetamu dah balik baru sambung. Mokhtar balik rumah dari kerja je dia kata nak keluar balik, aku marahla, aku cakap kawan nak datang tolongla sikit-sikit, tak sempat ni. Tapi dia berkeras jugak nak keluar. Bawak Husna. Okay fine, Husna takde, so takdela orang tukang kacau.

Okay, sambung cerita. Aku dah siap mandi semua, dah kemas-kemas rumah. Sambil lepak-lepak, aku mintak diri sekali lagi sebab nak perah susu, Cik B dah engorge sangat. Masa aku perah susu tu la agaknya diorang plan segala, siap je perah susu, tiba-tiba black out. Alamak, time ade tetamu ada kat rumah, time tu lah nak black out. Aku suruh bukak pintu, tapi sorang pun tak gerak. Tiba-tiba.....TING! Keluar cahaya dari bilik belakang.

OMG!! Ada kek rupanya. dan bukan black out pun. Diorang saja tutup suis utama kasi gelap dan buat suprise! Cis... Tipah tertipu. In da same time terharu la jugak.

Di saat kek dikeluarkan, aku macam eh ape ni? apa ni?

Malu.. dah tua-tua kena tiup lilin

Happy Birthday Fashya!

Husna dan kek ibu. Dia yang bz lebih.

My Prince and Princess sambut birthday Ibu. love u all. Muah!

My Family. Thank Hubby.

Seriusly tak sangka. Lepas kek dikeluarkan, aku tanya. Eh, bila birthday Angah? Memangla tak expect sebab suprisenya sehari sebelum kejadian. 

Thanks hubby, walaupun takde hadiah yang mewah, sambutan simple macamni pun dah cukup memadai. 

Patutla beriya nak keluar semula lepas balik dari kerja, nak pegi beli kek rupanya!
Patutla beriya suruh aku mandi dulu, nak bawak kek masuk rumah rupanya! (sebab masa dia balik tak bawak apa-apa)
Patutla asik tersengih-sengih sepanjang masa!
Patutla beriya tutup pintu masa aku tengah perah susu dalam bilik, nak bawak kek dalam bilik belakang rupanya!
Patutla main bisik-bisik dengan Epah, pastu tak bagi aku dengar, nak berkomplot rupanya!
Patutla kawan-kawan dia stay lama sikit lepas iftar, nak join buat suprise rupanya!


Malam tersebut saya dapat satu lagi suprise tapi tak boleh mention kat sini. HAHA. 

Friday, July 27, 2012

Kelahiran Anas Hamza

Bismillahirahmanirahim.

Orang cakap Anas Hamza, anak nifsu syaaban. Dia tangguh sampai 9 hari dari tarikh jangkaan bersalin semata-mata nak keluar pada malam nifsu syaaban. Ini kronologi kelahiran Anas Hamza yang lahir pada 5 Julai 2012. Kisahnya sama tapi tak serupa dengan kelahiran Husna.

Aku start bercuti masa usia kandungan 38 minggu 6 hari. Hati tak sabar-sabar nak balik ke Klang memandangkan Husna pun dah duduk dengan ayah dia 2 minggu lebih awal dari aku bercuti. Nak tunggu sampai tarikh jangkaan bersalin pun macam dah tak mampu sebab jauh dengan Husna dan duduk rumah sorang-sorang. Aku jangka Anas bakal lahir awal sebelum tarikh bersalin sebab aku agak renyah sepanjang mengandungkan dia. Tapi jangkaan aku memang meleset la. Lagi lama overduenya dari kakak. Kakak 7 hari, adik 9 hari. Anak ke 3 nanti aku syak 11 hari overduenya. Haha. 

Aku sambung check up dekat Klinik Desa Sementa. Seminggu sampai 2 kali kena pegi klinik. Hari due date; 26 Jun 2012. Takde langsung tanda-tanda nak bersalin. Memandangkan aku takde masalah sepanjang mengandung, nurse bagi masa lagi seminggu untuk datang semula check up pada 2 Julai. Tapi aku tak pergi check up pun sebab keesokan harinya aku dah kena admit ke hospital sebab dah 7 hari overdue. Aku sabar jela, sambil-sambil alert tanda-tanda nak bersalin tapi memang takde. Aku pulak makin renyah dan rancak buat kerja rumah. Angkat barang berat, tonyoh tandas, basuh lantai, basuh baju guna tangan. Saja nak bagi cepat bersalin, tapi......... aku buat kerja berat-berat pun still takde tanda sikit pun nak bersalin. 


