?my baby?

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, February 18, 2012

#2-UK; Jalan-jalan Rochester

Dalam pada seronok-seronok aku kat sini ni, enjoy the weather, enjoy the environment, jangan lupa lepas balik ni aku ada tanggungjawap besar dengan organisasi tempat aku kerja. Harusla kene perform lebih kan? Ate, dah training sampai Uk tu, tak kan nak ditakuk lama jugak. Its a big responsibilities actually. Hmm... Boleh ke aku tanggung ni. InsyaAllah, dengan ilmu yang dah dicurahkan dari Stuart Jones HPLC Academy.

Terlalu banyak perkara yang diajar, sampai otak aku pun macam dah tak boleh cope dengan semua yang dia ajar. Bila dah petang tu, dok fikir nak balik hotel n rehat je. Kadang-kadang fikiran aku melayang sampai Malaysia. Hahaha. Bagi specifik sikit, fikiran melayang kat Klang. Hahaha. Pastu tengok jam, tukar waktu Malaysia, lepas tu fikir, apa anak dara aku yang sorang tu tengah buat. Serius rindu gile dah ni. Cepatla seminggu ni abes. Hari-hari dok bukak folder video dan gambar dia dalam laptop, kamera n Hp. Pastu sengih senyum sorang-sorang. Haila.... Kuat betul penangan rindu ibu kat Husna.

Ini group kami. Participant dari Pakistan, India, Nigeria dan Spain. 4 dari kami adalah muslim, so bab solat n makan tak jadi masalah. Nasib baik aku ni hantu sayur, so tak jadi masalah bab makan. Makan sayur je sepanjang masa, tetiba jadik vegetarian. Nak buat cemana, daging kat sini bukannya halal kan. Tak tau la jenis yang tak makan sayur, cemane tuh? Hihi... :P

Academy ni takdela besar mane, tapi hebat! Hebat sebab ada staf yang hebat. Dr. Stuart Jones, managing director sendiri yang ajar kami, sangat friendly dengan staf n very nice person. Staf dia yang lain suma ada 4 orang tapi multitasking. Semua kerja boleh buat.

Dan sepanjang aku kat sini, aku perasan, orang-orang kat Uk ni, macam berbudi bahasa sangat. Apa-apa je yang kita bagi, kita buat, always say thank you, selalu great kita every time, kalau nampak kita macam lost, diorang willing nak tolong dan suka dengan baby! Member aku tukan bawak family, ada anak. Tengok lelaki Uk pun minat nak agah-agah baby member aku. 

Dan, yang tak boleh terima kat sini, adalah toilet diorang yang takde paip. Susah jugakla setiap kali nak tunaikan hajat. Yang kecik takpe,Hihi. Kalau yang besar??? Selalu sangat berdoa kalau nak buang yang besar tu, buang kat hotel je. Kalau membuang kat academy, macam masalah jugak. Ish! Dalam toilet penuh dengan carpet. T____T. Erm, bab solat kat sini pun, solat je kat mana-mana, bukan ade surau pun. Aku solat pun tak pakai telekung. Pakai baju tebal , pakai stokin then solat. Fleksible!
But anyway, aku kenala gunakan masa yang ada lagi seminggu ni untuk ambik peluang korek ilmu dari Dr. Stuart Jones ni. Dan....lagi 1, ambik peluang yang ada ni jalan-jalan Uk ni puas-puas. Bila lagila nak jejak kaki kat sini kalau orang tak sponsor. Nak pegi sendiri ntah bila la.... Tapi bila pergi Uk atas sebab kerja dan training, takdelah nak berjalan sangat. Kelas dari pukul 9pagi sampai 5petang. 5 petang kat sini dah gelap, kedai pun banyak dah tutup, so duduk jela dalam bilik hotel tunggu hari seterusnya.

Cuma tadi je ade kesempatan sikit pegi outlet yang sekangkang kera dengan hotel ni. 5 minit jalan kaki je. Quite interesting. Outlet kat sini melambak, barang yang dijual agak murahla berbanding dengan shopping mall. 

