Wednesday, April 27, 2011

Kehidupan malam

Huruhara.

Hanya satu perkataan yang boleh menunjukkan kehidupan malam saya sekarang. Bukan sekarang tp sejak 3-4bulan kebelakangan ni. Ini semua kerana manusia kecik yang saya jaga ni. Tidak, saya tak salahkan manusia kecik yang tak tau apa-apa tu. Tapi saya rasa nak ketuk kepala sendiri sebab tak dapat nak handle kehidupan malam yg semakin tak terurus. Sigh!

Okay, tak baik mengeluh...thiheee..

Anak yang dah nak jadik toddler minggu depan tengah sedap tidur dibuai mimpi. Mak yang tgh taip entri ni baru terjaga dari tidur dan menyedari diri dia belum mandi lagi sejak balik dari kerja td. Jam menunjukkan pukul 1.30pagi. Kahkahkah. Gelak jahat untuk diri sendiri. Kahkahkah. Sambung lagi dan lagi......

Ok, jangan geli, jgn geli tau. Sebab tu lah saya cakap kehidupan malam saya sekarang sangat huru hara. Asal lepas maghrib je husna nak tido, saya pun ikut join sekali. Memang payahla mata ni nak bertahan untuk tak tidur masa tidurkan husna. Kadang2 bila terjaga pukul 1-2pagi, ikut mood nak kemas-kemas @ terus sambung tido, tggu jela pukul 4 @ 5 pagi baru bangun.

*alamak, sambung besokla. Manusia kecik ni nak susu plak. Merengek no ONE.


Okay, boleh sambung entri malam tadi, belum habis lagi entri ni sebenarnya.......Sambungan.............


Husna memang jenis yang tidur awal, asal lepas maghrib je dia dah gosok-gosok mata, walaupun petang dia dah tidur. Bila saya dah join dia tidur, tau-tau jela semua kerja pasti aku tak buat. Maka, bangunlah seawal 4-5 pagi untuk siapkan semua. Macam semalam, nasib baik dah makan before dia merengek nak tidur, kalau tak memang pedihla perut tahan lapar. (selalu macam ni sebenarnya). Semua baju kotor belum keluarkann dari beg, botol susu belum dibasuh, susu perahan belum diletakkan dalam peti sejuk, Belum mandi, belum solat isyak (kadang-kadang aku terlepas jugak solat Maghrib sebab dia dah ajak tidur seawal 7 malam.) Mau tak kelam kabut bila bangun mengenangkan semua-semua tu.

So, penyelesaiannya, terpaksala bangun 4.30 pagi untuk uruskan semua tu. Kalau rajin bila tercelik mata pukul 1-2pagi, pegila buat. Kalau tak bangun solat je, pastu tidur semula. Seawal 4-5 pagi tulah, barulah berfikir nak masak apa untuk bekalan Husna. Sekarang dia dah jadik picky eater. Bukan semua dia nak, agak-agak tak sedap, sikit je dia makan, lepas tu dia luah. Jenuh nak fikir nak masak ape untuk dia.

Dan lagi haru kalau tengah sibuk-sibuk bersilat kat dapur dia sibuk jugak bangun nak tolong ibu kat dapur. Dapur ngan bilik dekat je. Keluar bilik dah boleh nampak dapur.

Nak tengok Tv, tengok berita, tengok drama-drama yang ditayang kat Tv tu, kirim salam lah, sejak ade anak tak pernah nak ikut setiap satu cerita yang dimainkan kat Tv waktu malam. Orang cakap best manelah cerita tu, tidur lagi best bagi aku.


Tapikan....


Aku rasa kalau ade suami pun, mesti suami pun terabai kot. HAHAHA.... bila masa nak masak untuk, bila masa nak melayan dia. Kan, ade hikmah tu. Asik nak pandang yang susah-susah aje kan. Bersyukur lah Fashya.................

10 comments:

  1. susah juga ye nak handle anak tanpa si ayah di sisi ye...harap2 fashya kuat hadapi dugaan nie

    ReplyDelete
  2. hahahah samer ngn adik husna..
    asla maghrib jer kuarkan bunyi tnda nk tidur..maka maknya kene smyg cepat2 dan nyonyotkan 'manusia kecil itu'..kihkihkih..kene gya mmg ngn maknya sekali tidur..kdng isyak jam 3-4 pg...huaaaa

    ReplyDelete
  3. Same here. Selalu terjaga tgh malam utk mandi gara-gara terlelap masa tidurkan Alfiy. hihi

    ReplyDelete
  4. owhh huru hara sbb mandi lewat.sy membayangkan kamu huru hara melayan kenakalan husna sehingga tgh mlm.ehh ok la tu dia nk tido awal.

    ReplyDelete
  5. kebanyakan ibu yang bf semua samakan, asal tidokan anak, mesti nak tido sekali....pastu melarat2 sampai 3-4 pagi..

    yun: entri ni belum habis la.hihi. semalam tgh menaip, husna merengek..hihi

    ReplyDelete
  6. kehidupan malam..sekarang tengah nak adapt..nanti dah mule kerja tataula camne gayanye..:)

    ReplyDelete
  7. betul fashya mmg akan terlelap
    mmg kesian kat suami mimie tu
    dia nak mkn pandai2 dia masak
    klu sempat mimie join mkn.klu tak melayanla tuan puteri nak nenen
    beginalah kehidupan ibu menyusu dan berkerja..tak dikasi kesian seharian dia menunggu.

    ReplyDelete
  8. hohoo....husna2 tdo mau ibu lekat sama ek...

    sama la fasya blk keje slalu trus simpan2 susu kemas botol...sambil dia bising depan tv...sblm masuk tdo siapkan bahan nk msk bubur anak buh dlm periuk...sok pg bgn trus idopkan api masak bubur...siap2 kan ebm lenyek2 bubur...aduhai....sume demi anak

    ReplyDelete
  9. sy yg da xbf pun melarat tdo jgk keletihan drive 1-2jam dari opis... huhuhu...laennya sy, ayah aisya ada kt sisi...so terbela skit nasib tp cam sama ja...huru hara jgk T__T

    ReplyDelete
  10. awalnye anak ko tido...anak aku selagi belum kul 10 selagi tu tak nak tido...Kdg2 aku yang tido dulu..hahaha

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