Thursday, January 5, 2012

Entri tak berkhasiat : Itu adalah Aku.

Canelah nak start entri yang bakal tidak berilmiah ni. Sapa nak baca, baca lah ye.

 Boleh ke aku nak claim diri sendiri bukan wanita materialistik? Aku pun tak pasti la kot. Aku sememangnya tak berani nak melabel diri sendiri sebagai apa. Tapi kalau dari pemerhatian aku sendirilah kan.....

*Aku naik kereta Kancil je, walaupun hati ni teringin sangat nak bawak kereta yang best-best sikit. Myvi, Viva @ BLM pun dah kira okay dan selesa. Kalau nak bawak mak ayah mertua naik kereta sendiri pun tak malu. Itupun kereta aku tu dah kemek sana sini, calar balar bagai. Cover rim pun dah tanggal. Orang pandang-pandang kereta aku yang tak semenggah tu pun aku buat donno je. Peduli apa aku, kereta tu dah terlalu banyak jasa dengan aku.

* Kalau dalam bab baju bajan ni pulak.

  • Aku ada sehelai je seluar jean. Jangan tak percaya, sehelai je, sepatutnya ada 2 helai, tapi sehelai tu tertinggal kat kampung, bila cari balik dah takde. Ntah sape rembat aku tak pasti. So, dengan sehelai jeans tula aku pakai kesana sini, kalau seluar tu basuh, aku pakaila seluar slack ke, skirt jeans lusuh aku tu ke. Dan yang lagi sadis tu, seluar jeans tu pun makcik aku yang bagi. Kahkahkah. Sememangnya aku susah gila nak cari seluar jeans, selagi yang satu tu selesa selagi itulah aku lenjan sampai ke hujung nyawa jeans tersebut.

  • Kalau nak keluar berjalan, aku pasti runsing. Termenung depan almari adalah satu kebiasaan. Baju apa nak pakai ni?????? Argh!! Benci aku perasaan macamni. Tapi bila dah ade dalam shopping mall, tengok baju cantik gantung-gantung takde pulak nafsu nak beli. Pujuk hati, baju aku banyak lagi dalam almari, buat apa nak bazir lagi. Tapi bila nak pakai. ____________ ??????  (Sila isi tempat kosong).

  • Tudung? Kalau boleh biar bawah RM20 je. Tengok koleksi Fareeda orang? Aku telan air liur jela. Tak mampu!

  • Baju kurung? Semeter paling mahal aku beli adalah baju batik tu. Itupun sepasang je. Teringin tengok orang cantik pakai batik ori, aku pakai kain baju corak batik je.

*Kalau bab gadget ni, aku memang mundur gila la senang cakap .Aku pakai hp Sony Ericsson paling cikai sekalilah. Walaupun orang sekarang dah up sampai Iphone 4s sekali pun, aku tetap disitu. Hp aku tu nak kate canggih? Hahaha. MMS pun takde oi! Setakat call, mesej, amik gambo, dengar lagu bolehlaaaa.. Dari takda.

*Handbag. Ada 1. Jenama Valentino Creations. Bukan Coach. Aku beli kira-kira 4 tahun yang lepas masa sale 70% dekat Sogo. Aku lenjan jugak sampai hancur.  Handbag hantaran aku baru je hancur aku pakai, so patah balik beg yang sebelum ni.

*Kasut pulak. Adalah beberapa pasang. Itu pun banyak yang dah hancur. Aku ni jenis pakai sampai hancur kot. Semua benda aku pakai sampai hancur. Samala denga bab kasut ni. Setahun sekali beli kasut.

*Barang mekap aku kirim salam la aku nak spend duit aku kat bab-bab camni. Saya tak ada eye shadow, tiada blusher, tiada gincu. tiada mascara dalam simpanan. Yang ada lip gloss, moisturizer, celak dan bedak compact. Itu pun jarang sangat pakai. Lagi-lagi tengah pregnant ni. Memang apply natural beauty gitu secara 100%. Ahaks!! Jangan muntah. :p



Kesimpulannya, aku nak beli benda aku ukur kat badan sendiri. Banyak benda aku tak mampu wei. Perempuan mana yang takde nafsu tengok benda-benda cantik. Semua perempuan suka kan. Kalau takde nafsu tu memang tak normal kot. Haha. Tapi aku sekat, aku cuba sekat nafsu aku ni. Tapi bila aku tulis entri ni janganla pulak ada yang fikir aku selekeh nak mampus. Semua benda takde. Kesian betul kat kau Fashya. Kehkehkeh.