Kalau tak, takdela aku borong kasut, baju Cik Husna dengan adik dia dalam perut ni. Over tau siap tunjuk-tunjuk gambo. Kat sini harga kasut Clark ni bolehla murah sikit dari kat Malaysia. Murah dalam RM70-80 la kot. Aku beli besar sikit, nanti raya boleh pakai. Over lagi! Satu kasut tu 17.99 pound. Aku dok imagine harga kasut ni macam RM17.99. Mane tak gila aku memborong kasut anak dara tu. Jangan le convert, kalau convert juling gak mata ni. Hahaha. Untuk ibu, beli handbag je, harga 13.99 pound. Murahkan...murahkan... Sume harga barang-barang ni tak sampai 100 pound. Jangan convert, jangan convert. Nanti juling. :P Ko dok imagine 100 pound tu cam RM100 je dah ler... Kalau sibuk nak convert, nak makan pisang pun tak lepas. Pisang sesikat kat sini 1 pound je. Suar jeans laki ko yang branded 7 pound. Ko imagine RM7 je dah le yeah... :p. Mane tak gila camtu shopping kat sini. Baju tu pulak 5pound n 3pound. Dah, dah...cukup-cukupla tuh. Kang takut gak ade yang annoying dengan cerita aku. T___T. Sori tau, akukan jakun.

Last nite, kitorang ade dinner. Sebelum dinner, kitorang dibawak berjalan-jalan sekitar Rochester. Cantik bandar Rochester ni. Kalau dah jakun kan, semua bangunan kat sini aku nak bergambar, sampai diorang cakap aku dah macam buat modelling pulak asik dok posing je. Ah lantak! Bukan nya selalu datang sini. Aku tak peduli!

Rochester Cathederal. Macam rumah houted kan.
Aku pun tak sure bangunan apekah ini. Nanti befora balik Malaysia pegi lagi waktu siang. Baru jelas.

Simona from Spain, Shan from India, me, Jawad from Pakistan n Ismail (orang Malaysialah).


Rochester Cathederal dari kejauhan. Cantik!


Dr. Stuart Jones. Very nice person. Selalu gelar kami, nice person. Okay, nice person, lets proceed to next topic.  


Dinner treat. Kami makan Roasted cod Fillet n vegetarian food. Food dia okay, cume orang Malaysia lagi suka makan nasi lah! :p

Bangunan ni sengit. Bila aku dok pelik-pelik dengan bangunan ni. Sorang mat salleh tegur aku. Haaa.. its because you drink too much. Hahaha. Memandai je cakap aku mabuk sampai nampak bangunan sengit. Cis!

Okaylah, kaki dah sejuk gila ni, dok pakai selipar je turun lobi ni. Nanti sambung cerita lagi yeh. Jangan ada yang annoying tau. Aku kan jakun...


Monday, February 13, 2012

#1- UK; First time n ever

Alhamdulillah, saya dah sampai bumi UK pada Sabtu, 11 Februari 2012. Syukur, Allah memudahkan perjalanan kami selamat sampai tanpa ada halangan. Perjalanan ke London yang amik masa 14 jam sangat-sangat meletihkan. Bayangkan jela duduk tanpa buat apa-apa selain tidur dan makan selama 14jam dalam flight yang sempit tu. Jari ni asikla menghitung waktu bila la nak sampai. Kejap-kejap tukar posisi macamni, kejap-kejap tukar posisi menunduk pulak. Nasib baik perut kecik lagi. Jadual perjalanan pukul 8.40pagi, tapi flight delay sampai pukul 11.00 baru take off. So, sampai-sampai Uk je malam, which is pukul 5 petang. 5 petang kat sini dah maghrib dah.

