Wednesday, April 29, 2009

harap2 cemerlangla lepas balik dari kursus ni..HAHA

kami akan ke Desaru Golden Beach Hotel selama 3hari 2 malam untuk pergi berkursus.....


daaaaaaaaaaaaaa.......
see u next time... :)

Monday, April 27, 2009

yeay..berjaya

malas nak update...tp saya nak jugak tulis entri ni sebab saya dah berjaya menghasilkan sumthing untuk gift pada tetamu nti....BUNGA POTPURI.mungkin akan di bagi pada VIP dan kuantiti yang perlu dihasilkan mungkin dalam 200-300....doakan saya berjaya ye...hihi

Kebal


aku semakin kebal



tiada lagi airmata yang mengalir



Ya Allah, kuatkan semangat ku


Saturday, April 25, 2009

keterujaan yang melampaui batas..kahkahkah....

wah..tajuk, macam xde pedoman jek..HAHAHA..
ape yang sangat mengujakan cikfashya sampai buat tajuk entri yang bagai tiada pedoman itu...HEHE..

waaa...saya semakin teruja dengan decoration cupcakes .....
saya sangat suke dan sangat teruja tgk cupcakes yang sangat2 comel,
xkisahla dari sesiapa pon, selain menjengah blog2 rakan2 yang sedang sibuk wat preparation kawen, saya jugak rajin menjamu mata tgh cupcakes2 yang comel2 sangat ni....I LIKE IT VERRRY MUCHHHH!!!

antara decoration cupcakes yang saya suke dari kak Jun ...
yang buat saya sangat2 kagum bile ade kaum lelaki yang sudah minat nak buat decoration cupcakes ni....
erm syabas kak jun sebab boleh buat kaum lelaki pon teruja nak blaja deco cupcakes, walaupon secara biasanye, mmg ramai la chef2 lelaki yang mmg dah pelopori bidang ni, tp saya rase hanya segelintir je la yang betul2 minat bidang ni, maksudnye, jadikkan bidang ini sebagai profesion mereka, tp kalo sebagai hobi tu rasenye jarang sangat nak jumpe kaum lelaki buat deco2 cupcakes ni....selalunye mereka ni lebih suke kepada hobi2 yang ekstrem....

KAGUM..KAGUM...

wahai..otai2 cupcakes....saya ingin menuntut ilmu dari anda.......
sebab2 saya sangat teruja nak blaja dan teruja dengan kecomelan cupcakes ni:

1. saya berangan2 nak buat sendri hantaran cupcakes untuk majlis saya nti, juga untuk
upacara potong kek....boleh ke????InsyaAllah....Amin...
2. kalau boleh dari hobi, saya nak jadik macam pengusaha cupcakes n yang jadikkan hobi
mereka kepada mata pencarian mereka....baguskan...dan sangat intelligent gitu, nti mase
untuk anak2 dan suami pon ade, sebab kite sentiasa ada kat rumah.
3. saya lebih berpuas hati dgn hasil kerja saya sendri, so ape yang kite nak, mesti kite tau
kan....
4. sebab saya MINAT, ye, yang penting minat mesti ade...

lagipon, saya mmg frust betul bile 4 the 1st time saya wat tempahan cupcakes mase birthday tunang dulu....macam xberbaloi membayar sekian2 harga dgn cupcakes yang alahai.........macam main blasah je buat.... :(

so saya harap, saya diberi kesempatan untuk mengasah bakat yang terpendam ni...**terpendamkah???atau memendam??**....
bilakah bakat ni akan dicungkil2 oleh org2 yang otai cupcakes ni..HIHI...


notakaki: macam sayang je nak makan cupcakes yang comel2 nie kan....



Friday, April 24, 2009

sakit kepala lagi???


sebelum ni saya ade jugak bagi petua pada sape2 yang slalu sakit kepala seperti saya...so, yang ni ade lagi petua sakit kepala melalui kaedah breathing therapy, so kite boleh try jugakla yang ni...

boleh sharing2 info yang ade....sharing kan caring.. :p

MULA

Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan, apakah fungsinya sama untuk menghirup dan membuang nafas?


Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya; sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

Jika Anda merasa lelah, tutup lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.

Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga gampang sekali panas, Lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin..

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sekali dingin.

Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah sekali marah.

Apakah Anda ada memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ?

Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, Anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

Saya biasanya merasakan sakit kepala, dan rasanya nyeri. Kemudian saya berubat ke doktor dan beliau mengatakan ,"Anda akan sembuh jika berumah tangga!" Doktor itu tidak cakap kosong. Apa yang dia sampaikan dibuktikan dengan teori dan bukti

Pada saat itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya makan ubat, tetapi tidak sembuh..

Pada suatu malam. saya duduk bersemedi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri. Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak ada lagi.

