:)
Monday, January 31, 2011
Sunday, January 30, 2011
Nursing Cover
Sepatutnya nursing cover ni perlu ada sebelum husna lahir lagi bagi memudahkan urusan Nursing In Public (NIP), bila-bila masa, di mana-mana jua. Tapi akibat kesedaran yang lambat, maka bile husna dah 8bulan baru saya ada nursing cover ni.
Saya penah NIP Husna beberapa kali. So far, hmmm...ade jugakla yang pandang pelik, tak kurang jugak yang senyum sinis. Saya tak kisah. Saya bukan buat perkara yang berdosa. Memula sekali pengalaman NIP ni, masa Husna 2bulan dekat Jusco Tebrau. Dia dah menangis macam ape dalam Jusco tu, saya cari tempat yang agak tersembunyi sikitla, then bagi dia susu. Disebabkan keadaan Husna yang seakan mendesak tu, saya takde rasa malu nak nursing dia time tu jugak. Anak dah haus, buat ape nak malu dah, Selak ajela baju ni, tapi selak bukan nampak semua. coverla bahagian aurat.
Dekat kedai makan pun penah, kedai mamak lagi. Nasib baik mamak spoting. takde lah dia pandang lain macam. hahaha. haru jugak kalo dia pandang lain macam kan? nasib baik ade suami sekali masa tu.
Cantik tak korang nursing cover tu? Cantikkan? Cantikkan? saya suka sangat! Yang ni saya tak buat ye, saya tempah dgn opismate saya. Masa mula-mula nampak nursing cover ni, Ya Allah, sukanya! Suka gila. Harap-harap Husna pun suka jugakla, jangan dia main cak cak ba dgn nursing cover ni sudah. Siap dengan bag sekali. Tu yang saya suka tu. Comel plak tu.. I didnt expect nursing cover ni secantik dan secomel ni. Serius! Jahitan pun kemas.
Guys, nak tempah leh g kat sini Tink Toink. Ada banyak lagi yang akak ni buat. Sila lah terjah ye.
Saturday, January 29, 2011
Tenangla dirimu di sana....
Saya dapat berita dari hubby pagi Jumaat, dia bagitau atok dah nazak. Masa tu dia dah nak balik Labis nak tengok atok. Saya kata okaylah. Saya ni dok pikirla atok lelaki yang sakit, sebab atok lelaki yang asik sakit tapi bila saya dapat tahu atok Maheran yang sakit, lagilah saya sedih.
Sedihla plak nak cerita. Walaupun baru kenal tapi terasa kehilangan.
Tak sangka..tak sangka.
Ni adalah antara sebab kenapa saya tak suka dengan PJJ, bila ade kematian, orang sakit, sapa nak bawak saya balik tengok diorg. Takkan saya nak balik sendiri??dengan anak? NO! saya tak berani.
[hubby baru call, cerita org sini datang org sana datang, saya je tak datang. Sedih la...sedih sangat].. Air mata dah mengalir... T______T
Saya ada sepupu (belah suami) duduk dekat Senai, pagi tadi dia mesej tanya saya dekat mana, then when saya reply, dia terus senyap. Takde offer saya nak ikut balik ke apa. Tengahari saya call dia balik, dia cakap dia nak balik after solat Jumaat, and dia cakap kalau saya nak ikut balik dia soh saya pegi Senai. Masa tu dah pukul 1.00pm. Nak bersiap semua, maybe takes time.... nak pegi Senai lagi, nak amik Husna lagi, maybe saya tak sempat nak sampai Senai pukul 2.oopm.
Then i said, takpela. Maybe tak sempat nak sampai sana pukul 2. Kalau bagitau awal-awal maybe saya boleh amik cuti je ari Jumaat. Ya Allah. Bila last saya jumpa atok.....Hmmm...raya tahun lepas. Yea..itu kali terakhir. Atok yang saya tengok sihat saje walaupun cicit dah ramai. Tak sangka. Raya tahun ni atok dah takde. T____T.
al-fatihah yang mampu saya kirimkan buat atok Maheran.
Semoga tenang dirimu di sana. Amin...
macam ni jugakla keadaannya. Al-Fatihah....
