Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, June 21, 2013

Cara bayar duit kereta guna cimbclicks

 Assalamualaikum.

Theehiii... Hi blog. 
Lama betei ah tak tulis sini. Singgah sat na. Tadi saje ah jalan-jalan masuk nuffnang jap. Ade dua ketoi BE. Syok oh. Dah tengok jugak kat keyword search tu. Aku nampakla orang cari "cara bayar duit kereta guna cimbclicks.' Ting! Aku rasa nak kasi tutorial kejaplah. 

Walaupun sebenarnya banyak benda nak share kat blog ni. Lagi-lagi cerita bandung. Nak upload pic dulu dari hp ni. Payah benar guna window 8 ni. Macam-macam application sampai aku malas nak godek. Nak upload pic je pon. 

Okeh. Aku memang nak sangat buat tutorial ni sebab selama ni aku pun tak tahu cara nak bayar kereta guna cimbclicks. Hampir 5tahun aku dok ulang alik pegi bank kalau nak bayar kereta padahal guna cimbclicks saja dah boleh bayar sebenarnya. Baru-baru ni je aku tahu cara nak bayar. Senang je sebenarnya. hehe..So, saje jelah nak share how to pay your loan car with cimbclicks. Check it out!

Cop! Sebelum tu, tutorial ni khas untuk peminjam cimb saje tau. Yang lain kite tak tahu... hehe...

1. Sign up as usual. Masukkan User ID dan pasword.


2. Pergi pada pay > Bills

 


3. Pilih nak bayar dari akuan mane. In case ada banyak akaun lah dalam cimb kan. Then choose open billers > Finance&Loan Repayments.




4. Pada select biller pilih CIMB Hire Purchase



5. Masukkan no akaun kereta anda, registration number, dan amount. Submit dan teruskan proses lain macam biasa.



Siap! Senangkan? Tak payah susah-susah pegi bank nak bayar duit kereta.
Adios.

Thursday, May 17, 2012

Beg bersalin

Tujuan utama tulis entri ni untuk ingatan sepanjang hayat. Sebab untuk persediaan beg bersalin kali ni, aku totally lupa apa yang perlu dibawa ke hospital dan apa yang aku sumbat dalam beg masa bersalinkan Husna dulu, supaya boleh dijadikan panduan untuk yang ke 3, 4, 5, 6, 7 dan yang ke 8. Hamboi, brapa banyak anak kau nak Fashya. Kehkehkeh. Lagipun masa bersalinkan Husna dulu, macam banyak benda yang tak perlu aku bawak pegi hospital.

Terima kasih jugak untuk Faizah, sebab sudi bagi panduan kat Fashya apa yang perlu dibawa ke hospital kelak.

Untuk baby:

  1. Baju newborn (3 pasang)
  2. Mittens and booties (3pasang) (pengalaman aku, make sure M&B ni muat untuk kaki dan tangan baby, sebab masa Husna dulu longgar, asikla jatuh kebawah je. Last-last hilang.)
  3. Topi - 1 helai 
  4. Barut - 3 helai
  5. Tuala mandi - 1 helai
  6. Tuala kecik - 3 helai
  7. Baby wipes - 1 pack
  8. Minyak telon - 1 pack
  9. Napkin - 2 helai
  10. Bedung - 2 helai
  11. Diapers - 20 pieces tu cukup kot.
  12. Receiving blanket - 1 helai
Tak perlu bawak toilettries sebab kulit baby still sensitif dengan bahan kimia.


Untuk ibu:

  1. Buku merah (I'm not sure kenan bawak 2-2 atau tak macam Faizah punya list, but untuk keselamatan better bawak yang current dan previous punya buku merah) *Buku merah bukan passport tau..
  2. Baju butang depan, senang cerita baju kemeja ( Senang nak breastfeed) - 2@3 pieces (Tak perlu bawak banyak kot, nanti kena pakai baju hospital je.
  3. Kain batik - 4 helai. Aku suggest bawak banyak sebab takut banyak darah, boleh tembus @ terkencing dalam kain sebab asik tahan kencing sebab ngeri nak jalan ke toilet, bila dapat masuk toilet, tak sempat-sempat jumpa bowl dah terkencing dulu. HAHAHA... (pengalaman :p)
  4. Stokin - 2 pasang
  5. Tudung - 2 helai
  6. Sweater - 1 helai
  7. Tuala - 1 helai
  8. Toilettries (Shower foam, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka)
  9. Maternity pad (Untuk aku, aku prefer yang boleh ikat kat pinggang, memula lepas jahit ngeri oh nak pakai panties.)
  10. Selipar - 1 pasang
  11. Nursing bra - 2-3 helai
  12. Manual Breastpump + storage bottle, senang tak perlu cari soket
  13. Makanan dan minuman, takut lapar...
  14. Bahan bacaan rohani, eg: buku bacaan doa, al-mathurat dll.
  15. Charger handphone. Kamera.

