Showing posts with label Anas Hamza. Show all posts
Showing posts with label Anas Hamza. Show all posts

Friday, February 1, 2013

Kakak Mithali


Wednesday, January 23, 2013

His Milestones.


Susah betul nak mulakan menulis kat blog ni lah. Ni pun dah berapa kali dok taip padam, taip padam nak start ayat cemana. Okay, first sekali, nak say sorry la kat Anas. Ibu jarang sangat nak tulis milestone dia berbanding kakak dia Husna dulu. Manelah taukan nanti diorang dah besar mesti kicik ati adik Anas kan kalau dia baca blog ni. (Manelah tau ).

Anas, baby yang dah berusia 6 bulan setengah (sekejap je). Pandai meniarap sejak umur 4 bulan lagi, seminggu lepas tu dia dah tau fungsi kaki dia untuk bergerak ke sana kesini. Kemain laju lagi bergerak sampai tak sempat nak kejar. Memang cepat mamat ni. Kakak dulu 5 bulan baru pandai meniarap, sebulan baru pandai bergerak kedepan. Selalu sangat jadi mangsa kakak dia. Kakak suka main tarik-tarik kaki adik kalau adik tengah nak bergerak ke depan.

Masuk 6 bulan, dia dah pandai memanjat. Pantang nampak ape yang boleh dipanjat, cepat aje dia capai. Adalah beberapa kali berdentum kepala tu jatuh. Em, tak boleh nak elaklah, sebab dia memanjat masa ibu tengah solat. Tak khusyuk jadinya dengar awak menangis. Sekarang ni, tengah aktif memanjat dan dah ade ura-ura nak merangkak. Baru 2-3 tapak aje belum pro lagi. Tak lama lagi merasalah berkejar pulak. Makin ligatlah menyusur bawah meja. Kan Anas?

What else? Owh, still minum susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah. Aku target by month sebab aku tak sure boleh sampai ke 2 tahun atau tidak sebab stok aku tengah nyawa-nyawa ikan gapi je tu. Kalau aku kena outstation 2-3 hari confirm kena topup dengan fm. Now, aku tengah syak something dengan BS. Geng UB tau la hal ni. Aku syak dia buang susu aku. Tp skang tgh fikir positf je. Tunggu aku find out cemane.

Okay Anas I lebiu so much! Nanti kalau ibu rajin ibu tulis lagi. Ni ibu tengah tak rajin tapi paksa diri tulis blog.


Soothe you with my caress 
Relax, baby, lay your head down on my chest 
I’m not a doctor, but 
I’ll cure all your troubles 

Even when you sleep 
You’ll know that I am there 
To hug and keep you warm 
And soothe you while you’re dreaming 

A twinkle in your mind 
Shimmering thoughts of joy 
Sweet dreams, my love 
Until you’re awake again 

Anything to please my man 
I like to do the best I can do 
My all, I’ll give to you 
‘Cause you are my love and you are my life 
What my dreams are made of 
So dream of this love I’m giving to you 
Forget all your troubles

Tuesday, January 8, 2013

My combats!

Kejadian ini berlaku malam semalam pada pukul 11pm ke 12am camtulah. Kakaknya punyala berzikir nak tidurla, mengantukla. At last pegi join adik jadi kombat. Cucu askarla katekan. Asik nak main kombat kejenya. Padahal malam ni aku pun dah ngantuk sangat, lampu pun dah tutup. Bila tengok anak-anak macamni aku pun join sekali. Join amik gambar jela. Siap switch on balik lampu.

Mata adik silau kena flash. Haha. Kakak suka sangat walaupun dah ngantuk tu.
                            .


"Kakak, kiri ke kanan"

"Adik, kananlah!"
Haha. suka tengok pic ni macam kakak bagi arahan kat adik. Adik buat muka.


"Ibu, amik gambar Una"


Jumpa jalan yang lurus. Yeay!!

Posing kejap, sementara tunggu kakak nak keluar. HAHA

Yeay!!! Berjaya!!

 Lepas tu, aku terus hambat (eh, macam hambat kambing laks) diorang masuk bilik. Tak larat ah nak layan, mata dah ngantuk!

Wednesday, January 2, 2013

WW- Buek apo tu Jang?