Ini adalah yang saya alami sendiri. Saya beritahukan kepada orang lain, jika sakit kepala, boleh mencuba cara tersebut, sebab sangat efektif buat saya. Banyak orang pun telah mencuba dan berhasil. Ini adalah terapi alami, tidak seperti memakan ubat dalam jangka panjang akan ada kesan sampingnya. Jadi kenapa Anda tidak mencubanya ?

Selalulah mencuba terapi perrnafasan ini, tubuh Anda akan merasa sangat tenang sekali (rileks).

SELAMAT MENCUBA!!

Thursday, April 23, 2009

Keserasian

~~perhatian:
entri ini ialah entri dimane penulis sedang sakit gigi,
gigi bongsu belah kiri beliau sedang mengamuk2 nak keluar dari tempat yang sempit 2...
dah..dahla tu keluar.menyusahkan tuan punye gigi betullaaaaaaaa~~~
kang ade yang beliau g cabut terus gigi ni kang~~~


ape nak tulis ni???mood n modal yilek...
terdesak sangat kah mau buat entri..wakakaka....

oklah...ape yang terlintas dan yang sedang saya alami sekarang...
sejauh mane keserasian anda dgn pasangan anda..

sila jawap soalan bersifat matematik ni:

aku mau ko xmau + aku xmau ko mau =

_________________________

a) saling melengkapi
b) tiada keserasian
c) ntahla, xtau nak jawap ape


kalau org yang positif mungkin akan jawap jawapan pertama, kalau org yang negatif akan jawap jawapan yang kedua, yang ke3 tu org yang atas pagar kot...so pandai2 lah anda menilai diri sendiri okay....

Jom buat ujian keserasian ni.........(kredit to:ehoza.com)

Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan "Ya" atau "Tidak". Sediakan pen & kertas, tulis no 1 hingga 20. Kalau jawap "Ya" tanda right.. kalau "Tidak" tanda pangkah.. soalan-soalannya...

(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?

(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?

(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?

(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?

(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?

(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?

(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?

(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?

(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?

(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?

Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan "Ya" sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab "ya" kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan "Ya" itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian.


Selamat Mencuba...!!!



::silalah nilai keserasian bersama pasangan anda::

kadang2 keserasian tu boleh tgk juga pada urutan dalam keluarga:

Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa
depan.

Tengah - Tengah (me n my fiance)
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi. Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian. ~~~~mungkin~~~~slalu gado, tapi cepat berdamai~~~

Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak
perempuan.

Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.


Wednesday, April 22, 2009

sekadar ingin berkongsi dan menjamu2 mata....xde niat lain selain niat itu

saje nak kongsi kat viewer sme samaada yang suka menyinggang, mencarik idea, yang tersinggah, terutama bakal pengantin, bakal2 yang nak bertunang....
saja nak share ape yang ada pada diri ini...**cewah ayat**

hantaran mase hari pertunangan dulu hasil tangan sendiri.. (^__^)

kaler tema: biru putih

baju nikah en.tunang

sirih junjung...
ambil idea dalam bentuk lain, tp jadik camni plak...daun sireh tu saya tonyoh ngan minyak sket, bagi shining2 gitu...

fruits...
buah2 ni pun saya tonyoh ngan minyak jugak, kasik kilat n nmpak yum..yum...

pandangan atas

manisan/kuihmuih
kuih2 yang makde sponsor..nampak sangat sedap..sempat jugak semut2 masuk dalam tu...malam sebelum majlis tu terpaksa bukak balik bunga2 tu sebab nak buang semut..HAHA


potpouri
bekas tu dibeli je...deco buat sendri...sonang cite..

kek
yang disponsor oleh makde jugak

kek yang dah letak dalam kotak...

body care from amway


gula-gula
yang mmg buat cincai2 jek...main campak2 je gula2 dalam sebab dah malas nak pikir nak buat cemane...HOHO

last but not least

ღMYSELFღon engagemant day













Tuesday, April 21, 2009

Macam-macam

cepat...cepat update..tgh rajin ni.....& xde keje...

aku rase pelik 2-3 hari ni...macam2 ragam manusia yang aku jumpe...yang sanggup menipu untuk kesenangan diri sendri...diorg xpikir agaknye berkat ke tidak dgn hasil penipuan tu...banyak2la bertaubat wahai insan2 yang tergolong dalam golongan ni....
mmg sangat2 xpatut....

dan ragam2 manusia yang sanggup buat ape saje untuk mendapatkan duit...yang sanggup mengemis walaupon secara fizikalnye masih mampu membanting tulang mencari sesuap nasi...