Pengalaman pertama naik flight jauh-jauh dan ke luar negara, aku memang agak jakun. Bukan jakun sikit, tapi banyak. Sorila ye geng. Mane nak jangka dapat pegi bumi Uk ni. Nak jalan-jalan sendiri walluhualam, ntah bila inilah rezeki anak agaknya. Niat menuntut ilmu. Syukur. Sebelum pegi sini, memang banyak masalah yang kitorang hadapi, lagi-lagi dengan masalah budget, bukan sikit-sikit duit nak guna. Sampai aku macam dah nak give up dan takde hati nak datang sini. Kalau tak dapat pegi tak pela, redha. Tapi Allah izinkan, maka di sinilah aku sekarang. 2 hari pertama, sebenanrnya hati ni masih tak percaya ada kat sini. Lagi-lagi pagi pertama kat sini snow turun. Lagi over jakun. Siap bukak tingkap bile tadah tangan walaupun sejuk gila.

So far belum pegi jalan-jalan sangat. Sebab masih blur dengan suasana kat sini. Jalan-jalan pun sekitar hotel n pekan Catham ni je. Esok dah start training. Sekarang dah pukul 5 pagi, jap lagi dah nak subuh. Nanti sambung lagi ye. Layan pic jela.

Hubby n duit pound. Ni semua duit nak bayar hotel. 
Yang ni pun aku jakun jugak okay. I thing, orang UK kalau dapat duit note 50 pound dari kita dia siap cek duit tu betul takut duit tipu. Bagi diorang duit 50pound agaknya macam duit RM500. Agak rare kat sini kalau ada duit 50 pound. Thats why aku nak bayar guna duit 50pound pun takut-takut. Kiranya aku macam orang kaya ah duduk sini. HAHAHA :p

Miss this two person, dalam perjalanan ke LCCT nak hantar ibu naik flight @ 6.30am. Sian Husna kene tinggal dengan ibu. Kalau lah boleh, ibu nak angkut Husna dengan ayah sekali kat sini.

Before take off. Senyumla kan kakak ni. 
Tak tau 14 jam dalam flight macam ape.

 After 10hours journey. Gila bosan okay takde intertainment. Asik bangun tidur je. 
Muka pun sah-sah sememeh.


 After 14 hours, finally sampai UK. UK diliputi salji. Aku over excited. 

 Just arrived. Sejuk! 

  
Ramada Encore Hotel. Tempat tinggal selama 14 hari.



Shopping kat Asda. Total suma barang adalah 5pound only. Murahkan. Kiwi, air, biskut, salad2 tu sume 1 pound je. Cashier kat sinikan rilex gile keja. Kalau cashier kat Malaysia muda-muda, pastu sibuk kira sambil pack barang kita. Kat sini, ramai yang sudah berumur jugakla, rilex je duduk sambil scan barang, campak plastik kat sebelah, siap scan kita yang masukkan dalam plastik yang dia bagi. Nak bayar guna kad pun, kita yang masukkan kad tu dalam mesin tu. Fhew! Simple gila kerja cashier kat sini. Bakul pun kita yang letak balik tempat asal. and ada jugak kaunter self service. Scan, bayar sendiri dengan machine.
Kasut Clark, harus rembat untuk Husna n adik dia...


Suasana pagi before salji turun  

  
Snow turun aku macam terpana dan termenung. Eh, betul ke aku kat sini ni, sambil picit-picit pipi. Hmmm...


My friend from Nottingham. Jauh Kak Ai datang nak jumpa kita. Thanks Kak Ai.




Just jalan-jalan sekitar Rochester. Hari dah nak gelap. So tak dapat nak jalan2 sangat.

Till then, sambung lagi nanti, dah pukul 5.30. Perut pun lapar, nak naik atas.........Solat subuh. Daaaaaaa

Monday, January 30, 2012

Nervous

Another 2 weeks to go. Seriusly, aku semakin nervous.
Aku bakal ke sini;

Laserchrom HPLC laboratories.

Rochester, Kent, England.

untuk berkursus selama 2 minggu bersama seorang lagi rakan .