Tuesday, November 20, 2012

Untuk Anas dan Husna dari Mommy Mya dan Iskandar: )


Semalam, masa adik kerani bagitau aku, "Kak, ade parcel kat bawak, nanti pegi amik tau". Reaksi aku, eh? bila masa aku shopping online? Rasanya macam takde. Takpelah, aku pun pegila terkedek-kedek turun bawak amik parcel tersebut. Bila aku bukak je parcel tu. Tengok isi dalam. Tersenyum-senyum aku tengok isi dia. So comel lah! Siap terjerit kecil lagi sampai opismate aku menerpa datang tgk what happen? Haha...

Ini lah dia isi dalamnya. Rompers tulisan Anas dengan kereta kecil warna merah ponponponponponpon, kereta kecil ku berbunyi..marilah adik mari naik, boleh ku bawak jumpa nenek. (Lagu faveret Husna ni). HAHA . Sampai-sampai rumah semalam je terus tunjuk kat anak-anak. Dan-dan tukar baju Anas sampai ke pagi Anas pakai baju ni. Hihi...Comel sangat.




Dan yang best hadiah untuk Husna pun ada jugak! Cekak rambut comel. Husna ni payah betul nak letak benda-benda atas kepala dia, tapi cekak ni dia suka. Ibu amik pakai pun dia tak bagi, dia cakap. Ni Husna punya lah! 


Terima kasih pada si pengirim hadiah ni. Auntie Yun, Mommy Mya dan Iskandar. Terima kasih banyak-banyak dari Husna dan Anas jugak, :)) 
Meh nak hug ketat-ketat. 



Monday, October 15, 2012

Budak peramah.


Minggu ni Husna dengan ayah dia tak datang. Aku rasa Anas ni rindu kat kakak dia la. (Padahal mak dia kan). Dia pandai panggil kakak dia. Tak caya ce dengar kat minit 1:08.

Kebetulan aje agaknya tu. Tapi dia ni memang peramah sangat. Tidur sekejap, pastu bangun ajak berborak. Kenala layan, kalau tak kesian je cakap sorang-sorang.


Friday, October 5, 2012

4 Cerita

Cerita 1

Setiap pagi masa hantar Anas pegi rumah pengasuh, aku mesti lepak-lepak kejap, siap breakfast sekali kat rumah dia. Masa breakfast tu, memang ada jela cerita si pengasuh ni cerita kat aku. Adelah sekali tu dia cerita pasal pengasuh lain. Sedih betul aku dengar cerita ni.

Pengasuh ni ada jaga sorang baby, umur 5 bulan.  Pengasuh ni bagi anak orang makan Nestum TANPA pengetahuan si ibu. Kalau korang apa yang korang rasa bila pengasuh pandai-pandai buat keputusan untuk anak korang. Aku yang dengar ni pun kecik hati tau tak. Pengasuh tu bilang, anak dia asik menangis macam lapar je, dapat nestum terus senyap dan tidur lama. Bagi akula kan, pengasuh tu memang tak patut la buat macamtu. At least cuba berbincang dengan si ibu, bagitau yang anak dia begitu begini. Bukan sesuka hati buat keputusan sendiri. Homaiiii.... Bila si anak dah umur 6 bulan, mak dia dah excited nak bagi anak makan, siap dibekalkan bubur buat santapan si anak. Dan bila pengasuh bagitahu yang dia dah bagi anak orang tu makan since 5 bulan lagi. Apa korang rasa???? Kalau aku, silap-silap menitik kot air mata kat situ. Yelah, bagi aku mungkin aku terasa cerewet sikit bab makan anak. Lagi-lagi his first solid food. Tup..tup, bila si pengasuh yang memandai-mandai bagi nestum confess dia dah bagi anak orang tu makan selama sebulan tu. Tak ke runtun jiwa wei! Aku tak boleh hadam lah!

Mungkinla mak baby ni jenis tak kesah ke hape kan. Siap nak bagi duit kat pengasuh sebab susah-susah belikan Nestum untuk anak dia. Heh, kalau aku tak terfikir kot nak bagi duit sebab dah susah-susah belikan Nestum untuk anak aku. Thanks but No thanks.

Harap-harap pengasuh Anas/Husna ni tak akan buat macamni dah tak pernah buat macamni kat anak aku.


Cerita 2

Cerita pasal potty training Husna. Aku ada pengalaman. Dilakukan secara tidak ekstrem. Masa aku balik Klang masa cuti 1 Malaysia, kami suami isteri decide untuk potty training si Husna. Klaka pun ada. Dia ni jenis kencing kuat jugak ni. Sejam baru pakai pempes, dah kembung je pempes dia.