Friday, January 28, 2011
GBWS: Mari Meriahkan Majlis
Baiklah, kepada semua blogger-blogger wilayah Selatan, marilah kite bertepuk tampar, beramah mesra, berlaga pipi dan muntut kite semua di Hutan bandar Mutiara Rini.
Detailnya:
Tarikh yang dipilih ialah 30 JANUARI 2011. AHAD okeh. AHAD ni tau. Tapi jangan risau. Tak ada paksaan untuk anda bangun awal kerana majlis akan berlangsung mulai jam 4 petang.
Please take note kawan-kawan.
HUTAN BANDAR MUTIARA RINI.
30 JANUARI 2011.
HARI AHAD.
Kita buat gathering ni macam pot luck... So, kenala bawak makanan sedikit ye, baru best macam berkelah di tepi pantai gitu.
Ini antara hadirin yang akan memeriahkan majis gathering kite nanti ye:
SUDAH CONFIRM UNTUK DATANG;
1) Noryanti Kasnan - 2 Dewasa 1 Kanak-kanak
2) Nur Fashya - 1 Dewasa 1 Kanak-kanak
3) Norhidayu Abdullah - 2 Dewasa 1 Kanak-kanak
4) Aishah Rahim - 2 Dewasa 1 Kanak-kanak
5) Nor Shahira - 2 Dewasa 1 Kanak-kanak
6) Nurul Hayaty Md Mohpty - 2 Dewasa 1 Kanak-kanak
7) Nur Hanani Abdul Hamid - 2 Dewasa 1 Kanak-kanak
Senarai makanan pulak:
MENU JAMU SELERA;
1) Noryanti Kasnan - AIR LONGAN.(bagus ni, MILK BOOSTER)
2) Nur Fashya - KEK BATIK DAN BUAH-BUAHAN- nak bagi baby makan, i buat puri nanti ye.
3) Norhidayu Abdullah - CUPCAKES.
4) Aishah Rahim - MEE GORENG CINA.
5) Nor Shahira - NUGGET.
6) Nurul Hayaty Md Mohpty - AIR RAHSIA. (AIR APA KID?)
7) Nur Hanani Abdul Hamid - RAHSIA. (APA TU EH?)
Sorila aishah, sume copy paste je...Aishah jangan marah tau..hihi..
Baiklah, kawan-kawan yang belum bagi kata putus nak datang @ tak, tak yah pening-pening, pilih datang je. Tak mau sogan-sogan, kita nak mengeratkan silaturrahin ni.. Jom Jom JOm...
Saya nak invite Suriati, Jaja, Akish Bonda Dadif, Haliza, Nad Nazira. Bukan mak-mak pun boleh join, boleh share-share pengalaman. Jom semua..:)
Sapa lagi area Johor ni mehla datang ye...
Maybe this place sangat sesuai nak jadikkan port kite nak makan-makan kan? Blakang tu ye..cik husna ni model jek..hihi
p/s: Nanti korang dah sampai dekat Hutan bandar tu, ade taman permainan kat depan dia, kat belakang taman permainan tu ade lagi besar tempat dia yang ade rumah-rumah tu. Takut ade yang komfius pulak...
okay kawan-kawan, tak sabar nak jumpe AHAD ni...See ya..:)
Thursday, January 27, 2011
Terima kasih NUFFNANG T__T
Blogger Mama dekat FB da takde, dengan rasmi da tutup pada hari ni. Nak kate sedih tu, takdela menangis beriya-iya. Biasa-biasa saje. Walaupun jangka hayatnya tak lama, tapi banyak impak jugakla kat situ. Takpe, yang dah berlaku biarkan berlalu. Dah nak masuk bulan Februari ni, marilah kita bermaaf-maafan. Eh! ape kene mengena dengan bulan Februari dan maaf bermaafan. Ntah! Penulis sedang merawang ni ye. (Hadoi, malas betul nak siapkan introduction untuk proposal nih. Buntulah. Plus malas nak membaca sebenarnya. Daku lagi rela bace entri orang dari bace journal dgn term-term yang daku sendiri tak faham)*sign*-salah-pilih-course-masa-kat-U-dulu.