3 Julai 2012.

Seawal pagi lagi aku dah bangun, sebab pagi-pagi aku kena admit masuk hospital sebab dah 7 hari overdue. Dalam pada pagi-pagi tu, pukul 11 jugak baru gerak ke hospital. Sebab nak tunggu semua ready punyala lama. Mandikan Husna, tunggu Mokhtar pegi ofis dulu settlekan hal dia, tunggu adik siap-siap, kemas-kemas rumah sebab Mil nak datang. Pukul 11 kami gerak ke Hospital Sungai Buloh. Sampai je terus ke kaunter pendaftaran, settle semua urusan, aku masuk dalam, salam Mokhtar, salam Husna, salam adik. Tapi masa ni aku belum inform sesiapa lagi aku dah  kena admit. 

Masuk je aku kena tunggu kat tempat menunggu dengan bakal-bakal ibu yang lain. Hospital Sungai Buloh dah berbeza sejak 2 tahun lalu. Patient dah makin ramai, staf pun semakin banyak kerja. Kalau dulu, malam-malam diorang boleh tidur lagi. Sekarang no more. Patient sentiasa ada, wad pun penuh! Percaya atau tidak, ada patient yang dah masuk 2 hari masih tak dapat katil. Kena tidur atas kerusi. Termasuk aku. Orang memang ramai yang admit that day. Tak putus-putus sampai kitorang sume dapat berkampung dalam pantri/ atau dalam kata lainnya tempat kitorang melepak. Sampai dapat ramai kawan dengan kes yang berbeza-beza. Dan ramai jugak yang kenan induce macam aku, tapi diorang kes diabetis kena induce awal dari tarikh jangkaan bersalin. Aku kena induce sebab dah overdue. Masuk dalam wad tu aku teringat masa nak lahirkan Husna dulu. Tak sangka 2 tahun lepas tu aku datang sini balik tapi dengan suasana yang berbeza.

Aku memang dah pasrah dan serah diri aje. Sepanjang hari dekat hospital, kena seluk, kena buat CTG memang tak boleh elak. Lepas kena investigate semua history mengandung, aku kena VE. Pertama kali kena buat VE dengan doktor lelaki, berbangsa Cina dan masih muda. Malu? Tak payah explain. Dia buat VE, bukaan 2 cm katenya, tapi aku takde rasa sakit pun. 6 jam lepas tu buat VE lagi dengan Dr. Melissa, doktor yang sambut Husna dulu. Dia buat ganas okay, sampai terkujat-kujat aku. Dia pun cakap bukaan 2 cm saja. Tapi awat aku takde rasa sakit apa-apa pun. 

Mokhtar, Husna dengan adik tunggu kat luar sampai petang. Aku suruh diorang balik dulu, sebab aku rasa lambat lagi nak bersalin. Memang pun. Nak kena induce pun kena masuk wad dulu baru boleh induce. Memandangkan wad sentiasa penuh, maka tak dapat inducela aku sampai ke sudah. Tapi takpe, aku macam seronok pulak berkampung dekat sini. Haha, kawan-kawan senasib pun ramai. Walaupun aku geram sebenarnya sebab bosan menunggu. Sampai dah tak boleh nak senyum! Semacam phsyco pun ada tengok orang yang dah bukak 4-5 cm. 

Aku mula rasa sakit contraction tengah malam tu, tapi aku tak pasti sakit contraction atau bukan. Macam dah lupa pulak camne rasa sakit bersalin. Sambil-sambil tu aku cuba alert berapa jarak sakit contraction yang aku rasa. Kepada sesiapa yang mesej-mesej aku, aku cuba lepaskan geram dengan keadaan hospital. Hahaha. Thanks pada Nani, Mas, Kak Nani dan Aishah yang rajin tanya pasal aku. Kesian korang jadi mangsa kita lepaskan geram. Hihi... Terima kasih sebab concern. :)

4 Julai 2012.

Contraction yang aku rasa setengah jam sekali. Sakit berterusan sampai keesokan pagi. VE ketiga dilakukan, bukaan masih 2 cm walaupun aku mengadu dah ada sakit contraction yang kerap. Bila Dr cakap still 2 cm aku macam kecewa sangat sebab sakit tapi bukaan still 2 cm. Dr. Melissa putuskan aku still kena induce jugak walaupun dah ada sakit sebab takde progress. Hampa jugak aku time tu. Petang tu menambahkan stress aku bila geng-geng berkampung yang nak kena induce sekali dah dapat masuk wad. Lagi aku tension sebab selagi aku tak dapat masuk wad, selagi itu aku tak boleh kena induce. 