Siang tu, kami cube untuk pempesless kan dia, dahla tak mau pakai panty. Togel macam tu je, pakaikan dia dress labuh sikitla. Sebelum tu ajar dia sebut, "Ibu nak shiishii, ibu nak berak". Elok ajela dia sebut. Sejam pertama, ajak dia masuk bilik air suruh shiishii. Tiada hasil pun.  Tak sampai 5 minit keluar bilik air, elok je dia shiishii dekat dapur, dengan baju yang dah lencun. Adui Husna, tadi dalam bilik air tak nak pulak dia kencing.

Sejam lagi, suruh dia masuk bilik air pegi shiishii, pun tiada hasil. Lepas tu dia shiishii depan pouch kereta. T_____T. At last, nahla pakai la pempes ni. Belum masa lagi kot nak potty training atau mungkin kami belum ada persediaan nak potty training dia.


Cerita 3


 I just love this shawl by Shawlbyvsnow. Rasa nya macam boleh buat sendiri. Just wait n see. 
Ngeh ngeh ngeh.


Cerita 4.


Anas dah 3 bulan harini. 5 October 2012. Alhamdulillah. He's now very good and clever boy. 3bulan lagi untuk melengkapkan Diploma in Breastfeeding and start his first solid food. I love u much boy!

Wednesday, September 26, 2012

My Good Boy.


Haritukan, ibu kita bagi kita mainan ni. Mainan ni kawan ibu yang hadiahkan. Dia kasi kite main sebab dia suruh kita senyap dan leka main benda ni. Lepas tu dia bolehla buat keja semua kan. Kita ni sebenarnya memang good boy je. Takde hal lah main sorang-sorang. Kita okay je.



Tapi kita confise la, cemane nak main benda ni. Nak kena goncang-goncang ke? Sebab kalau kita tak buat apa-apa, dia dok diam je. Tapi camne nak goncang-goncang dia?
Erm, jap, nak pikir jap.


Eh, tengah-tengah fikir, tetiba kita tertidur pulak.


Malam tu kita cuba lagi main-main. Akhirnya kita berjaya goncang-goncang mainan tu. 
Ade bunyi lah! Seronok betul kita tau.

Okay. Babai.

Friday, July 27, 2012

Kelahiran Anas Hamza

Bismillahirahmanirahim.

Orang cakap Anas Hamza, anak nifsu syaaban. Dia tangguh sampai 9 hari dari tarikh jangkaan bersalin semata-mata nak keluar pada malam nifsu syaaban. Ini kronologi kelahiran Anas Hamza yang lahir pada 5 Julai 2012. Kisahnya sama tapi tak serupa dengan kelahiran Husna.

Aku start bercuti masa usia kandungan 38 minggu 6 hari. Hati tak sabar-sabar nak balik ke Klang memandangkan Husna pun dah duduk dengan ayah dia 2 minggu lebih awal dari aku bercuti. Nak tunggu sampai tarikh jangkaan bersalin pun macam dah tak mampu sebab jauh dengan Husna dan duduk rumah sorang-sorang. Aku jangka Anas bakal lahir awal sebelum tarikh bersalin sebab aku agak renyah sepanjang mengandungkan dia. Tapi jangkaan aku memang meleset la. Lagi lama overduenya dari kakak. Kakak 7 hari, adik 9 hari. Anak ke 3 nanti aku syak 11 hari overduenya. Haha. 

Aku sambung check up dekat Klinik Desa Sementa. Seminggu sampai 2 kali kena pegi klinik. Hari due date; 26 Jun 2012. Takde langsung tanda-tanda nak bersalin. Memandangkan aku takde masalah sepanjang mengandung, nurse bagi masa lagi seminggu untuk datang semula check up pada 2 Julai. Tapi aku tak pergi check up pun sebab keesokan harinya aku dah kena admit ke hospital sebab dah 7 hari overdue. Aku sabar jela, sambil-sambil alert tanda-tanda nak bersalin tapi memang takde. Aku pulak makin renyah dan rancak buat kerja rumah. Angkat barang berat, tonyoh tandas, basuh lantai, basuh baju guna tangan. Saja nak bagi cepat bersalin, tapi......... aku buat kerja berat-berat pun still takde tanda sikit pun nak bersalin. 


