Monday, February 28, 2011

bear kesayangan

Husna ade 3 ekor patung bear dekat rumah. Ini dia;

Yang besar tu Pakcik dia punya. (Kak Suzi mesti kenal). Bear kuning ayah Husna bagi. Yang ke3, ibu bagi tapi tak amik pic dia. Sebenarnya tak sangka Husna minat dengan bebear. Sebab banyak mainan yang saya bagi dia tak tunjuk yang dia suka sangat dengan mainan tu. Masa balik rumah MIL kat Seremban masa cuti CNY lepas, ayah dia dok main-main dengan anak dalam bilik, saya kat luar tengah solat. Saya sangat curious sebab Husna terkekek-kekek gelak dengan ayah dia dalam bilik. Apala dua beranak ni buat dalam bilik sampai Husna boleh gelak terkekek-kekek. Rupanya tengah main bebear besar tu. Masa nak balik Jb semula, MIL bagi pinjam bear besar tu sebab tgk Husna asik dok peluk bear tak mau lepas. Nanti pulang balik tau bear Uncle Tom tu tau. Huhu...Kang Uncle Tom carik tak jumpe kang, Ibu tak tau....

Dalam 3-3 ekor bear dia, dia paling sayang yang ayah dia bagi. Husna macam tak suka je bear yang ibu beli tu. Kalau susun 3 ekor bear ni, dia mesti carik yang ayah dia bagi. Kemana-mana mesti dia nak usung bear kecik dia tu. Alamak, bear ni takde nama la...Nak bagi nama ape yek? Ada idea tak? Boleh buat contest la camnih....Kan, kan, kan...:p


Pegi rumah BS pun bawak, tak boleh berenggang lah. Nak tidur pun dia nak peluk bear. Tapi saya suka sangat cara dia tunjukkan dia sayang dekat bear tu. Macam so lovely.

Macam ni;



Pagi tu dia bangun terus nangis-nangis. Selalunya takde pun, bangun pagi mood dia biasanya very happy. Baru je sarung telekung nak solat subuh. Tapi sebab tengok jam dah nak subuh gajah terpaksa la teruskan solat dengan tak khusyuk nya sambil dia meraung-meraung, saya amik video die kejap before pujuk. Lepas dah pujuk, senyap. Rupa-rupanya Husna sakit perut da....punya banyak dia POOPOO lepas tu. KAHKAHKAH...Husna, Husna.....


Layankan aje entri penutup Februari ;)

Wordless Monday




**comotnya anak akuuuuuuuuu!!!


P/s: Selalu hari isnin orang cakap monday blues, hari rabu wordless wednesday. Tapi harini saje aku buat pelik sikit

Thursday, February 24, 2011

GA-My Sleeping Angel Contest

Next GA ialah;

My Sleeping Angel Contest

click banner


Penganjur; Puan Hidayati
di tag oleh Ibu Aqil


Ade contest, ada syaratnya;


1. Terbuka kepada semua blogger yang berada di Malaysia.
2. WAJIB follow blog aku dan blog sekutu contest ini. Juga men'LIKE' Rombengan cikLuna (update: sila sertakan id Fb d entry).
3. Sila buat satu n3 yang bertajuk "My Sleeping Angel Contest" dan letak banner contest kat n3 dan di side bar blog korang serta link kan terus ke n3 ini. Jangan lupa copy paste sekali hadiah2 nya pada n3 anda itu.
4. Upload 1 gambar kanak2 yang sedang tidur.., tak kiralah anak sendiri ke, adik, sepupu, anak jiran atau anak kawan pun boleh..., tapi kalau bukan anak sendiri pastikan anda mendapat kebenaran ibubapa kanak2 tersebut. Lagi kreatif cara dia tido lagi best. (sekiranya 2 atau lebih org anak, gunakan satu entry sj, 1 anak-1 gambar)
5. Tarikh tutup: 14 Mac 2011 dan keputusan akan diketahui 7 hari selepas contest ditutup.
6. Tag 5 orang kengkawan anda dan pastikan mereka tahu.
7. Sila tinggalkan link peyertaan anda di ruangan komen.

Nak tau hadiah?
Menarik jugak.

1.Tempat pertama akan memenangi sebuah bakul lipat serbaguna yang amat kiut.

2. Tempat kedua & ketiga akan menenangi sebuah kerusi lipat untuk kanak2 yang amat comel.
3. 3. Ader 3 hadiah saguhati akan diberikan kepada peserta yang bertuah, berupa sticker dinding pelbagai corak yang amat cantik dan sesuai untuk hiasan dinding bilik tidur, ruang tamu atau bilik tidur sendiri.