Maka, bolehla kita fokuskan target kite pada blog dan capai angka 12K/sebulan pada Nuffnang ye. Aku rasa nak berenti keje je. Jadik blogger tegar sajelah. Boleh tak? Takyah la pikir pasal PJJ, pasal masalah BS dan masalah yang lain-lain. Korang-korang mehla bertapa kat blog saya ni....Mehla jadik follower ramai-ramai. Mehla sini, daku paksa ni tau... sila paksakan diri, cepat jadik follower gua!! Kahkahkah...(gelak jahat)
Takdela acah je tu. .Nak jadik follower, jadikla, tak nak takpe *tetiba jadik angelic pulak* Jangan jadik STALKER sudah. Kan hannah, kan dah kene CHICKEN. Hihihihi....
Bestnya dok rumah belek laptop je tibe-tibe tengok Nuffnang dapat duit 2-3 ribu riban. Mane tak bestkan? Dok rumah je dapat duit, goyang kaki je dapat duit, jari ketuk-ketuk keyboard je dapat duit. Dah macam iklan-iklan bengong yang dok cakap, duduk rumah boleh dapat duit 5 angka sebulan. Yeay, jom kite join!!
Best ape.
Tapi...............
bile cek my nuffnang..
.
.
.
.
.
.
.
Dok angka tu je dari tahun lepas...
Jom ah sambung buat proposal.
DUSH!!*BORING!!
p/s: Jeles betul dengan orang yang dah leh cashout duit nuffnang...hiii...bleh share brape korang dapat?thihihihiiiiii...
Tuesday, January 25, 2011
Akikah
Borak-borak dengan kawan, dia cakap anak dia dulu buat kat Kemboja. Hah? Kemboja.
eh, eh, dia bukan orang kemboja, tapi dia bayar dekat orang dan orang tu uruskan aqiqah dan disedekahkan dekat orang Kemboja (kat sanakan ramai orang-orang susah)
saya tanya lagi, macam mana nak buat, sangat innocent sebab memang tak tau boleh buat macamni. saya pun google "uruskan aqiqah". Saya jumpe this link. PICIT ye. (kembara aqiqah dan korban di kemboja).
Banyak jugak agen yang boleh uruskan aqiqah dan qurban ni.
1. http://www.aqiqahnasional.net
2. http://www.aqiqahqurban.com
3. http://www.ezqurban.org
Ni antara agen yang menguruskan qurban dan aqiqah.
Maybe cara ni sesuai untuk orang yang busy dan yang tak nak fikir perkara-perkara sampingan yang perlu dibuat masa majlis aqiqah ni. Yolahkan, kalo dah nak buat majlis ni mesti macam-macam yang nak difikirkan. Buai berendoi, goodies bag, kenduri etc..etc..
Masing-masing ade pilihankan. Maybe ade yang lebih berpuas hati kalo buat depan mata sendiri. Saya ni tak tau la cemane, nak kene bincang dengan suami dulu lah. Samaada just bayar saja, wakil orang buatkan atau buat majlis. Hmmmm.... Ntah bile la nak aqiqahkan anak dara ai tu.
Apa yang penting perkara wajib perlu didahulukan. Cukur jambul tu adat jekan? Yang penting niat...kerana Allah swt.. :)
Monday, January 24, 2011
Munchkin: Fresh Food Feeder
Dah jumpe image, macam menarik je makcik Munchkin ni. Boleh bagi Husna makan tanpa perlu nak lenyek n suap dia. Masuk makanan dalam net yang disediakan tu, bagi dia pegang, ibu boleh tgk tv dengan suka hati tanpa perlu risau tercekik ke tak. Make sure makanan tu yang lembik-lembik la kan, kalo masukkan jambu batu sampai ke sudah budak tak dapat makan, makin diharuk ade lah..HAHAHA...
Tapi ku masih berkira-kira lagi ni nak beli ke tak, survey-survey harga pun macam mahal jugak. RM23.30. Bagi saya mahalla ni.. lagi pulak belum gaji. Takpela hold dulu.
