Thursday, November 25, 2010

Testing..testing

Dapat ilmu dari aishah rahim cara-cara nak update blog kat hp, so trus testing. Kijo takdop la ni..hihi..
Meh nak tepek gamba husna jap. Husna n antilop high chair from ikea ayah sponsor dgn busha pants auntie sue sponsor...

Jom tgk hasilnya...


-----

ulasan (dari pc)

Yeay berjaya....tapi pic tu keluar dulu pulak, okaylah kalo nak update cerita tanpa gambar...

Tapi ni kena caj cemane eh? macam caj gune MMS jugak eh?

en suami kalo bace entri ni jangan marah tau, saya tak guna internet from hp ye...guna MMS..hihi

Wednesday, November 24, 2010

What say you??


Tak tau nak update ape, kepala tengah sakit yut..yut..
Macam nak amik half day je hari ni, pastu rehat-rehat kat rumah.

What say you,

bila seorang ibu mengeluarkan ayat macamni

"Yang paling PENTING bila dah besar nanti, bila mama dah tua,
anak mama boleh bagi duit banyak-banyak kat mama,
sebab dah buat macam-macam untuk anak."

Me??
Gulp!! Ntah macam speechless pulak.
Nak tau ape pendapat korang?




Saturday, November 20, 2010

menikmati



menikmati susu


menikmati makanan


menikmati tengok cermin


menikmati tidur


menikmati masa main


menikmati KAKI

??

Friday, November 19, 2010

'ME' time!

Seronok betul dapat lepak-lepak kat rumah. Saya amik cuti khamis n jumaat balik Klang. Cuti dari raya haji sampai isnin, sebab isnin Johor cuti peristiwa. Hari Hol Sultan Johor. Seronok betul bila dapat keluarkan otak ni dari memikirkan hal kerja.


Husna tengah tidur, ayah Husna g keje. So, now is 'me' time.


Best jugak eh jadik suri rumah ni, sediakan makanan untuk suami, suapkan bubur untuk anak, pujuk layan anak bila dia menangis, susukan anak, mandikan anak, ada masa untuk diri sendiri, kemas rumah. Hantar suami ke pintu bila pergi kerja, masa tidur ade orang peluk...Hihi..
okay dah, takyah cite lagi.

Tapi mungkin seorang isteri, ibu yang bekerjaya merasa begini bila diberi peluang duduk rumah, rasa heaven. Tapi tak taula pulak kalau dia memang seorang suri rumah sepenuh masa, mungkin perkara-perkara yang ditulis kat atas tu biasa je bagi dia. Setiap orang lain-lain kan, dan tak penah nak rase berpuas hati dengan apa yang dah dimiliki.

Biasalah manusia.


Konon-konon bila duduk rumah ni bolehla nak update blog bertalu-talu, tp hampeh je broadband ni, connection kat sini tak superb, nak post kat fb pun payah, apentah lagi nak update blog. Ni connection tgh okay ni, Husna pun sodap tido, ape laie, sila amik kesempatan.Hihihi


Jom tengok video Husna ni.



Gelak sakan dia masa bagi dia makan. Jarang dia gelak-gelak macamni, agah sikit je, gelak bukan main. Geram ibu tengok. Mana tak seronok bila dapat suap makanan kat anak. Ish, best tau. Lagi-lagi bila dia suka makan bubur yang kita masak sendiri.

Dalam video ni saya bagi die bubur brokoli dengan lobak. Tak susah nak buat, lebur aje brokoli dengan lobak masa masak bubur. Pastu lenyek je.

Bubur kasih sayang..hihi


Seronok suap budak kecik ni, menganga je.. BS dia je kate Husna tak mau makan la apela...dengan saya okay je dia makan. Siap gelak-gelak lagi.

Ni layan dia makan biskut Farley Rusk. Comot satu badan.

1

2

3
Thanks ibu, sebab buatkan bubur yang sedap (ibu berperasan sendiri)

Apapun, memang seronok bila dapat membesarkan anak depan mata sendiri.
Setiap moment adalah indah.



tengok pic ni dapat agak tak Husna tengah buat ape???
LOL



Fuh siap jugak entri pendek ni, its take whole day sebab Husna dah brape kali jaga tidur. Dia jaga takde canla nak menaip. Pastu gambo semua da kene edit..Hihihi...ENJOY!!

