Saturday, April 30, 2011
Thursday, April 28, 2011
Sarakids Gathering
Alhamdulillah, perjalanan dari Jb ke Kl berjalan lancar, cume kami agak sesat sikit bila dah sampai Kl. Biasalah, jalan Kl, bukan boleh aci sangat signboard diorang. Tulis dalam peta kene terus tapi tak sampai-sampai jugak. U-turn seploh kali pun tak jumpa-jumpa. Tapi Alhamdulillah, sampai jugak ke destinasi. Hubby pick up aku dan Husna kat hotel tempat Mimi check in kat PJ. Nasib baik dia tak sesat nak cari hotel tu.
Kami sampai DARC (Denai Alam Recreation Centre) seawal 9.15 pagi. Acara bermula pukul 10.00 pagi. Semangat ke tak semangat tu. Saja keluar awal takut sesat. En. Mokh duduk Klang, tapi kadang-kadang sesat jugak. Bukan selalu jejak ke tempat-tempat camni. Maka, kami. Eh, bukan kami tapi aku yang tak mau terlepas satu pun acara memaksa hubby, adik yang gedik nak ikut dgn Husna cepat-cepat bersiap. En. Mokh ajak breaskfast pun aku tak mau.
Buat pembayaran, sebab memang dah plan nak Walk in je.
Dah bayar, turunkan tandatangan ye. SAY YES TO BF,
dah macam retis plak, bak kata mama Misha
Close Up sikit.....
Melayan Husna yang excited sangat nak jalan.
Saya jumpa dengan Kak Alin n her daughter yang sangat adorable.
Adik gedik yang nak ikot, dan dia jugakla yang bertanggungjawab buat hadiah Rijal tertinggal kat DARC. Sebab ape aku kate gedik, sebab sepanjang majlis dia tidur dalam surau. Sedap ko ye.. pastu ditinggalkan hadiah Rijal dalam surau. Cis...cis...cis.....
#Upacara pelancaran breastpump Modu oleh Sara. Sara naik kuda menuju ke pentas dengan bawak pump Modu. Masa Sara sampai ke arah Farah, saya hampir-hampir menitiskan air mata, bukan hampir, tapi dah keluar dah air mata tu, tapi bila Mimi sapa dari belakang, terus aku seka air mata. Kang kantoi plak Mimi tengok aku tengah syahdu syahdan tengok Sara n Farah berpelukan kat atas pentas tu. Hihi. Kalau tau perjalanan penyusuan Kak Farah dari Sara, Syasya n Ian, pasti tau apa yang berlaku... Sebab tu la aku sebak tau.
#Menyanyi lagu; Menyusu, sama-sama. Lagu tu best sangat. Dan yang paling best bila ada pic saya dalam video ni. Hoyeh! hoyeh! Nasib baik En. Mokh sempat tengok pic tu dalam layar masa menyanyi lagu tu.
Minit ke 1.40. :)
#Pertunjukan fesyen, baju menyusu oleh celebriti Tv3.
#Demo ClothDiapers, cara pemakaian Ring sling.
#Pertunjukan Red Indian, lagi ade dinasour, ade Ultraman. Ada Splash Pool.
#Menyanyi ramai-ramai atas pentas. And the best part masa Kak Farah bagi ucapan kat depan dengan ibu-ibu atas pentas, saya tengah syok makan kat belakang. Tak dapat nak join sekali. Ish, rugi..rugi...
Acarawajib: Bergambar.
Antara Ibu-ibu yang hadir. Lautan pink.
To Kak Farah n team. Syabas diucapkan, semoga maju dan terus maju. Walaupun digasak dengan tohmahan, tiada apa yang dapat menghalang untuk teruskan perjuangan. Agi Idup Agi Ngelaban. Bak kate orang Serawak kan?
Wednesday, April 27, 2011
Kehidupan malam
Hanya satu perkataan yang boleh menunjukkan kehidupan malam saya sekarang. Bukan sekarang tp sejak 3-4bulan kebelakangan ni. Ini semua kerana manusia kecik yang saya jaga ni. Tidak, saya tak salahkan manusia kecik yang tak tau apa-apa tu. Tapi saya rasa nak ketuk kepala sendiri sebab tak dapat nak handle kehidupan malam yg semakin tak terurus. Sigh!
Okay, tak baik mengeluh...thiheee..
Anak yang dah nak jadik toddler minggu depan tengah sedap tidur dibuai mimpi. Mak yang tgh taip entri ni baru terjaga dari tidur dan menyedari diri dia belum mandi lagi sejak balik dari kerja td. Jam menunjukkan pukul 1.30pagi. Kahkahkah. Gelak jahat untuk diri sendiri. Kahkahkah. Sambung lagi dan lagi......
Ok, jangan geli, jgn geli tau. Sebab tu lah saya cakap kehidupan malam saya sekarang sangat huru hara. Asal lepas maghrib je husna nak tido, saya pun ikut join sekali. Memang payahla mata ni nak bertahan untuk tak tidur masa tidurkan husna. Kadang2 bila terjaga pukul 1-2pagi, ikut mood nak kemas-kemas @ terus sambung tido, tggu jela pukul 4 @ 5 pagi baru bangun.