peristiwa berlaku sabtu lepas:
sampai je segamat dan trun dari bas, aku dgr ntah suara mane ntah tetiba menyanyi2 lagu patriotik....wah, semangat betul org ni...agak ade pertandingan koir patriotik ke berlangsung kat stesyen bas ni...HAHA..rupe2nye ade sorang mamat ni, berdiri tegak tepi tiang stesen bas, berpakaian baju pagoda putih n seluar 3quater, tgk perawakan die, mmg seorg pemuda yang bolehla tahan...**xdela sehensem tahap brad pitt weh..dan xdela buruk penagih dadah yang melepak2 kat bawah jambatan tu**,aku agak umur die akhir 20-an, aku xsangka die sanggup carik rezeki dgn cara macamtu...aku ingatkan die suke2 nak nyanyi kuat2, org2 yang tunggu bas terpaksa tadah telinga dgr die menyanyi, at least ade hiburan la sketkan...HAHA...xsanggup!!

rupenye, die mengharapkan balasan pada org ramai yang die ingat semua org sukela die menyanyi macamtu..
adela dalam 2-3lagu patriotik die nyanyi, lepastu die pergi kat sorg2 hulur tangan mintak balasan la konon hasil dari suara yang diSUMBANGkan pada org ramai...

aku?
aku xbagi ape2 pada pemuda ni, sekadar senyuman saja...sebab bagi aku, die masih ade kudrat nak buat kerja selain mengemis cara macamtu....tp senyuman tu pon dikira sedekah jugakkan...

ok, next stori
berlaku pada waktu yang sama:

aku dapat telephone call from sumbody yang mmg xkan berkat hidup die kalo die trus menipu org ramai mcm ni..
perempuan dari ntah-ape-ape-company SDN.BHD,konon2 nak cek hape ntah dari aku, mmg blur suara die, aku pon malas nak layan bile ade call dari org2 yang ckp die dari company bla..bla..bla..nak bla..bla...bla...ok!! BOLEH BLAH!!

die ty aku samada aku ade pakai kredit card ke x, aku ingat org bank yang nak promote kredit kad, buat mase ni aku mmg xde niat langsung nak gune credit card sebab dgn menatang ni nti aku boleh berhutang sesuka hati

aku just ckp aku xde krdit card, die still xpuas hati ty aku ade guna ATM kad yang ade VISA..
haaa...yang ni aku ade, sebab xpayah nak bawak cash banyak2 kalo nak beli barang...

boleh pulak pompuan B kuasa dua (B***H + B**L) ni tanya no 16 digit yang ade kat ATM aku tu...aku dah makin pelik dgn pompuan B kuasa dua ni....apsal plak nak mintak no 16digit ATM tu..gile ke hape...sah-sah ko nak songlap duit aku la ni...setahu aku no tu sangat2 P & C.
mmg xde kerjala pompuan B kuasa dua ni...yang xboleh blah tu, sore pompuan ni lembut giler, bersopan santun plak tu, mintak no tu walaupon die dah mintak beberapa kali aku buat bodo jek..ko ingat aku bodoh macam kau!!!!

aku malas nak sumpah seranah pompuan ni, sebab aku xreti.HAHA....aku trus off HP sebab aku takut die call lagi....huh, nasib baik aku ni cerdik sket, kalo makcik2 kampung ke, yang lurus bendul ke men bagi je no tu, abes duit makcik2 oii....

yang aku pelik, ntah dr mane die dpat no HP n name penuh aku tu....
so guys, sila berhati2la dgn call, sms, email yang ade unsur penipuan macam ni...sila ignore kalo ade yang cube2 mintak no2 P & C korang k....
silap hari bulan boleh putih mate dibuatnye...habis duit simpanan korg senang2 je dpat kat org yang x bertanggungjawab macam si pompuan B kuasa dua ni....
mmg xkan berkat sampai bila2...

mood:aku tgh geram, sebab tu penggunaan kata ganti diri boleh berubah2 mengikut kesesuaian mood penulis...HAHA...

ღ------------ღ-----------ღ-----------ღ-------------ღ

**aiyak....tetiba ade lep2 plak tu, xpe mood kene fleksibel sket, baru ade keseimbangan dalam hidup....btol x?**


crite lain:
berlaku pagi td tp dari abg aku sendri

abgku: Ca, ko ok x?
**aik, knape tetiba abg aku sangat concern pagi2 ni tanya aku ok ke x?**

aku: knpe tetiba ty ok ke x ni? ok je ni, da sampai opis da.

abgku: xde ape, malam td eyi mimpi ko meninggal, sume da bace yasin, eyi xdapat bace ape2 sebab menangis teresak2

**aku sengih je bace mesej tu,
huh, mainan tido sahaja, rase cam sweet pon ade sebab perkataan menangis teresak2 tu**


aku trus call die

aku: mainan tido je tu, tu la tido xbace bismillah...xbasuh kaki...
**aku gelak**

abgku: ek ele, ape kene mengena...
**die pon gelak**

sebelum end call, die sempat ty aku bawak krete ke g keje n berpesan bawak kete elok2...

cam sweet plak seorg abg berpesan begitu kat adik die...HAHA...
sebab abg aku jarang2 macamni... :p


::end stori::
:go home:






Monday, April 20, 2009

At Last

Alhamdulillah......
akhirnye penantian itu sudah menemui jalan penghujung.....
penantian itu sangatla menyiksakan okay.....

wah..knape nie???

ok...sila lihat countdown di sebelah kiri anda.....
yea, kami sudah ade tarikh untuk mengakhiri zaman bujang kami....iaitu pada 09.08.09....best jugak tarikh ni kan...ayah yang pilih...ditunda sikit tarikh yang saya nak tu...tp akad nikah sehari sebelum tu...okla...saya sangat berpuas hati dgn tarikh tu....mengikut seperti apa yang saya nak...

walaupon ckp2 org tua....

