Monday, April 18, 2011

Di Ambang Satu Tahun

Emo kan bila tengok anak semakin membesar. Tak terkecuali aku. Sangat emo bila tgk kaki anak yang sebesar 2 jari tangan dah sebesar tapak tangan pulak. Dari tak tahu apa-apa dah pandai nak jalan. Serius emo. Tak sampai sebulan lagi Husna nak sampai ke angka 1 tahun. Bila difikir-fikirkan balik, macam tak percaya aku ade anak yang comel, pandai, cergas, lasak, buat hati gundah gulana, buat hati riang. Semua dia.

8 weeks

11 weeks

Mungkin disebabkan ini, ayah Husna semakin rajin jengah kami di bumi Johor ni. Walaupun hanya dapat cuti sehari seminggu, walaupun terpaksa habiskan duit beli tiket bas dan sewa bilik, walaupun terpaksa menjadi penunggu Sri Putri dan Klang sentral saban minggu. Berbaloi agaknya melihat anak makin membesar. Kalau sebelum ni, 2-3 minggu baru dapat kami tengok muka ayah.

16 weeks

18 weeks

4 Mei 2010-4 Mei 2011. Cukup setahun.

Husna masih belum pandai berjalan sendiri. Tapi kalau dipegang memang laju dia menapak. Kadang-kadang nampak kelakar sebab die nampak macam ketam plak, senget je jalan. Gigi baru tumbuh 2 batang. Itu pun segan-segan nak keluar. Malu-malu kucing. Tapi dah takde hati nak makan bubur. Nak makan nasi sebiji-sebiji tu. Tapi aku buatkan nasi lembek saje, kuah dengan sup. Berselera jugak dia makan. Kudos tu Umi Rijal n Ibu Syirah sebab meng'consult' aku secara percuma cane nak buat makanan Husna. N i like resepi baby. Pada sapa-sapa yang ade resipi tu sila-sila lah share. Boleh tiru pulak.

21 weeks

25 weeks

Husna sangat alert dengan bunyi kucing, anjing n burung yang selalu dia dengar pagi n petang. Kat depan rumah sewa sekarang kan dekat dengan taman, memang banyaklah burung-burung terbang, buat bunyi, nyanyi-nyanyi. Kalau dia dengar bunyi burung, mulalah dia buat muka curious. Andai dia dah pandai bercakap, agaknya dari lagak muka dia n suara dia, agaknya mesti dia nak tanya, apa tu ibu? Bunyi ape tu? Sebut je burung, mesti muka dia dongak ke langit cari burung. Anjing-kucing pun macam tu jugak. Senang cita die memang cepat impress dengan haiwan, dan amat mesra alam. (Sori, puji lagi anak sendiri).

33 weeks

35 weeks

Dah pandai salam. Kadang-kadang nak, kadang-kadang tak nak. Ikut mood dia gaklah. Pandai jugak ikut apa yang ibu dia cakap. Antara word yang agak clear dia sebut. Bu (ibu), Cicak, mamamama tu selalulah, dadada pun selalu jugak. Kalau sebut Amin, lepas bace doa makan, dia sebut jugak tapi ikut cara sebutan dia lah. Ok lah tu bagi baby usia dia kan. Nak jugak tu panggil baby. Hihi..

Cuma bab education ni, macam tak reti nak start dari apa. Bolehla saya cakap, saya slalu jugak bagi dia tgk cd, Husna suka tengok Barney, lagu-lagu kanak-kanak tu ade jugakla bagi dia dengar. Buku kertas tebal tu nak jugakla dia tengok lagi-lagi kalau ade gambar bear-bear dia tu. Lama dia tatap. Flash card dia boo layan. Habes dicampak-campak je, ataupun jadik santapan mulut dia. Cuma saya tak se extreme ibu Naurah yang beli macam-macam cd/books/plan itu ini untuk Naurah. Hmmm, macam tak bestla buat sorang-sorang dalam hal ni. Kalau ada ayah lagi bestkan. Sama-sama ajar anak. Tapi walau macammana pun mungkin secara tak langsung kita boleh jugak ajar anak jugak. Contoh macam buat sumthing, masak ke, boleh terangkan dia apa ibu buat. Apa purpose ibu buat camtu/camni. Bla..bla..bla... Lepas solat, doa sama-sama. Amin sama-sama. Hopefully anak yang kita lahirkan ni jadi anak yang berguna suatu hari nanti. InsyaAllah. Amin.

39 weeks

41 weeks (overdue)



p/s: memang saja letak pic pregnant dalam entri ni walaupun takde kaitan dgn entri. Kasik lebih EMO..hahaha. Nampak sangat teruja masa pregnant. Every week amik pic perut. :) Tak sah tak amik.

6 comments:

  1. ohhh kite suke sangat entry kali neh. sangat emooo bile rase anak da besar kan. dulu kecek berbedung. skang ha. amek! hahahaha

    sha dulu preggy muke nampak lembut. skang pon lembut. seri mak kan :P

    ReplyDelete
  2. ha ahh
    rindu kan saat2 membuyung ni
    rase mcm comel sgt2 ade perot bulat ke depan gtu, hehehe

    ReplyDelete
  3. Rindu sgt dengan perut macam tu. Rasa bahagia je kan.

    ReplyDelete
  4. waaaaaaaa...mas yg emo lebih!! siap genang2 air mata...draft entry pasal anak nk setahun melambak..sbb emo...so amik masa nk tulis...

    fashya,tgk kronologi gambo kan,tetibe perut fashya jadi besar masa 9bln plk..ke efek je?

    ReplyDelete
  5. RINDUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU.
    nak perut camni.
    tapi nanti la. hahaha

    ReplyDelete
  6. comel nya pewot fashya. body pon menten tak gemok sgt.jelesss

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