Tuesday, November 16, 2010

Baby and Toys Contest

Okay, saya ditag oleh 2 orang contest yang sama. Kak Nani n Sharena. So, join jelah. Mana tau ade 'ong'.

Nama: Khalisya Husna Binti Mohd Mokhtar
Umur: 6 Bulan 12 hari

Pic ni saya amik masa dia tengah main, pastu letak cermin kat depan dia,
suka sangat main pastu tengok-tengok muka dia kat cermin tu.


Syarat-Syaratnya....

1) Terbuka kepada semua bloggers di Malaysia..
Bagi bloggers yang dok overseas, boleh join gak... tapi mesti ada alamat kat Malaysia(tak kira umah mak ker atau sebagainya)- DONE

2) WAJIB jadi follower Dilazfamily
dan mesti letak blog dilazfamily kat bloglist anda utk update hadiah-DONE

3) Mesti dan wajib buat satu entri pasal Contest ni..
Jangan lupa letak banner (Qistina) tue kat dalam entri & sidebar blog anda..
WAJIB ada link back ke entri nie tau..-DONE

4) Upload hanya SEKEPING gambar BABY AND TOYS mereka..
(Terbuka kepada Baby berumur dalam lingkungan 0 hari - 5 Tahun)
Tak kesah samada Baby itu anak anda @ anak sedara @ anak jiran....
-DONE

5) Sila nyatakan sekali Nama Baby dan Umur Baby...-DONE

6) Akhir sekali, tag 2 rakan anda...lebih lagi baik
( kawan anda mesti tahu yang dia ditag tau)-DONE

7) Complete semua, tinggalkan komen di entri ini...
-DONE


Hadiah untuk Pemenang:
Bear dan Pin Kartun (Comel tau)

Pemenang:
2 Orang pemenang (Baby Lelaki dan Baby Perempuan)
(Dipilih secara cabutan bertuah oleh QISTINA)

Tarikh Tutup :
30 November 2010

Nak tag sape ni eh:
Zaza and Syaura
Deqna and Marissa

Monday, November 15, 2010

Jam Cantik

Salam Isnin. Seperti biasa, hari isnin hari bermalas-malasan, hari untuk mencari mood untuk bekerja semula. Boleh macam tu?

Masa berlayar-layar dalam internet ni. Saya terjumpa satu blog yang best. Blog Hour Deco. Terus saya jatuh cinta. Macam nak tempah satu lah nanti.

Rose

Cinta

Hijau

Wanita

Kalau nak cerita asal deco rumah, saya suka sangat. Tapi sayang masih tiada rumah dan rumah bujang yang diduduki macam takde-semangat-nak-mendeco-tak-cantik-pun-takpelah. Rumah sewa dekat Klang pun tiada penghuni, since my husband macam tak sanggup duduk sorang-sorang kat sana. Rela stay kat rumah company dengan his friend dari tinggal dengan perabot-perabot saja. Okay, so, tiada can lah nak mendeco rumah secara bersungguh-sungguh.


Suatu masa dulu, masa mula-mula menceburkan diri dalam dunia pekerjaan, saya rasa saya dah salah memilih course masa belajar dekat U. Bila masuk bidang kerja yang perlu buat penyelidikan dan kadang-kadang belajar menda yang tak nampak. Buat eksperimen, lepas tu kalau tak berjaya, rasa frust, lepas tu dah tak tau nak buat report macammana, kene repeat 20-40 kali. Wah! rasa really fed up. Masa zaman belajar dulu, kalau buat eksperimen, lepas tu tak succes, time nak buat lab report bolehlah nak tiru-tiru sahabat sejati. (Sahabat sejati=rela bagi tiru) Wakakaka.
Kantoi!!


Ting! dalam kepala, THIS IS NOT ME!... Saya tak passion dalam bidang ni. Huh! baru menyesal. Rasa-rasanya saya suka bidang Interior Design.


Tulah, lambat sangat sensor dalam otak ni kesan bidang apa yang diminati. Masa zaman sekolah memang suka sangat dengan Kimia, scorer subjek Kimia. Sebab cikgu best. Masuk zaman matrik, suka gila jugak dengan Kimia, scorer jugak sebab lecturer best. Terus tanam cita-cita nak jadik Ahli Farmasi. Tak tau kenapa ahli farmasi, bukan engineer kimia ke, cikgu kimia ke. LOL. Habis matrix, dapat result yang tak cukup sangat nak amik course farmasi, terus menangis-nangis depan ayah sebab tak capai target, sedih beb. Subjek Kimia dapat result best tapi yang buat result tak best subjek BIOLOGI. Tension!.