3 Julai 2012.

Seawal pagi lagi aku dah bangun, sebab pagi-pagi aku kena admit masuk hospital sebab dah 7 hari overdue. Dalam pada pagi-pagi tu, pukul 11 jugak baru gerak ke hospital. Sebab nak tunggu semua ready punyala lama. Mandikan Husna, tunggu Mokhtar pegi ofis dulu settlekan hal dia, tunggu adik siap-siap, kemas-kemas rumah sebab Mil nak datang. Pukul 11 kami gerak ke Hospital Sungai Buloh. Sampai je terus ke kaunter pendaftaran, settle semua urusan, aku masuk dalam, salam Mokhtar, salam Husna, salam adik. Tapi masa ni aku belum inform sesiapa lagi aku dah  kena admit. 

Masuk je aku kena tunggu kat tempat menunggu dengan bakal-bakal ibu yang lain. Hospital Sungai Buloh dah berbeza sejak 2 tahun lalu. Patient dah makin ramai, staf pun semakin banyak kerja. Kalau dulu, malam-malam diorang boleh tidur lagi. Sekarang no more. Patient sentiasa ada, wad pun penuh! Percaya atau tidak, ada patient yang dah masuk 2 hari masih tak dapat katil. Kena tidur atas kerusi. Termasuk aku. Orang memang ramai yang admit that day. Tak putus-putus sampai kitorang sume dapat berkampung dalam pantri/ atau dalam kata lainnya tempat kitorang melepak. Sampai dapat ramai kawan dengan kes yang berbeza-beza. Dan ramai jugak yang kenan induce macam aku, tapi diorang kes diabetis kena induce awal dari tarikh jangkaan bersalin. Aku kena induce sebab dah overdue. Masuk dalam wad tu aku teringat masa nak lahirkan Husna dulu. Tak sangka 2 tahun lepas tu aku datang sini balik tapi dengan suasana yang berbeza.

Aku memang dah pasrah dan serah diri aje. Sepanjang hari dekat hospital, kena seluk, kena buat CTG memang tak boleh elak. Lepas kena investigate semua history mengandung, aku kena VE. Pertama kali kena buat VE dengan doktor lelaki, berbangsa Cina dan masih muda. Malu? Tak payah explain. Dia buat VE, bukaan 2 cm katenya, tapi aku takde rasa sakit pun. 6 jam lepas tu buat VE lagi dengan Dr. Melissa, doktor yang sambut Husna dulu. Dia buat ganas okay, sampai terkujat-kujat aku. Dia pun cakap bukaan 2 cm saja. Tapi awat aku takde rasa sakit apa-apa pun. 

Mokhtar, Husna dengan adik tunggu kat luar sampai petang. Aku suruh diorang balik dulu, sebab aku rasa lambat lagi nak bersalin. Memang pun. Nak kena induce pun kena masuk wad dulu baru boleh induce. Memandangkan wad sentiasa penuh, maka tak dapat inducela aku sampai ke sudah. Tapi takpe, aku macam seronok pulak berkampung dekat sini. Haha, kawan-kawan senasib pun ramai. Walaupun aku geram sebenarnya sebab bosan menunggu. Sampai dah tak boleh nak senyum! Semacam phsyco pun ada tengok orang yang dah bukak 4-5 cm. 

Aku mula rasa sakit contraction tengah malam tu, tapi aku tak pasti sakit contraction atau bukan. Macam dah lupa pulak camne rasa sakit bersalin. Sambil-sambil tu aku cuba alert berapa jarak sakit contraction yang aku rasa. Kepada sesiapa yang mesej-mesej aku, aku cuba lepaskan geram dengan keadaan hospital. Hahaha. Thanks pada Nani, Mas, Kak Nani dan Aishah yang rajin tanya pasal aku. Kesian korang jadi mangsa kita lepaskan geram. Hihi... Terima kasih sebab concern. :)

4 Julai 2012.

Contraction yang aku rasa setengah jam sekali. Sakit berterusan sampai keesokan pagi. VE ketiga dilakukan, bukaan masih 2 cm walaupun aku mengadu dah ada sakit contraction yang kerap. Bila Dr cakap still 2 cm aku macam kecewa sangat sebab sakit tapi bukaan still 2 cm. Dr. Melissa putuskan aku still kena induce jugak walaupun dah ada sakit sebab takde progress. Hampa jugak aku time tu. Petang tu menambahkan stress aku bila geng-geng berkampung yang nak kena induce sekali dah dapat masuk wad. Lagi aku tension sebab selagi aku tak dapat masuk wad, selagi itu aku tak boleh kena induce. 

