Dan aku memang tempah tiket pun pada hari ulangtahun kelahiran suami aku, so ini macam hadiah hari lahir dia jugaklah. Mula-mula aku bagitau suami aku dah tempah tiket ke KK dia tak percaya, sampai aku forwardkan slip booking kat email dia, baru dia percaya. Lama jugak tunggu vacation ni. Hampir setahun tu. Masa tu aku belum pregnant lagi. Siap cakap dengan suami, Sya tak boleh pregnant sampai bulan 12 ni kalau nak. Tup...Tup, aku disahkan pregnant pulak bulan 9. Perancangan Allah tu sangat baik. Oklah awal sikit pregnant. Still dapat pegi UK dan Sabah naik flight. Kalau pregnant bulan 12, masa pegi UK aku baru 2bulan, which is kandungan sangat tak stabil lagi dan mesti tengah mabuk-mabuk. Dan masa pegi Sabah da 28 minggu, masih dibenarkan naik flight.
AA masih menerima penumpang wanita yang mengandung dari usia 28 minggu hingga 34 minggu dengan syarat dapatkan surat doktor dan isi surat disclaimer dari pihak AA. Surat disclaimer boleh dapatkan dan isi masa nak masuk balai berlepas, then 2 surat ni kena submit pada peramugari yang bertugas dalam flight. Mula-mula cuak jugak nak naik flight ni, lepas ke tidak, sekali rilex je diorang lepaskan tanpa sebarang ragu-ragu. Syukur, merasa jugak nak pegi Sabah, rugi jugak kalau tiket burn macam tu je. Hotel sume dah booking, kereta pun dah booking, kalau tak jadik, habis duit burn macam tu je.
Ena tegur muka aku masam je tak senyum. Sebab tengah cuak lepas ke tak ni naik flight. Konon-konon pakai jaket nak cover perut. Its work jugakla kot, sebab setiap kali orang cek, diorang tak perasan sampaila last cek masa nak naik flight, kakak jaga tiket ni perasan dan suruh isi borang. Okay jela, surat doktor pun ada, so takde masalah kat situ.
Kakak Husna suka sangat duduk dalam troli ke apa nama dia tu. Sampai-sampai nampak troli terus nak naik. Sama kes jugak kalau pegi shopping complex.
Dah masuk balai berlepas, sedikit lega. Bolehla buat peace! Husna tak pandai-pandai lagi peacenya.
Sebelum naik flight, tunggu lama jugak naik. Dahla panas.
Okay, ini merupakan pengalaman pertama En Suami dan Husna naik flight. En Suami masa nak naik kapal terbang dia senyap seribu bahasa. Senyum tak, cakap pun tak. Aku tak tahu apa dalam fikiran dia, teruja kah? Takut kah? Tak selesa kah? Hahaha.. Sampaila kapal terbang dah take off baru dia senyum dan bercakap. Hahaha. B, ingat Sya tak perasan ur reaction???
Husna pulak? Mula-mula dia sangat excited nampak kapal terbang dari jauh, bila dah dekat, masa nak meniti tangga nak naik atas, dia punya takut siap peluk rapat-rapat, dari dukungan ibu melompat ke dukungan ayah. Takut bunyi kipas kapal terbang tu kuat sangat. Dah sampai atas, dia okay. Syukur Alhmdulillah sepanjang dalam flight dia sangat behave, tak meragam, excited je memanjang, kejap duduk kat ibu, kejap-kejap duduk kat ayah pandang ke luar tengok ciptaan Allah. Subhanallah. Cantikkan Husna awan
Masa ni dah sampai airport KK, baru suami I nak senyum tau. Happy sangat sebab our 2 and a half hours journey was great. Husna sempat tidur sekejap dalam flight.
Paling suka naik flight bila dapat tengok awan macam ni, mulut sentiasa memuji kebesaran Allah. Macam ada 1 dunia lain kat atas ni. Macam alam kayangan pun ada kan.
Sampai airport KK, siap ambil beg n imigresen pukul 1.30 tengahari macam tu, sementara tunggu En Shahril (owner kereta sewa) hantar kereta, kami jalan-jalan kat kejap kat kedai-kedai dalam airport. Untung jugak aku, rezeki anak. Aku tempah kereta Kancil untuk memudahkan perjalanan kami di KK, tapi En. Shahril bagi kereta Viva dengan harga kereta Kancil. RM60/day. Tapi kami bayar RM 120 untuk 2hari setengah tu, sebab hari pertama kami dah sampai dah setengah hari kan. Sangat-sangat recommended sapa-sapa yang nak pegi KK, sewa je kereta dengan En. Shahril ni. Kondisi kereta pun sangatla tiptop. Still baru lagi. Gambar kereta je tak ambil. Lupa sangat-sangat. Thanks to Elly dan Nurul bagi contact no En. Shahril ni. Berbaloi-baloi.