"eh..bukan ke nak puasa ke time tu..."

yela...mmgla nak puasa....tp saya xpeduli...hihi...
ade jugak suara yang menyampaikan pesanan;

"sepanjang puasa tu..korg kene duduk asing2 tau..siang2 jangan duduk 1 rumah..."


adoi....baiklah

ade jugak suara yang berkata begini;

"ade jugak yang kene puasa 2bulan berturut2 nih"


kronik sampai macam tu kah saya nak kawen 2minggu sebelum puasa???
entahlah.. i have no idea...

ape beza pasangan suami isteri yang baru berkahwin pada bulan6, bulan7????diorg tu pon pengantin baru jugakkan...

bagi pandangan sayalah kan....
best ape dapat berpuasa dengan org baru dalam hidup kite..sebelum ni puasa sorg2...xkan kesah pasal berbuka nak makan ape, nak sahur ke xnak...ikut sesedap hati, sesuka rasa...kalo serasa malas nak bangun, gamaknye minum air masak ajela yang mmg dah tersedia di ujung katil, duduk kejap sambil mata tertutup, baca doa..bismillah memadai, dapat seteguk 2 jadikla...begitu pemalasnye anak dara..HEHE...tp kalo rase terajin nk bangun,waktu2 dinihari tu bolehla rase ayam tandoori ke, pucuk paku masak lemak ke, ikan siakap stim ke ....HAHAHA...Ah tipula tu..
:)

terawih...ye..pegi terawih same2.syokkan.... :)

tahun lepas xterfikir plak yang tahun tu adalah tahun terakhir saya berpuasa dan berhari raya sebagai anak dara...and then tahun ni, dah kene stat mengikut sistem bergilir...adoi macam xpercaya plak.....dulu..ade aku kesah pasal ko nak raya mane dulu, umah aku dulu, rumah kau dulu..yang penting destinasi berhari raya saya adalah 1, cuma die segamat...paling kuat saya pergi beraya pon kat melaka...itu pon kalo ade org ajak...lain dari tu xde...almaklumla, dulu mane ade kete..kalo org xajak, ko jangan berangan nak kuar kampung pegi raya kat umah kawan2, sedara mara...balik2 saya akan g umah atok belah ayah, pastu g umah atok belah arwah ibu pulak...*mereka berjiran* tu lah keje saya pada hari raya...sampai ke petang macam tu..boring x??boringkan.....HAHA...

yeay..tahun ni..insyaAllah akan berubah...time ni mestila nak jalan2 jauh sikit, almaklumla, sedara mara dah bertambah ramai...nak tayang kat sedara mara suami pilihan hati sendri...sambil pakai baju sedondon..sedondon...macam suami isteri yang lain....**sehati sejiwalah katakan**

"b, tahun ni kite nak pakai baju kaler ape???ape?? baju nikah..okay, boleh aje..."

adoi....jauh bebenor pulak cik fashya ni berfikir n berangan...well, saya mmg ske berangan...
ok dah..dah..stop..stop dulu.....
sila siapkan keje ape yang patut....
daaaaaaaa

Friday, April 17, 2009

entah

balik2 lagu aku sayang kamu...
balik2 lagu cinta ini
balik2 lagu entah...


3 jela lagu yang saya dgr dalam hari ni....
tengah kemarukla ni....
busan arini....
mata mengantuk betul....
pukul 4pagi dah terjaga sebab black out sampai 6.40am...
panas, xtentu arah dibuatnye....
pandang sekeliling gelapppp je.....
takoot!!


mood pagi2 td konon2 nak loving2, nak suke2, nak bersyukur sentiasa dgn nikmat yang diberikan,seperti xmau busan2, xmau emo2, xmau tension2..walaupon mood saya xbrape nak stabil..

~nak sukeeeeeee dgn keje injet menginget .**mintak perhatian, saya bukan seorg doktor, tp keje saya ada persamaan dgn seorg doctor seperti injet menginjet, memakai coat yang putih suci, (cume xde stetoskop dileher), membelek sana membelek sini, cume Dr membelek badan manusia, aku membelek mesin* LOL...