Malam tu Mokhtar datang dengan Husna dan adik. Bawak barang-barang aku dengan dinner. Sepanjang hari dari semalamnya tak mandi tak bersihkan diri. Badan pun tak sedap dah rasa. Sebab aku tak bawak masuk barang-barang aku, cuma bawak barang baby je. Masa diorang datang melawat contraction dah makin kerap. 5 minit sekali. Asal contraction datang, aku menyeringai tak pandang orang dah. Orang ramai yang kat tempat menunggu tu pandang-pandang aku tahan sakit. Adik aku tanya, sakit ke? sakit cemane? Aku pun cakapla sakit senggugut 10kali lagi. Okay? Tunggu jela kau nak bersalin nanti. Baru tau sakit contraction macammana. Sambil makan sambil tahan sakit. Disebabkan tak tahan sangat sakit, aku masuk kejap nak suruh nurse buat VE sebab nak tau brapa cm dah bukak sebab aku dah sakit terlalu kerap, risau pulak bukaan dah besar tapi aku dok merayap-rayap lagi. Bila ngadu kat nurse, nurse buat VE, masih 2 cm. 10 kali hampa. Tau tak. Sakit tapi takde progress. Dr yang bertugas pun sempat perli aku. Cis betul. Mungkin dia takde niat tapi aku terasa hatila dia cakap "Dah overdue, nak kena induce, bukaan baru 2 cm. Haaa.. bagus, pegila rehat-rehat dulu mana tau ada progress, jangan awak meneran dalam toilet sudahla", sambil nurse-nurse yang lain tergelak. Hoi, aku sakit, kau boleh buat main-mainkan?

Aku keluar balik jumpa Mokhtar, Husna n Epah. Dengan hampa aku cakap bukaan still 2 cm. Tension ah! Rasa nak menangis je. Dahla tak dapat nak berehat sepanjang hari. Nak baring-baring pun terpaksa menumpang katil orang. Mintak simpati la sikitkan, diorang pun paham kasik tumpang katil.

Tiba-tiba, tengah-tengah borak dengan Mokhtar, main-main dengan Husna, nurse panggil aku, katanya nak masukkan aku dalam wad. Dah masuk wad, maknanya dah boleh kena inducela kan. Gembira sangat walaupun takut dan nervous. Macam dah tak sabar nak bersalin keluarkan En. Anas Hamza nih. Nurse suruh hubby balik. Mokhtar pun balik.

5 Julai 2012

Seronok rasanya dapat masuk wad, bayangkan sejak pagi semalam aku masuk, malam hari kedua baru dapat wad. Aku budget dah dapat masuk wad, aku dapat berehat sepuas-puasnya memandangkan bila-bila masa je aku akan bersalin. Masuk je wad, aku tengok akak kat katil sebelah (geng berkampung kat pantry) dah kena induce, tengah menahan sakit contraction. Aku sempat borak dengan dia, bukaan dah 4cm katanya. Tengok dia tengah menahan sakit, malasla aku nak borak lama-lama. Aku pun dah rasa sakit jugak,  dan rasa nak berehat sangat-sangat. Siap bersihkan diri, konon-konon nak tidur, tengok jam dah pukul 12.00 am, tapi aku teringat malam ni malam nisfu syaaban, elok jugak aku baca Yasin. Aku capai buku Yasin dan sempat baca 2 kali je. Masuk kali ke 3, mata aku dah tak larat nak bukak. Aku fikir baik tidur je, nak berehat sepuas-puasnya. 

Elok je nak tutup mata, tiba-tiba... contraction yang kuat datang berbeza dengan sakit sebelum ni. 5 minit sekali. Aku beregu menahan sakit dengan akak katil sebelah. Kalimah Allah tak lepas dari mulut kami ni. Akak sebelah masuk labour room awal sejam dari aku. Masa tengah nurse datang hantar akak tu pegi labour room, aku cuba panggil sister sebab sakit dah teramat sangat. Tapi dia tak dengar kot, aku malas la nak panggil-panggil lagi sampai satu tahap sampai tak boleh tahan. Aku cube berjalan ke meja nurse, panggil nurse cakap dah sakit sangat. Sister datang buat VE, bukaan dah 5 cm rupanya. Dia cakap, ni tak sempat sampai esok pagi ni. Dr datang buat confirmation, memang sah 5 cm. Dr arahkan nurse hantar aku ke labour room. Dengan segera aku text hubby cakap dah nak masuk LR. Time tu dah pukul 2.30am. Happy sangat time tu. Happy tapi sakit. 

