Monday, January 14, 2013

Terima kasih kawan-kawan.....

... kerana rajin up resipi-resipi best untuk aku mencuba masak di hujung minggu untuk mengisi perut suami dan anakku. Ting!

Sempena hujung minggu, aku agak rajin memasak berbanding weekdays. Harapkan weekend ajelah, dapur aku berasap. Berasap sebab takde kitchen hood kan. Kalau weekdays sapo nak makan, aku pun malas nak ketungtang kat dapur. Kang ade je budak kecik dah terjongol aje kepala dia kat dapur. K, ni lah dia hasil air tangan sang isteri hujung minggu.

Untuk sarapan:
Thanks to Aishah Rahim!

Bihun Singapore!
Ini style saya punya bihun Singapore.

Bahan-Bahan:
Bawang merah dan bawang putih (Kisar)
Fish Cake dan Ayam untuk rencah.
Sayur: Lobak merah, taugeh dan sawi (aku memang suka sayur banyak-banyak)
Sos Tiram, Garam, Lada Hitam

Aku masak main campak-campak je, anggaran bahan pun main agak-agak sesuka hati. (heh! Bagi resipi macam tak ikhlas je rupanya. HAHA. Nak goreng macam biasalakan. Ke ada yang tak reti goreng bihun? 


Untuk Lunch:
Thanks to Ann Ilias!


 Ayam tergolek-golek ala-Kenny Rogers dengan brokoli +Cauliflower goreng. 

Gilos tamak siap buat sekor ayam untuk 2 orang makan. Haha. Bahagian tulang dah abis kena ratah, tinggal bahagian daging-daging aje tinggal. Ada dalam peti sejuk kat rumah tu ha. Aku buat ni macam ada kurang umpph sikit mungkin kurang madu kot. Sebab aku masak tak ikut sukatan, main campak-campak je. Walaupun dah perap sejam lebih. Rasa daging tu macam okayla. Cuma kurang umpph aje. Mungkin jugak aku takde pemanggang ajaib, masak dalam oven je kot. :p

Makan petang:
Thanks to Zuris!!

Scone.
Sebenarnya aku konfius dengan rasa scone ni sebab macam tak manis n masin sikit. Ke memang macam tu rasa dia, tapi bila dah cicah dengan kaya pandan dan butter tu memang licin jugakla scone ni dikerjakan. 

Resipi lebih lanjut boleh pegi ke link-link chef yang rajin share resipi. Thanks korang, nanti share banyak-banyak lagi, kalau rajin aku leh cube! 

15 comments:

  1. Eh Eh Ehhhhh..
    Ada pulak nama kita terselit atas tu
    :D

    Btw Fashya, mmg wajib lah mu beli pemanggang ajaib tu
    Sbb senang n bila kita msk dia akan kering tak mcm kita msk dlm oven

    Scone tu nampak setap jew
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah beli dah kat mydeal pemamnggang ajaib tu yang happy call ke name dia, belum dapat je lagi. tunggu.... scone tu sedapla kalau makan panas2.

      Delete
  2. dh jadi mak2 ni..baru la nk try memacam kan? sama mcm kite gak. scone tu mcm sedap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah, nak kasi suami anak2 makan. macam semangat sikit nak makan kan.

      Delete
  3. Hehee..orang dulu2 bertukar tukar juadah.kita bertukar2 resepi pulak.
    Ayam tu betul2 menggoda ok!
    Tunggulah habis pantang ti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tukar juadah kena dudk berjiranla dulu. eheh.. ayam tu boleh kot makan time pantang sebab banyak gak lada hitam kite taruk, but not sure dengan kicap n sos tiram tu. Kalau kite belasah je. hihi

      Delete
  4. Macam mana bleh tersama lak menu scone tuh...uhuhu

    ReplyDelete
  5. Wahhh kagun kagum!! Bilalah kita nak rajin mcm ni? Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala suami balik, terajin sikitla kot. Kalau tak landung tak pegang periuk kuali sme...

      Delete
  6. uishhh rajin nya sampai wat menu minum ptg. emm sy pon selalu masak2 time wiken je. tu pon cuma msk lunch. lauk yg sama bwk ke dinner. breakfast layan roti canai kt mamax je hahaha

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