Ya Allah, permudahkan urusan untuk menuntut ilmu ini. Husna pulak bakal dihantar dan dijaga oleh ayahnya di Klang. Ibu bakal membawa adik di dalam perut bersama untuk menuntut ilmu. Permudahkan Ya Allah. Serius aku nervous. Will be update about this later.


Any tips berguna boleh aku guna bila nak ke sana?

Wednesday, January 25, 2012

Udang galah Kuala Pahang & Tasik Chini

Setelah lama mengidam udang galah, CNY saya balik umah family kat Chini, Pekan, Pahang. Ayah cakap sekarang tengah musim udang galah. Boleh kata setiap minggu dia pegi memancing udang galah dekat Kuala Pahang, dan ini adalah hasilnya. Alhamdulillah, saya mengidam pun memang tengah musim udang galah, so no big worries la kan. Hihi....

Udang galah Kuala Pahang. Boleh tahan besar-besar.


Hasil tangkapan ayah di Kuala Pahang.
  
Masak lemak sodap tuh! Banyak okay aku makan. Lepas mengidam aku.

Yum..yum...


Before menghentam udang galah, kita pegi naik bot di Tasik Chini dulu okeh. For me, Tasik Chini tak best sangat kot. Naik bot 30 minit RM60 untuk 9orang penumpang, pemandangan biasa je yang kite boleh tengok, takde apa yang menarik. Just jalan menyusur pokok-pokok Rasau kalau tak silap saya. Macam pokok Mengkuang. Tak jumpa naga tasik Chini pun. Haha..

Before naik bot, Husna with Pak Lang.


Panas. Matahari terik depan mata.


Matahari terik. Tgk ajela  muka En. Mokh..


 Husna agak takut naik bot pada mulanya sebab bunyi enjin kuat sangat, lepas tu dia yang paling excited.

Thursday, January 19, 2012

#Walk Around the Block



Video Barney-Walk Around the Block yang dah merasuk diri anak aku sejak 3-4 hari ni.  Aku pun pelik, sebelum ni bila pasang video ni dia sangat tak ambil kisah langsung nak tengok dengan bersungguh-sungguh sehinggalah suatu hari Sabtu yang boring indah. Eceh!. Aku cuba pasang wiken lepas masa tengah baring-baring depan tv sebab bosan tak tau nak buat apa. Tengok anak pun bosan, aku pun pasangla video Barney ni. Nak tau ape jadik? Dari pagi bawak ke malam DVD player aku berkerja keras memainkan Cd Barney tu. 40x pasang pun takpe, dia tak bosan langsung! Sampai aku pun naik hafal semua lagu dalam video tu.

Satu pagi @ 2 am, tiba-tiba dia bangun dari tidur, tak nangis macam selalu, terus bangun dari tilam dan ajak aku pegi hall depan rumah. Aku pun pelik jugak, apa dia nak kat depan tu. Sekarang ni, apa-apa dia nak dia ajak aku sekali pegi dapatkan barang yang dia nak. Kalau nak susu/ air masak, dia ajak pegi dapur. Senang keje aku, tau apa dia nak. Sebab tak reti nak cakap lagi sangatkan.

Pegi depan tv, dia tekan-tekan tv. Aku tau dah ape dia nak tu, mesti nak tengok Barney. Aku pun pasangla... sambil tidur depan tv. Dia tak kesah pun aku tidur. Dia tengok je Barney sambil joget-joget bila Barney n friends nyanyi. Dah abes Cd, dia kejutkan aku bagitau 'da abesh...da abesh'. Dah abes, aku ajakla dia masuk tidur balik, bagi susu terus lena tak sedar sampai pagi. Pelik betul aku. Tak penah-penah dia buat perangai macamtu. Haha... Kartun-kartun kat tv sume dia tak amik kisah pun sebelum ni. Nampaknya kali ni Barney berjaya pikat hati dia nih. Heh!

