Orang cakap Anas Hamza, anak nifsu syaaban. Dia tangguh sampai 9 hari dari tarikh jangkaan bersalin semata-mata nak keluar pada malam nifsu syaaban. Ini kronologi kelahiran Anas Hamza yang lahir pada 5 Julai 2012. Kisahnya sama tapi tak serupa dengan kelahiran Husna.
Aku start bercuti masa usia kandungan 38 minggu 6 hari. Hati tak sabar-sabar nak balik ke Klang memandangkan Husna pun dah duduk dengan ayah dia 2 minggu lebih awal dari aku bercuti. Nak tunggu sampai tarikh jangkaan bersalin pun macam dah tak mampu sebab jauh dengan Husna dan duduk rumah sorang-sorang. Aku jangka Anas bakal lahir awal sebelum tarikh bersalin sebab aku agak renyah sepanjang mengandungkan dia. Tapi jangkaan aku memang meleset la. Lagi lama overduenya dari kakak. Kakak 7 hari, adik 9 hari. Anak ke 3 nanti aku syak 11 hari overduenya. Haha.
Aku sambung check up dekat Klinik Desa Sementa. Seminggu sampai 2 kali kena pegi klinik. Hari due date; 26 Jun 2012. Takde langsung tanda-tanda nak bersalin. Memandangkan aku takde masalah sepanjang mengandung, nurse bagi masa lagi seminggu untuk datang semula check up pada 2 Julai. Tapi aku tak pergi check up pun sebab keesokan harinya aku dah kena admit ke hospital sebab dah 7 hari overdue. Aku sabar jela, sambil-sambil alert tanda-tanda nak bersalin tapi memang takde. Aku pulak makin renyah dan rancak buat kerja rumah. Angkat barang berat, tonyoh tandas, basuh lantai, basuh baju guna tangan. Saja nak bagi cepat bersalin, tapi......... aku buat kerja berat-berat pun still takde tanda sikit pun nak bersalin.
3 Julai 2012.
Seawal pagi lagi aku dah bangun, sebab pagi-pagi aku kena admit masuk hospital sebab dah 7 hari overdue. Dalam pada pagi-pagi tu, pukul 11 jugak baru gerak ke hospital. Sebab nak tunggu semua ready punyala lama. Mandikan Husna, tunggu Mokhtar pegi ofis dulu settlekan hal dia, tunggu adik siap-siap, kemas-kemas rumah sebab Mil nak datang. Pukul 11 kami gerak ke Hospital Sungai Buloh. Sampai je terus ke kaunter pendaftaran, settle semua urusan, aku masuk dalam, salam Mokhtar, salam Husna, salam adik. Tapi masa ni aku belum inform sesiapa lagi aku dah kena admit.
Masuk je aku kena tunggu kat tempat menunggu dengan bakal-bakal ibu yang lain. Hospital Sungai Buloh dah berbeza sejak 2 tahun lalu. Patient dah makin ramai, staf pun semakin banyak kerja. Kalau dulu, malam-malam diorang boleh tidur lagi. Sekarang no more. Patient sentiasa ada, wad pun penuh! Percaya atau tidak, ada patient yang dah masuk 2 hari masih tak dapat katil. Kena tidur atas kerusi. Termasuk aku. Orang memang ramai yang admit that day. Tak putus-putus sampai kitorang sume dapat berkampung dalam pantri/ atau dalam kata lainnya tempat kitorang melepak. Sampai dapat ramai kawan dengan kes yang berbeza-beza. Dan ramai jugak yang kenan induce macam aku, tapi diorang kes diabetis kena induce awal dari tarikh jangkaan bersalin. Aku kena induce sebab dah overdue. Masuk dalam wad tu aku teringat masa nak lahirkan Husna dulu. Tak sangka 2 tahun lepas tu aku datang sini balik tapi dengan suasana yang berbeza.
