Pagi-pagi dah bangun but as usual anak dara belum bangun lagi. Kali ni suami I pulak yang paksa dia bangun. Takut betul terlepas bot nak ke pulau tu, banyak bot ye ke sana, dont worry be happy. Dia takde time-time tertentu ke pulau, orang ramai je jalan. Mula-mula cakap dengan suami, dah sampai sana tak payah mandila, nanti bawak baju basah balik, berat luggage. Hahaha. bertuah tak nak mandi en suami saya tu. Hantu air. :p (Ntah brapa kali mention camni :p)
Nak ke pulau, kena naik bot dari Jeti Jesselton, tak jauh pun dari bandar KK tu. Mula-mula aku macam tak heran sangat konon-konon tak mau mandi langsung, nak tengok-tengok atau main-main tepi-tepi pantai je. Last-last bila sampai kat jeti, kat kaunter tiket, aku tengok gambar-gambar suasana kat Pulau Manukan, aku terus mintak kunci kereta kat suami yang tengah beli tiket, amik baju salinan. Hahaha, tak menahan betul tengok gambar je dah tergugat pendirian tak nak mandi. Cantik sangat gambar-gambar tu.
Harga tiket ke Pulau Manukan RM23/person. Yuran terminal jeti pun kena bayar RM7.20/person. Nak masuk pulau pun kena bayar jugak tau. RM3/person. Husna as usual free. Kami sewa tuala dan google lagi. Total semua nak ke Pulau Manukan adalah almost RM100 untuk 2 dewasa. Erm, but sangat berbaloi ke sana walaupun mahal, sebab apa....sebab dia nanti aku cerita lah.... Actually ada banyak lagi pulau yang boleh pergi. Pulau Gaya, Pulau Mamutik dan satu lagi lupa nama pulau tu. Pulau Sapi kot.
Pemandangan sekitar Jeti Jesselton Point. Cantik sangat view dia. Cuaca hari tu pun sangat nice dan bagi kerjasama dengan kami. Syok!
Aku rasa macam ada dekat oversea pulak..Kehkehkeh
Sementara nak tunggu orang ramai nak naik bot, amik-amik pic dulu sekitar jeti.
Bila orang dah ramai, moh le kite ke pulau. Dari jeti ke pulau, just naik speed bot tu je. Perjalanan amik masa dalam 10-15minitn camtu. Aku kan pregnant, setiap kali boat tu hempas ombak, Ya Allah, sakitnya perut. Mau beranak aku camni.
Jaket untuk kanak-kanak pun ada, dont worry. Husna mula-mula naik dia excited, bila bot dah gerak dia senyap seribu bahasa. Mula-mula duduk dengan ibu.
Lepas tu terus melompat ke ayah, peluk kuat-kuat.
Permukaan laut di kawasan jeti. YaAllah, cantiknya ciptaanMu. Jernih sangat air laut ni. Nampak macam-macam jenis ikan cantik dan coral kat sini.
Cuaca memang sangat nice. Panas dan banyak angin. Syukur Alhamdulillah.
Dalam hati aku berkata, nasib baik sempat amik baju tadi, kalau tak mesti rugi tak dapat mandi laut. Dalam plastik hitam tu baju salinan aku. Hahaha..Tulah, berlagak sangat memula.. :p
Selamat datang ke Pulau Manukan.
Sila bayar RM3 untuk 1 kepala sebelum masuk kawasan pantai ye. Dan sila catatkan pukul brapa anda mahu pulang ke jeti di dalam buku log. Aku pun tak pasti kenapa kena tulis time nak balik.
No wonder kena bayar, tempat pun sangat cantik, toilet bersih, kawasan bersih, nyaman dan selesa. Aku bagi 5 bintang kat pulau ni.. Hihi.. Tempat lepak, kemudahan alat sewaan pun mudah nak dapat.
Bila dah sampai, suami saya tak sempat-sempat terus pegi tukar baju sementara aku tukar baju Husna. Dah tukar baju terus masuk dalam air. Sementara diorang dok berendam-rendam aku pulak pegi tukar baju. Tak sedar diri mak buyung, nak jugak mandi tu.
Owh, dia ni paling excited nampak fish keliling pinggang. Mulut dia asikla sebut 'Fish, fish, fish'.
Hari panas sangat, so kami berlindung bawah jambatan jeti, lagipun kat sini paling banyak ikan.
Walaupun banyak notis tulis dilarang bagi ikan makan, tapi masih ramai jugak yang selamba bagi ikan makan, makan rotila, keropok sotongla.kami tak bagi tau. Ikan pun belasah makan je semua. Kalau tak, susahla nak tengok ikan berkumpul-kumpul keliling pinggang.
Suka dia
Berehat makan lunch kejap sebelum sambung semula. Lapar.
Tak perlu mention lagi.
Dari pukul 10 pagi kami sampai bawak ke tengahari sampai pukul 1.30 tengahari baru keluar dari air dan salin baju. Tak larat dah rasa kena pukul dek ombak pinggang ni. Sakit. Dengan bawak Husna lagi. Maka, kami berdua surrender dah. Ayah dia je tak nak naik-naik. Tepat pukul 3 petang, kami pun beransur pulang ke bandar KK semula.
Sebelum tu, amik pic yang terakhir sebagai kenang-kenangan. Berbaloi-baloi sampai sini. Cantik! Air jernig, pasir putih. Aku perasan ramai pelancong dari Filipina ke sini, mungkin dekat dengan negara mereka. Seksi-seksi pulaks tu. Sedap betul cuci mata ye!
The End.
Beshnyeee Pulau..sue pun tak pernah g sana lg..insyallah kalo ad rezki nk pegilah..ye la bdk2 seronok betul kalo nmpk fish..fish fish dpt si aqil mau kne picit fish tu..:D
ReplyDeleteFish tu jinak2 merpati, dekat je bila nak tangkap susah.
Deletetak dapat p kundasang..pulau pun tak dapat pegi..tak kompiden nak bawak isya naik boat..huhuhu
ReplyDeletetapi sapa2 yg pernah p KK mesti akan cakap "nak datang lagi kan" termasuk la elly..nak p lagi!!
xpe elly, nanti ada rezeki pegi lagi k
Deletehuwaaaaa....nak pergi la camni fashya..seb baek belom pegi lagi KK...best bestt =D
ReplyDeletesila...sila, masukkan trip ke manukan dalam list anda ye.:)
Delete