Friday, April 27, 2012

Tutorial: 3D Framewall

Ececeh, semalam tips, arini tutorial pulak. Pandai beno kau ni Fashya. HAHA. No lah, orang kata sharing is caringla kan. Lagipun dah penat-penat buat, nampak cantik di mata, harusla nak share dengan orang.

Okay, kali ni aku nak ajar. (eceh, nak ajar pulak) cara-cara nak buat 3D framewall. Sebelum aku ajar, aku nak berterima kasih pada Reen yang telah memperkenalkan aku dengan satu web yang ajar aku buat 3D framewall ni. Make it and Love it. Aku kagum ah dengan owner web ni sebab kreatif gila! Dan salah satu tutorial dia yang menarik perhatian aku adalah 3D framewall ni.

Kebetulan pulak, suami aku yang kerja kat kilang perabut tu dapat banyak frame kayu dan kain-kain perca mungkin sampel alas meja ke, sofa ke tak pastilah, buat aku rasa macam boleh guna all this things untuk buat 3D framewall. Kain tu pun sebenarnya dah lama dapat, cuma blur, apa nak buat dengan kain-kain ni. Dasar otak tak kreatif memang camni.

Frame dan kain perca. 
Kalau tak jumpa web tu, alamat sampai ke sudah kain-kain dan frame-frame ni dalam laci umah MIL aku tu.

Setelah diadaptasi dengan kain-kain tersebut. Aku alaskan lapisan bawah dengan span nipis dan salut dengan kain.


Ini permukaan belakang frame tersebut. Ada skru, so senang nak pasang kain tersebut, tak perlu gam. Aku lupa nak amik pic masa pasang kain tu. Tapi tengok kat web yang aku bagi tadila, incase kalau frame yang korang ada takde lapisan bawah tu.

Kain merah dipotong-potong sebegini untuk buat kelopak bunga.

Lepas tu gam kat bahagian bawah tu.

Susun elok-elok kat bahagian tengah frame. Kasi cantik ye. Lepas tu yang tengah-tengah tu aku gulung je kain lebihan dan tepek kat tengah-tengah.

Close up sikit.

2 frame yang dah dibuat. Bawak balik Klang, tak sabar nak gantung kat dinding. yeay!

Tutorial ni ala-ala je aku bagi instruction, kalau tak paham sangat, boleh refer balik kat web aku bagi tadi eh. Okay, selamat mencuba!!

Thursday, April 26, 2012

Tips: Ajar anak mudah gosok gigi

Eceh, nak bagi tips pulak kali ni. Aku bukan terrer nak bagi tips, tapi semua ni belajar dari pengalaman dengan anak dara sendiri. Pengalaman macamana susahnya nak suruh dia gosok gigi dari senang sangat nak bagi dia gosok gigi. Mesti ada ibu-ibu yang  mengalami pengalaman susah nak gosok gigi anak kan. Sampai berguling-guling dalam bilik air nak suruh gosok gigi anak. (aku lettew) haha.

Pada mulanya payah betul nak gosok gigi Husna, sampai satu tahap aku kepit 2 kaki tangan dia, pegang kepala baringkan dia atas lantai pastu gosok gigi dia. Kadang-kadang baringkan dia atas singki, pegang kepala, then gosok gigi dia. Itu kalau mood aku tak sabar dan tak bagus. Kalau mood aku tengah baik, aku pujukla baik-baik. Kalau jalan Alhamdullillah, kalau tak jalan, mood yang baik tadi dah tukar jadi naga, maka method pertama tadi digunakan. Dan lagi worst, seminggu sekali je aku gosok gigi dia. HAHA, Gitula ceritanya.

Bermula dengan baca blog Asue ibu Aqil lah ni. Dia ajar Aqil gosok gigi dengan tengok video Elmo nyanyi lagu gosok gigi. (Sesame Street: Healthy Teeth, Healthy Me: Brushy Brush PSA)

Aku pun downloadla video ni kasi tengok kat Husna.