Aku memang dah pasrah dan serah diri aje. Sepanjang hari dekat hospital, kena seluk, kena buat CTG memang tak boleh elak. Lepas kena investigate semua history mengandung, aku kena VE. Pertama kali kena buat VE dengan doktor lelaki, berbangsa Cina dan masih muda. Malu? Tak payah explain. Dia buat VE, bukaan 2 cm katenya, tapi aku takde rasa sakit pun. 6 jam lepas tu buat VE lagi dengan Dr. Melissa, doktor yang sambut Husna dulu. Dia buat ganas okay, sampai terkujat-kujat aku. Dia pun cakap bukaan 2 cm saja. Tapi awat aku takde rasa sakit apa-apa pun.
Mokhtar, Husna dengan adik tunggu kat luar sampai petang. Aku suruh diorang balik dulu, sebab aku rasa lambat lagi nak bersalin. Memang pun. Nak kena induce pun kena masuk wad dulu baru boleh induce. Memandangkan wad sentiasa penuh, maka tak dapat inducela aku sampai ke sudah. Tapi takpe, aku macam seronok pulak berkampung dekat sini. Haha, kawan-kawan senasib pun ramai. Walaupun aku geram sebenarnya sebab bosan menunggu. Sampai dah tak boleh nak senyum! Semacam phsyco pun ada tengok orang yang dah bukak 4-5 cm.
Aku mula rasa sakit contraction tengah malam tu, tapi aku tak pasti sakit contraction atau bukan. Macam dah lupa pulak camne rasa sakit bersalin. Sambil-sambil tu aku cuba alert berapa jarak sakit contraction yang aku rasa. Kepada sesiapa yang mesej-mesej aku, aku cuba lepaskan geram dengan keadaan hospital. Hahaha. Thanks pada Nani, Mas, Kak Nani dan Aishah yang rajin tanya pasal aku. Kesian korang jadi mangsa kita lepaskan geram. Hihi... Terima kasih sebab concern. :)
4 Julai 2012.
Contraction yang aku rasa setengah jam sekali. Sakit berterusan sampai keesokan pagi. VE ketiga dilakukan, bukaan masih 2 cm walaupun aku mengadu dah ada sakit contraction yang kerap. Bila Dr cakap still 2 cm aku macam kecewa sangat sebab sakit tapi bukaan still 2 cm. Dr. Melissa putuskan aku still kena induce jugak walaupun dah ada sakit sebab takde progress. Hampa jugak aku time tu. Petang tu menambahkan stress aku bila geng-geng berkampung yang nak kena induce sekali dah dapat masuk wad. Lagi aku tension sebab selagi aku tak dapat masuk wad, selagi itu aku tak boleh kena induce.
Malam tu Mokhtar datang dengan Husna dan adik. Bawak barang-barang aku dengan dinner. Sepanjang hari dari semalamnya tak mandi tak bersihkan diri. Badan pun tak sedap dah rasa. Sebab aku tak bawak masuk barang-barang aku, cuma bawak barang baby je. Masa diorang datang melawat contraction dah makin kerap. 5 minit sekali. Asal contraction datang, aku menyeringai tak pandang orang dah. Orang ramai yang kat tempat menunggu tu pandang-pandang aku tahan sakit. Adik aku tanya, sakit ke? sakit cemane? Aku pun cakapla sakit senggugut 10kali lagi. Okay? Tunggu jela kau nak bersalin nanti. Baru tau sakit contraction macammana. Sambil makan sambil tahan sakit. Disebabkan tak tahan sangat sakit, aku masuk kejap nak suruh nurse buat VE sebab nak tau brapa cm dah bukak sebab aku dah sakit terlalu kerap, risau pulak bukaan dah besar tapi aku dok merayap-rayap lagi. Bila ngadu kat nurse, nurse buat VE, masih 2 cm. 10 kali hampa. Tau tak. Sakit tapi takde progress. Dr yang bertugas pun sempat perli aku. Cis betul. Mungkin dia takde niat tapi aku terasa hatila dia cakap "Dah overdue, nak kena induce, bukaan baru 2 cm. Haaa.. bagus, pegila rehat-rehat dulu mana tau ada progress, jangan awak meneran dalam toilet sudahla", sambil nurse-nurse yang lain tergelak. Hoi, aku sakit, kau boleh buat main-mainkan?