*alamak, sambung besokla. Manusia kecik ni nak susu plak. Merengek no ONE.
Okay, boleh sambung entri malam tadi, belum habis lagi entri ni sebenarnya.......Sambungan.............
Husna memang jenis yang tidur awal, asal lepas maghrib je dia dah gosok-gosok mata, walaupun petang dia dah tidur. Bila saya dah join dia tidur, tau-tau jela semua kerja pasti aku tak buat. Maka, bangunlah seawal 4-5 pagi untuk siapkan semua. Macam semalam, nasib baik dah makan before dia merengek nak tidur, kalau tak memang pedihla perut tahan lapar. (selalu macam ni sebenarnya). Semua baju kotor belum keluarkann dari beg, botol susu belum dibasuh, susu perahan belum diletakkan dalam peti sejuk, Belum mandi, belum solat isyak (kadang-kadang aku terlepas jugak solat Maghrib sebab dia dah ajak tidur seawal 7 malam.) Mau tak kelam kabut bila bangun mengenangkan semua-semua tu.
So, penyelesaiannya, terpaksala bangun 4.30 pagi untuk uruskan semua tu. Kalau rajin bila tercelik mata pukul 1-2pagi, pegila buat. Kalau tak bangun solat je, pastu tidur semula. Seawal 4-5 pagi tulah, barulah berfikir nak masak apa untuk bekalan Husna. Sekarang dia dah jadik picky eater. Bukan semua dia nak, agak-agak tak sedap, sikit je dia makan, lepas tu dia luah. Jenuh nak fikir nak masak ape untuk dia.
Dan lagi haru kalau tengah sibuk-sibuk bersilat kat dapur dia sibuk jugak bangun nak tolong ibu kat dapur. Dapur ngan bilik dekat je. Keluar bilik dah boleh nampak dapur.
Nak tengok Tv, tengok berita, tengok drama-drama yang ditayang kat Tv tu, kirim salam lah, sejak ade anak tak pernah nak ikut setiap satu cerita yang dimainkan kat Tv waktu malam. Orang cakap best manelah cerita tu, tidur lagi best bagi aku.
Tapikan....
Aku rasa kalau ade suami pun, mesti suami pun terabai kot. HAHAHA.... bila masa nak masak untuk, bila masa nak melayan dia. Kan, ade hikmah tu. Asik nak pandang yang susah-susah aje kan. Bersyukur lah Fashya.................
Tuesday, April 26, 2011
Ragam Anak
Tuesday, April 19, 2011
Cita-cita
P/s: tgh busan dalam lab sementara tgu result eksp. Yuhuuu....
Monday, April 18, 2011
Baby & Daddy Moment Contest
1. MESTI follow blog D'La Maya
2. Klik 'LIKE' pada D'La Maya FB page. tidak wajib, tapi satu kelebihan jika klik ;)
3. buat satu entry dan letakkan SEKEPING sahaja gambar baby & daddy. baby mestilah berumur sehari hingga 2 tahun sahaja.
4. pastikan entry anda ada link terus ke entry ini.
5. tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join contest ini.
6. jangan lupa tinggalkan komen penyertaan anda ye.
mudah bukan?
jangan lupa tuliskan nama dan umur baby anda dan ceritakan serba sedikit tentang moment itu ye.
nak tau hadiah nya ape? haaa berbaloi beb kalau menang :D
1st price : items worth rm80
2nd price : items worth rm60
3rd price : items worth rm50
3 consolation prices : worth rm30
closing date : 30 April 2011
11 bulan
Ops, terbebel plak. Okay Zuris, kite doakan semoga perniagaan blogshop Zuris berjaya ye. All the best dear. :)
Saya nak tag: Ibu Husna, Umi Rijal dan Ibu Aqeef. Sila buat ye. :)
Di Ambang Satu Tahun
Mungkin disebabkan ini, ayah Husna semakin rajin jengah kami di bumi Johor ni. Walaupun hanya dapat cuti sehari seminggu, walaupun terpaksa habiskan duit beli tiket bas dan sewa bilik, walaupun terpaksa menjadi penunggu Sri Putri dan Klang sentral saban minggu. Berbaloi agaknya melihat anak makin membesar. Kalau sebelum ni, 2-3 minggu baru dapat kami tengok muka ayah.
4 Mei 2010-4 Mei 2011. Cukup setahun.
Husna masih belum pandai berjalan sendiri. Tapi kalau dipegang memang laju dia menapak. Kadang-kadang nampak kelakar sebab die nampak macam ketam plak, senget je jalan. Gigi baru tumbuh 2 batang. Itu pun segan-segan nak keluar. Malu-malu kucing. Tapi dah takde hati nak makan bubur. Nak makan nasi sebiji-sebiji tu. Tapi aku buatkan nasi lembek saje, kuah dengan sup. Berselera jugak dia makan. Kudos tu Umi Rijal n Ibu Syirah sebab meng'consult' aku secara percuma cane nak buat makanan Husna. N i like resepi baby. Pada sapa-sapa yang ade resipi tu sila-sila lah share. Boleh tiru pulak.
