Friday, September 21, 2012

Kisah Anas

Anas diusia 2 bulan ++ dah diuji dengan sakit. Bukan sakit yang ganjil, tapi sakit yang biasa dihidapi anak-anak kecil. Kahak dan batuk. Dah lama sebenarnya Anas tak lena tidur resah je di malam hari. Tapi dari hari ke hari asik bertangguh nak pegi klinik. Nak pegi klinik pakar kanak-kanak kat Klang tu tak tau ceruk mane nak pegi. Kalau nak pegi cari sorang-sorang dengan anak kecik dan sorang toddler jangan harap ler. Mau ibu kelam kabut dalam kereta. Sebab en suami kite tu full kerja tak boleh kacau dia. Weekend je ada masa dia cuti. Weekend ada klinik paed bukak meh?

Nak pegi klinik biasa aku confirm dia akan bagi ubat. Aku ni kalau boleh taknak bagi drug seawal 2 bulan kat Anas. Maka, jalan penyelesaiannya, aku cuba pergi farmasi cari ubat nasal drop atas nasihat Nad. Sebab dulu aku tau Iman pernah kena selsema, tapi tak dibagi ubat. Masa tu Husna pun tengah selsema, aku pun carila ubat untuk Husna sekali. Dalam masa seminggu, selsema Husna dah elok, adik dia yang tak kebah-kebah sampaila sekarang.

Dek kerana tak tahan tengok dia asik tak lena je bila tidur malam, lepas amik vaccine BCG dos pertama, aku pegila klinik. Doktor cek lebih kurang, then bagi ubat titis hidung jugak. Lebih kurang seminggu aku cuba ubat yang doktor bagi tu, masih macam tu jugak, malam-malam masih resah tidur dia. Siang okay, malam je resah. Kesian tau tengok, dia pulak jenis tak meragam. Ibu dia sedap la tidur.

Sebab masih tak puas hati dengan perkembangan sakit anak ni, aku pergi Klinik Siti Fatimah pulak. Satu yang aku suka klinik ni, doktor dia cek betul-betul. So far lah kan, sepanjang aku hidup ni, aku jarang jumpa doktor macam Dr. Siti ni. Aku suka cara dia check patient. Terang betul-betul, siap lukis bagai. Terangkan kenapa anak kita boleh sakit, apa sebab dia sakit, dia cek ape perubahan pada badan kalau kita sakit. Klinik ni, walaupun ramai, tapi orang setia menunggu, sebab servis doktor ni bagus. Pergi sini kalau tak menunggu 2 jam, memang tak sah. Tapi sebab servis dia bagus, orang OK je nak tunggu lama-lama. Kebanyakan parent memang suka bawak anak-anak pergi klinik Dr. Siti.

Dekat klinik Dr. Siti, aku diberitahu kahak Anas dah pekat sangat, tekanan kat dada dia pun dah kuat. Doktor suggest Anas di nebuliser. Aku ingatkan sekali tu je dia kena sedut gas. Rupa-rupanya kena neb 3 hari berturut, 2 kali sehari. Pagi dan petang. Keesokan harinya, aku pegi lagi. Doktor still tak puas hati dengan progress Anas, ditambah lagi kekerapan nebuliser ke 3kali sehari. Tapi aku boleh pergi klinik yang lebih dekat dengan rumah untuk sedut gas disebabkan klinik Dr. Siti agak jauh dengan rumah aku. Susahla kan nak ulang alik 3 kali sehari ke sana. Maka, doktor keluarkan memo untuk satu klinik  X yang paling aku tak suka nak pegi. Nak tak nak terpaksalah. Dr. Siti suggest aku amik 2 kali nebb kat klinik ni. Pukul 5 petang dan 10 malam.


Petang semalam, lepas kerja aku teruskan nebuliser Anas kat klinik X tersebut. Just nebuliser sahaja. Masa nak bayar bil, aku terkejut dengan cas yang dikenakan. Biasanya kat klinik Dr. Siti amik gas cuma RM5 je, dekat klinik X kena RM25. Mane tak terkejut aku. Kenapa mahal sangat amik nebuliser kat klinik X ni? Sekali keluar bil, cas nebuliser RM10, cas medical consultation (MC) RM15. Bila masa pulak aku amik medical consultation? Padahal doktor sepatah haram pun takde consult kitorang. Cek dada Anas pun tidak! Aku tanya nurse yang jaga kaunter tu saya mana ade amik MC ni, dia cakap, Memang kena cas, Dr yang buat. Nanti Puan datang kali kedua, kita cas nebuliser je. 



Muka pasrah kena Neb.