Aku keluar balik jumpa Mokhtar, Husna n Epah. Dengan hampa aku cakap bukaan still 2 cm. Tension ah! Rasa nak menangis je. Dahla tak dapat nak berehat sepanjang hari. Nak baring-baring pun terpaksa menumpang katil orang. Mintak simpati la sikitkan, diorang pun paham kasik tumpang katil.
Tiba-tiba, tengah-tengah borak dengan Mokhtar, main-main dengan Husna, nurse panggil aku, katanya nak masukkan aku dalam wad. Dah masuk wad, maknanya dah boleh kena inducela kan. Gembira sangat walaupun takut dan nervous. Macam dah tak sabar nak bersalin keluarkan En. Anas Hamza nih. Nurse suruh hubby balik. Mokhtar pun balik.
5 Julai 2012
5 Julai 2012
Seronok rasanya dapat masuk wad, bayangkan sejak pagi semalam aku masuk, malam hari kedua baru dapat wad. Aku budget dah dapat masuk wad, aku dapat berehat sepuas-puasnya memandangkan bila-bila masa je aku akan bersalin. Masuk je wad, aku tengok akak kat katil sebelah (geng berkampung kat pantry) dah kena induce, tengah menahan sakit contraction. Aku sempat borak dengan dia, bukaan dah 4cm katanya. Tengok dia tengah menahan sakit, malasla aku nak borak lama-lama. Aku pun dah rasa sakit jugak, dan rasa nak berehat sangat-sangat. Siap bersihkan diri, konon-konon nak tidur, tengok jam dah pukul 12.00 am, tapi aku teringat malam ni malam nisfu syaaban, elok jugak aku baca Yasin. Aku capai buku Yasin dan sempat baca 2 kali je. Masuk kali ke 3, mata aku dah tak larat nak bukak. Aku fikir baik tidur je, nak berehat sepuas-puasnya.
Elok je nak tutup mata, tiba-tiba... contraction yang kuat datang berbeza dengan sakit sebelum ni. 5 minit sekali. Aku beregu menahan sakit dengan akak katil sebelah. Kalimah Allah tak lepas dari mulut kami ni. Akak sebelah masuk labour room awal sejam dari aku. Masa tengah nurse datang hantar akak tu pegi labour room, aku cuba panggil sister sebab sakit dah teramat sangat. Tapi dia tak dengar kot, aku malas la nak panggil-panggil lagi sampai satu tahap sampai tak boleh tahan. Aku cube berjalan ke meja nurse, panggil nurse cakap dah sakit sangat. Sister datang buat VE, bukaan dah 5 cm rupanya. Dia cakap, ni tak sempat sampai esok pagi ni. Dr datang buat confirmation, memang sah 5 cm. Dr arahkan nurse hantar aku ke labour room. Dengan segera aku text hubby cakap dah nak masuk LR. Time tu dah pukul 2.30am. Happy sangat time tu. Happy tapi sakit.
Rupanya, ada hikmah semuanya apa yang terjadi sebelum-sebelum ni. Aku tak perlu kena induce sebab sakit datang secara semulajadi. Anak-anak ibu 2-2 pandai buat drama dengan ibu kan, hari nak kena induce, haritu jugak sakit contraction tu datang. Amboi-amboi, buat drama sangat ye. Mungkin berkat malam nisfu syaaban, dan aku memang banyak berdoa supaya disegerakan bersalin memandangkan aku dah 9 hari overdue. Risau apa-apa terjadi pada baby kat dalam.