 

Sejak dari tengok video ni, addict sampai sekarang. Sikit-sikit nak 'gigi', sikit-sikit nak 'gigi'. Kalau dia sebut 'gigi' tu, maknanya dia nak tengok video nilah. Dia paling suka part last video ni. "let's split" sambil tunduk kepala, lepas tu Elmo gelak, dia pun gelak. Terkejut aku tengok Elmo tetiba ade gigi. HAHA

Sekarang ni nak gosok gigi pun dah mudah, dia sendiri yang request nak gosok gigi dan pandai menggayakan berus gigi kat gigi dia tu. Haaaaaa. lega omak.  Tapi omaknya kena hafallah lagu ni in case kena nyanyi lagu ni sambil dia gosok gigi. Ada ayat yang tak brapa clear Elmo nyanyi, aku blasah je nyanyi guna words sendiri.

Luar bilik air pun nak gosok gigi tak abis-abis.

Rupa berus gigi yang belum berusia sebulan. Haha.

So, emak-emak yang ada masalah nak gosok gigi anak, sila download video ni dan kasi anak tengok ye. Kalau tak berkesan juga, ampun, aku tak jamin keberkesananya, but for my daughter, its work 100%. Selamat mencuba. :)
Dada~

Wednesday, April 25, 2012

Hari Ketiga: Cuti-cuti Sabah

Ok, entri last cuti-cuti Sabah. Hari terakhir kami ke Pulau Manukan. Biasalah suami I punya request, kalau tak, aku macam nak jalan-jalan sekitar bandar KK je. Ayat dia biasalah. Dah pegi jauh-jauh ni, mane boleh lepaskan peluang tengok pulau cantik. Eh, mane tau cantik? Penah pegi ke?

Pagi-pagi dah bangun but as usual anak dara belum bangun lagi. Kali ni suami I pulak yang paksa dia bangun. Takut betul terlepas bot nak ke pulau tu, banyak bot ye ke sana, dont worry be happy. Dia takde time-time tertentu ke pulau, orang ramai je jalan. Mula-mula cakap dengan suami, dah sampai sana tak payah mandila, nanti bawak baju basah balik, berat luggage. Hahaha. bertuah tak nak mandi en suami saya tu. Hantu air. :p (Ntah brapa kali mention camni :p)

Nak ke pulau, kena naik bot dari Jeti Jesselton, tak jauh pun dari bandar KK tu.  Mula-mula aku macam tak heran sangat konon-konon tak mau mandi langsung, nak tengok-tengok atau main-main tepi-tepi pantai je. Last-last bila sampai kat jeti, kat kaunter tiket, aku tengok gambar-gambar suasana kat Pulau Manukan, aku terus mintak kunci kereta kat suami yang tengah beli tiket, amik baju salinan. Hahaha, tak menahan betul tengok gambar je dah tergugat pendirian tak nak mandi. Cantik sangat gambar-gambar tu.

Harga tiket ke Pulau Manukan RM23/person. Yuran terminal jeti pun kena bayar RM7.20/person. Nak masuk pulau pun kena bayar jugak tau. RM3/person. Husna as usual free. Kami sewa tuala dan google lagi. Total semua nak ke Pulau Manukan adalah almost RM100 untuk 2 dewasa. Erm, but sangat berbaloi ke sana walaupun mahal, sebab apa....sebab dia nanti aku cerita lah.... Actually ada banyak lagi pulau yang boleh pergi. Pulau Gaya, Pulau Mamutik dan satu lagi lupa nama pulau tu. Pulau Sapi kot.

 Pemandangan sekitar Jeti Jesselton Point. Cantik sangat view dia. Cuaca hari tu pun sangat nice dan bagi kerjasama dengan kami. Syok!

 Aku rasa macam ada dekat oversea pulak..Kehkehkeh

 
Sementara nak tunggu orang ramai nak naik bot, amik-amik pic dulu sekitar jeti.

 
Bila orang dah ramai, moh le kite ke pulau. Dari jeti ke pulau, just naik speed bot tu je. Perjalanan amik masa dalam 10-15minitn camtu. Aku kan pregnant, setiap kali boat tu hempas ombak, Ya Allah, sakitnya perut. Mau beranak aku camni.

Jaket untuk kanak-kanak pun ada, dont worry. Husna mula-mula naik dia excited, bila bot dah gerak dia senyap seribu bahasa. Mula-mula duduk dengan ibu.