[kalau dapat yang ni boleh tampal kat syiling plak]- kalau dapatlah..hihi

Ok, pic yang terpilih;

Nampak macam penat sangat. Yelah tu penat sangatla tu. Macam orang tua tido.

Nak tag:

shah-kayrul
Aziyana
Salju Sha
Azriyani Mas
Fiza


GA-Cool wif Sunglass

Arini kite layan GA ajelah ye....

Mama Marissa yang comei lote tag ai sebab komen entri dia...Hahaha..good idea jugak kalo nak mengetag orangkan.

Contest kali ni contest ibu yang punya, takde kene mengena dengan anak atau ayah. Tajuk contest ialah;

CooL wiF SunGlass!

Oleh Pinky Momma



Syarat-syaratnya:

* mesti ada blog
* be ths blog follower
* and my contest blog as well
* put ths banner in ur entry & side bar too
(make sure both must b link back to ths page)
* buat 1 entry wif da title *cool wif sunglass!*
(1 pic pakai sunglass je ok..xmo banyak2)
(ori or edited pic smua i terima)
* tag 2 fwens at least
* yg msk ga ni pls inform me sape yg tag uols k..
bg id follower dia
(sbb org yg mengetag pun akn dpt hadiah)
* link kan entry anda smua kat entry ni jer ok

* tarikh tutup : 19 march 2011
(sempena my dad bday)

hadiah???
sumthing yg kawaiii =)
1. utk yg join contest
2. org yg mengetag pemenang (id follower dperlukan)

GA akan terbatal scra rasmi sekiranya penyertaan di bawah 10
so ajak kawan ramai2 join..

jom join jom!

Pic yang terpilih ialah;

^
^
^
^
^
^
^
^
^
Eh, silap..silap! Maaf penganjur
Tadi cakap takde kena mengena dengan anak, tapi mak kan, nak selit jugak pic anak...
Miahahaha..

Okayla, serius sikit.
Nilah pic nya;

Pic zaman gonjeng. Masa pegi Family Day Cepp dekat P.Pangkor.
Zaman anak dara, tapi dah dekat-dekat nak kawen.

Time mengetag pulak, nak ikut cara Deqna, sapa lucky yang mengomen previous entry saya, ai nak tag..HEHEHE...

Yang bertuah ialah;

Nano dan Mrs Adam.
Haaa...sila buat ye....

Wednesday, February 23, 2011

Weekend #2: Festival Layang-Layang

Ayah Husna datang. Yeay! Harusla bawak jalan-jalan. Takkan nak terperap kat rumah jekan.

Hubby sampai Jb pukul 1 am hari ahad. Sebab sabtu dia kerja. Ambik dia dekat Sri Putri terus ke destinasi berdengkur. Berdebar-debar jugak bawak anak keluar pagi-pagi buta berdua je masa nak g amik hubby. Tapi nasib baik banyak jugak kereta atas jalan.

Tak penah-penah weh dok hotel kalo hubby datang Jb. Selalu tidur dekat rumah makcik-pakcik dia je atau lepak je kat rumah sewa saya tu. Itu pun kalau housemate saya takde. Tapi sebab dah macam naik segan nak menumpang rumah orang dan housemate saya takde sorang pun balik kampung halaman masing-masing wiken tersebut, maka kami putuskan stay dekat hotel sajela. Boleh privacy-privacy sikit.Hihihi....Tapi korang jangan imagine kami stay kat hotel 4-5 bintang ye.

Kami stay kat Rose Cottage Hotel sajelah. Hotel budget. Bak kate tagline dia; The budget hotel with a touch of class.

Oklah, not bad. Selesalah jugak kami 3 beranak nak tidur untuk satu malam.
Pic: en google.


Hai, ibu dah kacau tidur saya. Maka malam tu Husna tak mau tidur sampai pukul 4pagi. Bantai main dengan ayah. Ibu dah nguap 140kali dah tau. Maka kami 3beranak pun duduk la situ sampai tengahari. Perut pun dah keriang keriut gitu, kami keluar sarang carik makan.

Kebetulan hari ahad tu hari last Festival Layang-Layang dekat Pasir Gudang. Baik jugak kalau bawak Husna pegi tengok harimau, ikan pari-pari, sponge Bob melayang-layang atas langit. Excited ni weh. Sampai-sampai tengok ramainya umattttt.. Nasib baik nak cari parking senang. Terus je dapat. Tapi hampa weh bila tengok tak banyak layang-layang. Yang ade pun ciput-ciput je. Terus rasa nak mengamuk sebab dah penat redah lautan orang. Menyesal pun ada pegi sini. Nasib baik (brapa banyak nasib baik daa) dekat dengan taman rekreasi. Boleh jugak bawak budak kecik tu jalan-jalan, dari terus meredah lautan orang. Dah la hujan gerimis.