Aku rasa cukupla kot, aku belum pack lagi sebab ada banyak lagi barang yang belum ada. Gaji nanti bolehla cukupkan barang-barang tersebut. InsyaAllah.

1'm 34weeks now, nervousnya rasa nak jadi ibu anak dua ni. Hover!

Thursday, April 26, 2012

Tips: Ajar anak mudah gosok gigi

Eceh, nak bagi tips pulak kali ni. Aku bukan terrer nak bagi tips, tapi semua ni belajar dari pengalaman dengan anak dara sendiri. Pengalaman macamana susahnya nak suruh dia gosok gigi dari senang sangat nak bagi dia gosok gigi. Mesti ada ibu-ibu yang  mengalami pengalaman susah nak gosok gigi anak kan. Sampai berguling-guling dalam bilik air nak suruh gosok gigi anak. (aku lettew) haha.

Pada mulanya payah betul nak gosok gigi Husna, sampai satu tahap aku kepit 2 kaki tangan dia, pegang kepala baringkan dia atas lantai pastu gosok gigi dia. Kadang-kadang baringkan dia atas singki, pegang kepala, then gosok gigi dia. Itu kalau mood aku tak sabar dan tak bagus. Kalau mood aku tengah baik, aku pujukla baik-baik. Kalau jalan Alhamdullillah, kalau tak jalan, mood yang baik tadi dah tukar jadi naga, maka method pertama tadi digunakan. Dan lagi worst, seminggu sekali je aku gosok gigi dia. HAHA, Gitula ceritanya.

Bermula dengan baca blog Asue ibu Aqil lah ni. Dia ajar Aqil gosok gigi dengan tengok video Elmo nyanyi lagu gosok gigi. (Sesame Street: Healthy Teeth, Healthy Me: Brushy Brush PSA)

Aku pun downloadla video ni kasi tengok kat Husna.

 

Sejak dari tengok video ni, addict sampai sekarang. Sikit-sikit nak 'gigi', sikit-sikit nak 'gigi'. Kalau dia sebut 'gigi' tu, maknanya dia nak tengok video nilah. Dia paling suka part last video ni. "let's split" sambil tunduk kepala, lepas tu Elmo gelak, dia pun gelak. Terkejut aku tengok Elmo tetiba ade gigi. HAHA

Sekarang ni nak gosok gigi pun dah mudah, dia sendiri yang request nak gosok gigi dan pandai menggayakan berus gigi kat gigi dia tu. Haaaaaa. lega omak.  Tapi omaknya kena hafallah lagu ni in case kena nyanyi lagu ni sambil dia gosok gigi. Ada ayat yang tak brapa clear Elmo nyanyi, aku blasah je nyanyi guna words sendiri.

Luar bilik air pun nak gosok gigi tak abis-abis.

Rupa berus gigi yang belum berusia sebulan. Haha.

So, emak-emak yang ada masalah nak gosok gigi anak, sila download video ni dan kasi anak tengok ye. Kalau tak berkesan juga, ampun, aku tak jamin keberkesananya, but for my daughter, its work 100%. Selamat mencuba. :)
Dada~

Thursday, February 23, 2012

Tips: Makan di perantauan.

Amik, 2 entri dalam 1 malam. Ni tengah kemaruk nak update blog sambil menjamu mata mat-mat salleh kat sini teguk arak. Hish, sedap sangat ke arak ni. Adoi!

Takpela, aku nak menulis je malam ni. Duduk dalam bilik pun bosan. Nak tengok tv pun macam tak tau nak tengok cerita ape. Tadi ade jugakla sempat blogwalking kat blog-blog korang tapi tak suma. Macam dah lama tak BW dan banyak dah terlepas cerita-cerita korang. Wuwuwu.... Bz beb bz. Haha, ntah ape yang dibizikan pun ntahla. Siang dah sehari suntuk kat training centre. Malam, kalau aku tak penat, bertapala kat lobi ni. Kalau tak aku lagi senang atas katil sambil berselubung je.

Tadi aku bace entrti Ena nak pegi Korea ye. Nak makan megi hari-hari. Oh, mane larat nak makan megi dan bagi anak makan roti hari-hari. Dari entri Ena, aku ade idea nak share tips sikitla cemane jadik perantauan ni. Ceh, kunun nak bagi tips seorang perantauan,baru 2 minggu kat negara orang. Ye tak? tapi.... mane tau kan mungkin berguna jugakla kan. Sikit-sikit.

As kita tau, kalau dah pegi kat negara bukan Islam ni memang payah sikitla nak cari makanan halal. Terpaksa la kita jadik Vegetarian kejap. Macam aku kat sini, sebelum datang sini, memang ramai yang bagi tips macammana nak hidup kat negara orang yang susah nak cari makan halal. Kalau tak, kebuluranlah kita kat negara orang.

Okay. Start.