Saya cuma ukur baju di badan sendiri. Sumpah aku cakap, aku teringin pakai kereta yang besar sikit dari Kancil, aku teringin ada wardrobe yang penuh dengan baju yang berwarna warni, supaya aku tak perlu termenung lagi depan almari, aku teringin pakai Hp canggih, boleh update Fb n Twitter on da dot, teringin pakai kasut ikut kesesuaian tempat aku nak pegi, teringin sarung Fareeda kat atas kepala ni, supaya kelihatan anggun bergaya. Bab mekap je aku tak berapa nak teringin. Tapi aku masih sedar diri...Cuba bersederhana. Aku bersyukur sebenarnya, ada lagi yang susah dari aku ni. Cuma kita jarang sangat jumpa orang yang susah.

Dan aku masih tak faham andai ada yang cakap aku suka pakai barang branded, suka berlagak, suka makan sedap-sedap dan sebagainya. Etc etc.....

Ini adalah aku. Dan aku pun tak faham kenapa terhasilnya entri tak berkhasiat ni. Entahlah~~








14 comments:

  1. eh sape kata tak berkhasiat....ok pe..sekurang-kurangnya entry nie boleh membuatkan mun rasa bersyukur dengan apa yang ada....

    ReplyDelete
  2. Thanks mun... ntahla fashya rasa tak berkhasiat pulak..huhu

    ReplyDelete
  3. kita sama la fashya...
    saya pun jenis teringin yg macam2..tapi tak pernah beli.. satu tak mampu..satu lagi byk beno pikir..pikirkan yg tu cuma kehendak dan bukannya keperluan...

    pada saya takpe je...asalkan kita happy :)

    ReplyDelete
  4. Hahahaha we are the sama land :)

    Takpe lah sya. Janji keperluan anak tu tip top sudah lah kan? Yang personal untuk kite tu nanti tu mesti boleh grab satu2. Aku pon gitu jugak. Slow2 je neh. Malas nak kejar2 macam orang lain punye target. Heeee

    ReplyDelete
  5. Bl nk banding mcm aku lg teruk dr mung je?? Kasut xpenah ada, slama ni g kije ke jln je, pkai slipar psr mlm je yg getah tu, xpenah nk pening psl pkaian, pkai bju krung hr2, klu kua, pkai T mnjang ngn tshirt, oh same kot kite bab jeans ni, nk nak brlubang part peha sbb slisih time jln, tp pkai gak lg slagi blh,kahkah hbeg? Xpenah tringin nk bli, tp sbb ade ank, nk buh brg2 dlm tu, ade la bli yg kat jln tar 20hengget tu, dh hancur tali tp pkai gak lg, ahh mls nk listkan lg, mcm byk sgt je, kehkeh tp bsyukur dgn ape yg ade, :p

    ReplyDelete
  6. bab jeans tu sama la dgn aku sya. ada sehelai tu je la aku lenjan. da koyak camne pun, aku sanggup jahit.

    ReplyDelete
  7. baguslah kau fashya
    jarang org nk publish entry jujur dan telus macam ni
    bagus..bagus
    dan tahniah sebab berjaya melawan kehendak hawa nafsu
    bukan senang tu..

    ReplyDelete
  8. ni nama nya entry jujur. kalau entry tak berkhasiat tu mcm mkn jajan ke..:P

    ReplyDelete
  9. kita serupa.. nasib ada adik ygbadab serupa bolehh pakai dia punya saring is caring..ekhhh:)

    ReplyDelete
  10. hehe ingat tak berkhasiat sbb minum air gas smp habis hr tu...untung dpt isteri mcm ni xminta2 kan...klau bagi terima...bersederhana dlm kehidupan. tp kadang beli brg mahal sbb nk reward diri sendiri lepas penat berkerja n nk rasa lebih yakin..tp masing2 ada cara mcm mana nk buat kan...hihi...

    ReplyDelete
  11. nurul suka entri ni fahsya seorang yang sempoi nurul suka tu

    terus-terang ye fahsya lately nurul suka baca entri fahsya tak tahu kenapa tapi selesa sgt baca tulisan fahsya

    ReplyDelete
  12. mmg mane2 pompuan pon teringin nk brg itu ini, yg branded2 tu. setiap kali ternampak tu terpikir je nk beli. tp ye la,,sedar kemampuan diri kat mane. xmo la membeli sampai tercekik diri sendiri sudahnye nnt. kan?

    ReplyDelete
  13. saya baca smpai habis entri ni walau kak kata tak berkhasiat.haha.gembira dan sedih pun ada.

    u are what u are. saya pun lebih kurang macamtu. pakai je mana ada. asalkan ada. ada gak keinginan nak macam org lain.

    tapi bak kata kak td, ukur baju di badan sendiri.

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