Proses bersalin
Proses bersalin
Masuk LR pukul 2.50 am, nurse siapkan tempat, Dr datang keluarkan air kencing, pecahkan air ketuban dan VE. Semua proses tu sangat sakit ditambah lagi dengan sakit contraction. Pengalaman pecahkan air ketuban tu 1st time bagi aku sebab masa Husna dulu dia pecah sendiri. Siap je semua proses tu, aku dibiarkan dalam LR yang sangat sejuk seorang diri. Sejuk gila. Menggigil-gigil aku dibuatnya. Nasib baik aku ada bawak kain batik, dapat tutup badan aku sikit. Bila bahagian bawah kena bukak, kaki aku shaking macam apa. Tak boleh kawal dah. Tapi disebabkan aku mengantuk, aku cuba untuk tidur sambil menahan contraction yang semakin menggila. Tapi tak berjaya. Takde gas untuk aku sedut macam bersalinkan Husna dulu, semuanya secara natural. Time-time tu aku mulala teringatkan arwah ibu yang dah melahirkan 9 orang anak, 9 kali melalui proses bersalin yang sakit ni. Macammana dia hadapi, betapa besarnya pengorbanan ibu. Aku teringat kat Maklong aku yang ada 10 anak, teringatkan Aishah Rahim punya breathing technique yang sememangnya dah kelaut. Tak boleh nak ikut sebab dah terlampau sakit, dan teringatkan Mas (omi Rijal n Fatimah) yang bersalin homebirth, wei! cemane Mas bleh buat homebirth eh. Memang kagum sangat. SubhanAllah. Bersalin kat hospital yang melalui pelbagai prosedur ni, ko rilex je buat homebirth. Fuh!! Pujuk hati, ini jihad yang aku buat, betapa banyak pahala yang aku dapat. Ini kerja Allah. Wallaualam.
Tengok jam, makin lama makin berjalan masa, hubby dah ada kat tempat menunggu. Aku cuba buat jangkaan sendiri, masuk labour room pukul 3 pagi, pukul 5 pagi mesti settle. Cepatla 5 pagi. Disebabkan aku bersalin waktu pagi, kakitangan tak ramai, so suasana memang berbezala dengan suasana bersalinkan Husna dulu yang ramai keluar masuk LR. Siap ada pompom girl. Kali ni memang takde umat langsung. Yang keluar masuk, cuma sorang staff nurse yang jaga aku dari awal aku masuk LR. Dia jugak yang sambut kelahiran Anas. Bila sakit semakin menggila aku cuba menjerit sebab nak tarik perhatian nurse. Bayangkan, aku sorang-sorang dalam LR takde sapa yang pantau. Nurse masuk dan buat VE, baru 6cm. Dia keluar lagi. Aku ditinggalkan keseorangan lagi. Hoih, tak boleh tahanla kena duduk sorang dalam LR yang sejuk gila tu. Dalam 10 minit, aku cuba tarik perhatian lagi, menjerit sebab dah rasa nak teran dah. Sakit oh, sakitnya.... Tak dapat digambarkan sakitnyaaaa....Aku memang teran je sebab tak boleh tahan dah, walaupun nurse cakap baru bukak 7cm. Nasib baik nurse tu tak marah sebab aku teran jugak. Dia layankan je, dia cakap bacaan CTG baby cantik, so bolehla bersalin sekarang. Dia suruh aku teran dan teran sambil aku terberak. Kahkahkah. Pengalaman yang sama macam Husna dulu. Terberak sambil beranak. Nasibla labu.... Bukan salah aku, ko yang tak bagi ubat berak sebelum masuk LR kan.
Bersalinkan Anas lebih mudah dari Husna. Dalam 4-5 kali teran, Anas dah keluar. Cume hidung dia tersekat sebab aku tak berjaya tarik nafas panjang untuk push. Suami masuk LR masa kepala Anas dah muncul. Dia cuba sokong kepala aku untuk bantu aku push. Tak sampai beberapa minit, kepala Anas dah keluar. Ya Allah, lepas dugaan, nak keluarkan badan dia tak susah mane, push sikit dah keluar. Yang sambut Anas masa tu hanya 2 orang staff nurse saja. Kami 4 orang saja ada dalam LR. Tiada pompom girl kali ni. Sambil nurse membebel-bebel pasal patient LR sebelah aku, dia kata patient kat sebelah sibuk nak menjerit, nak bercakap. Anak sulung, takde pengalaman, memangla macam tu.