Malam tu Mokhtar datang dengan Husna dan adik. Bawak barang-barang aku dengan dinner. Sepanjang hari dari semalamnya tak mandi tak bersihkan diri. Badan pun tak sedap dah rasa. Sebab aku tak bawak masuk barang-barang aku, cuma bawak barang baby je. Masa diorang datang melawat contraction dah makin kerap. 5 minit sekali. Asal contraction datang, aku menyeringai tak pandang orang dah. Orang ramai yang kat tempat menunggu tu pandang-pandang aku tahan sakit. Adik aku tanya, sakit ke? sakit cemane? Aku pun cakapla sakit senggugut 10kali lagi. Okay? Tunggu jela kau nak bersalin nanti. Baru tau sakit contraction macammana. Sambil makan sambil tahan sakit. Disebabkan tak tahan sangat sakit, aku masuk kejap nak suruh nurse buat VE sebab nak tau brapa cm dah bukak sebab aku dah sakit terlalu kerap, risau pulak bukaan dah besar tapi aku dok merayap-rayap lagi. Bila ngadu kat nurse, nurse buat VE, masih 2 cm. 10 kali hampa. Tau tak. Sakit tapi takde progress. Dr yang bertugas pun sempat perli aku. Cis betul. Mungkin dia takde niat tapi aku terasa hatila dia cakap "Dah overdue, nak kena induce, bukaan baru 2 cm. Haaa.. bagus, pegila rehat-rehat dulu mana tau ada progress, jangan awak meneran dalam toilet sudahla", sambil nurse-nurse yang lain tergelak. Hoi, aku sakit, kau boleh buat main-mainkan?

Aku keluar balik jumpa Mokhtar, Husna n Epah. Dengan hampa aku cakap bukaan still 2 cm. Tension ah! Rasa nak menangis je. Dahla tak dapat nak berehat sepanjang hari. Nak baring-baring pun terpaksa menumpang katil orang. Mintak simpati la sikitkan, diorang pun paham kasik tumpang katil.

Tiba-tiba, tengah-tengah borak dengan Mokhtar, main-main dengan Husna, nurse panggil aku, katanya nak masukkan aku dalam wad. Dah masuk wad, maknanya dah boleh kena inducela kan. Gembira sangat walaupun takut dan nervous. Macam dah tak sabar nak bersalin keluarkan En. Anas Hamza nih. Nurse suruh hubby balik. Mokhtar pun balik.

5 Julai 2012

Seronok rasanya dapat masuk wad, bayangkan sejak pagi semalam aku masuk, malam hari kedua baru dapat wad. Aku budget dah dapat masuk wad, aku dapat berehat sepuas-puasnya memandangkan bila-bila masa je aku akan bersalin. Masuk je wad, aku tengok akak kat katil sebelah (geng berkampung kat pantry) dah kena induce, tengah menahan sakit contraction. Aku sempat borak dengan dia, bukaan dah 4cm katanya. Tengok dia tengah menahan sakit, malasla aku nak borak lama-lama. Aku pun dah rasa sakit jugak,  dan rasa nak berehat sangat-sangat. Siap bersihkan diri, konon-konon nak tidur, tengok jam dah pukul 12.00 am, tapi aku teringat malam ni malam nisfu syaaban, elok jugak aku baca Yasin. Aku capai buku Yasin dan sempat baca 2 kali je. Masuk kali ke 3, mata aku dah tak larat nak bukak. Aku fikir baik tidur je, nak berehat sepuas-puasnya. 