Okay lah, takpela. Asal dapat proceed masuk U sudah. Amikla Course Bs Kepujian Kimia Perindustrian. Masa belajar kat U, baru realise subjek Kimia sangat susah. Banyak mende yang tak nampak kita belajar. Ah..THIS IS NOT ME..Tapi nak buat camno, kuteruskan jugaklah.

Bila difikir-fikirkan, knape dulu aku tak amik subjek Interior Design ke, course-course yang ade unsur-unsur seni. Camnolah nak amiknya, SPM tak cukup syarat. Masa zaman sekolah, subjek Pendidikan Seni adalah sangat annoying. Buku sketch saya tak pernah ada. Kalau cikgu nak cek buku sketch saya ngelat. Kalau cikgu suruh hantar buku sketch, saya tak anta. Ntah camno ntah saya ngelat ntah, awal tahun je ade buku sketch, masuk bulan 2-3 dah start takde, sebab bila lukisan tak jadi-saya koyak, dah banyak koyak-cepat abis, bila dah abes-takde dah nak beli-beli lagi. Ish, sangat tak suka subjek PS masa dulu, so saya decide no PS in my sijil SPM. Begitulah ceritanya.




Cantikkan, suka sangat.
Nak satulah.

Sapa-sapa yang berminat jugak terjah blog ni, klik SINI
Banyak lagi design-design yang cantik-cantik.
Harga dia pun okaylah. Tak mahal sangat.

p/s: saya tak kenal pun owner blog ni, tetiba nak promote barang dia pulaklah..HAHA.
tapi yang penting saya jumpe address blog ni kat FB husband, maybe kawan my husband. Entah.


Friday, November 12, 2010

Lawak Pagi by Husna

Pagi tadi, masa nak mandi, saya tinggalkan Husna kat bawah dengan playmate dan mainan-mainan dia. Elok je saya landingkan dia kat tengah-tengah playmate tu.

Bila saya keluar dari bilik air dan masuk bilik, do u now what happen???






.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tengoklah ni


......
...
..
.









Kaki, badan, suma dah masuk bawah katil, tinggal kepala je tinggal. Saya gelak je tengok dia camni. Ya Allah Husna, cemane sampai masuk badan bawah katil ni? Dia mengundur agaknya.HAHAHA. Gelak besar saya pagi-pagi tadi. Syok betul dia gerak-gerakkan kaki dia, kat bawah katil tu ade plastik, die hentak-hentak dengan kaki, bunyi plastik tu buat dia syok.

LOL.
-------------------------------------

Doa Menggilap Anak Bagai Permata
kredit to Sue


Saya amik terus tampal kat dinding, lepas solat boleh baca doa ni.
Thanks Sue. :D



p/s: anak ibu tido atas dada. SENAK!

Thursday, November 11, 2010

ANTILOP highchair with safety belt.

INI ADALAH STICKY ENTRI.




FOR SALE...

ANTILOP highchair with safety belt. RM 40. IKEA PRODUCT
(tidak termasuk kos penghantaran-sila nyatakan tempat tinggal anda untuk estimate kos penghantaran, maybe kalau area kl, shah alam, klang suami akan uruskan penghantaran)

Product information
Seat/ Straps:
Polypropylene plastic

Leg:
Steel, Pigmented epoxy/polyester powder coating

Buckles:
Acetal plastic

Customer Benefits
Easy to disassemble and carry along.
Wipe-clean quality.
Care Instructions
Wipe clean with a mild soapy solution.
Wipe dry with a clean cloth.
Good to Know
Safety belt included.
Item Measurements / Dimensions
Width 58 cm
Depth 62 cm
Height 90 cm
Seat height 55 cm


Okay guys, sape-sape yang berminat nak beli kerusi ni sila email saya ye n_fashya@yahoo.com
Saya amik order dulu, sampai cuti raya Haji (16 Nov 2010). Sebab barang dekat husband. Ada 10 stok yang available.

Mencegah lebih baik dari merawat.