Lepas tu terus melompat ke ayah, peluk kuat-kuat.

SubhanAllah. Maha Suci Allah.

Permukaan laut di kawasan jeti. YaAllah, cantiknya ciptaanMu. Jernih sangat air laut ni. Nampak macam-macam jenis ikan cantik dan coral kat sini.


 Cuaca memang sangat nice. Panas dan banyak angin. Syukur Alhamdulillah.

 Dalam hati aku berkata, nasib baik sempat amik baju tadi, kalau tak mesti rugi tak dapat mandi laut. Dalam plastik hitam tu baju salinan aku. Hahaha..Tulah, berlagak sangat memula.. :p

Selamat datang ke Pulau Manukan. 
Sila bayar RM3 untuk 1 kepala sebelum masuk kawasan pantai ye. Dan sila catatkan pukul brapa anda mahu pulang ke jeti di dalam buku log. Aku pun tak pasti kenapa kena tulis time nak balik.



No wonder kena bayar, tempat pun sangat cantik, toilet bersih, kawasan bersih, nyaman dan selesa. Aku bagi 5 bintang kat pulau ni.. Hihi..  Tempat lepak, kemudahan alat sewaan pun mudah nak dapat.

Bila dah sampai, suami saya tak sempat-sempat terus pegi tukar baju sementara aku tukar baju Husna. Dah tukar baju terus masuk dalam air. Sementara diorang dok berendam-rendam aku pulak pegi tukar baju. Tak sedar diri mak buyung, nak jugak mandi tu. 

Owh, dia ni paling excited nampak fish keliling pinggang.  Mulut dia asikla sebut 'Fish, fish, fish'. 
Hari panas sangat, so kami berlindung bawah jambatan jeti, lagipun kat sini paling banyak ikan.


Walaupun banyak notis tulis dilarang bagi ikan makan, tapi masih ramai jugak yang selamba bagi ikan makan, makan rotila, keropok sotongla.kami tak bagi tau. Ikan pun belasah makan je semua. Kalau tak, susahla nak tengok ikan berkumpul-kumpul keliling pinggang.

 Suka dia



 Berehat makan lunch kejap sebelum sambung semula. Lapar.

Tak perlu mention lagi.

Sambung berendam lagi sampai puas.

Dari pukul 10 pagi kami sampai bawak ke tengahari sampai pukul 1.30 tengahari baru keluar dari air dan salin baju. Tak larat dah rasa kena pukul dek ombak pinggang ni. Sakit. Dengan bawak Husna lagi. Maka, kami berdua surrender dah. Ayah dia je tak nak naik-naik. Tepat pukul 3 petang, kami pun beransur pulang ke bandar KK semula.



Sebelum tu, amik pic yang terakhir sebagai kenang-kenangan.  Berbaloi-baloi sampai sini. Cantik! Air jernig, pasir putih. Aku perasan ramai pelancong dari Filipina ke sini, mungkin dekat dengan negara mereka. Seksi-seksi pulaks tu. Sedap betul cuci mata ye!

Flight kami pukul 8.40 malam, sementara nak check in kat airport, kami cuci-cuci diri dulu sebab badan berlengas macam apa, solat dan makan dulu kat bandar KK. Sempat lagi singgah pasar Kampung Air buat perabis duit yang ada balance lagi. Husna yang sememangnya kepenatan tak tidur langsung satu hari sementara nak tunggu naik flight dia aktif bagaikan apa kat airport. Berlari sana berlari sini. At last flight take off je, dia terus ketiduran kepenatan. Senang ibu,cuma masa flight nak landing dia meragam. Mungkin telinga dia sakit.


Sampai LCCT, pukul 10.30 malam, kami naik cab ke Seremban. PIL tak dapat nak fetch. Maka, berakhirla cerita percutian kami di Sabah. Suami cakap, akan kembali semula ke sini lagi. InsyaAllah.
The End.