Tapi....lepas ku tengok Medina tidur dengan pisang, rase nak sangat beli. Geli hati betul tengok Medina tidur dengan pisang. Mana tau Husna boleh tidur dengan senang bila dapat makan dengan Munchkin ni. Hmmm..menarik, menarik. Survey harga paling murah kat Littlewhitz, tutup mata terus sambar satu. hari ni baru dapat barang, balik rumah dah tak sabar-sabar da ni nak bagi Husna try. Basuh, masuk pisang. Anak ai, harus la gelojoh. Tak sempat-sempat, pandai betul terus masuk mulut hisap.
Malu betul anak dara ai ni gelojoh. Thiiiihihiihihi... *malu**
Bye!
Sunday, January 23, 2011
Sepasang kurung coklat-hijau
Dari cuti Thaipusam, bawak ke hari Jumaat, sabtu dan ahad. Best jugak tak payah nak pikir nak g keja, nak berkejar-kejaran di waktu pagi. Walaupun takkan dapat bangun lambat. Tapi tak payah nak berkejar-kejar buat itu buat ini.
Letih jugak jaga si kecik tu. Hari pertama kedua okay lagi. Hari ketiga daku hampir pitam.
Sepasang kurung coklat.
Sempat jugak saya siapkan. Kain baju ni hadiah dari Kelab CEPP, kononnye nak pakai masa hari raya tahun lepas, lepas potong, jahit tepi, terus sumbat dalam lemari. Terus tak usik-usik.
Berbekalkan semangat waja, ceh! Waja la sangatkan. Daku cube jugak keluarkan mesin jahit kat bawah meja ni. Kelentang kelentung, maka inilah hasilnya semalam 4hari bercuti.
Mesin tu bunyi die bising, time anak bangun je boleh buat. Tau-tau jela, kalau menjahit time Husna tgh main-main, mau tak kejap-kejap die datang dekat, curik benang, curi gunting, curi tali tape. Maka berapa banyak kalilah adegan berebut-rebut barang dengan anak. Bila dia jauh dari kawasan saya menjahit, mula la dia sibuk nak memanjat. Kesimpulannya, kesabaran kene tinggi beb! huhu...
Oooo..jahit baju eh? Baju sape tu? Husna punya baju takde ke?
Khusyuk betul muka die. Serious!!
(abaikan bilik bersepah, husna punye keje dok kembah sana kembah sini)
Terpegun agaknya ade mesin bising camtu.
Rebut gunting. Mak ai husna, ini dangerous tau. Luka tangan comel tu karang.
Okay la ibu, ibu siapkan la baju tu ye, husna tido dulula ye.
Pic ni, dia baru pas nangis sebab tersepit jari die kat mesin jahit. Atee, ibu sibuk menjahit, die dok atas riba. Terus saya amik masuk buai, nyanyi sikit-sikit, terus tido..
Good nite sayang.
Esok / Lusa ibu nak melaram baju baru..
hihihi...
Tuesday, January 18, 2011
Pamela Anderson Malaysia
Jangan marah! Ibu buli anak. Kihkih..Tengah dia sonok-sonok main seronok jugak buli anak.
Aik, bila masa ade benjolan ni??
Husna:
Oh ibu, ape benda ni? Keluar kan dia dari badan saya!!
Waaaaa...
Ibu:
Janganla nangis husna, menda tu la yang husna suka sangat tau,
hahahahaha
Sedih..... T_T
Monday, January 17, 2011
Takdapat pegi MV, pegi CS jadiklah
HAhahahahahhaa... Lantakla nak kata saya kronik ke tak. Bukan selalu boleh jumpa. Takpelah.
Kalo kat Kl ade MV, kat Jb ade CS. Ape kate pegi CS bawak husna jalan-jalan. CS tu City Square. Hihihi. Kronik-kronik. Planning dengan makteh yang duduk dekat Singapore, nak jumpalah. Husna nak jumpe Nek teh dia.