Elok je nak tutup mata, tiba-tiba... contraction yang kuat datang berbeza dengan sakit sebelum ni. 5 minit sekali. Aku beregu menahan sakit dengan akak katil sebelah. Kalimah Allah tak lepas dari mulut kami ni. Akak sebelah masuk labour room awal sejam dari aku. Masa tengah nurse datang hantar akak tu pegi labour room, aku cuba panggil sister sebab sakit dah teramat sangat. Tapi dia tak dengar kot, aku malas la nak panggil-panggil lagi sampai satu tahap sampai tak boleh tahan. Aku cube berjalan ke meja nurse, panggil nurse cakap dah sakit sangat. Sister datang buat VE, bukaan dah 5 cm rupanya. Dia cakap, ni tak sempat sampai esok pagi ni. Dr datang buat confirmation, memang sah 5 cm. Dr arahkan nurse hantar aku ke labour room. Dengan segera aku text hubby cakap dah nak masuk LR. Time tu dah pukul 2.30am. Happy sangat time tu. Happy tapi sakit. 

Rupanya, ada hikmah semuanya apa yang terjadi sebelum-sebelum ni. Aku tak perlu kena induce sebab sakit datang secara semulajadi. Anak-anak ibu 2-2 pandai buat drama dengan ibu kan, hari nak kena induce, haritu jugak sakit contraction tu datang. Amboi-amboi, buat drama sangat ye. Mungkin berkat malam nisfu syaaban, dan aku memang banyak berdoa supaya disegerakan bersalin memandangkan aku dah 9 hari overdue. Risau apa-apa terjadi pada baby kat dalam.

Proses bersalin

Masuk LR pukul 2.50 am, nurse siapkan tempat, Dr datang keluarkan air kencing, pecahkan air ketuban dan VE. Semua proses tu sangat sakit ditambah lagi dengan sakit contraction. Pengalaman pecahkan air ketuban tu 1st time bagi aku sebab masa Husna dulu dia pecah sendiri. Siap je semua proses tu, aku dibiarkan dalam LR yang sangat sejuk seorang diri. Sejuk gila. Menggigil-gigil aku dibuatnya. Nasib baik aku ada bawak kain batik, dapat tutup badan aku sikit. Bila bahagian bawah kena bukak, kaki aku shaking macam apa. Tak boleh kawal dah. Tapi disebabkan aku mengantuk, aku cuba untuk tidur sambil menahan contraction yang semakin menggila. Tapi tak berjaya. Takde gas untuk aku sedut macam bersalinkan Husna dulu, semuanya secara natural. Time-time tu aku mulala teringatkan arwah ibu yang dah melahirkan 9 orang anak, 9 kali melalui proses bersalin yang sakit ni. Macammana dia hadapi, betapa besarnya pengorbanan ibu. Aku teringat kat Maklong aku yang ada 10 anak, teringatkan Aishah Rahim punya breathing technique yang sememangnya dah kelaut. Tak boleh nak ikut sebab dah terlampau sakit, dan teringatkan Mas (omi Rijal n Fatimah) yang bersalin homebirth, wei! cemane Mas bleh buat homebirth eh. Memang kagum sangat. SubhanAllah. Bersalin kat hospital yang melalui pelbagai prosedur ni, ko rilex je buat homebirth. Fuh!! Pujuk hati, ini jihad yang aku buat, betapa banyak pahala yang aku dapat. Ini kerja Allah. Wallaualam.

Tengok jam, makin lama makin berjalan masa, hubby dah ada kat tempat menunggu. Aku cuba buat jangkaan sendiri, masuk labour room pukul 3 pagi, pukul 5 pagi mesti settle. Cepatla 5 pagi. Disebabkan aku bersalin waktu pagi, kakitangan tak ramai, so suasana memang berbezala dengan suasana  bersalinkan Husna dulu yang ramai keluar masuk LR. Siap ada pompom girl. Kali ni memang takde umat langsung. Yang keluar masuk, cuma sorang staff nurse yang jaga aku dari awal aku masuk LR. Dia jugak yang sambut kelahiran Anas. Bila sakit semakin menggila aku cuba menjerit sebab nak tarik perhatian nurse. Bayangkan, aku sorang-sorang dalam LR takde sapa yang pantau. Nurse masuk dan buat VE, baru 6cm. Dia keluar lagi. Aku ditinggalkan keseorangan lagi. Hoih, tak boleh tahanla kena duduk sorang dalam LR yang sejuk gila tu. Dalam 10 minit, aku cuba tarik perhatian lagi, menjerit sebab dah rasa nak teran dah. Sakit oh, sakitnya.... Tak dapat digambarkan sakitnyaaaa....Aku memang teran je sebab tak boleh tahan dah, walaupun nurse cakap baru bukak 7cm. Nasib baik nurse tu tak marah sebab aku teran jugak. Dia layankan je, dia cakap bacaan CTG baby cantik, so bolehla bersalin sekarang. Dia suruh aku teran dan teran sambil aku terberak. Kahkahkah. Pengalaman yang sama macam Husna dulu. Terberak sambil beranak. Nasibla labu.... Bukan salah aku, ko yang tak bagi ubat berak sebelum masuk LR kan.