Tepat pukul 5.39 am lahirlah Anas Hamza ke dunia. Masa Anas keluar, dia senyap je. Tak menangis. Nurse tunjukkan cik bird dia dan terus bawak keluar, aku pun tak perasan bila dia start menangis. Suami pulak diminta keluar untuk proses menjahit dan bersihkan baby. Nanti boleh masuk semula untuk azankan anak. Takde proses sentuhan skin to skin macam Husna dulu.
Masa nak keluarkan plasenta, aku pelik betul nurse suruh aku batuk. Aku pulak macam tak reti nak batuk, aku berdehem. Tekak kering sangat masa tu, aku tak boleh buat-buat batuk. Ya Allah, ni ape pulak ni nak suruh aku buat-buat batuk. Aku cakap, tekak kering, boleh tak bagi air. Dia bagila seteguk air, aku pun cuba batuk sekuat hati. Lantakla, aku dah tak tahan nak hadapi semua proses ni. Cepatla berakhir.
Proses seterusnya, proses menjahit. Staff nurse tu jahit ganas sangat. Aku rasa nak tendang je dia. Haha. Dahla dia marah kaki aku mengigil. Dia susah nak jahit sebab kaki aku menggigil. Aku memang nak marah je dia. Menggigil tu bukan sebab aku saja-saja nak buat, bukan boleh control, dah labour room tu sejuk sangat. Ape aku boleh buat, aku tutup separuh kaki pun dia selak sampai pinggang jugak. Waktu menjahit aku memang bengang gila. Dia cakap apa, aku buat dek je. Aku tepis tangan dia, dia marah."Kalau awak tepis tangan saya, macam mana saya nak jahit awak ni", Nurse sorang lagi sound aku " Kalau awak nak cepat, sila bagi kerjasama okay". Aku senyap je sambil buat muka bengang.
Aku cuma berdoa cepatla dia jahit. Mujur tak banyak dan tak lama dia jahit. Selesai jahit, dia keluarkan air kencing, yang ni pun sakit sangat. Dah-dahla tu, aku dah rasa macam kena seksa je sepanjang proses menjahit sampai siap semuanya. Masa tengah menjahit, baby sampai. Aku cuba untuk menyentuh Anas, tapi susah nak pusing badan sambil bawah kena jahit. Sabar, nanti boleh tengok puas-puas. Selesai semua, Mokhtar dipanggil semula untuk azan. Selesai azan, kitorang pun posing-posing la dalam labour room sambil breastfeeding.
Bersalinkan Anas lebih mudah dari Husna. Dalam 4-5 kali teran, Anas dah keluar. Cume hidung dia tersekat sebab aku tak berjaya tarik nafas panjang untuk push. Suami masuk LR masa kepala Anas dah muncul. Dia cuba sokong kepala aku untuk bantu aku push. Tak sampai beberapa minit, kepala Anas dah keluar. Ya Allah, lepas dugaan, nak keluarkan badan dia tak susah mane, push sikit dah keluar. Yang sambut Anas masa tu hanya 2 orang staff nurse saja. Kami 4 orang saja ada dalam LR. Tiada pompom girl kali ni. Sambil nurse membebel-bebel pasal patient LR sebelah aku, dia kata patient kat sebelah sibuk nak menjerit, nak bercakap. Anak sulung, takde pengalaman, memangla macam tu.
Tepat pukul 5.39 am lahirlah Anas Hamza ke dunia. Masa Anas keluar, dia senyap je. Tak menangis. Nurse tunjukkan cik bird dia dan terus bawak keluar, aku pun tak perasan bila dia start menangis. Suami pulak diminta keluar untuk proses menjahit dan bersihkan baby. Nanti boleh masuk semula untuk azankan anak. Takde proses sentuhan skin to skin macam Husna dulu.