Rupanya, ada hikmah semuanya apa yang terjadi sebelum-sebelum ni. Aku tak perlu kena induce sebab sakit datang secara semulajadi. Anak-anak ibu 2-2 pandai buat drama dengan ibu kan, hari nak kena induce, haritu jugak sakit contraction tu datang. Amboi-amboi, buat drama sangat ye. Mungkin berkat malam nisfu syaaban, dan aku memang banyak berdoa supaya disegerakan bersalin memandangkan aku dah 9 hari overdue. Risau apa-apa terjadi pada baby kat dalam.

Proses bersalin

Masuk LR pukul 2.50 am, nurse siapkan tempat, Dr datang keluarkan air kencing, pecahkan air ketuban dan VE. Semua proses tu sangat sakit ditambah lagi dengan sakit contraction. Pengalaman pecahkan air ketuban tu 1st time bagi aku sebab masa Husna dulu dia pecah sendiri. Siap je semua proses tu, aku dibiarkan dalam LR yang sangat sejuk seorang diri. Sejuk gila. Menggigil-gigil aku dibuatnya. Nasib baik aku ada bawak kain batik, dapat tutup badan aku sikit. Bila bahagian bawah kena bukak, kaki aku shaking macam apa. Tak boleh kawal dah. Tapi disebabkan aku mengantuk, aku cuba untuk tidur sambil menahan contraction yang semakin menggila. Tapi tak berjaya. Takde gas untuk aku sedut macam bersalinkan Husna dulu, semuanya secara natural. Time-time tu aku mulala teringatkan arwah ibu yang dah melahirkan 9 orang anak, 9 kali melalui proses bersalin yang sakit ni. Macammana dia hadapi, betapa besarnya pengorbanan ibu. Aku teringat kat Maklong aku yang ada 10 anak, teringatkan Aishah Rahim punya breathing technique yang sememangnya dah kelaut. Tak boleh nak ikut sebab dah terlampau sakit, dan teringatkan Mas (omi Rijal n Fatimah) yang bersalin homebirth, wei! cemane Mas bleh buat homebirth eh. Memang kagum sangat. SubhanAllah. Bersalin kat hospital yang melalui pelbagai prosedur ni, ko rilex je buat homebirth. Fuh!! Pujuk hati, ini jihad yang aku buat, betapa banyak pahala yang aku dapat. Ini kerja Allah. Wallaualam.

Tengok jam, makin lama makin berjalan masa, hubby dah ada kat tempat menunggu. Aku cuba buat jangkaan sendiri, masuk labour room pukul 3 pagi, pukul 5 pagi mesti settle. Cepatla 5 pagi. Disebabkan aku bersalin waktu pagi, kakitangan tak ramai, so suasana memang berbezala dengan suasana  bersalinkan Husna dulu yang ramai keluar masuk LR. Siap ada pompom girl. Kali ni memang takde umat langsung. Yang keluar masuk, cuma sorang staff nurse yang jaga aku dari awal aku masuk LR. Dia jugak yang sambut kelahiran Anas. Bila sakit semakin menggila aku cuba menjerit sebab nak tarik perhatian nurse. Bayangkan, aku sorang-sorang dalam LR takde sapa yang pantau. Nurse masuk dan buat VE, baru 6cm. Dia keluar lagi. Aku ditinggalkan keseorangan lagi. Hoih, tak boleh tahanla kena duduk sorang dalam LR yang sejuk gila tu. Dalam 10 minit, aku cuba tarik perhatian lagi, menjerit sebab dah rasa nak teran dah. Sakit oh, sakitnya.... Tak dapat digambarkan sakitnyaaaa....Aku memang teran je sebab tak boleh tahan dah, walaupun nurse cakap baru bukak 7cm. Nasib baik nurse tu tak marah sebab aku teran jugak. Dia layankan je, dia cakap bacaan CTG baby cantik, so bolehla bersalin sekarang. Dia suruh aku teran dan teran sambil aku terberak. Kahkahkah. Pengalaman yang sama macam Husna dulu. Terberak sambil beranak. Nasibla labu.... Bukan salah aku, ko yang tak bagi ubat berak sebelum masuk LR kan.