Bersalinkan Anas lebih mudah dari Husna. Dalam 4-5 kali teran, Anas dah keluar. Cume hidung dia tersekat sebab aku tak berjaya tarik nafas panjang untuk push. Suami masuk LR masa kepala Anas dah muncul. Dia cuba sokong kepala aku untuk bantu aku push. Tak sampai beberapa minit, kepala Anas dah keluar. Ya Allah, lepas dugaan, nak keluarkan badan dia tak susah mane, push sikit dah keluar. Yang sambut Anas masa tu hanya 2 orang staff nurse saja. Kami 4 orang saja ada dalam LR. Tiada pompom girl kali ni. Sambil nurse membebel-bebel pasal patient LR sebelah aku, dia kata patient kat sebelah sibuk nak menjerit, nak bercakap. Anak sulung, takde pengalaman, memangla macam tu.

Tepat pukul 5.39 am lahirlah Anas Hamza ke dunia. Masa Anas keluar, dia senyap je. Tak menangis. Nurse tunjukkan cik bird dia dan terus bawak keluar, aku pun tak perasan bila dia start menangis. Suami pulak diminta keluar untuk proses menjahit dan bersihkan baby. Nanti boleh masuk semula untuk azankan anak. Takde proses sentuhan skin to skin macam Husna dulu.

Masa nak keluarkan plasenta, aku pelik betul nurse suruh aku batuk. Aku pulak macam tak reti nak batuk, aku berdehem. Tekak kering sangat masa tu, aku tak boleh buat-buat batuk. Ya Allah, ni ape pulak ni nak suruh aku buat-buat batuk. Aku cakap, tekak kering, boleh tak bagi air. Dia bagila seteguk air, aku pun cuba batuk sekuat hati. Lantakla, aku dah tak tahan nak hadapi semua proses ni. Cepatla berakhir.

Proses seterusnya, proses menjahit. Staff nurse tu jahit ganas sangat. Aku rasa nak tendang je dia. Haha. Dahla dia marah kaki aku mengigil. Dia susah nak jahit sebab kaki aku menggigil. Aku memang nak marah je dia. Menggigil tu bukan sebab aku saja-saja nak buat, bukan boleh control, dah labour room tu sejuk sangat. Ape aku boleh buat, aku tutup separuh kaki pun dia selak sampai pinggang jugak. Waktu menjahit aku memang bengang gila. Dia cakap apa, aku buat dek je. Aku tepis tangan dia, dia marah."Kalau awak tepis tangan saya, macam mana saya nak jahit awak ni", Nurse sorang lagi sound aku " Kalau awak nak cepat, sila bagi kerjasama okay". Aku senyap je sambil buat muka bengang.

Aku cuma berdoa cepatla dia jahit. Mujur tak banyak dan tak lama dia jahit. Selesai jahit, dia keluarkan air kencing, yang ni pun sakit sangat. Dah-dahla tu, aku dah rasa macam kena seksa je sepanjang proses menjahit sampai siap semuanya. Masa tengah menjahit, baby sampai. Aku cuba untuk menyentuh Anas, tapi susah nak pusing badan sambil bawah kena jahit. Sabar, nanti boleh tengok puas-puas. Selesai semua, Mokhtar dipanggil semula untuk azan. Selesai azan, kitorang pun posing-posing la dalam labour room sambil breastfeeding.

 Dengan ayah lepas azan

 Kurang sejam selepas bersalin.
 Dalam LR aku free hair, kena touch up dengan rambut palsu. Haha.

Baru melihat dunia. Alhamdulillah.