25 weeks
35 weeks
Cuma bab education ni, macam tak reti nak start dari apa. Bolehla saya cakap, saya slalu jugak bagi dia tgk cd, Husna suka tengok Barney, lagu-lagu kanak-kanak tu ade jugakla bagi dia dengar. Buku kertas tebal tu nak jugakla dia tengok lagi-lagi kalau ade gambar bear-bear dia tu. Lama dia tatap. Flash card dia boo layan. Habes dicampak-campak je, ataupun jadik santapan mulut dia. Cuma saya tak se extreme ibu Naurah yang beli macam-macam cd/books/plan itu ini untuk Naurah. Hmmm, macam tak bestla buat sorang-sorang dalam hal ni. Kalau ada ayah lagi bestkan. Sama-sama ajar anak. Tapi walau macammana pun mungkin secara tak langsung kita boleh jugak ajar anak jugak. Contoh macam buat sumthing, masak ke, boleh terangkan dia apa ibu buat. Apa purpose ibu buat camtu/camni. Bla..bla..bla... Lepas solat, doa sama-sama. Amin sama-sama. Hopefully anak yang kita lahirkan ni jadi anak yang berguna suatu hari nanti. InsyaAllah. Amin.
Friday, April 15, 2011
Pagi ahad
Korang-korang, ingat lagi tak cite katun ni. THE SMURF. Ingat lagi tak? Aku ingat sangat-sangat dengan katun ni. Kalau tak silap masa darjah 1-2 katun ni ditayang kat TV. Skang ni kan, katun ni ditayang semula dekat Tv3 setiap ari Ahad pukul 9.
Sangat mengimbas kenangan betulla cerita katun-katun yang dah lama macamni. Kecik-kecik dulukan suka sangat tengok cite katun. Tak sangka plak dah ditayang balik. Rasa macam jadik kecik balik plak. Bukan ape, selalunya tiap pagi ahad, kitorang kan lepak dalam bilik je. Bukak TV, pukul 8 am cerita Sarapan, lepas tu cerita katon ni, lepas tu SpongeBob, lepastu ben10, lepastu ntah katun ape-ape ntah lagi. Boleh dikatakan setiap pagi ahad macamnila. Macam di rotate-rotate je. Tapi best, sebab time nilah ayah Husna dapat bermesra-mesra dengan
Ape motif la entri ni. Sebenarnya takde idea nak mengarut kat sini. Mood malas segala benda melanda arini. Syukur jugak sebab arini last report segala benda yang dibuat hari-hari. Boring seh buat report-report tu. Macam terkongkong pun ade, macam dibuat-buat pun ade. Ade yang tak paham eh? abaikan jela..Penulis tension, bingung dan malas. Okay...daaaaa...perut sudah laper. Dah masuk lunch hour. ^_^..
Tuesday, April 12, 2011
Her Obsession
Baik beli yang besar je Husna. Besar tapi murah.
Ala, ayah ni kate baru dapat duit kutu.
Bagila Husna 2-2 bear tu. Boleh lah. Kalau tak boleh Husna amik yang mahal ni lah!
Sangat-sangat-sangat suka dengan teddy bear. Pantang nampak teddy bear bersusun cantik atas rak pasti tangan, badan nak menerpa pada bear. Siap dengan suara-suara teruja sekali. Dipeluk, dicium, sayang semua. Kesian pulak bila dia dah peluk buat muka bangga dapat peluk bear. Ingat dalam hati, Yeay! dapat lagi sekor, tapi last-last kene tarik letak balik dekat rak. Kadang-kadang ayahnya dengki je lebih. Sepanjang dekat Jusco tu bagi je dia pegang bear tu, bila dah nak balik diletaknya semula bear tu kat rak. Saja nak bagi anak menangis.
Anak perempuan macam tulah agaknya. Dari kecik dah nampak jiwa halus, penuh kasih sayang. Kan. Kalau ade anak lelaki nanti macam mana lah pulak ye. Hihi...
Kalau ke rumah pengasuh pun, pasti dibekalkan satu bear untuk teman dia sepanjang hari di rumah pengasuh. Kalau saya lupa, pengasuh sanggup call bagitau awak tak bagi bear harini ke? Alahai, terpaksala ibu patah balik bagi bear dekat Husna. Dalam kereta memang ade spare satu bear untuk dia, so senang, kalau dia mengamuk, ke nak nangis ke, hulur je bear tu. Terus senyap. Pengasuh Husna cakap, kalau ade bear ni, dia senang nak tidur, kalau tak payah betul.
Okaylah Husna, kalau camtu, nanti ibu belilah lagi bear banyak-banyak kat awak ye. Buat spare kat rumah Mak Tok awak tu plak.