Layang-layang yang ni je pun yang besar. Ikan pari.

Husna bukan sibuk tengok layang-layang, dia sibuk tengok orang. Nampak sangat tak syok kan Nak?


Takbest


Yang ni best. Just a perfect capture by me.
My little family.

Rupa-rupanya layang-layang dari International hanya melayang hari Sabtu je. Ces, nape tak bagitau awal-awal. Jeles tengok pic jaja yang ni. Jaja, tompang curi ye...kihkihkih. Kan banyak tu layang-layang, baru best camnih.


Kita jalan-jalan kat taman yela ye Husna. Kites tak mau keluarla hari tu.

Tuesday, February 22, 2011

Weekend #1: Program Penyusuan Susu IBU

Bermula apabila Kak Mardziah tag satu gambar dekat FB tentang program ni. Saya tag lagi kawan-kawan blog n kawan-kawan opismate yang menyusukan anak. Tak sangka ramai yang berminat nak join. Boleh dikatakan second reunion secara tak sengaja bagi kawan-kawan blog la ni.

Program diadakan pada hari Sabtu pukul 9am dan kena bawak pot luck. Saya bawak sandwich je. Dahla bangun lambat, terkejar-kejar nak buat sandwich. Nasib baik malam tu saya dah siapkan sardin nya, tinggal nak sapu atas roti je. Kelam kabut jugak dengan budak kecik tu.

Siap sepantas kilat bersiap ala kadar terus berdesup ke UTM, masuk pintu UTM, saya nampak sorg lelaki tengah tanya jalan kat pak guard. Terdetik dalam hati mungkin Wahid. Betul! Itu Wahid. Saya pun berhentikan kereta n ajak diorg follow saya. Ceh! kedengaran macam budget expert jalan-jalan kat UTM ni, sesat barat jugak nak carik Taska Ihsan tu. 2-3 kete jugakla yang follow termasuk Yanti yang terserempak tengah jalan. Malu seh! Sori korang.Hihihi...

Dah sampai ke destinasi terus daftar dan dapat goodies bag; Satu botol susu Safety First n liner 2keping. Tq DuniaSusuIbu.

Antara yang hadir (yang saya kenal) :
Yanti n Zahirah, Aishah n Nashriq, Me n Husna, Jaja n Danish, Jaja n Myiesha.

Sessi ceramah bermula oleh Kak Mardziah.

Suami beliau jugak memberi sedikit ceramah mengenai peranan suami dalam menjayakan penyusuan sus ibu secara eksklusif.

Bila anak behave, dapatla mak bapak khusyuk dengar ceramah.
Tapi bila dah meragam terpaksa la skip beberapa slide. Mencabar sungguh dengar ceramah dengan anak ye.

Lagi-lagi cik Husna yang mesra alam ni. Sibuk betul nak g tumpang kasih kat orang lain. Penat betul kejar dia. Kejap-kejap dia kerjakan anak orang, kejap-kejap dia kacau orang tgh menulis. Hadoi, camnela nak dengar betul-betul. Tu belum dia sibuk nak tidur, nasib baik ade buaian kat Taska Ihsan tu. Dapatla selelap dua. Ibu pun dapat dengar dgn khusyuk sikit.

Ramai yang datang. Lebih dari target, kata Kak Mardziah.



Sebelum balik harusla amik gambar sebagai kenang-kenangan ye.
Dengan kak Mardziah dan anaknya Ibtisam, anak susu ibu.
(Husna dah runsing, rambut kusut masai)

Dengan Aishah n Nashriq

Dengan Yanti n Zahirah
Yanti datang berdua je dgn Zahirah.

Dengan Jaja, silent reader blog i..hihi,
Sebelum program ni dia penah tegur saya dekat chatbox n penat jumpa dekat pasar malam. Terpinga-pinga jugak masa tu. Sapa-sapa. Jumpa lagi dia dan kali ni dengan hero Jaja, Danish.
Nice to meet u Jaja.

Dengan Jaja jugak n Myiesha bambam. Ramai yang geram dengan Myiesha ni.

Last but not least, saya dapat hadiah masa sessi kuiz. Yeay!
Thanks sekali lagi pada DuniaSusuIbu.

