Monday, April 23, 2012

Hari Kedua: Cuti-cuti Sabah

Hari kedua:
Aku plan nak ke Kundasang. Tapi hubby pulak sibuk nak ke Tanjung Aru, nak mandi pantai. Hai, en suami saya ni, pantang betul nampak air. Mana-mana pegi nak cari air. Felik bin ajaib kadang-kadang tu. Tapi last-last I menang, jom ke Kundasang. Kami kat sini macam jet lag pun ada jugak. Ngade, pegi KK pun nak jetlag-jetlag bagai. Pukul 6 dah terang macam apa, maka, terpaksala buat subuh gajah. -_____-'. Husna pulak macam tak mau bangun dari tidur sampai kena paksa. Jom la Nak, kita datang sini nak jalan-jalan.


Ini budak kena paksa bangun. Sapa suruh menangis tengah malam? Haha.

Breakfast kat hotel ni sangat-sangat bosan ok. 2 hari kat sini, hanya breakfast ala-ala western ni saja yang dihidangkan. Mula-mula macam pelik, mana breakfastnya. Pekerja kat situ tanya kami nak kopi ke teh, lepas dia hantar minuman kami, aku tanya, ni je ke dik. Pelik. Dia cakap, kejap. Tup-tup dia hantar breakfast macamni. Em.. oklah. Syukur ada jugak makanan. Asal dapat isi perut.


Disebabkan takde GPS, nak ke Kundasang kami terpaksa bertanyakan orang sekeliling. Nak harapkan peta dan signboard memang takdelah. Perjalanan ambil masa dalam 2jam kot campur sesat-sesat sikit. Dah nak sampai Tamparuli, baru nampak signboard ke Kundasang. Adeh! Sebelum sampai Kundasang, jumpa Kinabalu Park dulu, singgah kejap. Bayaran masuk RM3/person, kanak-kanak macam Husna free. Layan pic sajalah.


Husna kenapa tu? Nak kene cium?





 Dia ni sebenarnya dah mengantuk. Tapi suka tahan mata.


 Pic gegar. Masukkan jugak sebab dekat tangan Husna ade ikan. Ayah dia tangkap kat dalam sungai belakang tu. Selain Barney, dia jugak addict dengan Fish. Sikit-sikit fish kalau nampak air. Jumpa fish sukalah dia.

 Hei Husna, nak tidur ke?
Pic ni kalau hubby tak bengkokkan kaki dia, confirm tak nampak kepala dia .Tulah, tinggi sangat. Haha

Nak tengok pemandangan gunung? Sila daki sikit dalam 230M. Aku memang tak laratlah.


Dari Kinabalu Park, hanya 7km saja nak sampai ke Kundasang. Apa yang menarik kat sini? Adalah jual sayur-sayur segar dan sejuk. Tapi aku rasa Cameron Highland lagi sejuk kot. Atau mungkin masa tu dah tengahari sangat sampai, so tak rasa kesejukan Kundasang ni. Niat hati nak pegi Memorial War Park dengan Desa Cattle, tapi tak jumpa!!! Tanya orang keliling asik cakap depan lagi. depan lagi. Last-last sampai ke Ranau kami ni. Isi ajela minyak penuh-penuh. Hampa sangat tak dapat pegi tempat tu.


Anak ini tidur pun dari Kundasang ke Ranau.

Sampai Ranau kami ke Hot Spring Poring. Dekat sini ada banyak kawasan untuk mandi. Ada air panas, air terjum dan Taman Rama-Rama. Nak masuk sini free sebab dengan guna tiket ke Kinabalu Park tadi, boleh masuk sini free saja. Eh, tapi certain pool je, ada jugak pool yang kena bayar. Tapi bayarannya tak mahal sangatla. Dalam RM3/ person kot. Tak pasti, sebab kami pergi mandi kat tempat yang free je.



Kawasan mandi air panas.

Kawasan pool terbuka

Kawasan mandi yang ada slide. Pilih je nak pegi mana. Nak masuk sini kena bayar.


Kami cuma ke kawasan mandi air panas saja. Sini free. Disediakan banyak kolam-kolam yang boleh muatkan 2-3 orang saja macam ni. 2 paip. 1 paip air panas, 1 paip air sejuk. Tunggulah sampai air tu penuh ye. Lama jugak nak tunggu tu. Tapi sebab hantu air, sanggup tunggu. hahaha. Husna mula-mula takut nak masuk, terjerit-jerit bila badan kena air. Lagipun, masa ni dia baru je bangun dari tidur. Baru nak warm up.


Last-last, tak nak keluar. Seronok main air.