Saya rasa terpanggil nak share ilmu yang ada ni dah lama,
tapi asik tangguh-tangguh je.

First, bace artikel ni dulu.

Sodium Lauryl Sulfate and Sodium Laureth Sulfate

This inexpensive detergent is commonly used in cosmetic cleansers, hair shampoos, bath and shower gels, bubble baths, etc. - It is probably the most dangerous ingredient used in skin and hair-care products. In the cleaning industry SLS is used in garage floor cleaners, engine degreasers, car-wash soaps, etc. It is very corrosive and readily attacks greasy surfaces.

Sodium lauryl sulfate is used throughout the world for clinical testing as a primary skin irritant. Laboratories use it to irritate skin on test animals and humans so that they may then test healing agents to see how effective they are on the irritated skin.

A study at the University of Georgia Medical College, indicated that SLS penetrated into the eyes as well as brain, heart, liver, etc., and showed long-term retention in the tissues. The study also indicated that SLS penetrated young children's eyes and prevented them from developing properly and caused cataracts to develop In adults.

May cause hair loss by attacking the follicle. Classified as a drug in bubble baths because it eats away skin protection and causes rashes and infection to occur.

Is potentially harmful to skin and hair. Cleans by corrosion. Dries skin by stripping the protective lipids from the surface so it can't effectively regulate moisture.

Another extremely serious problem is the connection of SLS with nitrate contamination. SLS reacts with many types of ingredients used in skin products and forms nitrosomines (nitrates). Nitrates are potential cancer-causing carcinogenics.

Because of the alarming penetrating power of SLS, large amounts of these known carcinogens are absorbed through the skin into the body. A variation of SLS is SODIUM LAURETH SULFATE (Sodium Lauryl Ether Sulfate- SLES). It exhibits many of the same characteristics and is a higher-foaming variation of SLS.

[kredit]


2nd, dah boleh cek kat blakang botol mandian, shampoo kita and anak punya. Kebanyakan produk mandian dgn shampoo ni memang banyak guna SLS dan SLES which is sangat merbahaya untuk kite, especially baby. Kalau cek kat mandian n shampoo baby pun banyak product guna SLS dan SLES.

Kalau nak tau, SLS ni kita boleh rasa dia wujud ke tak dalam mandian kite, bila kita dah bilas badan dengan air, walaupun buih dah takde tapi still rasa melekit-lekit dan macam licin lagi tu, maknanya ada SLS dalam mandian tu.

So far yang saya jumpe product mandian yang tak guna SLS ni ialah Shokubutsu, untuk baby pulak product Baby Organic, boleh click kat link tu untuk tgk botol dia cemane. Saya penah jumpe mandian ni kat Jusco. Mahal sikitla harga dia. Organic kan. Kalo google pun banyak rasenya mandian organic, tapi banyak web dari oversea.

Saya memang guna Shokubutsu dah lama. Kalau mandi, lepas bilas takkan rasa lekit-lekit tu kat badan. So, no SLS. Kat blakang botol tu pun takde tulis that ingredient. Mandian Husna pun lepas ni harus tukar pada organic, sebab mandian dia banyak lagi. Takkan nak buang pulakkan. Sayang pulak.

Bahan-bahan kimia ni banyak yang mudarat dari baiknya, so kita sebagai pengguna kene alert dengan apa-apa saja produk yang kita ambil. Ada baik ada buruknya. Skima pulak ayat aku ni. Tak reti dah nak susun ayat cemane.Hihi.

Okay, renung-renungkan dan selamat beramal.. :)

Wednesday, November 10, 2010

Ibu demam

Semalam dah sakit-sakit tekak, selalunya kalau sakit tekak, akan melarat-laratlah selsema, demam, sakit kepala. Hari ni memang tertunai semua sekali. Malam semalam dah start hingus-hingus putih meleleh dari hidung, tak yah cite lanjut, macam org lain tak penah kene selsema. Lepas dah settle semua kerja umah, makan ubat terus tidur. Semalaman saya memang tak sedar langsung dek penangan ubat! Kalau tersedar pun, dalam keadaan yang gelap gelita tu, saya macam mamai-mamai sambil raba-raba Husna kat bawah ketiak. Dahla malam tu gelap gelita, selalu saya bukak lampu dapur, tapi sebab da mamai, malasnya nak bangun bukak lampu dapur, so meraba jela. Bila dah make sure die ok je tidur, saya sambung balik sampai alarm Hp berbunyi.