Husna tak mau ngan makteh dia. Memulakan, harusla malu-malu dulu. Lagipun dia tgh badmood. Sampai-sampai je CS masa nak carik parking, dia dah mula buat onar. Meracau jugak ibu dia ni. Nak tak nak terpaksa letak dia atas pangku dan carik parking. Serius gelabah weh. Masa on da way dia okaylah. Sebab kene sogok dengan macam-macam benda yang boleh buat dia ralit. Semua ade, toy, USB Hp, getah rambut, sume bagi kat dia main. Jenuh.
Oooo, makteh ai tu memang vogue gitu. Umur 44 tahun, not married yet. Hihhuhihu....Husna call her Nekteh lah kan.
Masuk dalam CS, saya plan no need stroller. Dia komfirm tak nak dok dalam tu, so dukung jela dia sepanjang dalam CS tu and today saya mengalami sakit dan lenguh tangan yang kronik! Saya rasa saya kene beli baby sling. Nak satu nanti. Tak kira!
Chinese New Year kan? Harusla ade tarian singa. Bergema satu bangunan CS dengan bunyi gendang bagai. Nasib baik Husna tak terperanjat pastu nangis. Muka dah nebes je dengar bunyi bising-bising tu. Bagi die tengok tarian naga tu. She enjoy. Bagus tak takut.
Masuk FOS, dia dah mula menguap-nguap. Nak tidur, tapi still enjoy n join nek teh n ibu g shopping. Sebelum dia mula mengamuk, baik beta breastfeed dia dulu. Mintak ijin dengan adik lelaki muda belia yang dok jaga fitting room kat dalam FOS tu, "dik, boleh tak nak tompang breastfeed anak kejap". Selamba kodok jela gua mintak. Nak tau adik tu buat muka pelik sambil cakap " haaa...bolehla", macam terpinga-pinga pun ye. Pastu pandang-pandang kawan dia. Awat? Pelik sangat kah? Keluar dari fitting room, my makteh cakap, diorg dok sengih-sengih sesama sendiri lepas ai mintak ijin tu. Gilo ko apo?Kan dah kene!
Jalan, jalan dan jalan lagi. Kali ni dia memang mula buat onar lagi. Tambah-tambah nek teh dia g gigit kaki sebab geram. Hahaha...lagi la dia nangis sekuat hati. 1 FOS dengar. Dahla husna, jom kita balik jela. Ai bagi susu kat dia dalam kereta, sekejap je dia dah lena, masuk dalam car seat pun tak sedar, sampaila balik rumah.
sampai rumah je mata celik. Terus ligat bergerak kesana kesini. Ceh! eksen je tu nangis2 kat CS, cakapla nak ajak ibu balik. Nak main panjat-panjat.
Colostrum
Selamat pagi semua.
Kalau ade masa nanti, baca ni ye
Aididleaks talk about Colostrum... READ
Bangga jadik ibu... :)
Blog ni, pengarah saya yang kenalkan. Silalah bace ye.
Walaupun bahasa amat kasar sikit, tapi boleh bagi kesedaran pada kita.
Wallualam.
dan sikit ilmu Detox Foot Patch
Sunday, January 16, 2011
Saya SUka ______ (isi tempat kosong)
Wah, dasyat sangat ke si pengacara ni. Suka pulak haku tengok dia. Nama dia Sham. Comellah dia. Memula tak kenal sape si Sham ni, lepas je cerita tu, terus google nama Sham. Op kos la keluar ntah ape-ape kan. Dah name dia seketul tu je. Sampai la jumpe pic ni..
Dah...Dah.. dok puji-puji lelaki lain plak dah aku ni. Berdossa tau!
Takdelah, sebenarnya nak bgtau..
SAYA SUKA LELAKI BOTAK!!
Akikkiki...:p
k, bYE!
I can't handle part 2
Risau kalau die jatuh, dan selalunya akan hentak kepala dulu. Camne nak buat eh. Takkan nak larang. Risau yang amat. Yelah, saya ni kan jaga die sorang-sorang.
Tu yang senyum besar je tu. Kalau dia memanjat tiang tu memang saya standby siap-siap.
Hai anak ibu ade masalah ke?
masalah cemane nak buat tak bagi jatuh ye.
Sian awakkan....