~nak sukeeeee dgn bilik yang baru dikemas semalam, banyak barang yang telah dibuang**rupenye saya banyak simpan sampah**LOL lagi....**xlame lagi saya nak dapat rumet :(**
so i have no privacy lagi....

cemane saya nak buat bising bergendang2 dgn mesin jahit saya, nk tebar2 kain 4meter saya nak buat baju, selama ni sesuka hati saya nak tebar kat mane je saya suka, bersilat ke bertinju ke hape dalam bilik kerja kan kain tu sampai jadik baju kurung yang comella sangat untuk dipakai...
cemane saya nak cakap romantik2 dgn en.tunang dlm phone.WAKAKA...**saya sangat malu nak ckp dgn en.tunang kalo ade org disekeliling saya**kalo org lain xpe, saya suke ckp kuat2...



~nak sukeeeeeeee pegi keje lalu taman U yang banyak kereta....kereta2 yang memandu disana sangat hebat cilok mencilok...so, anda kene berhati memandang kiri dan kanan semasa memandu k...walaupon itu adalah jalan anda, tp anda tetap kene mengalah membuat brek mengejut secara tibe2 bile anda nmpk kereta yang xreti nak menyabo tetiba masuk macam xtahan nak berak ke nak kencing.ntah xtaula.....mentang2la sticker P masih melekat kat dashboard Mr. Bubble tu...ko tunjuk eksen plak ek....P saya dah abes ok, cume ayah je xbagi saya buat P tu... :(

" aca jangan buang P tu tau, dah abes P pon jangan buang"
"nti kalo org tgk kete aca ade P...oooo...org akan berhati2 sket"
LOL lagi...


ceh....sedih je dgr...tp elok jugak saya xbuang P tu...saya ni bukan 100% berani bawak kereta lagi...walaupon confidence level tu dah tinggi jugak...kalo xtinggi xsampai Mr. Bubble tu ke segamat okay...HOHO....

~nak sukeeeeeeeee dgn hari2 yang mendatang....this wiken a.k.a esoklah kan...
saya perlu dan wajib balik ke segamat....hati n badan ni ade semacam malas sikit2 nak balik...
his parent nak dtg, minggu lepas patutnye beliau dan beliau dtg tapi ade hal sket so bawak ke minggu ni....saya balik naik bas sudah........xyah nak penat2 kan diri bawak kete balik, lagipon ujung2 bulan ni...keadaan kewangan xmengizinkan....oh gaji..bilakah kau??? oooo minggu depan...yeay!!!

Hopefully permintaan dipenuhi oleh parent kami...untuk nikah pada 7.8.09...best x tarikh tu?
bersamaan besday saya yang ke25....amin.......
tp kalo xboleh saya redha jela....mungkin ade hikmah..ye x???

em after this, kalo dah ade tarikh, dah ade pressure, baru ade perasaan nak giatkan persiapan menjelang hari bahagia...CEWAH!!...

yeay...nak buat bunga Dip...hopefully lepas ni menjadik.

i dedicate this song to my lovely fiance :)

Siti Nurhaliza - Cinta Ini

Betapa Engkau Menyintai
Agungkan Aku Bagai Seorang Puteri
Selalu Kau Puja Diriku Ini
Melayang Aku Tak Memijak Bumi

Namun Terkadang Ku Rasakan
Apakah Sikapmu Tak Berlebihan
Aku Wanita Tak Sempurna
Bukan Sekilaunya Batu Permata

Marilah Bersama Jalani Cinta Kita Apa Adanya
Saling Mengerti Dan Sudi Menerima
Kita Manusia Biasa
Marilah Menjaga Kesucian Cinta Rahmat Yang Kuasa
Saling Berpadu Hati Untuk Berdua
Dalam Dakapan Mesra

Nikmati Suka Berbagi Duka
Seiring Denganmu Aku Bahagia
Genggam Jemari Dan Berjanji
Setia Selamanya Sampai Akhir Nanti


i love this song very much
untuk download click sini

Wednesday, April 15, 2009

Percubaan Pertama

menonton tv bukan lagi kegiatan utama saya setiap malam,....after maghrib je....saya lebih suka memerapkan diri dalam bilik.....nak tgk tv pon xbanyakla cite best.....

so malam td...aktiviti saya dalam bilik...buat bunga dip...hehe...actually dah lame beli pencelup ni...cuma nak buat tu macam takut2 jek....takut xjadikla, takut xcantikla...

abes tu kalo takut buat ape belikan...baik aku cube je....

so ilmu2 yang dah dicurahkan oleh yana n honey saya praktikan....
saya guna dip yang ni....



saya beli dekat segamat dengan harga RM15/botol...memandangkan harga kat JB ni rm10 lagi mahal.....kebetulan last month aritu saya balik segamat, so saya survey dan dapat harga yang berpatutan.....

so saya beli warna merah n putih dulu....sikit2 la dulukan..bile dah xpert n dah pandai buat bunga dip ni...saya boleh beli lagi.....




percubaan pertama saya, saya try buat bunga morning glory yang di ajar oleh hani secara maya.....sambil2 borak dgn en. tunang dalam telefon...sambil2 die dgr saya bebel2 pasal bunga ni....gelak2 sebab xjadikla apela....saya gentel2 dawai ni sampai jadik rangka ni.....


xjadik sangat.....rase cam buruk...kemek sane sini...ni pon men ingat2 camtu je....at last ade jugakla rupenye walaupon x sama macam hani buat...
mungkin sebab dawai yang saya beli ni sangat lembut....senang sangat berubah bentuk die...xstabilla kirenya..HUHU...
ok xpe....asalkan jadik bentuk die sudah....







HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHA...
saya gelak guling2 dulu.....

erm....bile dah kene celup dgn pencelup die....nila hasilnye....berlobang sane sini....bentuk die pon dah berubah abes....x cantik langsung!!!!

mane x nye....bunga ni xmasuk betul2 dalam dip..pas2 saya paksa2 die masuk jugak sambil tonyoh2 kat dalam dip tu...

tgkla betapa xsabarnye saya dgn mende ni...





ni pandangan dari atas....BURUK!!!!

bercompang camping....berlobang2...

HAHAHAHAHA......

percubaan pertama saya totally FAILED!!!





-------------------------------------------------------------------------------------------------



lepas tu nak try plak bunga yang ni......excited giler bile tgk jadik macam gambo2 expertise buat..HIHI...dalam hati...menjadik jugak aku buat..HAHAHA..

saya cucuk atas polisterin makanan tu je, sebab saya nampak mende tu je kat depan mata..HUHU...em...rase xsabar nak cantum...

tp warna dip ni bukan seperti yang saya nak..ni kale pink..saya nak kale merah....adoi....








setelah dicantum......**saje cantum sebab xsabar nak tgk hasil die**....kalau ade manik2 kat tengah2 tu komfem cantikla...huhu...tp malangnye...ade kelopak yang berlobang sebab saya xde strength thinner...so mase pintal2 nak cantum tu, ade kelopak yang terkoyak...cedihnye......

saya buat xkemas....mungkin boleh diperbaiki lgi...nampak x lompong beso kat kelopak tu....
so percubaan kali pertama untuk bunga ni pon FAILED......HAHAHA....

xpe, saya xkan putus asa..buat lagi dilain masa....




MISSION FAILED!!!



tapi....bau pencelup ni sangat menyengat sekali..walaupon bau die bolehla dikatakan wangi jugak tp kawan2 jangan asik sangat menyedut pencelup ni ye....sebagai seorang chemist..**eh..bile mase jadik chemist plak ni???** atau dalam erti kate lain saintist...**lor saintist plak dah, dah rase cam Albert Enstein plak** dan dalam bahasa melayunye penyelidik yang biasa dgn bahan2 kimia ni...jangan cium direct pencelup ni..kalau boleh tutupla idung tu sket, macam ninja..ok...ninja yang tutup hidung..bukan tutup mata okay kawan2....xbagus untuk kesihatan...kalau kat umah ade kebuk wasap macam dalam lab saya ni, lagi bagus...HEHE....boleh menDIP dalam ni k....

Monday, April 13, 2009

poco-poco

malas la weh...

badan sakit ya Rabbi..Allah je yang tau..

ni sume gara2 dah lame x exercise....badan pon naik lemak...manje2 alahai...

sesekali bergerak secara agressif semalam..hambik kau..pagi td badan saya terasa kebas semacam...

nak bangun pon adoi...lemah longlai weh...waaaaa sakit kaki, bahu, tengkuk, perut, sume sakit...

nway sonok semalam 4 da 1st time saya buat poco-poco..
tp bukan poco-poco ni yang buat saya sakit bagai ni..
b4 that bantai joging 1pusingan taman reaksi kat taman pulai perdana 2..
..lame btol xjoging...
pastu teringin plak join uncle2 n auntie yang tgh buat senaman ape ntah kat taman tu....

join sekejap je...pastu diorg buat poco2 plak...ape lagi...amik kesempatanla nak join ....
mule2 berterabur jugak step kitorg ....dahla duduk depan....tp bile dah lame...aiyaaa....naik syok plak....xmau berenti rase....

ewah...ewah.....poco-poco lagi...
lagu die pon best jugak....


poco-poco ni rilex je...step die pon xdela susah sangat nak ikut...
pakai baju kurung pon boleh buat poco-poco ni......

kat opis ni pon setiap hari rabu after work, staf2 UTM buat poco2 ni...boleh la join nti...mule2 tu malu sebab ramai yang bersidai tgk dari yang join menari poco2 ni....tp bile dah tau sket step nak menari ni..okla...bolehla tunjuk terer sket nti...hihi...jangan xcaya, walaupon pergerakan die mudah n simple, boleh keluar peluh jugak tau....and penat jugak tau....

so MARI BERPOCO-POCO...yeay!!

Tuesday, April 7, 2009

kusut

Bismillah....