Bangun je tidur, saya realize both cik B sangat engorge. OMG! Husna tak menyusu langsung satu malam. Hebat betul penangan ubat tersebut, padahal ubat tu ubat selsema Husna masa dia batuk-batuk dulu, Uh! Nasib baik penah bagi sekali je, hebat betul ubat ni. Tapi selsema still ada lagi. Ni ubat selsema ke ubat tidur? Dahla, malas la saya nak makan ubat lagi, sian kat anak. Akibatnya, Husna meragam sangat pagi tadi, saya nak mandi, nak solat, nak bersiap-siap pun tak dapat. Sampai saya biarkan aje dia menangis teresak-esak. Kesian.

Makan ubat secara natural jelah, makan Vitamin C dari buah oren dan jus Tropicana twister. Bila minum air jus twister dengan makan buah oren ni kan, teringat sangat masa zaman-zaman mabuk mengandungkan Husna dulu, dok togak air ni, pahitnya rasa. Pastu muntah. Time tekak pahit, semua menda jadi pahit. Ye tak? Skang, sedapnya air ni….Memang teringat sangatlah.


Sian budak ni, ibu demam dia yang jadik mangsa. Sori sayang..

Jom Selongkar

apsalla jadik gini tulisannya, ni sebab tulis dalam word pastu copy paste dalam blog..HUDUH betul!!




This picture was taken last Wednesday. Baru balik dari 3rd jab Polio Husna. Saje gegatal nak tunjuk kat orang ape ade dalam beg buruk seorang ibu. Jomla geledah. Tak mau bace takpe, I tak pakse. Beg Ralph, pemberian makcik yang keroje kat Singapore, skang no more handbag kekecik n cecomel, sume nak yang gedabak-gedabak je. Senang nak sumbat segala mak nenek. Ni beg Doraemon tau.

1. Purse wajibla kan, dah lama guna purse tu, almost 4tahun kot, tahan lama, so tak payah nak gegatal nak tukar lain. Priority skang sume untuk anak. Takpe, anak baru nak hidup, maknya dah 26 tahun hidup.

2. Kalo keluar jenjalan, kebanyakan barang dalam beg anak punya. Wet tissue, diapers, tuala kecik, sepit kuku dgn sudu pun ade! Apsal ade sudu pulak dalam beg..HAHA, beli bfast pepagi, nak makan susah sangat takde sudu, so, bawak aje 1 sudu spare dalam bag. Bila nak makan, senang takyah mencicau carik sudu. Diapers Husna guna Hey Baby je, sebab murah, dia pun takde masalah tembus @ kulit ruam ke apa, so far okay je. Penah try Drypers, time tido mengiring dalam buai abis tembus basah baju. Trus tukar balik Hey Baby. Mami Poko ke, Huggies, PetPet tu tak penah try, yang ni ok, so tak yah nak tukar-tukar . Cloth Diapers yang dia ade 4keping tu tak penah guna lagi. Bila ntah nak pakai, hubby dok tanya je bila nak pakai. Hihi..Bile eh? Maknya malas nak membasuh..Thihhihi

3. Kad kesihatan Husna macamni, saya tak pasti, ade baby punya kad kesihatan macam buku tebal warna biru tu. Kenapa lain eh? Tapi takpela, tak kisah pun. Saya g check up Husna kat Pusat Kesihatan UTM, kena bayar setiap kali jab sebab saya staf kontrak, tapi boleh claim semula. Malas nak pegi tempat lain sebab ramai sangat orang. Walaupun kene bayar, takpelah, tak ramai senang sikit, takdela nak tunggu lama-lama. Kalau si kecik naik angin cemana nak buat. Kat sini check up pun cam memain je, tension haku kalo g, timbang anak, pastu tanya lebih kurang then jab. Takdenya nak ukur tinggi anak ke, belek-belek anak ke. Since lahir, saya tak penah tau tinggi Husna dah berapa. Kadang-kadang amik tali tape, ukur sendiri.

4. Ubat panadol dalam botol tu pun saya tak mau sebenarnya. Saya dah cakap dengan nurse, saya tak nak ubat.

“ Nurse, saya tak mau ubatla”

“Eh, knape tak nak pulak, nanti anak awak mesti demam lepas inject ni”

“ Ermm…sebelum ni dia tak penah demam lepas kene inject, ubat yang lepas pun ada lagi.”

