Friday, November 19, 2010

'ME' time!

Seronok betul dapat lepak-lepak kat rumah. Saya amik cuti khamis n jumaat balik Klang. Cuti dari raya haji sampai isnin, sebab isnin Johor cuti peristiwa. Hari Hol Sultan Johor. Seronok betul bila dapat keluarkan otak ni dari memikirkan hal kerja.


Husna tengah tidur, ayah Husna g keje. So, now is 'me' time.


Best jugak eh jadik suri rumah ni, sediakan makanan untuk suami, suapkan bubur untuk anak, pujuk layan anak bila dia menangis, susukan anak, mandikan anak, ada masa untuk diri sendiri, kemas rumah. Hantar suami ke pintu bila pergi kerja, masa tidur ade orang peluk...Hihi..
okay dah, takyah cite lagi.

Tapi mungkin seorang isteri, ibu yang bekerjaya merasa begini bila diberi peluang duduk rumah, rasa heaven. Tapi tak taula pulak kalau dia memang seorang suri rumah sepenuh masa, mungkin perkara-perkara yang ditulis kat atas tu biasa je bagi dia. Setiap orang lain-lain kan, dan tak penah nak rase berpuas hati dengan apa yang dah dimiliki.

Biasalah manusia.


Konon-konon bila duduk rumah ni bolehla nak update blog bertalu-talu, tp hampeh je broadband ni, connection kat sini tak superb, nak post kat fb pun payah, apentah lagi nak update blog. Ni connection tgh okay ni, Husna pun sodap tido, ape laie, sila amik kesempatan.Hihihi


Jom tengok video Husna ni.

video

Gelak sakan dia masa bagi dia makan. Jarang dia gelak-gelak macamni, agah sikit je, gelak bukan main. Geram ibu tengok. Mana tak seronok bila dapat suap makanan kat anak. Ish, best tau. Lagi-lagi bila dia suka makan bubur yang kita masak sendiri.

Dalam video ni saya bagi die bubur brokoli dengan lobak. Tak susah nak buat, lebur aje brokoli dengan lobak masa masak bubur. Pastu lenyek je.

Bubur kasih sayang..hihi


Seronok suap budak kecik ni, menganga je.. BS dia je kate Husna tak mau makan la apela...dengan saya okay je dia makan. Siap gelak-gelak lagi.

Ni layan dia makan biskut Farley Rusk. Comot satu badan.

1

2

3
Thanks ibu, sebab buatkan bubur yang sedap (ibu berperasan sendiri)

Apapun, memang seronok bila dapat membesarkan anak depan mata sendiri.
Setiap moment adalah indah.



tengok pic ni dapat agak tak Husna tengah buat ape???
LOL



Fuh siap jugak entri pendek ni, its take whole day sebab Husna dah brape kali jaga tidur. Dia jaga takde canla nak menaip. Pastu gambo semua da kene edit..Hihihi...ENJOY!!

11 comments:

  1. alololoooo...

    comelnye husna....nanti kerem salam peluk cium same die...;)

    ReplyDelete
  2. amboi..hepinya..husna...

    memang best dapat jaga anak camtu kan.. kalau dapat hari2 lagi best..

    p/s: saya dah wat contest baby & toys tu...

    ReplyDelete
  3. salam..seronok masa bcuti dpt luang masa semaksima dgn fmly kn. happy tgk fashya n husna. :)

    tgk video husna wat teringat bby sy.
    bila gaknya dpt jaga anak sendiri :(

    happy holiday 2 u guys

    ReplyDelete
  4. alolo..budak comot ni comel je bila mkn..aish kak..wase geram je tgk baby2 neh..bila la nk dpt anak sniri ek.hehe..gatai suda..;p

    ReplyDelete
  5. eh ade kat klang ke.
    awat xhabaq.
    boley jmpaaaaaaaaaaaa.
    huhu

    ReplyDelete
  6. rasanya anak2 kita mmg seronok makan bubur kita masak tu
    bs/nursery je malas nak layan dia makan
    pastu kata dia tak nak la
    apa lah..sedangkan pemalas

    seronok tgk gmbr2 fashya ngan husna

    ReplyDelete
  7. seronok baca entry ni.dpt dibayangkan bunga2 di hati fashya coz dpt spent time ngan ank n suami also dpt rehatkan minda & diri dr keje.heaven

    ReplyDelete
  8. hihi....mmg berbunga2 pun dapat melepak2 dengan anak n suami...seronok sangat...tak terkira

    ReplyDelete
  9. fashya,adekah husna BF sambil meniarap?hehehehehehehe

    ReplyDelete
  10. aah umi rijal...kalo di baringkan pun, dia tetap nak meniarap..pastu sambung BF..huhu

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