Erm...xtau cemane nak start entri ni........
Disebalik kesulitan hati yang yang tgh tunggang langgang....
aku mmg suke tgk balik pic2 yang di edit oleh en tunang.....dari situ hati akan sejuk sikit....
aku sendri pon xtau dimana silapnye.........ape punca nya....

huh!!!

hati tgh gundah gulana.....

otak serabut sarabai...

minda xboleh berfikir dgn waras....

fikiran kusut.....

...................................???.........................???..................????.......................???............................???.........







aku xnak crite panjang....aku tau die sayang kat aku...........dan aku pon sayang kat die...


aziyana: pinjam skit kata2 dari blog yana ye:

"jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. … akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya"

"kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga
"


-------------------------------------------------------------------------------------------------
<>

sekitar tahun 2006...aku baru je lepas grade tp n still tercari2 kerja.kebetulan masa aku mengganggur tu, makde aku tgh pantang,dan aku dipertanggungjawabkan untuk jadi nanny anak2 die, pendek kate cam bibik la...kemas rumah, masak, basuh baju...selain tu,kerja aku surfing internet,buka iklan jawatan kosong, bukak jobstreet, hantar resume sana sini, print resume,pos resume...2 ajela keje aku....

sambil menyelam minum air jugak...aku sangat aktif ber'ym' dan berfriendster....mase tu still single n available....so aku taram je sape2 yang nak berkawan dgn aku...al-maklumla..jiwa tgh kosong....haku pedulik ape.....lagipon time tu aku betul2 tgh frust dgn kaum adam ni yang suke sangatla berpoya2 xtentu pasal..buat hati pompuan ni macam ape jek..HAMPEH pada jantan2 itu....(tp aku xkate semua OKay)-jangan ade yang terasa plak....

Friendster----ye, friendster la yang menemukan aku dgn en tunang...bermula dgn bermesej2 di FS, lame jugak....dalam 1-2bulan kot....

lame2 agaknye die dah malas nak bermesej2, die mintak no HP....aku still jual mahal lagi..aku xbagi..that time jiwa aku still kosong mcm tong dram kosong kalo ketuk2 pon xkan sedap didgr.....aku rase lelaki semua sama jek.......

at last die bagi no HP die...
dan akhirnye aku pon akur jugak...
aku bagi jugak no HP aku kat die...

bermula episod ngorat2 mengorat di HP pulak..
mase mula2 die call aku....aku terkejut berok..
suara die sangat BESAR!!!
aku gelak kuat2 dgr sore die ....tp aku cover2 dulu la...
pas ckp dgn die baru aku gelak guling2...

boleh dikatekan setiap saat detik die nak call aku je manjang...
kejap2 die call, kejap2 die call lagi..
alih2 name ko lagi yang naik kat Hp aku ni.....

huh!!!hati aku masih kosong lagi......
ah!!lelaki...semua sama....over ngorat aku camni..wakaka..prasan lebey...

xpuas call mengecall....
alih2 die nak jumpe aku plak...
adoi mamat nie...over betulla....

disebabkan hati yang sebal xde perasaan...aku setuju je...
so, pertemuan diatur di KLCC...2-3 hari sebelum hari raya...maknenye 1st time aku jumpe en. tunang mase bulan puasa la kan...ish..ish..ish....

tp die buat spoil plak mase 1st jumpe tu..die dtg lewat...1jam okay!!
uh..lagi aku xde perasaan dgn mamat ni...
aku dah sejuk2 dalam KLCC tu sampai aku nak balik dah...xmau jumpe die..
tp die merayu2 plak suruh stay dulu...ceh!!die ingat die sape nak soh aku tunggu lame2..

tp nasib baik kesabaran aku ade lagi..oklah..aku tgu lagi...
HAHA..lawak2 1st time jumpe aku nampak muke die,
aku bleh plak sengih2 kerang busuk kat situ padahal sebelum tu hati aku menyumpah2 punye mamat..lambat giler...

die pon sengih2 kerang busuk jugak nampak aku 4 da 1st time....sebab dah lambat
dari situ la......akhirnya...kami makin rapat....n skang dah nak masuk tahun ke 3...

die ckp, kalo aku balik jugak mase tunggu die aritu, mesti die dah malu nak ajak aku jumpe 4 da 2nd time n mungkin die akan xdapat kenal aku...HAHA...

ade 1 lagi insiden yang buat aku malu 100x malu....
korang jangan xcaya aku penah nak terjun kereta mase kete tgh jalan...
semua gara2 sebab aku penakut dgn lelaki yang aku baru kenal...HAHA...
aku malu nak crite kat cni...tp ape punya akula...
xcaya kat die sampai nak terjun2 dari kereta...
HAHAHA...sila gelak guling2...sumpah MALU seh!!

kenangan tu kalo di ingat balik..kitorg gelak sakan n mula la muka aku
blushing2 malu,sambil pukul2 manja dush..dush kat die...auw..MALU i....

