Aim aku sekarang untuk blog adalah satu bulan satu entri. HAHA. Exaggerate sangat bunyinya. Alasan pun ia jugak. Meh tiup-tiup sikit sawang kat blog ni. Fuh! Fuh! (What a cliche~ Blergh HAHA :p) Okay, dah tiup kasi bersih, ambik penyapu pulak kasi habuk hilang ye tak? Okay, dah cukup-cukup!
Okay, terus pada topik ape aku nak tulis untuk bulan ni. Aku dah macam ketandusan idea sungguh nak mengarang kat blog ni. Banyak draft tapi kebanyakkan nya semua jadi pekasam sekerat jalan je aku tulis lepas tu aku malas nak sambung. Buzy la wei, awal-awal tahun ni biasalah, banyak sangat kerjanya. Aku pulak jenis nak tulis blog bukan boleh sekali harung nak tulis, mesti nak fikir, korek sana, korek sini. Last-last terbengkalai macam tu je.
Zaman dah berubah kot bukan macam dulu.
Semalam aku pakailah baju yang beli kat UB tu. "Trust me, I'm A blogger". Macam nak gelak sendiri pun ada bila mengenangkan blog yang makin terabai ni. Maka, dengan itu, harini aku kasik masa sikit itu mu wahai blog. Sian ko.
Skang nikan, rutin harian aku adalah hampir sama setiap hari. Meh nak cerita, pegi kerja as usual bangun pagi aku tak pernah nak awal. Paling tidak, pukul 6.15 am paling awal aku bangun. Pasal ape? Pasal ada budak kecik suka menyelit bawah ketiak ibu dia, kadang-kadang baring atas lengan ibu dia. Alahai, ibu dia pulak macam tak sampai hati nak alih kepala budak kecik tu. Tengah nyenyak tidur, kena alih, aku risau dia terjaga. Bila dah 6.30am jadi 6.45am, nak tak nak aku terpaksa bangun untuk solat Subuh dll. Hari-hari masuk kerja slide in lambat. Kalau awal aku siap pun, sekali lagi perasaan tak sampai hati menyelubung nak kacau anak tidur nak angkat masuk kereta seorang demi seorang. Kalau diorang sambung tidur, okaylah. Sian pulak kacau diorang nak tidur kan.
Pergi kerja. Bla Bla Blas......
Balik kerja kadang-kadang aku straight balik rumah, mandi dulu, kemas lebih kurang, baru amik diorang kat umah BS, kalau macam ni mmg lambat ah diorang balik, tapi yang best aku tak payah susah nak fikir bila nak mandi kemas-kemas rumah ke. So, attention kat diorang banyakla sikit. Tapi bila dah keluar dari opis lambat sebab dah datang pun lambatkan. (nak cukupkan 8jam bekerja tu kononnya), maka keluar je dari pagar UTM terus menerpa ke rumah BS amik anak-anak. Selalunya time-time macamni agak mencabarla kan. Nak mandi, nak solat. Kadang-kadang bila si kecik okay, si kakak tak okay, kadang-kadang vice versa. Sampai tahap jadi mak tarzan tak usah nak cakap. Aku rasa jiran aku pun dah kenal suara mak tarzan ni. Bukan aku saja-saja nak jadi mak tarzan okay. Ce duk umah ko sorang dengan 2 anak yang banyak ragam memang menduga jiwa raga, mental fizikal semua sekali. Yelah, anak aku dua. Belum tiga, empat dan lima dan enam.
Al kisah minggu lepas, sepanjang minggu boleh dikatakan satu hari Husna boleh menangis meragam sampai 10kali satu malam. Anak nangis, aku pun rasa nak menangis jugak. Amat-amat mendera mental aku tau tak. Kak Long Husna datang angin kuskus dia, dia suka meragam tak tentu pasal. Hal nak pakai seluar pun dia boleh buat onar guling-guling macam kena dera okay. Satu malam tetiba nak mandi (mungkin panas) dia boleh nak request nak mandi kolam kat luar rumah. Maghrib kot time tu. Bila tak bagi dia meragam macam kena dera sekali lagi.