1. Bawak rice cooker. Ini sangat penting! Janganla bawak rice cooker 5L cek mek. Rice cooker yang aku bawak tu cukup-cukup untuk masak 1setengah pot beras je. Sangat kecik dan comel. Ringan jugak. Purpose untuk masak nasi dan panaskan lauk segera. Masak je dalam hotel. Takde masalah. Hihi. Bukan masak secara pukal pun. Diorang mesti tak tau korang masak dalam bilik hotel. Hihi... Jangan tinggal bekas-bekas korang masak dalam bilik tau.

2. Lauk segera Brahim/Alif etc dan makanan lauk dalam tin, tuna mayonis. Banyak kat pasaraya jual makanan segera ni. Aku dulu bawak 6pek Brahim dan 3 tin lauk dalam tin. Mungkin lauk-lauk segera tu kita kena beli ayam, daging, ikan fresh kan. Yang ni tak kan nak bawak sekali kot. Kalau dekat Uk ni, ada sejenis ikan nama dia smoked mackerel. Ada jual kat pasaraya. Dah siap salai, boleh makan macam tu je @ masuk dalam lauk segera tu. Kalau makanan dalam tin, mungkin lagi mudah. Panaskan je, terus boleh makan. Mungkin lauk-lauk ni tak sesedap kita masak fresh kan. Tapi jangan banyak komplen sudah. Duduk negara orang kena banyak bersyukur kalau dapat makan. Hihi.

Inila rupa smoked mackerel tu.

3. Kalau takut lapar lagi, bawak biskut-biskut. Jajan ke. But dont bring too much. Hancur kalau letak dalam luggage. Nanti kat negara orang tu kita boleh beli lagi. Make sure kalau nak beli biskut kat negara orang ada tanda V, thats mean sesuai untuk Vegetarian. InsyaAllah halal. Dont worry.

4. Most important, beras. Kaji dulu, kalau negara yang korang pegi tu senang nak dapat beras, tak payahla nak bawak sampai 5 kg. 1 pek bungkus nasi impit tu pun dah cukup. Sementara nak jumpa kedai nak beli beras tu, korang bolehla pakai beras yang ada tu sementara. Macam aku, bawak pek nasi impit tu, pastu bila nak masak, aku bukak 3 pek mini nasi impit tu dan masak nasi macam biasa. Sonang, tak payah nak sukat-sukat bagai. 3 pek mini tu cukup untuk aku makan sekali. Tapi kat sini ada je jual beras, pek dalam pek 1kg. Paling murah 45pence (sen) je!

5. Makanan kering macam serunding. Sedapnya serunding makan dengan nasi impit. Nyum..nyum. Dengan roti pun boleh.
 
6. Tupperware dan sudu. Kat hotel tak provide pinggan ye, tak bawak tupperware kang nak makan dalam ape pulak. Hihi.
 
4. Untuk anak, biasanya toodler dah boleh makan ape yang kita makan kan. So tak risau sangat. Untuk baby macam anak member aku tu. Bawakla cukup-cukup susu dan makanan segera dia. Nak masak bubur pun boleh je dalam rice cooker. Macam kes member aku tu, susu tak cukup. Mengagau jugakla nak cari susu Anmum. Mana nak cekut kat sini. Tak jual Anmum! So, terpaksala beli susu cap UK. Yang aku pelik kat sini, susu formula tak banyak jual macam kat Malaysia yang ada macam-macam brand. Ciput aje. Budak-budak kat sini tak minum susu ke? Or diorang prefer breastfeeding? Wallaualam. Harga susu sini 500g, GBP9 je!

Rasanya itu je kot tips aku. Kalau ada lagi, nanti aku tambah la. If nak bawak minuman macam kopi ke, teh ke boleh jugak, tapi tak payah kot, kat hotel dah ade. Macam aku ni, pegi bawak teh kopi suma. Last-last tak usik langsung pun. Buat berat luggage je.


Dinner aku dihari pertama. Timun Holland dan Kari ayam Knorrs dalam tin. Syukur sangat-sangat dah ni dapat makan kat bumi Uk ni.Aku ni tak boleh makan takleh takde sayur. So wajib ada sayur. Sayur-sayur tak payah bawak ye. Beli je. InsyaAllah, sayur halal. Hihi.
 
Kalau risau dengan makanan ni sume masa kat airport, takut kena rampas atau apa-apa je. Selitkan setiap makanan ni dalam baju-baju. InsyaAllah takde apa-apa. Yelah, dah penat-penat beli pastu kena rampas alahai sedih je. Nak bawak rice cooker tu pun ade cara. Balut rice cooker dengan baju, dalam rice cooker letak baju. So, selit-selit je dengan baju. Itu cara aku lah. Macam member aku ni, letak je dalam beg, tapi takde masalah masa cek imigresen. Lepas je. Tapi manelah nak tau kan nasib kita pulak cemanakan.

Tapi sekali sekala tak salah nak cuba makanan kat negara orang. Sekali sekala takpe. Cuba rasa. Tapi kalau dah perut Melayu dah serasi nak nasi, sehari tak dapat nasi, meroyan jugakkan! Hahaha.

Okay. bye!

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