Diorang ni kalau tak remind mandi sampai pukul brapa-brapa, memang takkan keluar dari kolam ni. Aku bagi reminder kat hubby, pukul 3.30 kita dah kene keluar dari kawasan ni. Risau kalau balik petang sangat, nak turun dari Kundasang ke KK, kabus tebal, hujan, tanah runtuh atau sebagainya. Member aku pun pesan jangan turun petang/malam sangat. Jalan bahaya, kabus tebal. Syukur, perjalanan balik kami semuanya dipermudahkan walaupun dah agak petang turun ke KK, sempat lagi singgah beli souvenier kat Poring ni. 

Dekat sini jugak, ada Taman Rama-Rama, bayaran kalau tak silap RM3/person. Child under 5years old free. Kami tak masuk sebab orang yang jaga taman tu cakap, rama-rama dah tak aktif sampai pukul 4. Rama-rama aktif dari pukul 9pagi sampai 3petang, em takpela tak dapat tengok rama-rama pun takpela.

Yang paling tak tahan tu, suami I nak sambung mandi air terjun. Oh..NO NO BIG NO. Hari dah petang, nak naik ke kawasan mandi air terjun pun kena daki 400m lagi. Giloos??? Dia cakap, ala dah sampai sini, jomla mandi air terjun pulak, mesti best. T___T. Tak terkata aku. Speechless terus berlalu sambil buat muka. HAHAHA.

Ni muka orang tak puas hati tak dapat mandi air terjun. Kahkahkah.

Husna N Ayah

Husna dah Ibu.
Kagum dengan alam ciptaan Allah, cantik sangat pemandangan perjalanan turun kami dari Kundasang ke KK. SubhanAllah. Suruh hubby berhentikan kereta kejap nak amik gambar buat kenang-kenangan. :p

Sayup-sayup puncak gunung Kinabalu dari kejauhan.

Sampai je KK, dah pukul 6 lebih, gelapnya bukan main lagi. Malam ni, nak or tak nak, kena jugak pekena seafood. Tak kira sebab semalam tak dapat kan, siap majuk lagi. Huhu... Kami makan seafood sebelah dengan Pasar Filipine, kawasan macam pasar malam, jalan-jalan servey harga seafood sana, not bad. Udang galah 100g RM8. Sotong 100g RM6 kot, tak ingat. Ikan ikut jenis ikan, aku amik ikan kerapu 100g RM10 kalau tak silap ah, lupa sudah.

Yang ni je tak tanya harga. Ngeri nak tanya. Tengok ajelah.

 Anak dara ni kan, masa tenga tunggu makanan kan, dia memerut senyap-senyap rupanya. Masa makanan dah sampai dia masih berselera makan walaupun ada poop dalam pempes dia. Hish anak ibu nih!

Omak dia dah dapat makan, sukalah!

Butter Prawn. Marvellous!

Kerapu Stim. Okaylah. Lain benar rasa stim dia. Macam masak kicap je.

Total RM65. Ada sotong goreng tepung tak masuk dalam pic. 
Tak dapat habiskan pun, hubby la ni, masa pilih amboi kemain nak banyak-banyak. Salahkan hubby lagi. -___-'.  At last tapau makan masa breakfast esok pagi.

Siap makan, belum habis sampai situ lagi jalan-jalan kitorang ni. Husna yang dah poop tadi kena bersihkan dulu sebelum sambung pegi jalan-jalan. Hubby nak pegi First beach Tanjung Aru. Balik hotel jap, bersihkan badan, then pegi jalan-jalan kat pantai Tanjung Aru.

Dia ni kan, aku bet, kalau boleh mandi air pantai ni malam-malam, konfirm dia dah berendam. Husna takut dengan bunyi pantai.

Jalan-jalan, pusing-pusing, balik hotel dan berehat.


Esok hari ketiga: Kami ke Pulau Manukan. Tunggu next entri.



8 comments:

  1. elly gak tak sampai kundasang..sampai KK park je sbb isya muntah masa naik tu..tak sampai ati nak teruskan naik lagi.hihi

    ReplyDelete
  2. sedapnye tgk seafood tu...rindu nak makan kat situ..puas ati

    ReplyDelete
  3. sabah memang sangat best..! and bestnyeeee pergi kundasang time cuaca yang baik..cantik cantik cantik! time aku pegi, hujan ~ apa pun ta nampak..huhuu...

    ReplyDelete
  4. sebenarnya ada satu gambar yg fashya amik tu depan tu je dah kundasang memorial dan fairy farm tu. hari tu nuru; pun tnya org diaorg kata depan lagi depan lagi masa tu dok cari2 nasib jumpa. hehe

    ReplyDelete
  5. mmg best g sabah. seafood , gunung kinabalu , kundasang memory indah. tak puas sekali kena pergi lagi.

    ReplyDelete
  6. pergi sabah tahun 2009...masa pi kenduri roomate kahwin..tp kitaorg ada tourist guide..kami sempat pergi Memorial War Park..tapi masa pi Hot Poring ni, kitaorg mandi yang kolah nya dalam rumah..tak silap 2 bilik..so kami bertiga satu bilik, dan tourist guide kami satu bilik..huhu memory

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