Monday, April 4, 2011

Hari Isnin, cerita tentang hujung minggu

Assalamualaikum and Happy Monday!
Baru perasan hari ni my doter turn 11 month! Happy 11month sayang. :) Kesian dia hari ni, batuk dan selsema tak reda-reda, hari sabtu demam sehari, next day okay tapi didatangi batuk yang makin teruk dan hidung berlari-larian.

Hujung minggu kami, seperti biasa ayah datang jengok kami, dah sebulan lebih ayah rajin datang every week walaupun sabtu kena keja full day, after keje naik bas sampai JB pukul 10malam. Owner Hotel Kelana tuh dah kenal kami agaknya sebab kami every week check in kat situ. Haha. Kami dalam proses nak tgu loan rumah approve, doa-doa lah approve. Supaya kami dah tak merempat sana sini lagi. Sedih betul. :p

Bukan saya tak mau sewa rumah, tapi sebolehnya kami cuba untuk beli rumah dulu, kalau tak dapat, baru carik rumah untuk disewa. Hubby ni tak tau lah dia eh, dia fikir, dari sewa rumah, baik beli rumah. Ntah. Ikutkan ajelah. Kadang-kadang nak buat keputusan hal yang sebesar-besar macam ni, kita kena main redah je kan? Betul ke konsep ni eh? Kalau asik nak berfikir je, tunggu dulu-tunggu dulu, lama-lama tak terbeli. Bukan ade duit sangat pun nak beli rumah, rumah sekarang mak ai, mahal-mahal. Makin lama makin mahal, so marilah jadik kamikaze dalam buat hal-hal macam ni. o_____o

Hari lahir suami kami tak celebrate mane pun, planning semua kelaut sebab Husna tak sihat. Kek pun takde. Demam hari sabtu, nasib baik hari ahad dah kebah, tapi selsema dan batuk pulak menjadik-jadik. Seharian ahad kami duduk saje je. Golek-golek tengok filem Magika. Layan Barney dengan Husna dan borak-borak saja. Disebabkan dah janji dengan hubby nak cari hadiah birthday sama-sama, kami ke Angsana. Pada mulanya nak belikan Hp, tapi hubby tak mau. Beriya ni kumpul duit seratus sebulan nak belikan Hp untuk dia. (Saya suka tanya terus je dia nak apa. Kang kasik menda yang dia tak nak, tak best plak rasa). Dia request kasut je. Bagus betul laki aku nih. Kasut je? Hahaha.

Okay, done! Kasut Nike sahaja.

Ni dia pic blur orang yang dapat kasut di dalam stroller kosong.

Malas betul kalau bawak stroller time berjalan, si Husna bukan nak duduk dalam stroller, adalah dalam 5-10 minit je. Lepas tu stroller jadik tempat letak barang. Dengan ayah dia tak mau berdukung, nak dgn ibu je.

Sepanjang petang di Angsana, Husna asik meragam, mungkin tak sedap badan. Selalu dia okay dan peramah. Masuk KFC, ibu dan ayah nak makan, dia mengamuk sakan, sampai orang keliling pandang-pandang. Makan tak mahu, suap ayam sikit je makan, suap kentang putar pun diluah-luahkan nya. Kalau tak, pantang suap. Nak aje. Bubur sedap ibu buat pun dia tak mau. Hahaha, claim bubur sendiri sedap. :p. Kesian, badan susut dah anak ibu ni. Nak amik upah berjalan agaknya.

Baru pas bagi makan ubat. Susah betul nak makan ubat. Bapak kau sengih je Husna. HAHA..


but sumtimes she have fun with her ayah. :)



AND This is suprise!

Kenal tak sapa kat sebelah saya nu! Yeay! Itu dia, Puan Sharena dan Naurah. Akhirnya kami terjumpa jugak walaupun tak plan. Actually plan, tapi takde kata putus pun nak jumpa kat mana. What the coincidence kan? Jumpa Sharena dan Naurah dekat Al-Ikhsan Angsana masa nak pilih kasut untuk hubby.