“Syukur Alhamdulillah, bagusla..”

Lepas tu dia tak cakap apa-apa, dia catat rekod ape ntah kat pc die tu, saya tengok die tengah listkan ubat. Hish nurse ni tak paham bahasa aku gaknya aku tak mau ubat. Cakap dalam hati jela. Saya tak mau ubat sebab kene bayar der.. lagipun tak kuasa aku nak bagi ubat yang ada paracetamol tu kat baby. So far Alhamdulillah, lepas jab Husna tak penah demam.

Currently, berat Husna 6.8kg. Naik 800g dari yang lepas. Haiyoh, anak ibu dah start makan pun tak banyak jugak naik, tapi takpelah, asal dia sihat. Semangat pun semangat jugak.

5. Bekas putih tu saya letak supplement yang saya amik dari Shaklee. Set B, set breastfeeding dari Shaklee. Ade 4 vitamin yang saya makan tetiap hari. Vitamin B complex, Vitamin C, alfalfa dengan Shaklee Vitalea. Besar-besar pil-pil dia, nasib baik saya ni tak kisah makan ubat. Sekali ngap je. Kak cery, boleh ke skali ngap je makan pil tu? ke kena makan 1-1? Hihi..

Dulu saya tak penah pun amik supplement untuk breastfeeding. Tapi sejak sebulan yang lepas saya outstation ke KL , production 3hari berturut-turut sangat-sangat merundum. Ngeri tengok stok makin menyusut. Sekali perah boleh dapat 2oz je…Uh, ngerinya rasa. Risau tak abes-abes. Asik la terfikir, kalau tak cukup susu ni, aku macam tak sanggup je bagi anak minum susu tepung. Ahhh, terus nekad nak try makan Set B dari shaklee ni, saya contact Kak Cery, terus order trial pack dari beliau. Sebab saya baca banyak testimoni dalam blog beliau, dapat tambah production lepas makan suplement ni dengan izin Allah. Dah dapat the next day, saya terus consume. Alhamdulillah, lepas tu production makin meningkat. Dan saya tambah satu kali waktu mengepam dalam masa 8jam. Dulu 2kali je, itupun tak disiplin sangat, ikut suka hati je agak-agak breast dah kembang sikit baru g mengepam. Skang tak kisahla, pukul 9.30am, 12.00pm,dengan 3.30pm saya MESTI pegi pump, walau apepun. Saya tetapkan masa-masa tu waktu orang tak bz keluar masuk surau. Segan gak nak mengepam time orang ramai-ramai. Tak kosentrait. Lagi-lagi surau perempuan sebelah dengan surau lelaki, Spectra3 tu kuat jugak bunyi pump dia. Sogan lah! 3kali pump saya dapat 12oz. Tak meriah mana, tapi Alhamdulillah, meningkat production dari dulu, stock pun dapat tambah sikit. Perbezaan warna susu lepas makan suplement ni, susu nampak kuning-kuning sikit (tak sempat nak snap pic). Tapi mmg kuning n pekat susu.

6. Duit yang sepah-sepah tu sebab masa membayar sambil dukung Husna, dapat duit balance campak je dalam bag. Senangkan?? HAHA, camtulah selalu. Kalau tak, dengan terkedek-kedek nak bukak purse, kalau Husna dapat capai duit dalam tu terus masuk mulut, bila amik duit dari tangan dia, menangis. So, campak je dalam bag. Mudah.com.



okay, siap satu entri berdasarkan satu pic beg seorang ibu.





Tuesday, November 9, 2010

Mari Solat

.....Bersama Anak.

Ibu macam saya yang kene jaga anak sorang-sorang kene kreatif tau nak menggayakan anak. Nak mengayakan macam mane? Yelah, dah kena jaga sorang, of course kena pandai nak jaga anak in da same time buat mende lain. Solat, perkara wajib yang perlu dilaksanakan, tapi bila anak cranky atau tengah sibuk nak perhatian, macam mana naklah nak solat, especially solat maghrib, waktu pendek. Bila dah balik kerja macam-macam nak buat, time nilah nak makan, nak basuh botol, buat bubur anak, nak iron baju, nak tengok tv, nak kemas baju, bla...bla...bla....