Monday, April 23, 2012

Hari Kedua: Cuti-cuti Sabah

Hari kedua:
Aku plan nak ke Kundasang. Tapi hubby pulak sibuk nak ke Tanjung Aru, nak mandi pantai. Hai, en suami saya ni, pantang betul nampak air. Mana-mana pegi nak cari air. Felik bin ajaib kadang-kadang tu. Tapi last-last I menang, jom ke Kundasang. Kami kat sini macam jet lag pun ada jugak. Ngade, pegi KK pun nak jetlag-jetlag bagai. Pukul 6 dah terang macam apa, maka, terpaksala buat subuh gajah. -_____-'. Husna pulak macam tak mau bangun dari tidur sampai kena paksa. Jom la Nak, kita datang sini nak jalan-jalan.


Ini budak kena paksa bangun. Sapa suruh menangis tengah malam? Haha.

Breakfast kat hotel ni sangat-sangat bosan ok. 2 hari kat sini, hanya breakfast ala-ala western ni saja yang dihidangkan. Mula-mula macam pelik, mana breakfastnya. Pekerja kat situ tanya kami nak kopi ke teh, lepas dia hantar minuman kami, aku tanya, ni je ke dik. Pelik. Dia cakap, kejap. Tup-tup dia hantar breakfast macamni. Em.. oklah. Syukur ada jugak makanan. Asal dapat isi perut.


Disebabkan takde GPS, nak ke Kundasang kami terpaksa bertanyakan orang sekeliling. Nak harapkan peta dan signboard memang takdelah. Perjalanan ambil masa dalam 2jam kot campur sesat-sesat sikit. Dah nak sampai Tamparuli, baru nampak signboard ke Kundasang. Adeh! Sebelum sampai Kundasang, jumpa Kinabalu Park dulu, singgah kejap. Bayaran masuk RM3/person, kanak-kanak macam Husna free. Layan pic sajalah.


Husna kenapa tu? Nak kene cium?





 Dia ni sebenarnya dah mengantuk. Tapi suka tahan mata.


 Pic gegar. Masukkan jugak sebab dekat tangan Husna ade ikan. Ayah dia tangkap kat dalam sungai belakang tu. Selain Barney, dia jugak addict dengan Fish. Sikit-sikit fish kalau nampak air. Jumpa fish sukalah dia.

 Hei Husna, nak tidur ke?
Pic ni kalau hubby tak bengkokkan kaki dia, confirm tak nampak kepala dia .Tulah, tinggi sangat. Haha

Nak tengok pemandangan gunung? Sila daki sikit dalam 230M. Aku memang tak laratlah.


Dari Kinabalu Park, hanya 7km saja nak sampai ke Kundasang. Apa yang menarik kat sini? Adalah jual sayur-sayur segar dan sejuk. Tapi aku rasa Cameron Highland lagi sejuk kot. Atau mungkin masa tu dah tengahari sangat sampai, so tak rasa kesejukan Kundasang ni. Niat hati nak pegi Memorial War Park dengan Desa Cattle, tapi tak jumpa!!! Tanya orang keliling asik cakap depan lagi. depan lagi. Last-last sampai ke Ranau kami ni. Isi ajela minyak penuh-penuh. Hampa sangat tak dapat pegi tempat tu.


Anak ini tidur pun dari Kundasang ke Ranau.

Sampai Ranau kami ke Hot Spring Poring. Dekat sini ada banyak kawasan untuk mandi. Ada air panas, air terjum dan Taman Rama-Rama. Nak masuk sini free sebab dengan guna tiket ke Kinabalu Park tadi, boleh masuk sini free saja. Eh, tapi certain pool je, ada jugak pool yang kena bayar. Tapi bayarannya tak mahal sangatla. Dalam RM3/ person kot. Tak pasti, sebab kami pergi mandi kat tempat yang free je.



Kawasan mandi air panas.

Kawasan pool terbuka

Kawasan mandi yang ada slide. Pilih je nak pegi mana. Nak masuk sini kena bayar.


Kami cuma ke kawasan mandi air panas saja. Sini free. Disediakan banyak kolam-kolam yang boleh muatkan 2-3 orang saja macam ni. 2 paip. 1 paip air panas, 1 paip air sejuk. Tunggulah sampai air tu penuh ye. Lama jugak nak tunggu tu. Tapi sebab hantu air, sanggup tunggu. hahaha. Husna mula-mula takut nak masuk, terjerit-jerit bila badan kena air. Lagipun, masa ni dia baru je bangun dari tidur. Baru nak warm up.


