Friday, May 18, 2012

Alkisah Rambut Cik Husna

Husna dilahirkan dengan rambut yang nipis. Like this:


Bila besar sikit, nampak dah dia mempunyai rambut yang kerinting. Aku memang dah dapat agak, sebab genetik kitorang dari 2-2 belah pihak pun tak punyai rambut yang lurus. Rambut aku ikal, suami agak kerinting. Sebab tu dia suka botakkan kepala dia. Dan masa baby rambut dia tak pernah dicukur atau digunting. Cuma adalah trim sikit kat depan mata dia sebab dah cucuk-cucuk mata. Menyesal jugak tak cukur, sebab masing-masing takut, nak bawak pada yang pakar asik bertangguh-tangguh, at last Husna makin besar dah sayang pulak nak botakkan. Kalau boy takpela botak kepala. Ni girl. Ada rambut sikit pun orang dok kate boy jugak. Huhu.



Dan ini rambut dia sekarang. Bakal kakak di usia 2tahun. 
Agak berserabut bila dah berpeluh-peluh.

 Nape ntah buat muka macam tu. Huhu. Aku pun dah jarang sangat nak amik pic dia, sebab selalu sangat rambut berserabut macamni. Tak comel la Husna. Kalau ikat rambut baru kemas kan.

 Rambut Husna ade bentuk spring sebenarnya. Tapi tak sekata. Dah panjang pun iya jugak, cuma kerinting, rambut dia suma naik ke atas.
 Masa ni aku snap pic masa dia tengah borak dengan ayah dia dalam Hp.

Masa ni boleh dikatakan agak terurus.

Aku sebenarnya pening nak manage rambut dia ni. Agak serabut lagi-lagi waktu panas, dengan peluh, fuh, masam dia sedap!! Hahaha... Pulak tu jenis yang payah sangat nak ikat rambut, ikat sekejap, dia raba-raba atas kepala, lepas tu dia leraikan ikatan. Sakit...sakit, adu dia. Tak boleh buat apa dah. Dibiarkan aja macamtu, tapi ibu yang memandang ni yang rimas. Apa nak buat eh?  Kadang-kadang rasa nak bawak pegi salon kasi comeikan sikit rambut tu, atau potong je terus macam boy. Ayah dia memang dah brapa kali suruh potong tapi aku tak bagi, sayang kot. Tapi bila lama-lama, aku macam serabut tengok rambut dia tapi in da same time sayang. Hadoi. Cemane ni Husna, dia tak rimas, ibu pulak yang rimas.


Aku mengharap, mengharap lagi tu, bila Husna besar sikit, rambut dia mudah nak urus dan jadi macamni. HAHAHA...
Ini pic cucu Pak Long aku. Cilok ye dari FB. Rambut dia cantik. Lagi2 bila dah panjang.

Or like this. So suwit...


P/s:
1. Sapa perasan, baju Husna yang newborn boleh pakai sampai 2 tahun. Kan aku dah cakap, Husna pakai baju sampai hancur. Selagi tak hancur, aku pakaikan selagi muat. Huhu..

2. Jeles jugak tengok anak-anak yang mempunyai rambut lurus, like Naurah, Raina, and Medina. Comel jugak diorang dengan rambut lurus. Dah macam anak dara sangat-sangat.  :))

7 comments:

  1. owhh..bdk2 rambut curly lg comel byk hokeh!!! pd mata kite lar hihi

    camne nk buat yer....biarkan jelah panjang fashya. nnti dh lepas bahu dia ok lar x rimas sgt tgk. kena sabo byk2 lagi sbb rmbut curly nie lambat pjg walau sbnrnya dh pjg kalah budak yg rmbut lurus hehehe

    ReplyDelete
  2. Memberikan kelainan pada hari anda. Saree material yang boleh dibuat baju kurung, kebaya, blouse dan sebagainya.
    Mai ler berkunjung ke blogshop saya..:) Harga yang dijamin lebih murah!!
    http://dedazzlerzzshoppe.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. rasanya rambut mya lg kerinting drpd husna nih. tp untung gak rambut kerinting.xyah sikat pon xpe sbb serupa je pesen nya either sikat or not hahahaha

    ReplyDelete
  4. hahahaha adik husna pun same..baju newborn die sampai skrg boleh pakai...:)

    ReplyDelete
  5. fashya, anak aku tak tumbuh2 rambut..lagi aku jeles tgk anak org lain ada rambut..rambut dia halussss sgt2 pastu perang..bila lah rambut nk panjang, ibu dia ni tak sabar nk buat rambaut spike..haha

    ReplyDelete
  6. curl ppun lawa lah fahsya
    tggu pjg kang.. lg hot tau, dr straight

    cha sama macam husna, mana kasik aku ikat rambut dia. ibu dia yg rimas, diaorg selamba je berpeluh-peluh, rambut tutup mata pun xde hal..

    tak yah potong lah, kasik pjg
    sementara ni, try lah ikat je

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