BreastMilk Storage Bags.

dan yang paling berharga yang saya dapat pada hari tersebut ialah ILMU tentang Breastfeeding.
Pada kawan-kawan yang berminat nak slide pada program tersebut boleh bagi email pada saya okay. I'll email slide tersebut. Mari sebar-sebarkan.
Semoga diberkati. InsyaAllah.

:)

Monday, February 21, 2011

Mataku kelat

Masa sekarang ialah 11.48pm. Anak kecil ini dah tido sebenarnya sejak pukul 8lbh tdi. Disebabkan maknya pun tak brapa nak sehat ikutla skali tido. Maka segala kerja belum disettlekan lagi. Oh! Tup-tup pukul 11 elok pulak dia terjaga dan bermain. Sambung kopek aura positif ibu. Malas da tgk sticker tu, tinggal 40% je yg tgl.

Ibu hanya mampu memandang dengan mata yang sangat kelat. Capai hp, amik pic dia n update blog dgn mata yg kelat ni.

Husna! Jom smbung tido...

Saturday, February 19, 2011

tak sampai seminggu pun

Tgkla ape dah jadik ni. LOL. Jangka hayat sticker aura positif ibu dah musnah. Dia punya elok je, tak dikutil tak diusik pun. Waaa,wa...nak merajukla camni Husna.

Malam td buat kerja masa ibu mamai-mamai ye.

Friday, February 18, 2011

Contest Ayah dan Anak Serasi Bersama.


Saya ditag oleh Mama Qaseh, Mar untuk menyertai contest Anak dan Ayah Serasi Bersama anjuran Shila. Asik dengan ibu jekan, ayah takde kan. Kesian ayah. Husna ni jarang sangat jumpa ayahnya. Sebulan 3-4kali je. Bila ayah jumpa Husna, ayah nya memang suka sangat melayan anak. Maknya yang kaki kamera ni snap-snapla pic best moment diorang ni. Maknya kaki kamera, sikit-sikit nak amik gambokan. Ayahnya pulak payah beno nak amik gambar mak ngan anak. Kena suruh dulu baru buat. Hihi.

Okaylah, ini dia syarat-syaratnya ye

1) menjadi followers blog ini
2) letak banner di side bar blog anda..yang ni xwajib..nk letak boleh,xletak pn xpe
3) juga letakkan banner ini dalam entry khas untuk contest ini
4) gambar anak & huby anda mestilah ade menunjukkan ciri² keceriaan/kegembiraan/keserasian

5)entry khas untuk contest ini haruslah disertakan dengan pic anak & huby anda (anak & ayah kandung ye)..anak tiri or anak angkat xnak.hehe..sila sertakan nama anak, tarikh lahir anak, nama ibu
Saya pertaruhkan pic ini;



NAMA ANAK: KHALISYA HUSNA BINTI MOHD MOKHTAR
TARIKH LAHIR ANAK: 4 MEI 2010
NAMA IBU: NUR FASHYA BINTI MUSA
Saya suka tengok kemesraan mereka bersama bila sekali sekala berjumpa.

6) contest ini terbuka untuk anak yang berumur 1 hari hingga 4 tahun..umur ayah lak xkisah la bpe pn..klu umur 70 tp ade ank kecek pn layak jugak.hik3
7) tarikh tutup adalah pada 20 februari 2011 (befdei danish yg pertama)..pukul 8.49pm (time kelahiran danish)hehe..so cpt² ler buat ye sbb ade lebih kurang 2minggu je contest ni :)
8) linkkan entry anda ke bahagian komen entry contest ni
9) tag kepada kawan2 anda seramai 5 org


hadiah menarik menanti anda

Saya nak tag:
Aishah
Jaja
Kid
Sharena
dan
Ciare


Okay, disebabkan perasaan yang sangat teruja dengan kemesraan ayah dan anak yang sekali sekala berjumpa ni, saya macam tamak nak letak gamba ayah Husna tgh main dengan anak. Ni gambo sesaje jelah. Over betul ai ni.:)

tengok punya teruja si ayah layan anak main, sampai ayah dok panjat tempat gelongsor tu sekali. Saya datang menegur." hei b, ni budak-budak jela boleh naik atas ni". Gelak-gelak-gelak. Nampak tudung hitam kat lobang tu. Hubby tengak pandang ai la tu.

This one, masa memancing dekat Kuala Pahang.
Orang pancing guna pancing lah. adeke ajar anak guna payung. Apadaaaa...
Ok, good luck ayah n Husna :)

Thursday, February 17, 2011

Aura Positif.


Nak tunjuk! Nak menunjuk!

