Thursday, January 13, 2011

Milk booster...

Alahai...sian mek na kita ni. Jangan marah-marah ye. Nanti kene jual...hihi...
Tulah saya ni, nak tulis lain, lain pulak jadiknya. Redha jela ye.

Oklah, quote balik soalan entri sebelum ni..

"Saya nak tanya, sapa-sapa kat sini masih gigih mengepam kat opis?
Saya masih lagi usung beg stylo mama tu g opis, maknanya saya masih mengepam lah dekat ofis. Dan masih membekalkan stok EBM pada Husna bila dia ade dekat rumah BS. Skang dia dah kurang menyusu since dia dah makan kan. 4 x 3oz per bottle."

Production sekarang ni okaylah dari dulu. Maybe sejak ade geng Spectra3 kat ofis ni rase rajin dan bersemangat nak pump. 3kali sehari wajib, walaupun ade yang cakap minimun 6kali sehari. Itu termasuk waktu malam. Malam saya tak mengepam. Kalau husna depan mata saya memang tak sentuh pump tu melainkan susu still banyak n rase penuh lagi walaupun dia dah minum.

Ini workstation saya. Beg dgn cooler bag tu hari-hari landing kat situ.

#Dulu sebelum ade geng, saya mengepam dekat surau, di mana kalo nak mengepam terasa malasnya nak jalan naik atas surau. So kadang-kadang penyakit M tu datang memang tak mengepamlah.

#Skang bila dah ade geng, pam dalam ofis je sambil-sambil borak @ blogging, tengok gambo/video anak. Jaja kat meja sebelah. Sebab tu best. Meja saya ni yang belakang sekali, bila nak buat projek tu tak malulah sangat.

#Dulu masa mula-mula mengepam, pam kat sini je. Tapi sebab malu, tukar tempat yang tak malu. Boleh? Hahaha...Kat surau lah. Lepas tu letak susu yang dah pump dalam peti ais dalam pantry.

#Skang, lepas pump, terus letak susu dalam cooler bag yang ade ice pack tahan sampai 12jam. Sejuk sampai balik rumah.

Kan mudah, tak payah nak gerak ke mana-mana.
Kat sini, peranan kawan-kawan yang mengepam sekali jugak memainkan peranan penting dalam production susu. Itu milk booster yang pertama.

#Dulu production paling banyak 12 oz sehari, 3kali pump.

#Sekarang, balik rumah boleh nyanyi la.la.la...senang hati dalam cooler bag saya ade 15oz-20oz susu sehari pam. Syukur Alhamdulillah.

Selain itu, (eceh, macam ayat karangan pulak),

Alfalfa sebut Al-fal-fa ye adik-adik.

Kalau beli kat Jusco harga dia RM5++. Boleh tahan mahal sayur ni. Kan selalu makan pil vitamin alfalfa tu. Makan sayur dia pun bagus jugak. Nilah rupe alfalfa ni. Macam taugeh.

Daun alfalfa yang dikeringkan telah dijadikan bagi mengubati pelbagai penyakit berkaitan salur pencernaan, dan pelbagai penyakit lain, serta menambahkan susu badan sejak berzaman lalu di Amerika.
[kredit]


Buat sup sodap. Campurla dengan lobak putih, daging ayam, tomato. Letak sikit sos tiram.
Makan dengan nasi panas. Sedap. Saya kalo makan sup suka camni, letak sikit je nasi, macam makan bubur. Rasa alfalfa ni rangup. Jangan lebur lama-lama sangat. Kejap je tau.

Bahan utama: Alfalfa + Lobak putih + tomato

So far, bagi saya, makan alfalfa ni kureng sikit kesan atas production susu. Nasib baik sebab kau mahal tau tak? Tak larat jugak nak beli jadikan sayur yang wajib ada dalam peti sejuk.

Tapi the best milk booster bagi saya lah ialah;

Longan kering....

Beli dekat kedai ubat Cina. RM 4/100g. Mahal jugak ni tapi sedap. Rebus dengan air + gula batu. Kalau minum air ni dipetang hari, lagi-lagi kalau sejuk. Peh! Tengokla esok pagi. Mantop gitu. Puas hati kau mengepam.

