Lagu ni best. Sambil-sambil tulis entri, sambil-sambil layan lagu OST Seindah Sakura ni.
Salam Hari Isnin yang bosan. As usually, aku takde keje arini. Yeay! Not yeay sebenarnya... Bosan.
Selamat melalui 1 lagi minggu. (Tak sabar nak bersalin ni sebenarnya asik menghitung minggu) Wiken yang tipikal, menyiapkan kerja rumah as usual, mendobi, memasak-aku berjaya buat kuih keria tak jadi sira gulanya dan kuih cek mek molek untuk sarapan, lipat gunung kain, siapkan beg bersalin, kemas rumah 10-20 kali. Husna sangat suka menyepahkan barang-barang dia, serta pakar menumpahkan apa saja yang dipegang. Pelik. Pegangla apa saja, pasti tumpah ke lantai. Ada satu peristiwa satu malam. Aku lapar sangat tapi tak nak makan berat-berat. Aku kan diet dinner. Diet dinner? Konon nak budget adik baby keluar nanti dalam 2.8-2.9kg je. Takmo lebih 3kg. Senang nak teran, tapi tengok berat sekarang pun dah hampir menyamai macam last mengandungkan Husna. Kita cuba sajalah yang terbaik yeh. Allah yang menentukan.
Ok, sambung cerita di suatu malam, rasa lapar, tengok dalam peti sejuk ada tinggal 2 biji telur n mayonise. Roti pun ada, maka aku pun cadangla nak buat roti mayo. Siap rebus 2 biji telur tu, si Husna pun datang mengendeng kat dapur, dah dilenyek-lenyek telur dalam mangkuk kaca, dia macam dah tak sabar nak makan, tapi aku cakap dengan dia, sabar Husna, ibu nak amik mayonise dalam peti sejuk. Masa aku nak amik mayonise dalam peti sejuk, dia pun pegang mangkuk tu dan PRANGGGGGGG!!! Pecah berderai mangkuk kaca beserta telur yang dah siap lenyek tu bersepah atas lantai. Oh anak! Ibu lapar ni anak Oi, dia pulak boleh pecahkan mangkuk macam tu je. T___________T. Sedih 40kali. Rasanya kalau ada batu belah batu bertangkup, aku dah masuk dalam tu dah rasanya. HAHAHA. Babai Husna, ibu kempunan nak makan roti telur mayonis. :((
Kena jugakla dengan aku. Sedih oi, perut tengah kebulur, telur tinggal 2 biji tu je. Apa nak makan ni? Stok makanan takde da kot. Last-last teringat ada marjerin, sapu roti dengan marjerin letak gula. Sudah! Tu jela dinner kita malam tu ye Nak.
Dahla, malas nak buat cerita sedih-sedih. Eh sedih ke? :p
Dan lagi, semalam jugak, Husna dah dapat rambut baru. Baru je komplen-komplen pasal rambut dia minggu lepas, ayah dia kan bace blog ibu dia ni. Elok je lepas mandi dengan ayah dia semalam, tengok rambut dah kena tarah hentam keromo. Terus ibu cakap. Husnaaaaaa.......... Ibu takmau kawan Husna, dah tak comel. HAHAHA. Sanggup taknak kawan dengan anak sebab tak comel? Comel ke tak, ibu sayang la.. Ibu marah-marah pun ibu sayang tahu. Baru je plan nak pegi salon kasi potong comel-comel. At last..kena jugakla dengan ayah dia. Ayah cakap, tak yah bazir-bazir duit. Yelah. T____T. Nanti kite amik pic rambut baru dia. Tepek kat sini.
Cerita pasal tepek pic kat blog, rupanya blog aku ni dah penuh dengan pic. Tulah sesuka hati je letak pic sampai dah penuh kuota 1G. Baru 4 tahun berblog, gambar dah penuh, cane nak teruskan sampai dah tua nanti? Heh? Last entri pasal rambut Husna aku nak letak gambar tapi dia tulis camni:
Whoops! You're out of space. Purchase more storage.Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage you purchase is shared between several Google products and is in addition to your free quota. Learn more
Menggagau jugakla, terus tanya kat UB. Rupa-rupanya ada kuota rupanya nak upload pic dalam blog ni. Free 1G, lepas tu kalau nak lebih-lebih kena bayar okeh. Tak kuasa aku nak bayar, penyelesaiannya, sila ke Picasa Web Album dan delete mana-mana pic yang tak berkenaan, susah jugak nak delete pic tak berkenaan, sebab suma macam berkenaan je. Once dah delete, dalam blog pun di delete jugak. Maka, harini, aku tulis entri takde gambar. Babai.
Berita semalam: Takziah buat penulis blog Nurulism, Nurul Haizum aka Chika di atas pemergian ayahanda tersayang. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
owh lbh kurang 4 tahun berblog dah cukup kuota eh,baru ku tahu.huhu
ReplyDelete