Aku ditempatkan di wad dari pagi sampai petang, waktu melawat petang hubby datang dengan PIL. Dan hari yang sama aku dapat discharge. Alhamdulillah, tak perlu aku nak berkampung lama-lama lagi dalam hospital dan sememangnya aku berharap dapat discharge awal. Rindu kat Husna pun ye jugak, dah berapa hari duduk hospital, dia pun macam merajuk-rajuk dengan aku tak mau kena pegang. Anas pun sangat good boy, tak sampai beberapa jam dia dah buang najis dan kencing. Masa dalam wad dia tak nak tidur, mata dia melilau-lilau sana sini. Aku nak berehat pun macam tak sampai hati nak tidur tengok dia macam tu. Dalam wad, snap-snap pic dia lagi, walaupun aku nak sangat tidur dan berehat.

Pertemuan pertama kakak dan adik. 
(Tak tau cemana nak adjust pic ni, tetap senget)

Okay, aku rasa cukupla cerita kelahiran Anas ni, macam panjang je, takut orang malas nak baca. Haha... Apa yang penting, kini aku dah jadi ibu beranak 2. Alhamdulillah, kadang-kadang macam tak percaya saya dah ada 2 anak. Anak pertama dah macam terabai sikit. Malam-malam banyak ayah dia yang uruskan. Tapi apa pun ibu cuba jadi yang terbaik walaupun ibu bukan yang terbaik. Khalisya Husna dan Anas Hamza, Ibu sayang korang. 

Friday, July 20, 2012

My Double H


Husna dan Hamza
Anugerah dan Amanah Allah.


Husna



  • Semakin independent. Suka buat hal sendri je. Tak jeles dengan adik dia kalau ibu yang pangku adik, tapi kalau ayah dia pangku, dia jeles nak dukung jugak.
  • Pagi-pagi bangun tidur mesti cari adik dulu, pastu baru mintak susu.
  • Sayang adik tapi ganas, adik tidur sibuk nak cium. Goncang-goncang tangan adik sampai adik terjaga.
  • Kadang-kadang mintak nak pangku adik macam dalam gambar, pastu sengih-sengih tanda puas hati.
  • Semakin banyak perangai, mungkin nak mintak perhatian. Lagi-lagi kalau ayah dia ada kat rumah. Anak ayah sangat! Susah nak pakai baju melainkan baju angry bird. Nak makan pun, nak makan sendiri. Suka sepah-sepahkan rumah.
  • Dah pandai tidur sendiri. Sebab kat rumah Klang takde buai. So, senang ibu tak payah nak dodoikan dia lagi, tapi kadang-kadang macam sedih jugak sebab dia tidur sendiri macam tu je, kadang-kadang tertidur atas lantai takde bantal takde tilam. 
  • Aku rasa aku dah jarang beri perhatian sangat kat dia. Bz dengan adik, tapi ada jugak curi-curi masa tidurkan dia, tapi bukan dia yang tidur, aku yang tidur. Hahaha. 
  • Makin lovely, suka request nak cium pipi ibu dia nih. Dulu tak pandai, kita je yang mintak, itu pun dia pandai hulur pipi. Skang dah dia pulak hulur bibir dia nak cium pipi.
  • Sekarang tidur dengan ayah je kat bawah, ibu dengan adik atas katil. Rindu nak peluk-peluk dia macam dulu.

Hamza

  • Baru berusia 15hari.
  • Dah 2 minggu berturut-turut asik pegi balik ke KK cek jaundis. Mujur tak kena tahan wad, sebab total bilirubin dia makin turun tapi tak mendadak. Ibu tak mau masuk wad letak Hamza dalam incubator. Cukupla si kakak kena dulu.
  • Seorang good boy. Malam-malam syok tidur. Jarang kacau ibu tidur walaupun ada jugakla 2-3 hari kacau ibu berbanding kakak dia dulu. Ish, tak baik main compare-compare kan. Tapi jaga dia lagi mudah dari jaga kakak newborn dulu. Sebab dulu masa kakak, asal pukul 9 malam je ibu dah nervous nak masuk tidur. 
  • Pandai minum susu, direct ataupun tru bottle.  Good boy. Lega ibu. Ibu tak mau sejarah kakak Husna berulang lagi. Susah nak terima botol. 
  • Alhmdulillah, masih menerima susu ibu secara ekslusif. Susu ibu pun Alhamdulillah boleh tahan meriah. Syukur Ya Allah.
  • Dah botak ibu kerjakan 2hari lepas. 
  • Kuat berak, kuat kencing. Huhu... :p