Dari entri na,
1. makanan penambah susu TIDAK MENJAMIN anda akan tiba tiba mendapat banyak susu..kerana….yang membuat susu adalah badan anda bukan makanan itu

2. susu badan kita ni ‘supply on demand’ kalau banyak demand banyaklah hasilnya..kita lupa…dah ambil makanan penambah susu kita lupa nak susukan anak…nak perah..tiada rangsangan….maka susu kita tidak akan meningkat.

sumber gugel dr sini


Yup, thats true. Bukan 100% milk booster boleh bantu kite untuk up production susu tapi ade sikit membantu lah. Kite ikhtiarlah kan mane yang boleh. Rajin buat Power pumping, bagi rangsang cik B kita untuk produce susu.

Wah!! haku dah macam pakar laktasi lah. Kalah Kak Farah Sarakids..Hahahaha..Haku verangan nak jadik cam dia.


p/s: na, fashya pun nak cik B cam tu gak. hahaha. Boleh?



11 comments:

  1. hahaha
    ehh serius xpernah tao psl sayur taugeh yg dipaggil alfalfa itu..
    sni xde jusco, giant xpernah nmpak lak sayur gtu, mane lg nk carik yekk??
    yg longan tu kene buat air suam la yek..nk test gak ar nanti, hehe
    alfalfa tu klu xjumpe, buat je la sup lobak putih tu byk2 ye dak? hehe
    xsbr nk try test ni,
    biarla xrajen ngepam cam korang semua, huhu
    btw, tenxs 4 sharing nak2 psl sayur cm taugeh tuh,
    1st tao tgk n bru tao neh, hehe

    ReplyDelete
  2. dah seminggu tak mengepam
    badan dah merajuk
    hasil dah skit sgt2
    nak dpt 2 oz pun payah
    maka..malam2 je lah cha dpt breastmilk
    yg antar kat nursery pun stok2 yg masih ada

    longan kering yg terbaik!!!
    sedap..

    ReplyDelete
  3. baru betul...heheheehe...
    sonok la fashya ade geng sudah..mas smp ke sudah xde geng..hari2 usung beg p surau...dah la pump tu bunyi cam badak berdengkur...
    tp btl,mknn bkn milk booster pertama pon..mas mkn la mcm2,xde maknanya.... :)
    cuma kena relax je...hohoho

    ReplyDelete
  4. BEST entri :) sy pn ada nk try longan kering tuh..mmg mahal...kt pasaraya ada jgk selain kedai ubat cina... :) mg rezeki anak2 kita sntiasa murah...ameen

    ReplyDelete
  5. oh longan kering ye fasya...good info...baru tau...skang susu pon cam nak kurang.dah mule riso dah ni...fasya ade amik supplement tak?

    ReplyDelete
  6. na:
    fasya pun tak tau wujud sayur alfalfa tu memula, pastu dok masuk kumpulan ibu menyusu kat Fb tu, ade yang cube makan, so tryla carik kat jusco, sekali jumpe. terus rembat. Tak tgu dah. huhu...
    sila-sila makan, jangan tak makan nanti rugi.

    dayu:
    nasib baik longan tu sedapkan? kalo tak mesti susah nak telan n amalkan.

    ReplyDelete
  7. ummi:
    tak lama lagi xdela geng dah...hihi..
    badak berdengkur? hahahaha...cemane badak berdengkur. penah dgr ke? klaka la mas ni..hihi

    faizah:
    try..try..jangan tak try

    mar:
    fasya penah makan supplement shaklee tu. dah abes da 1st trial pack tu. tapi skang tak kontiue dah...cube ape yang natural plak.

    akish:
    thank Q .:)

    ReplyDelete
  8. longan kering xpernah cuba lg tp kalu longan+kurma tu slalu bli..bli yg ready made sbb mals nk merebus..hhahhaa..

    ReplyDelete
  9. mamasue pun tgh sedaya upaya (yo lah tu) berusaha utk nak memperbanyakkan dan memanjangkan (hahaha) tempoh breastfeeding nih...mamasue just bykkan minum air,rajin buat milo,and pam kt ofis at most 3 kali je....hope it works well lah...tak de amik suppliment apa2 pun...just water

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