Macam malam semalam pun sama jugakla dia buat perangai pelik dia tu. Tak pernah-pernah tidur lambat. Pukul 10 lebih tu dah kira lambatla tu. 4 kali Cd diulang tanpa jemu. Aku biasalah mata dah setting pukul 8 lebih dah ngantuk, tidur la dulu sambil dia layan Cd. Ajak tidur pun tak mau. Text hubby bagitau Husna taknak tidur sebab Barney. Round ke4 dah abes, dia pun dah gosok mata (agaknya dah ngantuk tahap maksimum takleh tahan dah tu) sebab dalam pukul 8 tu sebenarnya Husna dah ngantuk da tapi tahan--tahan demi Barney kesayangan tuh.

  
Ni malam tadi, sambil tgk sambil baring.
Pic gelap sikitla kan, dah malam lampu dah malap.Huhu.

Aku rasa malam ni pun aku takde can jugak kot nak tengok cerita lain kat tv. Nasib baik jugak housemate aku sume jenis tak melepak depan tv bila malam-malam. Sorang dah ade tv dalam bilik, sorang duduk bilik bace jurnal (student PhD kan-kena study smart sikit), Sorang lagi, asal matahari terbenam je, dia tak duduk rumah, bila dah pagi sikit baru dia balik. Gitu le gamaknya kami nih.

"Anney...Anney" kata Husna.

Ni pun tengah giat download cerita Barney dekat Youtube, tambah koleksi cerita. Bosan jugak asik tengok Cd yang sama je. Kadang-kadang aku pun naik ralit tgk Barney ni. He always positve n lovely too. :)


p/s: Bila aku tengok maskot Barney, Bj n Baby Bob ni ada orang ke kat dalam tu? Tengok maskot dia macam tak kaku, tak kekok n macam perfect specially kalau dia melompat, berlari n menari, tak macam maskot-maskot kartun kat Malaysia ni. Mata 3B ni nampak ke? Just wonderla kan.


Wednesday, January 18, 2012

Si Pemandu Keretapi


Bz gile aku skang, nak update blog pun tak sempat. Ermm...
Nah,  aku bagi ni jela. Jalan-jalan kat Jusco last week. Husna sempat jugakla jadi pemandu keretapi. Dari Jb ke Klang.





Babai.

Monday, January 9, 2012

Entri cincai: Starhill dan JPO

Cerita wiken lepas: Basi dah! Sabtu ke Starhill Golf and Country Club bawak anak-anak (Husna dan baby dalam perut) mandi-manda. Ahad ke Johor Premium Outlet. Berjalan je ye weekend lepas. Sampai Husna lepak setiap kali balik berjalan kepenatan layan maknya ni.

Antara yang terlibat : Kasih anak Kak Nani, Myiesha anak Jaja, Husna anak akulah

Gambar dalam pool takde, sebab takde sapa yang nak amik pic. Masing-masing dah syok dalam pool. Ni sume pic lepas mandi.

Teringin nak mandi lagi ke? 
Husna suka sangat dalam pool. Nak jalan sendiri tak mahu pegang. 
Mula-mula je takut-takut. Lepas tu naik syok

Anak baik. Baik sangat dak Micha ni. Geram nengok nya.

Budak ni pulaks, baik jugak. Aktif kemain lepas dah salin baju suma. 
Bukan reti penat. Ditawaf 1 tempat. Ibu yang letih ngejor dia.

Next day: Johor Premium Outlet.

Sampai-sampai je hujan renyai-renyai.
  
Ini gambar sekeluarga. (Tak tau nak tulis caption ape.HAHA)

Saya nak yang ni boleh ayah?

Saya penat. Minum teh sebotol!
Husna sepanjang berada kat JPO dia excited. Nak dukung, pegang tangan tak mau. Buat hal pulak tak mau pakai kasut, maka berjalan tak pakai kasut. Orang tengok, ada aku kesah? Haha...

Okay, siap dah draft entri ni. Seminggu peram. Minggu ni nak pegi mane pulak ye? hmmm..
Selamat berhujung minggu. :)


?Tukar tulisan? Silalah?

?Followers?

Search This Blog

Loading...