Husna dan Hamza
Anugerah dan Amanah Allah.
Husna
- Semakin independent. Suka buat hal sendri je. Tak jeles dengan adik dia kalau ibu yang pangku adik, tapi kalau ayah dia pangku, dia jeles nak dukung jugak.
- Pagi-pagi bangun tidur mesti cari adik dulu, pastu baru mintak susu.
- Sayang adik tapi ganas, adik tidur sibuk nak cium. Goncang-goncang tangan adik sampai adik terjaga.
- Kadang-kadang mintak nak pangku adik macam dalam gambar, pastu sengih-sengih tanda puas hati.
- Semakin banyak perangai, mungkin nak mintak perhatian. Lagi-lagi kalau ayah dia ada kat rumah. Anak ayah sangat! Susah nak pakai baju melainkan baju angry bird. Nak makan pun, nak makan sendiri. Suka sepah-sepahkan rumah.
- Dah pandai tidur sendiri. Sebab kat rumah Klang takde buai. So, senang ibu tak payah nak dodoikan dia lagi, tapi kadang-kadang macam sedih jugak sebab dia tidur sendiri macam tu je, kadang-kadang tertidur atas lantai takde bantal takde tilam.
- Aku rasa aku dah jarang beri perhatian sangat kat dia. Bz dengan adik, tapi ada jugak curi-curi masa tidurkan dia, tapi bukan dia yang tidur, aku yang tidur. Hahaha.
- Makin lovely, suka request nak cium pipi ibu dia nih. Dulu tak pandai, kita je yang mintak, itu pun dia pandai hulur pipi. Skang dah dia pulak hulur bibir dia nak cium pipi.
- Sekarang tidur dengan ayah je kat bawah, ibu dengan adik atas katil. Rindu nak peluk-peluk dia macam dulu.
Hamza
- Baru berusia 15hari.
- Dah 2 minggu berturut-turut asik pegi balik ke KK cek jaundis. Mujur tak kena tahan wad, sebab total bilirubin dia makin turun tapi tak mendadak. Ibu tak mau masuk wad letak Hamza dalam incubator. Cukupla si kakak kena dulu.
- Seorang good boy. Malam-malam syok tidur. Jarang kacau ibu tidur walaupun ada jugakla 2-3 hari kacau ibu berbanding kakak dia dulu. Ish, tak baik main compare-compare kan. Tapi jaga dia lagi mudah dari jaga kakak newborn dulu. Sebab dulu masa kakak, asal pukul 9 malam je ibu dah nervous nak masuk tidur.
- Pandai minum susu, direct ataupun tru bottle. Good boy. Lega ibu. Ibu tak mau sejarah kakak Husna berulang lagi. Susah nak terima botol.
- Alhmdulillah, masih menerima susu ibu secara ekslusif. Susu ibu pun Alhamdulillah boleh tahan meriah. Syukur Ya Allah.
- Dah botak ibu kerjakan 2hari lepas.
- Kuat berak, kuat kencing. Huhu... :p
Okayla tu update blog. Sian blog tak berupdate since adik lahir dulu. Nak cerita part kelahiran Anas Hamza belum ada masa yang betul-betul lagi. Asal ada masa aku nak membuta je. Sekarang dah 2minggu lebih berpantang. So far so good. Luka pun dah makin sembuh, jalan dah laju sikit. Cuma ngeri part perut / rahim yang kadang-kadang sakit. Dah sengkak dengan tukang urut 3 hari berturut-turut. Sakit gile kena sengkak. Selama ni aku urut sengkak tak pernah pun sakit macamni. Dan aku jugak selesa berbarut, sebab kalau tak pakai barut macam bergoyang-goyang je perut kalau dibawak berjalan.
Cukup sampai sini dulu.. Adik malam ni asik terkejut-kejut je. Tata~
slam..alahai bestnyer da dpt sepasang =)
ReplyDeleteberpantang di bulan ramadhan...mesti kne msk sendiri kan?ke somi yg masakkan mknan sha?bestkan ade 2org anak dh skrg..rase mcm xcaya je dh anak 2...hiihihih
ReplyDeletesweetnye tgk gambar Husna and Hamza
ReplyDeletesedap nama adik baby....eh fashya budak lelaki memang kuat berak dan kuat kencing tau heheheee....spare lah pampers banyak-banyak
ReplyDeletetgk gambo rasa sayu je kt husna. pastu baca plak statement kata dia tertido sendiri atas lantai laaagi la rasa nk nangis. kesian husna dh jadi kakak skrg. moga2 husna tak byk kerenah n jadi kakak yg baik ye. jgn protes tau. ibu ngan ayah tetap syg husna mcm dulu jugak kann
ReplyDeletesweet jer gambar husna dan hamza...mujur la husna sayang adik dia...kayrul dulu rasa susah nak bagi perhatian kat haikal bila dah ada hadif...lama2 cuba baru boleh...
ReplyDeleteselamat berpuasa dan selamat berpantang ye
husna ada bakat jd kakak yang baik..=)
ReplyDeletemy mum ckp boy mmg lg kerap membuang dr girl.digestive system lebih efficient kot..haha
comel nyer husna layan adik dier..
ReplyDelete