7 Ogos 1984 - 7 Ogos 2012. Genap 28 tahun usia saya hidup di dunia ni. Dikurniakan lagi dengan sepasang cahayamata. Alhamdulillah, syukur pada Allah masih diberi peluang untuk hidup.
Sempena hari ulang tahun kelahiran saya yang ke 28 ni, tak sangka pulak dapat banyak suprise. HAHA.
Hubby buat suprise party pulak. Sangat tak sangka, sebab aku sendiri pun macam lupa dengan birthday sendiri.
Ish, macam tak reti pulak nak berblog ni, dah lama sangat tak update.
Serius, aku memang lupa birthday aku. Pada 6hb 8 tu Mokhtar ajak kawan-kawan dia iftar sama-sama dekat rumah. Aku pun okay jela, lagipun aku ada jugak tanya dia takmau ajak kawan-kawan berbuka sama-sama kat rumah. 3 orang je tetamunya. Menu iftar hari tu, Tom Yam Campur, Sotong goreng tepung, ulam dan Ikan Jenahak masak sambal. Semua adik aku yang masak.
Lepas semua dah makan, dah solat maghrib, diorang lepak-lepak. Masa dah settle semua tu, aku mintak diri nak mandi dulu. Haha, tak sempat nak mandi sebab kelam kabut masak sebab sebelum nak masak tu kitorang semua pergi merayap dekat Plaza Alam Sentral, sampai rumah dah pukul 5.30. Aku pulak plan nak buat kek karamel, separuh jalan je siap, tak sempat. Lagi separuh jalan siap lepas tetamu dah balik baru sambung. Mokhtar balik rumah dari kerja je dia kata nak keluar balik, aku marahla, aku cakap kawan nak datang tolongla sikit-sikit, tak sempat ni. Tapi dia berkeras jugak nak keluar. Bawak Husna. Okay fine, Husna takde, so takdela orang tukang kacau.
Okay, sambung cerita. Aku dah siap mandi semua, dah kemas-kemas rumah. Sambil lepak-lepak, aku mintak diri sekali lagi sebab nak perah susu, Cik B dah engorge sangat. Masa aku perah susu tu la agaknya diorang plan segala, siap je perah susu, tiba-tiba black out. Alamak, time ade tetamu ada kat rumah, time tu lah nak black out. Aku suruh bukak pintu, tapi sorang pun tak gerak. Tiba-tiba.....TING! Keluar cahaya dari bilik belakang.
OMG!! Ada kek rupanya. dan bukan black out pun. Diorang saja tutup suis utama kasi gelap dan buat suprise! Cis... Tipah tertipu. In da same time terharu la jugak.
Di saat kek dikeluarkan, aku macam eh ape ni? apa ni?
Malu.. dah tua-tua kena tiup lilin
Happy Birthday Fashya!
Husna dan kek ibu. Dia yang bz lebih.
My Prince and Princess sambut birthday Ibu. love u all. Muah!
My Family. Thank Hubby.
Seriusly tak sangka. Lepas kek dikeluarkan, aku tanya. Eh, bila birthday Angah? Memangla tak expect sebab suprisenya sehari sebelum kejadian.
Thanks hubby, walaupun takde hadiah yang mewah, sambutan simple macamni pun dah cukup memadai.
Patutla beriya nak keluar semula lepas balik dari kerja, nak pegi beli kek rupanya!
Patutla beriya suruh aku mandi dulu, nak bawak kek masuk rumah rupanya! (sebab masa dia balik tak bawak apa-apa)
Patutla asik tersengih-sengih sepanjang masa!
Patutla beriya tutup pintu masa aku tengah perah susu dalam bilik, nak bawak kek dalam bilik belakang rupanya!
Patutla main bisik-bisik dengan Epah, pastu tak bagi aku dengar, nak berkomplot rupanya!
Patutla kawan-kawan dia stay lama sikit lepas iftar, nak join buat suprise rupanya!
Malam tersebut saya dapat satu lagi suprise tapi tak boleh mention kat sini. HAHA.
wahhh bestnya hepi besday sekali lagi untuk fashya
ReplyDeletewah,tak sangka mokhtar pandai wat suprise. Happy birthday
ReplyDeletealalala...tgk fasya org yg xde perasaan klau sekali buat cmni mmg terharu kan...
ReplyDeleteHappy birtday ye...moga dipermudahkan selepas ini...
wah suwit mokhtar buat surprise..hehe.. happy bday sya =D
ReplyDeletefuyyo! nice suprise tuu.best2x! happy besday fashya!
ReplyDeletesalam perkenalan..bestnye hubby buat kejutan
ReplyDeletewahhh..best jgk skali skala dpt surprise mcm nie kan?klu kite mcm mustahil je rasa huhuhu...knowing my habi la kannn =P x lomantik lansom!
ReplyDeletebtw hepi 28 dear =) best anak dah 2.ini yg tua 2 tahun nie anak sorang je lagi T__T
Bestnye dpt surprise! Pandai sungguh en. mokhtar plan ye... nway Fashya... happy birthday... :-)
ReplyDelete