Masa nak keluarkan plasenta, aku pelik betul nurse suruh aku batuk. Aku pulak macam tak reti nak batuk, aku berdehem. Tekak kering sangat masa tu, aku tak boleh buat-buat batuk. Ya Allah, ni ape pulak ni nak suruh aku buat-buat batuk. Aku cakap, tekak kering, boleh tak bagi air. Dia bagila seteguk air, aku pun cuba batuk sekuat hati. Lantakla, aku dah tak tahan nak hadapi semua proses ni. Cepatla berakhir.
Proses seterusnya, proses menjahit. Staff nurse tu jahit ganas sangat. Aku rasa nak tendang je dia. Haha. Dahla dia marah kaki aku mengigil. Dia susah nak jahit sebab kaki aku menggigil. Aku memang nak marah je dia. Menggigil tu bukan sebab aku saja-saja nak buat, bukan boleh control, dah labour room tu sejuk sangat. Ape aku boleh buat, aku tutup separuh kaki pun dia selak sampai pinggang jugak. Waktu menjahit aku memang bengang gila. Dia cakap apa, aku buat dek je. Aku tepis tangan dia, dia marah."Kalau awak tepis tangan saya, macam mana saya nak jahit awak ni", Nurse sorang lagi sound aku " Kalau awak nak cepat, sila bagi kerjasama okay". Aku senyap je sambil buat muka bengang.
Aku cuma berdoa cepatla dia jahit. Mujur tak banyak dan tak lama dia jahit. Selesai jahit, dia keluarkan air kencing, yang ni pun sakit sangat. Dah-dahla tu, aku dah rasa macam kena seksa je sepanjang proses menjahit sampai siap semuanya. Masa tengah menjahit, baby sampai. Aku cuba untuk menyentuh Anas, tapi susah nak pusing badan sambil bawah kena jahit. Sabar, nanti boleh tengok puas-puas. Selesai semua, Mokhtar dipanggil semula untuk azan. Selesai azan, kitorang pun posing-posing la dalam labour room sambil breastfeeding.
Dengan ayah lepas azan
Kurang sejam selepas bersalin.
Dalam LR aku free hair, kena touch up dengan rambut palsu. Haha.
Baru melihat dunia. Alhamdulillah.
Aku ditempatkan di wad dari pagi sampai petang, waktu melawat petang hubby datang dengan PIL. Dan hari yang sama aku dapat discharge. Alhamdulillah, tak perlu aku nak berkampung lama-lama lagi dalam hospital dan sememangnya aku berharap dapat discharge awal. Rindu kat Husna pun ye jugak, dah berapa hari duduk hospital, dia pun macam merajuk-rajuk dengan aku tak mau kena pegang. Anas pun sangat good boy, tak sampai beberapa jam dia dah buang najis dan kencing. Masa dalam wad dia tak nak tidur, mata dia melilau-lilau sana sini. Aku nak berehat pun macam tak sampai hati nak tidur tengok dia macam tu. Dalam wad, snap-snap pic dia lagi, walaupun aku nak sangat tidur dan berehat.
Okay, aku rasa cukupla cerita kelahiran Anas ni, macam panjang je, takut orang malas nak baca. Haha... Apa yang penting, kini aku dah jadi ibu beranak 2. Alhamdulillah, kadang-kadang macam tak percaya saya dah ada 2 anak. Anak pertama dah macam terabai sikit. Malam-malam banyak ayah dia yang uruskan. Tapi apa pun ibu cuba jadi yang terbaik walaupun ibu bukan yang terbaik. Khalisya Husna dan Anas Hamza, Ibu sayang korang.
adoi adoi adoi adoi dan adoi....kita pun masa 1st delivery, menjerit2 juga...sakitnya....kita-kita je tau kan.....
ReplyDelete1st time kite tak jerit sebab ramai orang dalam LR. yang kedua ni kena jerit kalau tak sorang2 beranak...uhuhu
Deletelagi ngeri nk bersalin kt spital gomen bace citer Fashya hehehe.