Okayla tu update blog. Sian blog tak berupdate since adik lahir dulu. Nak cerita part kelahiran Anas Hamza belum ada masa yang betul-betul lagi. Asal ada masa aku nak membuta je. Sekarang dah 2minggu lebih berpantang. So far so good. Luka pun dah makin sembuh, jalan dah laju sikit. Cuma ngeri part perut / rahim yang kadang-kadang sakit. Dah sengkak dengan tukang urut 3 hari berturut-turut. Sakit gile kena sengkak. Selama ni aku urut sengkak tak pernah pun sakit macamni. Dan aku jugak selesa berbarut, sebab kalau tak pakai barut macam bergoyang-goyang je perut kalau dibawak berjalan.

Cukup sampai sini dulu.. Adik malam ni asik terkejut-kejut je. Tata~



Friday, July 6, 2012

My baby boy.

 Si Imam Muda.


Alhamdulillah, lahir zuriat lelaki kami yang kedua. 

5 Julai 2012, 5.39am.
3.2 kg. Normal. Hospital Sungai Buloh.

Nantikan cerita kelahiran si imam muda ini.. InsyaAllah

Thursday, June 28, 2012

Make iT and love iT

Dah hampir 2 minggu aku jadi suri rumah. Aku suka jadi suri rumah. Jaga anak, jaga suami je. Tak payah fikir pasal beban kerja. Tapi kan, aku nak tetiap bulan gaji jalan macam biasa. Hahaha. Memang takla kan. Dalam mimpi la, lainla kalau suami kite gaji 20K. Seronok ah jadi surirumah yang berjaya. Seronok tengok anak happy. Husna aku perasan dia tak banyak sangat ragam dia sekarang. Seronok gaknya duduk rumah aku ada, ayah dia ada.

Sepanjang nak menunggu adik keluar ni, aku tak duduk diam jugak kat rumah ni, ada je aktiviti aku, lagi-lagi bab-bab menjahit. Minggu pertama aku memang bz gile menjahit. Macam semua benda nak buat. Lagi-lagi bila Mokhtar je duduk rumah ni, macam rumah bujang dah dibuatnya. Paham-paham jela kan kalau dah lelaki duduk rumah. Kehkehkeh. Malas aku nak cakap. 2-3 hariaku tak rehat kemas rumah. Hantar Husna rumah pengasuh, aku buat kerja kat rumah. Kemas sana kemas sini, ubah sana ubah sini. Letih jangan cakap, aku buat kerja-kerja tu semua dalam keadaan sarat. Ingatkan bolehla bersalin awal bila dah merenyah macam tu, tapi sampai sekarang adik baby masih bertahan dalam perut ni. Nak ikut jejak langkah kakak letewww.... Takpela, kite tak tau ape Allah dah plan untuk kami.

Antara projek menjahit aku:


Bagi rumah semenggah sikit, jahit langsir cantik-cantik sikit. (Cantik ke? :p). Rumah banyak sangat tingkap, aku lemah sikit. Banyak tingkap, maka banyak langsir.


3D Wallframe. Dah siap yang warna biru merah tu, siapkan yang warna coklat tu pulak.




Bantal burung hantu. Buat sendiri, modal RM0. Kalau pegi Setia Alam Mall pastu masuk kedai Miss T. Bantal burung hantu ni RM40 kot. Ntah, aku tak tau, tapi memang mahal. Make it and love it. Aku suke!!!! :))

Kain-kain perca banyak lagi, tapi aku dah macam tak tau nak buat ape. Aku tak kreatif nak cipta sendiri. Semua ni aku tiru je. Thanks to Reen lah, kenalkan aku dengan web MAKE IT AND LOVE IT. Aku suka gile pegi web tu, semua tutorial adalah sangat clear dan senang nak ikut. Aku buat takdela sekemas Ashley ni, tapi bolehla...HAHA...

Sapa yang berminat bolehla pegi kat link-link aku bagi tu eh. Okay dada~



Wednesday, June 27, 2012

WW- Conquer adik punya..

Wednesday, June 13, 2012

WW- Untuk Adik dan Kakak



For tutorial Click HERE or HERE

Monday, June 11, 2012

Cara hilangkan kesunyian.