Memang kena bambula dengan aku, tapi dalam hati jela. HAHA. Aku dah malas nak pertahankan hak aku, badan dah penat, Anas dah ngantuk. Aku blah dengan muka masam. Aku datang kali ke2? Memang tak lah kan. Aku bukanAku memang tak berkenan giler kat Klinik X ni, Klinik ni 1 Malaysia ada kot, tapi tolonglah kasi servis baik sikit. Aku penah jugak ada history dengan klinik ni. Pernah satu malam aku sakit dada, pukul 12 malam, aku ajak housemate aku pegi klinik, masa tu bujang lagi. Pergi klinik tengok Dr tu terpisat-pisat macam baru bangun tidur. Klinik 24jam. Agaknyala kan, dia marah kot aku kacau dia tidur, aku cakap aku sakit dada, dia tulis-tulis pastu cakap ok, amik ubat kat luar. Aku tak puas hatila kan!! Macamane doktor treat patient tanpa sentuh atau cek aku pun. Dahla kena cas mahal, (lagi malam kau pergi klinik ni, lagi mahalla dia cas). Lepas ni aku memang nak banned klinik  ni walau apa keadaan sekali pun. Buat sakit hati lagi ada. Bertambah sakit, bukan kurangkan. Baik tak payah.

Klinik X

Malam tu aku teruskan steaming juga rice cooker yang Syazz Zulkifle buat untuk Raisha tu. Okay jugak method ni, hingus Anas pun banyak keluar, nampakla kahak keluar dari mulut dia, tapi progress still slow jugak. Tidur malam still resah. Anas ni aku tak tau la terlalu cool ke hape, masa aku meniarapkan dia dan muka dia kena wap panas tu, dia rilex je tak nangis, tak mengelupur. Rilex aje. Macam tak sakit ke apa kena wap panas kat muka dia tu. Aku cuba peluk kuat-kuat kasi dia nangis, kalau dia nangis dia batuk, kalau tak kahak tak mau keluar. Dalam 15-20 minit gitu, bila dia dah start menangis, aku nampak kahak keluar dari mulut dia dan hingus pun keluar sekali.

 Iklan kejap. Masa tengah set up rice cooker, boleh pulak air yang tengah panas tu tumpah atas kaki aku. Mengelupur kejap aku kat situ. Nasib baik tak melecur je. Harini, aku sambung lagi neb kat klinik Dr. Siti. Arini pakej kena neb dan sedut lendir. Sayu hati tengok anak menangis-nangis masa sedut kahak. Nak tak nak terpaksalah kan. Nak sihat.

Mane lah tau kan, kalau-kalau ada Dr yang terbaca entri aku ni, aku rasa macam nak merayu sangat-sangat, tolongla seikhlas hati treat patient kalau ada klinik sendiri nanti. Jangan cek lebih kurang, then bagi ubat. Aku banyakla jumpe klinik macamni. Tu yang kadang-kadang kalau sakit buat aku malas nak jengah klinik.

Esok, aku amik keputusan sendiri stop amik nebuliser.  Aku nak cuba kaedah lain pulak. Kaedah steaming aku teruskan. Mungkin bagi madu atau VCO. Aku ada jugak beli ubat dari kedai ubat Cina, nak try jugak. Semoga dengan ikhtiar ni, Allah sembuhkan Anas. InsyaAllah. Sayu tengok anak sakit.

Dulu, masa Husna dia jarang sakit, tapi dia kuat meragam. Anas pulak, dia cool man, kurang meragam tapi sakit macamni pulak. Allah Maha Mengetahui.

7 comments:

  1. Kesiannye anas...
    Apa sebab nya ek boleh jadi sampai macam tu?
    Apa2 pun..semoga anas cepat sembuh ye :)

    ReplyDelete
  2. shya, madu xboleh kalo ank kurang 2 thn rasenya...budak yg bawah sethaun ni diorg kerap kna sakit tp treatment terhad kan. husna pun xsihat sekarang..baru kena sawan

    ReplyDelete
  3. tgk gambo anas yg ni dlm fb alahaii nk nangis rasanya. sama2 kita doa moga Anas cepat sembuh. keep on guna kaedah steaming yer. n be sure more carefull pasni.jgn ada lg kes tertumpah air panas bagai

    ReplyDelete
  4. ms nina, aida buat sonotron 7x..tp klinik kt melaka. X tahu la kalo ada kt jb or KL (tp mesti ada). Same goes to me, sy xsuke pergi g klinikpanel yg opis lantik, sbb doktor yg kurang prihatin. aida akan bw anak2 g klinik lain. xkisah la kene byr sendiri..asalkan anak2 serasi...semoga Anas cepat sembuh n jadi budak encem n boleh main ngn kakak

    ReplyDelete
  5. penawar ke sya? memang cas mahai nak mamp. si dani demam biasa da kena cas rm80++ ..masa preg lagi la, aku kena cas dekat rm200 sebab doc die sesuka subscribe ubat memahal kat aku. padahal kite takde plak setuju nak amik ubat tu.

    ReplyDelete
  6. Alahai kesiannya. Awak try lagi buat rawatan steam tu tau. Kite buat tu kerap sangat dalam sehari, lepas buat tu tepuk memang kene kuat2, doc cakap tak sakit sebab depan kite dia tepuk luqman, luqman sengih je. Dia kata tepuk tu untuk bagi longgarkan kahak so that kahak tu leh mencair sama ada keluar ikut hingus atau berak. Serius berak keluar lendir2. teroskan okay rawatan tu. Lainnya, cer letak kunyit hidup ke kat hidung anas?

    ReplyDelete
  7. fashya, cuba guna petua org tue, kikis kunyit hidup belakang lesung, pastu ambik air kunyit tue sapu kat hidung....mana tau berkesan...dekat2 anak2 kayrul pkai kaedah tue...

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