Thursday, April 28, 2011

Sarakids Gathering

Sarakids gathering: Buat aku jejak ke bumi Selangor setelah sekian lama kot tak jejak sana, maybe sejak abes berpantang kan Husna.

Bila dapat tau Sarakids nak buat gathering secara besar-besaran kat Shah Alam, hati terfikir nak sangat join event tu. Mulalah mengendeng-ngendeng hubby suruh bawak aku n Husna ke sana, mula-mula hubby cakap okay, tapi at last dia cakap susah nak pegi balik. Ah, sudah. Hati dah meronta-ronta nak pegi dah ni. Setiap kali jengah blog Kak Farah yang sentiasa update tentang gathering ni, setiap kali itulah hati sangat-sangat meronta nak pegi. Ini serius................

Allah makbulkan doa aku untuk menyertai event ni, bila dapat tau Mama Shifa yang dari JB pun nak join event ni. Aku dengan muka tak malu pun mengendeng-ngendeng sekali lagi untuk ikut diorang ke Shah Alam. Dasar muka tak malu. Heeeeeeee.. Tapi nasib baik Mimi n hubby dia sporting kasik aku ikut diorang. Aku dah tak kira dah ni, malu ke nak seret muka kat jalan ke nak buat ape ke, nak jugak ikut diorang.

Shifa yang good girl, baik aje dalam kereta. Peramah asik tegur acik n kakak Husna kat belakang.


Alhamdulillah, perjalanan dari Jb ke Kl berjalan lancar, cume kami agak sesat sikit bila dah sampai Kl. Biasalah, jalan Kl, bukan boleh aci sangat signboard diorang. Tulis dalam peta kene terus tapi tak sampai-sampai jugak. U-turn seploh kali pun tak jumpa-jumpa. Tapi Alhamdulillah, sampai jugak ke destinasi. Hubby pick up aku dan Husna kat hotel tempat Mimi check in kat PJ. Nasib baik dia tak sesat nak cari hotel tu.


Sebaik saja naik kereta, Husna terus duduk ayat ayah, sambil berpeluk-pelukan. Uwek, nyampah ibu. Haha. Terjeles plak dah.

Terus ke cerita seterusnya................

Kami sampai DARC (Denai Alam Recreation Centre) seawal 9.15 pagi. Acara bermula pukul 10.00 pagi. Semangat ke tak semangat tu. Saja keluar awal takut sesat. En. Mokh duduk Klang, tapi kadang-kadang sesat jugak. Bukan selalu jejak ke tempat-tempat camni. Maka, kami. Eh, bukan kami tapi aku yang tak mau terlepas satu pun acara memaksa hubby, adik yang gedik nak ikut dgn Husna cepat-cepat bersiap. En. Mokh ajak breaskfast pun aku tak mau.

Pintu masuk DARC


Buat pembayaran, sebab memang dah plan nak Walk in je.


Dah bayar, turunkan tandatangan ye. SAY YES TO BF,
dah macam retis plak, bak kata mama Misha

Close Up sikit.....

Sebelum acara bermula, aku bawakla Husna jenjalan sekitar DARC ni. Actually tempat ni, tempat menunggang kuda. Sapa-sapa yang teringin nak menunggang kuda datang jele tempat ni. Nak promo lebih-lebih tak reti. Yang penting banyak kuda kat sini.

Muka Husna tengok kuda, banyak kan kuda Nak, Ibu pandang depan, bila acara nak mula nih...nampak no tak sabo....

posing dululah eh Husna

Tema hari tu; Ibu-pink, Ayah-hitam, Anak-merah

Melayan Husna yang excited sangat nak jalan.

Saya jumpa dengan Kak Alin n her daughter yang sangat adorable.