Last-last, tak nak keluar. Seronok main air.

Diorang ni kalau tak remind mandi sampai pukul brapa-brapa, memang takkan keluar dari kolam ni. Aku bagi reminder kat hubby, pukul 3.30 kita dah kene keluar dari kawasan ni. Risau kalau balik petang sangat, nak turun dari Kundasang ke KK, kabus tebal, hujan, tanah runtuh atau sebagainya. Member aku pun pesan jangan turun petang/malam sangat. Jalan bahaya, kabus tebal. Syukur, perjalanan balik kami semuanya dipermudahkan walaupun dah agak petang turun ke KK, sempat lagi singgah beli souvenier kat Poring ni. 

Dekat sini jugak, ada Taman Rama-Rama, bayaran kalau tak silap RM3/person. Child under 5years old free. Kami tak masuk sebab orang yang jaga taman tu cakap, rama-rama dah tak aktif sampai pukul 4. Rama-rama aktif dari pukul 9pagi sampai 3petang, em takpela tak dapat tengok rama-rama pun takpela.

Yang paling tak tahan tu, suami I nak sambung mandi air terjun. Oh..NO NO BIG NO. Hari dah petang, nak naik ke kawasan mandi air terjun pun kena daki 400m lagi. Giloos??? Dia cakap, ala dah sampai sini, jomla mandi air terjun pulak, mesti best. T___T. Tak terkata aku. Speechless terus berlalu sambil buat muka. HAHAHA.

Ni muka orang tak puas hati tak dapat mandi air terjun. Kahkahkah.

Husna N Ayah

Husna dah Ibu.
Kagum dengan alam ciptaan Allah, cantik sangat pemandangan perjalanan turun kami dari Kundasang ke KK. SubhanAllah. Suruh hubby berhentikan kereta kejap nak amik gambar buat kenang-kenangan. :p

Sayup-sayup puncak gunung Kinabalu dari kejauhan.

Sampai je KK, dah pukul 6 lebih, gelapnya bukan main lagi. Malam ni, nak or tak nak, kena jugak pekena seafood. Tak kira sebab semalam tak dapat kan, siap majuk lagi. Huhu... Kami makan seafood sebelah dengan Pasar Filipine, kawasan macam pasar malam, jalan-jalan servey harga seafood sana, not bad. Udang galah 100g RM8. Sotong 100g RM6 kot, tak ingat. Ikan ikut jenis ikan, aku amik ikan kerapu 100g RM10 kalau tak silap ah, lupa sudah.

Yang ni je tak tanya harga. Ngeri nak tanya. Tengok ajelah.

 Anak dara ni kan, masa tenga tunggu makanan kan, dia memerut senyap-senyap rupanya. Masa makanan dah sampai dia masih berselera makan walaupun ada poop dalam pempes dia. Hish anak ibu nih!

Omak dia dah dapat makan, sukalah!

Butter Prawn. Marvellous!

Kerapu Stim. Okaylah. Lain benar rasa stim dia. Macam masak kicap je.

Total RM65. Ada sotong goreng tepung tak masuk dalam pic. 
Tak dapat habiskan pun, hubby la ni, masa pilih amboi kemain nak banyak-banyak. Salahkan hubby lagi. -___-'.  At last tapau makan masa breakfast esok pagi.

Siap makan, belum habis sampai situ lagi jalan-jalan kitorang ni. Husna yang dah poop tadi kena bersihkan dulu sebelum sambung pegi jalan-jalan. Hubby nak pegi First beach Tanjung Aru. Balik hotel jap, bersihkan badan, then pegi jalan-jalan kat pantai Tanjung Aru.

Dia ni kan, aku bet, kalau boleh mandi air pantai ni malam-malam, konfirm dia dah berendam. Husna takut dengan bunyi pantai.

Jalan-jalan, pusing-pusing, balik hotel dan berehat.


Esok hari ketiga: Kami ke Pulau Manukan. Tunggu next entri.



ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