Thursday, April 23, 2009

Keserasian

~~perhatian:
entri ini ialah entri dimane penulis sedang sakit gigi,
gigi bongsu belah kiri beliau sedang mengamuk2 nak keluar dari tempat yang sempit 2...
dah..dahla tu keluar.menyusahkan tuan punye gigi betullaaaaaaaa~~~
kang ade yang beliau g cabut terus gigi ni kang~~~


ape nak tulis ni???mood n modal yilek...
terdesak sangat kah mau buat entri..wakakaka....

oklah...ape yang terlintas dan yang sedang saya alami sekarang...
sejauh mane keserasian anda dgn pasangan anda..

sila jawap soalan bersifat matematik ni:

aku mau ko xmau + aku xmau ko mau =

_________________________

a) saling melengkapi
b) tiada keserasian
c) ntahla, xtau nak jawap ape


kalau org yang positif mungkin akan jawap jawapan pertama, kalau org yang negatif akan jawap jawapan yang kedua, yang ke3 tu org yang atas pagar kot...so pandai2 lah anda menilai diri sendiri okay....

Jom buat ujian keserasian ni.........(kredit to:ehoza.com)

Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan "Ya" atau "Tidak". Sediakan pen & kertas, tulis no 1 hingga 20. Kalau jawap "Ya" tanda right.. kalau "Tidak" tanda pangkah.. soalan-soalannya...

(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?

(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?

(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?

(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?

(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?

(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?

(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?

(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?

(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?

(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?

Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan "Ya" sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab "ya" kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan "Ya" itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian.


Selamat Mencuba...!!!



::silalah nilai keserasian bersama pasangan anda::

kadang2 keserasian tu boleh tgk juga pada urutan dalam keluarga:

Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa
depan.

Tengah - Tengah (me n my fiance)
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi. Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian. ~~~~mungkin~~~~slalu gado, tapi cepat berdamai~~~

Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak
perempuan.

Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.


4 comments:

  1. hehe..kite dpt lebih 16: berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan..ameen..^_^

    tapi kan kak, soklan no 7 ngan 15 tu macam negatif je..kalau jawab 'ya' then tak dapat markah..kan?

    sama jugak ngan akak.. mr fiance ngan kite tengah-tengah..hihi

    ReplyDelete
  2. opp, btw, syafakilLah..semoga gigi akak cepat sembuh+tak meragam lagi..adess..memahami~

    ReplyDelete
  3. hihi, akak pon xbuat lagi ujian ni....time kasih...doakan akak...sakitla gusi ni..adoi~~

    **aik...sakinah...apsal akak xleh masuk blog awak????
    add ye kalo xkeberatan n_fashya@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. akak! kte dah invite akak aritu. tp td dah re-invite lagi.hehe. akk kne approve kan kat mail, masuk kat email yahoo tu, then accept invitation baru bley view k ^_^

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