Showing posts with label berniaga. Show all posts
Showing posts with label berniaga. Show all posts

Friday, May 18, 2012

Telekung Sulam Vietnam

Assalamualaikum wbt.
Salam jumaat.

Eceh, bagi salam dihari jumaat saja. Hari lain mula entri main terjah je. Bukan apa, hari ni mak buyung rasa macam nak berniaga pulak dalam blog ni. Nak berniaga pun, benda yang baik, yang semua muslimah guna waktu bersujud pada Allah. (amboi ayat...)

Sebenarnya, kat ofis ni mak buyung ni adalah jual Telekung from Vietnam. Tolong kawan sebenarnya....
Have a look la dulu kan. (Aku ni tak reti sangat bab-bab nak ber'marketing' ni.)

Antara warna yang still available waktu ini (andai ada warna yang still available saya akan update):

Putih + Kuning

Coklat + Putih

Putih + Pink

Kuning, Coklat dan Pink.



Sulaman yang kemas. Ada bunga-bunga timbul di atas permukaan kain telekung ni.

Bahagian hadapan

Bahagian belakang.

Material kain adalah licin, kain jatuh dan selesa (sejuk je). Permukaan muka juga tiada getah, yang biasanya kalau kita dah pakai lama, dia akan loose. Saya memang suka telekung jenis ni yang tak ada getah.

Harga untuk sepasang adalah RM70 termasuk pos. Untuk orang Jb yang boleh COD, harga lain akan diberikan.

Kepada sesiapa yang berminat, ingin memiliki telekung yang amat selesa ini, boleh email saya di n_fashya@yahoo atau komen di bawah entri ini.

Terima kasih.



ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