Bersalinkan Anas lebih mudah dari Husna. Dalam 4-5 kali teran, Anas dah keluar. Cume hidung dia tersekat sebab aku tak berjaya tarik nafas panjang untuk push. Suami masuk LR masa kepala Anas dah muncul. Dia cuba sokong kepala aku untuk bantu aku push. Tak sampai beberapa minit, kepala Anas dah keluar. Ya Allah, lepas dugaan, nak keluarkan badan dia tak susah mane, push sikit dah keluar. Yang sambut Anas masa tu hanya 2 orang staff nurse saja. Kami 4 orang saja ada dalam LR. Tiada pompom girl kali ni. Sambil nurse membebel-bebel pasal patient LR sebelah aku, dia kata patient kat sebelah sibuk nak menjerit, nak bercakap. Anak sulung, takde pengalaman, memangla macam tu.

Tepat pukul 5.39 am lahirlah Anas Hamza ke dunia. Masa Anas keluar, dia senyap je. Tak menangis. Nurse tunjukkan cik bird dia dan terus bawak keluar, aku pun tak perasan bila dia start menangis. Suami pulak diminta keluar untuk proses menjahit dan bersihkan baby. Nanti boleh masuk semula untuk azankan anak. Takde proses sentuhan skin to skin macam Husna dulu.

Masa nak keluarkan plasenta, aku pelik betul nurse suruh aku batuk. Aku pulak macam tak reti nak batuk, aku berdehem. Tekak kering sangat masa tu, aku tak boleh buat-buat batuk. Ya Allah, ni ape pulak ni nak suruh aku buat-buat batuk. Aku cakap, tekak kering, boleh tak bagi air. Dia bagila seteguk air, aku pun cuba batuk sekuat hati. Lantakla, aku dah tak tahan nak hadapi semua proses ni. Cepatla berakhir.

Proses seterusnya, proses menjahit. Staff nurse tu jahit ganas sangat. Aku rasa nak tendang je dia. Haha. Dahla dia marah kaki aku mengigil. Dia susah nak jahit sebab kaki aku menggigil. Aku memang nak marah je dia. Menggigil tu bukan sebab aku saja-saja nak buat, bukan boleh control, dah labour room tu sejuk sangat. Ape aku boleh buat, aku tutup separuh kaki pun dia selak sampai pinggang jugak. Waktu menjahit aku memang bengang gila. Dia cakap apa, aku buat dek je. Aku tepis tangan dia, dia marah."Kalau awak tepis tangan saya, macam mana saya nak jahit awak ni", Nurse sorang lagi sound aku " Kalau awak nak cepat, sila bagi kerjasama okay". Aku senyap je sambil buat muka bengang.

Aku cuma berdoa cepatla dia jahit. Mujur tak banyak dan tak lama dia jahit. Selesai jahit, dia keluarkan air kencing, yang ni pun sakit sangat. Dah-dahla tu, aku dah rasa macam kena seksa je sepanjang proses menjahit sampai siap semuanya. Masa tengah menjahit, baby sampai. Aku cuba untuk menyentuh Anas, tapi susah nak pusing badan sambil bawah kena jahit. Sabar, nanti boleh tengok puas-puas. Selesai semua, Mokhtar dipanggil semula untuk azan. Selesai azan, kitorang pun posing-posing la dalam labour room sambil breastfeeding.

 Dengan ayah lepas azan

 Kurang sejam selepas bersalin.
 Dalam LR aku free hair, kena touch up dengan rambut palsu. Haha.

Baru melihat dunia. Alhamdulillah.

Aku ditempatkan di wad dari pagi sampai petang, waktu melawat petang hubby datang dengan PIL. Dan hari yang sama aku dapat discharge. Alhamdulillah, tak perlu aku nak berkampung lama-lama lagi dalam hospital dan sememangnya aku berharap dapat discharge awal. Rindu kat Husna pun ye jugak, dah berapa hari duduk hospital, dia pun macam merajuk-rajuk dengan aku tak mau kena pegang. Anas pun sangat good boy, tak sampai beberapa jam dia dah buang najis dan kencing. Masa dalam wad dia tak nak tidur, mata dia melilau-lilau sana sini. Aku nak berehat pun macam tak sampai hati nak tidur tengok dia macam tu. Dalam wad, snap-snap pic dia lagi, walaupun aku nak sangat tidur dan berehat.