HAHAHAHAHAHAHA
gelak guling2..

...................................................................................................................................................................



......tp hati aku sedihla skang....







Monday, April 6, 2009

die datang lagi....

hari ni saya mengalami sindrom sakit kepala lagi....
walaupon saya pakai cantik2 arini macam nak g kenduri kawen....sepasang baju kurung pahang dari kain sari yang di beli di kamdar hasil jahitan sendiri dipadankan dengan tudung ala-ala ikin......konon2 pakai cantik2 camni, konon2 datangla semangat dan akan hilangla monday blues yang biasa sangat dialami pada hari isnin.....

TAPI.....

kepala yang sakit ni buat saya sangat tidak productive....masalah kerja yang perlu diatasi,
saya xdapat berfikir dan selesaikan dgn baik.......
saya biarkan masalah tu, dan terus menulis blog ni....adoyai...

konon2 jugak, dengan semburan perfume baru Clinique Happy yang baru saya dapat dari makteh,dapat buat saya bersemangat nak buat kerja harini....arghhhh!!!!

tp kepala saya sakit berdenyut2...kalau dapat selelap dua ni mesti best giler...saya dah terlena kat surau td bile kepala disorongkan bantal...tp xbestnye sebab dapat lelap kejap je...tgk jam dah pukul 2.30!!!....hujan plak turun ala-ala romantik gitu..buat saya syok giler untuk menutup2kan mata ni....mata terkebil2...tahan mata yang mengantuk ni....adoi!!kenapa arini hari isnin???bukan hari ahad..HAHA....

ish....time ni lah terasa nak mengutuk2 diri sendiri....time wiken ko xreti duduk rumah...merayap sana...merayap sini...pegi rumah org tu..pegi rumah org ni...jumpe org tu..jumpe org nie...HAHA....almaklumla...sejak ade kete ni, saya mmg susah nak lekat kat rumah bile time wiken...ade je program nye..HIHI....

maybe this wiken pon saya mungkin xde kat rumah sebab saya kene balik kampung..his parent want to come to decide our wedding date...hmm...saya pada asalnye xnak balik, biarla org tua je yang decide men'decide' tarikh ni tapi akhirnye terpaksa akur bila ayah saya suruh jugak saya balik kampung.....mungkin banyak mende kot die nak bincg....

lately, ayah nampak bersemangat suruh saya buat tu..buat ni untuk wedding saya...siap ade kertas kerja okay untuk wedding saya nti...ayah mmg camtu..die mmg bersistematik kalo buat 1-1 mende....setiap perinci die nak catit..Al-maklum la..pencen askar...
ayah suruh saya senaraikan jemputan...saya xbuat2 lagi...kalo die nak tgk nti....kalo xde senarai tu..komfem kene bebel..HIHI....so before this wiken saya kene make sure saya dah buat senarai jemputan.....


uh..daripada sakit kepala td, saya boleh plak meleret2 pegi ke crite lain....
mungkin mase sakit kepala kot saya boleh menulis...AGAKNYALAH.....

ish..rasa macam magik plak....dah xsakit kepala la......
ok...saya mau sambung buat keje...saya terpakse mengular kejap dgn menulis blog nie..HAHAHA...ok...chiaw...



ah...sebelum tu.....MACAM REAL JEK....

COMEL..COMEL...

Selamat Hari Lahir Sayang


HAPPY BIRTHDAY TO MY FIANCE YANG KE-25



Cupcakes ni saya bagi suprise untuk en tunang saya mase besday die pada 1 April lepas....sedikit kecewa dgn hasil pembuatan cupcakes ni sebab xseperti ape yang saya jangka kan....sangat simple n tunang saya kate die buat xkemas..tp die kate sedap...

sampai sekarang org yang buat tu xbagi lagi akaun no die untuk saya buat pembayaran..pelik jugak saya.....hmm....

die pon xsangka tetibe dapat kek...n die pon pelik cemane saya buat delivery...hihi...

ucapan untuk en tunang....

*semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...
*semoga lebih tabah
*semoga lebih matured k...hihi...
*semoga dan semoga yang baik2 saja sya doakan......
*love u always........





Friday, April 3, 2009

sebab anda pilih pasangan anda?

Saje nak kongsi email yang saya dapat dari seorg kawan :)

Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.
Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.
Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.

Ada 5 perkara berlaku serentak:


1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...

OK, dah habis fikir dan buat keputusan?

.

..

...

....

.....

......

Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?

Baik, mari kita semak jawapan anda...
apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.


* Kalau anda memilih untuk menutup air mendidih : mungkin menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : mungkin menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : mungkin menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : mungkin menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : mungkin menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.


Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

Selamat Mencuba.

Wednesday, April 1, 2009

ERK........

erk.....boringkan......
blog nie asik cite pasal kawen, pasal org kawen......

saya pon cam dah nek boring....
ntila saya try tukar tune blog saya ni...
HAHA..........

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