Jangkitan dari Sharena, Zuris, Na n Cira ni. Saya pun ngikut jugak. Tak mau kalah beb! Takde rumah pun sibuk gak nak mendeco-deco bilik. Bilik pun jadiklah. Saya jumpa sticker ni kat pasar malam je. 3 design RM5. Harusla merembat. Amacam? Ok tak? Hahahaha

My cute model, Khalisya Husna.


Saya cakap, kalau Husna menangis, Husna tengok gambar ni tau;

Kalau ibu menangis, ibu tengok bunga ni;
Biar bilik kita ada aura positif sikit.
Weh, ade ke?

Anak sakit,susah hati wooo

Assalamualaikum.

Saya sangat-sangat terpanggil nak buat entri ini untuk mamaelly yang ditimpa-timpa dugaan menjaga amanah Allah. Saya buat ni atas naluri seorang ibu. Kesian dengan Isya, ibu mana yang sanggup tengok anak sakit, melepek, menangis sepanjang hari menanggung kesakitan. Takde ibu yang sanggup.

Tambah-tambah lagi, kena hentam dengan akak Tanpa Nama. Saya geram. Sayu hati beb. Kalau saya kat tempat Elly, mesti sedih yang amat. Nak mengadu anak sakit tapi kena hentam pulak. Kalau menegur cara yang baik tak pelah. Boleh diconsider lagi. Seriusly, saya geram bila baca setiap komen akak Tanpa Nama. BERHIKMAHLAH DALAM MENEGUR. Tak membantu langsung, buat orang rasa lagi sedih n berkecik hati lagi adalah.

Baru-baru ni saya merasa jugak dugaan anak sakit. Husna demam wiken lepas. Pandai dia carik time nak demam. Masa ibu cuti. Ini kali pertama Husna demam agak teruk. Tengah malam Sabtu, Husna terjaga merengek-rengak. Saya cek suhu badan dia sangat panas. Sah Husna demam, sebelum ni takde tanda-tanda dia nak deman macam batuk @ selsema. Text hubby bgtau Husna demam. Saya terus bangun pegi dapur cari asam jawa. Saya lumur habis-habisan kepala dia dengan asam jawa. Lekap tuala basah atas kepala bagi kurang panas. Mengerang aje anak dara ai tu. Kesian sangat saya tengok. Sambil-sambil menyusu sambil tu mengerang. KESIAN, KESIAN SANGAT!

Saya ni memang tak boleh tengok anak-anak kecik sakit. Tak kira la siapa. Kesian. Kecik-kecik dah tanggung penyakit. Macam tak fair, tapi Allah itu Hebat, tiada siapa tahu perancangan Dia.




This is Husna for 2 days. Melekap saja. Tak boleh berenggang langsung.
Saya nak buat kerja terpaksa kendong dia guna kain batik. Serius nampak cam bibik.

Saya ni bukanlah nak tunjuk pandai atau apa kan. Only my 2 cent. Ikhlas membantu mana yang boleh. Sharing is Caring gitu. Saya cuma teringin nak berkongsi ayat-ayat dan zikir Allah yang boleh menghindarkan diri dari penyakit. Saya ambik dari buku Ustaz Rifqi;


Saya cuba baca untuk Husna masa dia nak tidur (sebelum tidur), lepas baca hembus kat tapak tangan dan sapu seluruh badan. Alhamdulillah dengan izin Allah, badan dia dah tak berapa panas n kebah hari kedua.


Dah rasa macam ustad nak bagi pesakit mintak penawar pulak dah. Haha...
Korang click la untuk tumbesaran. Hadoi.
(adeke yang nak guna ni? Aku syok sendiri ke tak ni?hahaha- blasah la labu.
Amik pic pun guna kamera hp cikai ai je tu. Nampak blur-blurla sikit, tapi rasanya boleh paham kot, kalo tak sure bacaan dia boleh baca dalam BM)


Tapi lepas demam, asik nak merengek je keje ye. Semua tak kena. Saya nak jalan sikit ke depan pun tak boleh. 4hari duduk dengan dia, agaknya jadik termanja lebih. Tu yang keluar semua raksasa gorgon sume tuh. hahaha..

Mana tak keluar raksasa gorgon, tgkla dia menangis cemana. Anak dara ai ni memang suka menangis terik segala urat tekak.



Habisla ibu, bila dia dah besar nanti kalau dia tengok video ni, mesti dia cakap camni.
"Ibu, kenapa bagi orang tgk, malulah Husna"..Hihihi...

Sorila Husna, anak blogger memang macamni...
Segala aktiviti perlu direport. Jangan Marah ye Husna.

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