Aku pun berfikir sejenak. Husna ni mungkin bosan duduk rumah takde aktiviti. Lagi pun aku kesian dia asik kena marah, kena aje dengan aku. Aku ni agaknya kurang sabar kot. Bukan kot, memang ye pun. Maka, Jumaat lepas aku pegila kedai buku, beli 2 buah coloring book, pensel kaler, crayon. Dia minat Mickey Mouse sekarang ni. Memang barang-barang yang ada MM jela aku beli. Then aku beli botol susu Mickey Mouse. Ye, niat aku memang nak kasi dia hepi. Konon-konon nak tebus baliklah sebab aku asik marah dia je. Aku ni kalau nak elak marah dia, aku suka kurungkan diri. Masuk dalam bilik gelap duduk diam-diam dalam tu. Tapi dia kat luar macam apela kan meroyan suruh bukak pintu. Theeehiii. Ate, dari Syaitonirajim hasut aku suruh pukul dia, baik aku kurungkan diri macam tu. Kang bila dia dah baik aku peluk-peluk la dia. Cakap-cakap slow talk suruh dia jadi budak baik kan. Yang pelik, bila dia dah okay , automatik okay tak payah pujuk bagai dia boleh nyanyi-nyanyi macam takde ape berlaku sebelum tu. Dan yang paling kelakar, dia kuis-kuis rambut, pipi aku konon-konon nak pujuk aku. Ceh., dari muka kelat boleh senyum ibu dia ni. So, end of story. And tak payah judgemental sangat aku ni ibu yang tak berhati perut, garang macam singa, takberperikemanusiaan n whatever ye.
Okay, sambung cerita balik pasal beli buku kaler tu. Sebelum balik aku niat. Husna mesti suka, mesti baik harini. Aku taknak dengar dia menangis atau meragam pun harini. So, what I expect memang aku dapat pun. Dia langsung tak meragam malam tu. happy dapat coloring book tu. Ya Allah, seronoknya hati ini. Cewah.
Betullah seperti firman Allah:
"Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku".
Apa yang kita sangkakan, itulah yang kita dapat. Jomlah kita sangka yang baik-baik saja. Aku selalu test, kalau nak parking kereta. Jangan cakap susahnya nak dapat parking. Just say "InsyaAllah aku mesti dapat parking". Tengokla lepas tu, 2-2 parking ko tengok kosong. Ce try lepas ni.
Gegaran. Kamera Hp cap ayam. |
Mari colour laju-laju. Duck warna biru. T__T |
Khusyuk |
Masih khusyuk. |
Langsung tak meragam, fokus mewarna sampai abis satu buku. |
Bila adik dah tidur, ibu kena join mewarna sekali. Yang cantik-cantik tu ibu la yang warna. Lepas tu dia pulak take over. |
Kesian, ibu baru nak ajar Husna mewarna. |
Malam tu aku terpaksa overtime sebab selagi tak habis buku tu diwarna selagi tu dia nak mewarna walaupun mata dah kuyu. Sampai ibu terpaksa acah-acah tutup tv dari jauh guna remote, then cakap tv dah tidur. hahaha. So, dia kalau tv dah switch off, dia tau dia dah kena tidur, terus tutup buku dan masuk tidur. Lena sampai pagi.
Pagi esoknya perkara pertama dia cari buku dan crayon.
Sekian tamat.
ps: Motip entri ini aku pun tak tau. Ambik mana yang baikla ye. Peace.
aku yang anak sorang ni pun kadang2 macam tarzan kuasa dua. tapi selalunya tu lah bila nak pujuk anak kan esoknya ke balik kerja belikan roti ke makanan kegemaran dia ke, baju ke.
ReplyDeletetapi selalunya bila dah ok anak sendiri yang datang cari kita peluk kita cakap "sayang mama"
aduhhh time tu rasa menyesal pulak membebel2 bising mulut. aku ni jenis mulut je bising fahsya sampai raina pun pandai cakap mama ni bebel lah. hehehe
budak baru nak membesar and nak cube benda baru.. memang menguji kesabaran mak-mak (termasuk mak sedare macam aku hehehe)...update la pasal anas pulak.. :)
ReplyDeletesamela fashya..part guling2 sebab nak pakai seluar tu..fuh..jadi macam trauma pulak bile nak mandikan die..dok tercongok sekali ngan delisha suruh die pilih sendiri baju ape nak pakai. tapinye, haihh..berejam kot. last2 die gi bukak closet adik pulak. pakai baju adikkkk. haihhh. gerammmm.
ReplyDeletelepas ni ibu beli playdoh plk ye..bt kek..
ReplyDeletemacam kita la jugak...dah bengang sangat ngan anak takut plak tangan nie laju pukul terus cepat2 masuk bilik...agak2 dah tenang baru keluar
ReplyDeleteTengah bayangkan Fasya jaga diorang berdua. Tarik nafas panjang2 and dalam2. I ni jaga 2 orang with hubby pun selalu x sabar, inikan plak u. Apa2 pun kita doa minta yang baik2 ok.. :)
ReplyDeletelife kita ngan anak2 mcm sama je. ngan tantrum si kakak yg sesangat menduga kesabarannya.sama sbijik perangai dorang.eh japs daku nih dh mcm PJJ jgk ke ngan hubby? padahal dok serumah.tp hubby tgh mlm br blk keje.so most all the time anak2 daku sorang je yg handle
ReplyDelete