Kami menginap di Casuarina Hotel. En. Shahril jugakla yang tunjuk arah ke Casuarini Hotel. Sangat dekat dengan airport dan Tanjung Aru. 3 minit dah sampai. Sangat dekat. So, hubby sukalah dekat dengan laut. Dia kan hantu air. kehkehkeh... :p
Suasana bilik okay not bad. Cuma tang bilik air takde paip langsung. Tension aku, terpaksalah apply cara beristinjak macam kat UK dulu. Cis. Lagi, arah kiblat pun takde, Kitab Bibble ada. Sah hotel ni Kristian yang punya. Sewa untuk 2 malam RM230 termasuk segala mak nenek tax semua dan sarapan. Budak tu excited sangat masa jejak KK, sampai bergegar ha gambar tak mau diam. Seronok tengok anak happy, tau-tau je kitorang ni tengah bercuti nak bersuka ria.
Peace Yo!
Hari pertama, tempat yang kitorang terjah adalah Pasar Filipine @ Pasar Kraftangan dan Tanjung Aru. Then jalan-jalan sekitar bandar KK saja. Mula-mula sampai Pasar Filipine, aku tak tau pun tu Pasar Filipine, siap tanya penjual kat situ, ni tempat apa nama dia. Bila dia cakap ni pasar filipine, barula aku tau. Haha. Shopping sakan jugakla kat sana. Siap cakap ngan hubby, eh, kita ada 2 hari lagi kat sini, takkan nak abiskan duit kat sini. Sedar tak sedar shopping tak hengat. Kebetulan pulak hujan masa sampai sana, so, stuck dalam pasar lama-lama, pusing-pusing dalam pasar sambil shopping sampai tak ingat. Sempit ah pasar Filipine tu, aku harap suatu hari nanti pasar ni diperbesarkan, kasi luas sikit na.... Nak lalu pun payah, dengan perut aku ni, memang tak muat la, selalu selisih dengan orang mintak jalan sikit, perut saya nak lalu. Haha. Nak cari souvenier, sila ke sini ataupun ke Kampung Air.
Tanjung Aru pun not bad pantai dia, cuma yang hairan tak ramai yang mandi. Mungkin masa tu dah nak hujan kot. Kitorang just have lunch kat Pantai Tanjung Aru, makan dia hubby tak suka. Katanya tak sedap.
Depan pantai Tanjung Aru. Tanjung Aru ada First beach dan Second Beach. Yang ni First beach, nak masuk kena bayar RM 1.50/entri. 2nd Beach FOC.
Tengok pic ni, rindu pulak kat budak rambut kerinting ni. Si dia ni, excited ya ampun! Terloncat sana terloncat sini, lari sana lari sini sampai ibu ayah risau dia hilang. Last2 suruh ayah dia jaga, ibu nak shopping.
Dinner kat kedai mamak depan pasar tu je. Nak makan seefood hubby takmo layan. So, merajuk sampai pagi esok, Uwaaaaaaaa.. Sedih.
Husna ni jenis dia, kalau dah berjalan-jalan memang payah sangat nak tidur melainkan dia betul-betul penat, dengan sendirinya dia tidur. Bila dia mengantuk ala-ala je, jangan harapla nak suruh dia tidur, tapi dia punya merengek pun boleh tahan. Seharian tidur sekejap je dalam flight, sampai malam tak tidur-tidur. Itupun still payah nak tidur sampaila semua lampu dipadamkan. Tengah malam terjaga meraung macam apa. Nampak hantu ke? Hahhaa, harap taklah, mungkin penat kot.
So, yang bertanggungjawab menenangkan anak adalah ayah dia. Ibu dia nak tidur. Kahkahkah. Inilah kerja ayah dia kalau ada dengan anak, semua bagi kat ayah. :p
Sambung Part 2: Hari kedua.
hoyeahhh..entry yg dinanti-nanti....kite pon nak book viva la nanti ngn en.sharil tu ^_^
ReplyDeleteseronok bile bace org lain pergi holiday. cam dh muak tu tulis sndiri punye pegi =.="
Viva tu sebenarnya Rm90/day, tapi dia salah amik booking kot, kereta kancil dia dah abis bagi orang sewa, so dia bagi viva. Okayla, rezeki.
DeleteWah rindu nak gi Sabah...Mmg kampung air ni lg murah...Adik ipar aku beli benda mcm sanggul tu kemain mahal sampai Rm25 kat psar filipine sekali pergi pasar mlm ni baru Rm10..hangin jek..hehe
ReplyDeletefashya.. pasar malam kampung air tu mmg murah banding ngan pasar philihine tu kan..hihihi ada simpan lagi kan no encik shahril tu.. nnt pegi lagi leh contact dia je
ReplyDeleteSalam fasya..bole bg tak no en.sharil tu?sy pn nak g sabah ujung bulan 5 ni gune AA yg promoted RM3 gak tu...^__^
ReplyDeleteboleh, no problem.. 0128221685
Deleteglamour dah abg shahril tu... hihihi
ReplyDelete