Pertemuan pertama kakak dan adik. 
(Tak tau cemana nak adjust pic ni, tetap senget)

Okay, aku rasa cukupla cerita kelahiran Anas ni, macam panjang je, takut orang malas nak baca. Haha... Apa yang penting, kini aku dah jadi ibu beranak 2. Alhamdulillah, kadang-kadang macam tak percaya saya dah ada 2 anak. Anak pertama dah macam terabai sikit. Malam-malam banyak ayah dia yang uruskan. Tapi apa pun ibu cuba jadi yang terbaik walaupun ibu bukan yang terbaik. Khalisya Husna dan Anas Hamza, Ibu sayang korang. 

Friday, July 20, 2012

My Double H


Husna dan Hamza
Anugerah dan Amanah Allah.


Husna



  • Semakin independent. Suka buat hal sendri je. Tak jeles dengan adik dia kalau ibu yang pangku adik, tapi kalau ayah dia pangku, dia jeles nak dukung jugak.
  • Pagi-pagi bangun tidur mesti cari adik dulu, pastu baru mintak susu.
  • Sayang adik tapi ganas, adik tidur sibuk nak cium. Goncang-goncang tangan adik sampai adik terjaga.
  • Kadang-kadang mintak nak pangku adik macam dalam gambar, pastu sengih-sengih tanda puas hati.
  • Semakin banyak perangai, mungkin nak mintak perhatian. Lagi-lagi kalau ayah dia ada kat rumah. Anak ayah sangat! Susah nak pakai baju melainkan baju angry bird. Nak makan pun, nak makan sendiri. Suka sepah-sepahkan rumah.
  • Dah pandai tidur sendiri. Sebab kat rumah Klang takde buai. So, senang ibu tak payah nak dodoikan dia lagi, tapi kadang-kadang macam sedih jugak sebab dia tidur sendiri macam tu je, kadang-kadang tertidur atas lantai takde bantal takde tilam. 
  • Aku rasa aku dah jarang beri perhatian sangat kat dia. Bz dengan adik, tapi ada jugak curi-curi masa tidurkan dia, tapi bukan dia yang tidur, aku yang tidur. Hahaha. 
  • Makin lovely, suka request nak cium pipi ibu dia nih. Dulu tak pandai, kita je yang mintak, itu pun dia pandai hulur pipi. Skang dah dia pulak hulur bibir dia nak cium pipi.
  • Sekarang tidur dengan ayah je kat bawah, ibu dengan adik atas katil. Rindu nak peluk-peluk dia macam dulu.

Hamza

  • Baru berusia 15hari.
  • Dah 2 minggu berturut-turut asik pegi balik ke KK cek jaundis. Mujur tak kena tahan wad, sebab total bilirubin dia makin turun tapi tak mendadak. Ibu tak mau masuk wad letak Hamza dalam incubator. Cukupla si kakak kena dulu.
  • Seorang good boy. Malam-malam syok tidur. Jarang kacau ibu tidur walaupun ada jugakla 2-3 hari kacau ibu berbanding kakak dia dulu. Ish, tak baik main compare-compare kan. Tapi jaga dia lagi mudah dari jaga kakak newborn dulu. Sebab dulu masa kakak, asal pukul 9 malam je ibu dah nervous nak masuk tidur. 
  • Pandai minum susu, direct ataupun tru bottle.  Good boy. Lega ibu. Ibu tak mau sejarah kakak Husna berulang lagi. Susah nak terima botol. 
  • Alhmdulillah, masih menerima susu ibu secara ekslusif. Susu ibu pun Alhamdulillah boleh tahan meriah. Syukur Ya Allah.
  • Dah botak ibu kerjakan 2hari lepas. 
  • Kuat berak, kuat kencing. Huhu... :p

Okayla tu update blog. Sian blog tak berupdate since adik lahir dulu. Nak cerita part kelahiran Anas Hamza belum ada masa yang betul-betul lagi. Asal ada masa aku nak membuta je. Sekarang dah 2minggu lebih berpantang. So far so good. Luka pun dah makin sembuh, jalan dah laju sikit. Cuma ngeri part perut / rahim yang kadang-kadang sakit. Dah sengkak dengan tukang urut 3 hari berturut-turut. Sakit gile kena sengkak. Selama ni aku urut sengkak tak pernah pun sakit macamni. Dan aku jugak selesa berbarut, sebab kalau tak pakai barut macam bergoyang-goyang je perut kalau dibawak berjalan.

Cukup sampai sini dulu.. Adik malam ni asik terkejut-kejut je. Tata~



ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