Naurah kiut ku dapat kiss jugak pipi tuh! Garang tau Naurah, auntie nak salam tak mau. hihi. Husna pun garang jugak. Biasalah merengek sentiasa. Badan tak sihat. Dalam gambar, 2-2 budak tecit tu kene umpan dgn bola nak tgk kamera. tu yang posing cam tu tuh! Tak lama pun jumpa, dapat cit cot sekejap je. Okaylah, at least dapat bertentang mata. Ku kenalkan Sharena dekat hubby as My SIL punya kawan, tapi dia cam tak puas hati, tanya lagi. Sapa tu? Hahaha, kawan blog ah, tapi kak suzi punya kawan jugak. Okay, terus hubby sengih. Puas hatilah tu.


Oh, one thing! Bilik penyusuan Angsana, Thank God, ada disediakan. Tapi sedih betul tengok keadaan dia. Sebelum masuk macam excited nak bagi Husna susu dalam tuh. Tapi bila dah masuk, tak ubah macam bilikstor. Sedih betul! Sebab tu suka pagi jalan kat Jusco. Bilik bayi diorg very comfortable. Nak tak nak , redah ajelah. Husna suka buat aksi time menyusu. Nak breastfeed in public, tak bawak pulak selendang @ nursing cover. Kalau tak ku redah aje, peduli ape orang tengok. Hahaha. Garang you! Jangan marah.


Iklan kejap eh.
Oh, Kandaku Hubby ku sayang. Birthday dinda bulan Ogos nanti boleh tak dinda nak kamera. Dinda rasa tak puas hati dengan gambar-gambar yang dinda amik dari Hp ni. Sangat tak accurate dan jitu. Asik blur je. sakit betul mata adinda melihatnya.
Okay, dah abes iklan

Apapun, sempena hari dan bulan yang banyak perkara istimewa ni:

1. Bithday Hubby
2. Husna 11 bulan
3. Birthday yang pertama anak buah, Nana (anak Kak suzi)
4. Birhday MIL
5. Birthday Bro In Law
6. Birthday Azriyani Mas dan Rijal.
7. Birthday Izzah Insyirah (Anak suriati)
8. Bithday Eisya (anak Dayu)
9. Birthday Kysha.

Sapa lagi? Tak ingat. Selamat Hari Lahir semuaaaaaaaa. Semoga sentiasa dilindungi Allah swt. :)



10 comments:

  1. la...smlm pun kami ke angsana..tp pg la..dlm kul 10.30-11.30 je...kalu x mesti jumpa kan..hihi

    ReplyDelete
  2. keh keh..sgt coincidence kan Fashya? takdir Allah =)

    mase mule2 nmpk Fashya & Husna, ingatkan nak menyorok..hahhha..kelakar betol lahh..nnti cerita pjg dlm my entry after xfer gambo from my phone pulak =)

    ReplyDelete
  3. fiza:
    yeke? pagi ktorang dok lepak-lepak kat umah je, husna tak sihat

    sharena:
    cis, nape nak nyorok! tak mau jumpe ke? sampai hati...wawawawa..hihi, ai menjerit dalam kedai tu, org dok pandang.

    ReplyDelete
  4. alahai kesiannya husna demam..
    semoga husna cepat sembuh ya..
    husna demam nak ringankan badan so nanti bolehlah ibu kejar husna lepas ni..
    hehehehe... :)

    ReplyDelete
  5. wah lama da x jejak angsana.parking slalu pack gile

    ReplyDelete
  6. hehhe..glamer name acik, disebut2...apepun, adikku mmg jejaka blur..huuhuhu..
    sian husna...same ngan fikri n alisya..semua demam..
    fasya, iklan kasi lawa berlagu sikit a..baru ada bunyi mcm mmg nak yg ter-nak, nak sgt..hehhehe
    ceot...pipi makin comey sih!

    ReplyDelete
  7. uish husna sekali dia tunjuk belang kamuk2 nya mmg dahsyat yer.
    sampai merah2 muka dia nanges tuha

    ReplyDelete
  8. husna cayang cepat sembuh ek...meh main2 ngan adik myiesha...

    ReplyDelete
  9. eeehhh eisya dah dpt birthday wish dr aunty fashya
    tq aunty
    alah..husna ngan kysha beza bape minggu je pun
    boleh sambut sama2 je

    ReplyDelete
  10. wah2 fasya ni mcm duta negeri johor pulak..sape balik/dtg johor gerenti jumpa dia..hehe..

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