ReplyDeletexpelah den habis duit 2-3 ribu. asalkan xde kenangan pahit masa bersalin. dasar penakot kihkihh
congrats Fahsya. feel sangat bace =)
sebab dulu hosp sg buloh servis tiptop. ingat sama macam dulu, sekali jadi macamni pulak, tgkla anak ke3 nanti, kumpul sehari singgit sampai 4tahun.hihi
Deletebaca citer ko aku rasa mcm seramnye nak ngandung lg.tp kalau tgk baby kecik mmg aku tak sabar dah...
ReplyDeleteAku pun cakap dengan Anas, xpayah beso2, biar kecik camni je, sebab nanti kalau dia dah beso, nak ada baby lagi. Nak bersalin lagi..hahah
Deletehaah haku sama ngan ena... sanggup habis beriban kat swasta.. hik... dasar penakot gak...
ReplyDeleteapa pun Tahniah Fahsya
banyak duit xpo..huhu
Deleteaku tak tahu kenapa aku sebak baca entry ni. agaknya mak-mak mcm kita ni mmg mcm ni kot?. hehe
ReplyDeletebtw congrats babe. :)
nape ko sebak ann? xpe, mak2 agaknya mmg feel macam ni.. TQ ann
Deletebila baca entri ni teringat masa kat hospital serdang. nurul pun mcm dah lupa mcm mana sakit bersalin tu tp memang sakitlah.
ReplyDeleteapa-apa pun tahniah fashya
comel anas
mmg boleh lupa sakit bersalin. kalau Allah kasi ingat je, sampai ke sudah tak mau bersalin lagi..hihi.
Deletetq nurul
Fashya, hos.sg buloh mmg beza dr dulu. Kakak hus sampai ke sudah xdpt masuk wad. Menahan sakit atas kerusi je. Lepas bersalin pun lama br dpt masuk wad. Nak ckp kat fashya tapi takut fashya susah ati plak.hehe. Dia bersalin mac aritu. Anyway tahniah dpt sepasang!
ReplyDeletehuuu...tak sangka pulak boleh jadi macamni. Xpela, pengalaman. Seronok jugak dapat ramai kawan. Kawan sampai situ jela...hihi
Deletetq HUs
Bc entry ni teringat masa bersalinkan Danial..tak suka betul part nak keluarkan air kencing tu.sakit..
ReplyDeleteAnyway congrates..
Cantik rambut palsu..hahaha
betul! sakit sangat. 2kali pulak tu. dulu bersalinkan husna xde pulak kena kuarkan air kencing. Thanks dina
Deleteberia habiskan baca entry fashya kali ni..dengan adik baby menendang-nendeang kat dalam..rasa macam seram-sejuk pun ada membayangkan sakit constraction..huhupapepun congrates dear..
ReplyDeleteHihi, kite pun still terbayang2 lagi sakit contraction tu.
Deletetq kak nani
eiiii....bila lank melawat niiii.....mas asyik ada aral je...nk jmp anas ni....moga lapang mggu ni....
ReplyDeletep/s:anas nk natural ibu...tu yg dia keluar jgk...
baru habis baca.. haha.. terasa2 tang fasya citer tang sakit tu.. eh jap, keluarkan air kencing? napa masa ana dulu xde...
ReplyDeleteRasa bersalin ni pelik kan? Kita cuba nak ingat balik kita punya sakit dulu camne, tetap jugak tak boleh nak recall.
ReplyDeleteErr, kesiannya Fashya kena tunggu lama-lama takde katil. Dahlah layanan tak berapa nask best. Takpelah, yang penting semuanya dah selamat kan? :)
ngeri pun ada baca kisah fashya nie..mesti penat dengan tahan sakit pastu takde katil plak nak baring..dugaan baby boy ni
ReplyDeleteAlhamdulillh, besar pengorbanan ibu.
ReplyDeleteSlh eja tu..Nisfu Bkn Nifsu..
ReplyDelete