Hujung minggu aku kali ni sangat-sangat berbeza dengan hujung-hujung minggu sebelumnya. Sebab aku duduk sorang-sorang dekat rumah. Bosan, sedih, jangan cakap, awal-awal pagi dah bangun, aku rasa kosong je weh. Tapi dalam otak kepala ada macam-macam benda yang aku fikir dan nak buat. Antaranya, menyiapkan bantal dan tilam kekabu untuk adik dan buat framewall dari bahan terbuang yang ada dalam rumah ni. Sebelum ni, jangan harap aku nak menjahit dengan Husna, kang dia yang lagi sibuk dari aku. Aku bukan apa, nak hilangkan rasa sedih, rindu aku ni, terpaksala aku sibukkan diri dengan apa yang aku minat.

Erm, harini dah masuk seminggu lebih aku tak jumpa Husna. Rindunya tak usah cakap, korang pun paham kan kalau dah berjauhan dengan anak lama-lama, dengar suara dari corong telefon ajela, itu pun tak puas. Rindunya..T_______T. Minggu ni hubby dan Husna memang tak datang, sebab aku dah nak start cuti Rabu ni, so, tahan sikitla rasa rindu ni sebab nanti aku dah start cuti lama.

So, untuk hilangkan rasa rindu dan sunyi ni, pagi-pagi lagi lepas sarapan, aku dah start pegang kain, mesin jahit, gunting, benang, jarum semua siapkan apa yang patut. Ni lah hasilnya setelah 2-3 hari mengadap mesin jahit sejak hari isnin lepas. Takdela terrer pun weh, aku main buat je nih.

Tilam dan bantal kekabu.

Aku dapat beli kekabu dekat area Pasir Gudang kalau tak silap aku dengan bantuan ofismate, dia tolong belikan. Murah. RM20/kg. Aku beli setengah kilo je, dapatla set ni. Setengah kg harga dia RM12. Kain pulak aku beli je kat kedai kain yang ada kat Skudai ni. Semeter RM15. Kain cotton sedap, lerang 60 kot, aku beli semeter setengah, maka dapatlah set tilam dan bantal kekabu ni. Cubalah kira berapa harga modal yang aku keluarkan. Tak sampai RM50. Senyum puas hati aku bila dah siap untuk adik baby ni. Tak payah keluarkan duit banyak-banyak untuk benda yang aku mampu buat sendiri walaupun takdela secantik benda yang ditempah. Tetiba teringat masa siapkan bantak untuk Husna dulu. :) 
Tilam tu sebenarnya tilam Husna yang lama hasil moyang dia yang buatkan. Untuk adik ni aku upgrade sikit, tambah kekabu kasik kembung sikit dan buat sarung dia.


Dan ini, wall frame dari kain-kain baldu perca yang aku pernah buat 3D framewall dulu. Ada banyak lagi kain perca ni, aku pun sampai tak tahu nak buat apa. Any idea? Kain-kain ni aku cantumkan aje ikut kreativiti sendiri guna gam UHU dan lekatkan kat frame kayu. Haha, kreatif la sangat setakat susun-susun kain dan cantum. :p Tutorial pun aku cilok dari entri Dayu dulu(How to: Fabric Frame/Panel Wall Art)
Ternyata sangat mudah nak buat framewall ni. Modalnya? Hanya RM10 untuk 2 frame ni. Sebab aku tak beli kain, aku cume beli kayu frame dan paku sahaja. Kat rumah takde tukul nak pakukan frame, maka anak lesung batu jadi mangsa aku. haha.

Dalam pada aku siap-siapkan benda ni aku lupa nak makan, maka sabtu aku menjadi pitam, badan menggigil-gigil. Haa kau, penangan tak ingat nak makan, masak pun belum, maka aku terpaksa gigihkan badan pegi masak kat dapur dengan keadaan badan yang menggigil. Masak pun lebih kurang, lepas masak, makan aku pengsan.

Ahad, cara mengurangkan kesunyian, aku ajak Kak Nani jalan-jalan ukur shopping mall walaupun larat tak larat sangat ni ha... Dari pukul 11 am sampai 6 petang tak reti-reti balik rumah. Hasilnya, hari ni aku sakit badan. Padan muka aku! HAHA

Wednesday, June 6, 2012

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