Kak Alin sangat hardcore dalam Bf journey. Yang saya kagum sesangat bila dia boleh manage bawak EBM dari Korea ke Malaysia. Sila la terjah blog Kak Alin aka MommaMia ni eh kalau nak tau lanjut. Kak Alin bawak 2 orang anak dia sendirian. Lil Dzakirah n Damia yang sangat-sangat behave walaupun cuaca agak panas kat sana, tapi diorang maintain sopan santun. Damia so cute, dan tak takut orang, suruh smile, dia bagi senyuman menawan gitu. Cair acik tau.


Adik gedik yang nak ikot, dan dia jugakla yang bertanggungjawab buat hadiah Rijal tertinggal kat DARC. Sebab ape aku kate gedik, sebab sepanjang majlis dia tidur dalam surau. Sedap ko ye.. pastu ditinggalkan hadiah Rijal dalam surau. Cis...cis...cis.....

Tengokla tu..tengokla. So cute!

Masa ni Husna dikidnap oleh ayah. Ntah ke mana ayah dia bawak. Lama plak tu, sebab tu Husna takde dalam pic. Dia dah mengantuk masa ni.

Tidur, lepas mengamuk. Anak dara ni kalau tak mengamuk tak sah. Tengok anak orang nak tidur senang je lentuk atas bahu mak masing-masing. Bagi susu pun tak mau. Panas gamaknya. Ish, anak ibu ni.....takkan nak jadik puteri lilin kot. Ibu tak ajar lah!... :p


Antara acara yang berlangsung:

#Upacara pelancaran breastpump Modu oleh Sara. Sara naik kuda menuju ke pentas dengan bawak pump Modu. Masa Sara sampai ke arah Farah, saya hampir-hampir menitiskan air mata, bukan hampir, tapi dah keluar dah air mata tu, tapi bila Mimi sapa dari belakang, terus aku seka air mata. Kang kantoi plak Mimi tengok aku tengah syahdu syahdan tengok Sara n Farah berpelukan kat atas pentas tu. Hihi. Kalau tau perjalanan penyusuan Kak Farah dari Sara, Syasya n Ian, pasti tau apa yang berlaku... Sebab tu la aku sebak tau.

#Menyanyi lagu; Menyusu, sama-sama. Lagu tu best sangat. Dan yang paling best bila ada pic saya dalam video ni. Hoyeh! hoyeh! Nasib baik En. Mokh sempat tengok pic tu dalam layar masa menyanyi lagu tu.



Minit ke 1.40. :)

#Pertunjukan fesyen, baju menyusu oleh celebriti Tv3.

#Demo ClothDiapers, cara pemakaian Ring sling.

#Pertunjukan Red Indian, lagi ade dinasour, ade Ultraman. Ada Splash Pool.

#Menyanyi ramai-ramai atas pentas. And the best part masa Kak Farah bagi ucapan kat depan dengan ibu-ibu atas pentas, saya tengah syok makan kat belakang. Tak dapat nak join sekali. Ish, rugi..rugi...

Mama Shifa. Thanks Mama n Papa Shifa yang sudi bawak Ibu Husna ke Shah Alam. :))

Acarawajib: Bergambar.

Difahamkan seramai 650 orang yang hadir hari tu. Boleh tahan ramai jugak tu.....

My Idol. Kak Farah Farhan yang sangat cantik, peramah, senyum aje. N tak putus-putus say Thanks pada kami yang hadir.

Antara Ibu-ibu yang hadir. Lautan pink.

After majlis, saya, Husna, Mimi, hubby Mimi n Shifa terus balik Jb. Walaupun hari sangat terik, panas., tapi saya agak berpuas hati sebab dapat jumpa ibu-ibu seperjuangan. Dalam kereta, Husna tidor dari Selangor ke Johor. Penat sangat la tu. Malam kami lepak sepuas-puasnya.

To Kak Farah n team. Syabas diucapkan, semoga maju dan terus maju. Walaupun digasak dengan tohmahan, tiada apa yang dapat menghalang untuk teruskan perjuangan. Agi Idup Agi Ngelaban. Bak kate orang Serawak kan?

1 comment:

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