Cara saya camni...HAHAHA..

letak anak tepi sejadah, hihi...Husna kalo die tengak merengek, nampak je muka saya, senyapla dia. Nak tak nak, buat je camni. Abes, takkan tak yah solat. Berdosa tu. Yang tak tahan tu bila die tengok setiap pergerakan saya rukuk sujud, angkat takbir, die sengih-sengih, tegakkan kaki, kepak-kepakkan tangan pastu ketawa. Adoi. Tak kyusuk den nak solat. Tapi buat tak nampak ajela...Nak tutup mata..Erm, orang kata solat tak boleh tutup mata. Betul ke? tak taula.

Abes, kalo dah macam ni...Cemane weh? Ko nak sujud camno? HAHAHA... nak tak nak terpaksa la beralih sedikit nak cari ruang nak sujud. Hadoi, mencabar betui den nak solat tau. Dulu masa dia tak pandai meniarap ni, bolehla biar dia atas katil sorang-sorang. Tapi make sure dia boleh tengok muka den yang comel ni. LOL. Skang tak bolehla, jangan carik pasal weh. Silap aribulan GEDEGANG!! benjol kepala anak haku.

Lepas solat, nak bace Al-Quran sket, letak dia atas paha. Baca sama-sama, tapi dia sibuk nak masukkan helai-helai Al-Quran tu dalam mulut, pastu kelepet-kelepet tangan halus tu tepuk Quran. Bukan boleh duduk lama-lama tu, kojap ajola den baco, pastu Sadaqallahuazimmmmmm... Tunggu 3-4hari baru dapat bace balik. Itu kalo dapat, kalo tak dapat, duduk ajelah Quran tu atas rehal atas lemari tu. Hadoi, bilo den nak khatam lepas dapat anak ni. Sabo jela..

------------------------------------



Ni pagi tadi, tengah saya dok tepek-tepek muka dengan bedak gincu bagai, dia mesti perati macam ni. Hari-hari macam ni...letak atas katil dia tengok sume gerak geri saya, nasib baik tak ngamuk. Sebelum g umah BS, saya dah siap-siap mandikan dia dulu, sonang keje BS. Amik terus tidokan semula je, sebab dia bangun seawal 5 pagi. Lobam mata dikerjakan Husna tau.


Bila ibu dia dah get ready, agah-agah sikit je, senyum sampai ke telinga. Haaaa...sengihla..sengihla, jap lagi ekau nangis bila dah tukar tangah dgn BS...Huhuhu

Petang bila nak amik, nampak muka saya je, melonjak suka....

Wednesday, November 3, 2010

Takutnya aku padaMu Ya Allah

Manusia sentiasa melakukan khilaf, Ya Allah, takutnya aku denganMu Ya Allah...

Saya dapat artikel ni dari Facebook. Ya Allah, menggigilnya badan bila baca, air mata dah bergenang. Ya, saya sebagai isteri kadang-kadang sentiasa bersikap begini dekat suami, ntahla, mungkin sebab tertekan dengan keadaan, sampai suami jadi mangsa. Bila difikir-fikirkan secara mendalam, banyaknya dosa dengan suami. Setiap kali bergaduh @ bertikam lidah dengan suami, saya akan rasa takut, rasa takut tak dapat redha dari Allah, takut masuk api neraka tapi hati sangat ego nak minta maaf.

Suami, maafkan isterimu ini atas segala kekhilafan.T____T
B, kalau malam-malam tu kalau kite gaduh, kalau Sya tak minta maaf b maafkan tau. Ish, takutnya kalau umur tak panjang, mati dalam tidur ke, masuk api meraka la aku. Itu yang slalu terfikir setiap kali kalo gaduh. Rumahtangga mana yang tak bergoyang ye tak? Mustahil sangat kalau sentiasa indah takde pertelingkahan berlaku, walau dok jauh-jauh ni pun. Gaduh dalam Hp jela...

So guys, hayati atikel ini untuk renungan bersama. :)

Assalamualaikum

WASSALAM..

Hukum Isteri Meleteri Suami ......

" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerjarumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makannanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnyamenjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatanmaksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya akumenyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yangkebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi besertaFatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang membuat anda menangis? "

Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya keranatidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suamidengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaanAllah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pulatergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah danmenyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat,malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya.Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-samabelajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.

TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilahdihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.




ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