Friday, April 15, 2011

Pagi ahad

Apa nak update ni ye. Hari ni dah ari Jumaat, cepat betul dah abes minggu ni. Nape cepat sangat nih? Apa yang aku dah buat sepanjang minggu ni. Minggu ni ayah Husna datang lagi. Aik, macam baru je lepas jumpa minggu lepas. Dah nak jumpe lagi? Hihi, kau ckp dah macam tak suka jumpe laki plak dah. Mane adelah, acah je.


Korang-korang, ingat lagi tak cite katun ni. THE SMURF. Ingat lagi tak? Aku ingat sangat-sangat dengan katun ni. Kalau tak silap masa darjah 1-2 katun ni ditayang kat TV. Skang ni kan, katun ni ditayang semula dekat Tv3 setiap ari Ahad pukul 9.

Sangat mengimbas kenangan betulla cerita katun-katun yang dah lama macamni. Kecik-kecik dulukan suka sangat tengok cite katun. Tak sangka plak dah ditayang balik. Rasa macam jadik kecik balik plak. Bukan ape, selalunya tiap pagi ahad, kitorang kan lepak dalam bilik je. Bukak TV, pukul 8 am cerita Sarapan, lepas tu cerita katon ni, lepas tu SpongeBob, lepastu ben10, lepastu ntah katun ape-ape ntah lagi. Boleh dikatakan setiap pagi ahad macamnila. Macam di rotate-rotate je. Tapi best, sebab time nilah ayah Husna dapat bermesra-mesra dengan mak anak. After kul 12 barulah merayap ntah kemana-mana aje disekitar Jb nih.

Ape motif la entri ni. Sebenarnya takde idea nak mengarut kat sini. Mood malas segala benda melanda arini. Syukur jugak sebab arini last report segala benda yang dibuat hari-hari. Boring seh buat report-report tu. Macam terkongkong pun ade, macam dibuat-buat pun ade. Ade yang tak paham eh? abaikan jela..Penulis tension, bingung dan malas. Okay...daaaaa...perut sudah laper. Dah masuk lunch hour. ^_^..

4 comments:

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