Anak korang sejak dah mula lasak ni banyak kali tak jatuh?
Husna 2kali.
Saturday, January 15, 2011
I can't handle
Can you stay in this messy room?
Perempuan ni kalau nak kawen, kena lah pandai mengemas. Kalau tak nanti suami balik rumah tengok rumah bersepah, tension balik keje tak hilang langsung bila tengok rumah bersepah-sepah tak ubah macam tempat tikus nak beranak. OMG! Kasar betul bahasa saya ni.
Bukan ape, actually, saya memang really tak berkenan dengan orang yang pengotor.
Mata kau tahanla tengok benda bersepah-sepah, mata aku tak boleh. Abes kalo 1 tempat tu dah bersepah, mata kau boleh tengok, mata aku tak boleh tengok, sapa yang kemaskan? Akulah jugakkan? Kalau ko nak buat bilik ko bersepah silakan, mata aku tak nampak. Tapi janganlah tempat-tempat yang kita share bersama nak buat sama macamana bilik kau.
Baiklah, sila redakan keadaan. Tak mau emo-emo. Bukan nak kata saya ni tak pandai buat sepah, kadang-kadang saya ni bersepah jugak orangnya. Tapi i know how to kemas balik barang-barang yang dah disepahkan.
No lah, sebenarnya saya nak bagitau, kalau kita ni dah berada kat tempat orang, pandai-pandailah biasakan diri. Cuba ikut mana yang baik. Bukan susah sangat pun nak merajinkan diri. Allah pun suka dengan kebersihan, kekemasan, kecantikan.
Cuba kalau kita dah longgok-longgokkan baju-baju kotor, pastu bertimpa-timpa. Busuk kan? Kalau dah busuk cemane nak pakai dik non oi. Lainla kalau ko suka. Tak tau la kan, masing-masing lain. Kalau dah minum tu kan, silalah basuh cawan tu dik non oi...Ko nak soh sapa basuh? Bibik? Yang pelik tu, bila bergaya fuh! sikit punya smart dik non oi, tapi bila masuk bilik, cet! malas nak cakapla.............Tu 1 part, yang lain part malas nak cerita. Tak baik.
I can't handle this feeling, sebab saya tak boleh terima dengan orang yang boleh hidup dengan keadaan messy macam tu. OMG! OMG! Rasa nak nangis tengok. Seriusly. Biar tak cantik tapi kemas.
Dahla, baik tamatkan entri ni sebelum gue meroyan tak pasal-pasal. Baik tidur sambil peluk Husna. Best sikit. Eh, bukan best sikit, tapi best banyakkkkkkkk...Hihihi....
sebelum tu, tepek gambar bilik cun sikit;
Friday, January 14, 2011
Aksi stunt. :p
tup..tup terus nak memanjat.
Saya lepas solat maghrib ni. Die plak berkeliaran dekat dalam bilik tu. Skang ni kalo saya solat saya biar je die menyusur-nyusur dalam bilik tu. Since katil dah takde selamat la rase. Tapi kengkadang mata ni meliar jugak tengok dia. Maka memang tak khusyukla solat tu kan. Hahahaha...abes tu. Ape penyelesaian terbaik?
Ntah.
Kadang-kadang dia datang dekat sejadah, dok statik je main kain telekung yang renda-renda tu. Kadang-kadang die dok tengah-tengah sejadah. Kadang-kadang die melintas je. Ikut suke dia lah. Hahaha. Dulu tak pandai nak menyusur-nyusur duduk jela statik., Skang lantak lah. Harap-harap ade malaikat jaga dia. Pikir positip je haku.
Tengok video tu, dia cube nak lepas tangan, cecepat saya terpa dia. Verangan anak dara aku ni.
Enjoy ye. hehehe
Thursday, January 13, 2011
Milk booster...
Tulah saya ni, nak tulis lain, lain pulak jadiknya. Redha jela ye.
Oklah, quote balik soalan entri sebelum ni..
"Saya nak tanya, sapa-sapa kat sini masih gigih mengepam kat opis?
Saya masih lagi usung beg stylo mama tu g opis, maknanya saya masih mengepam lah dekat ofis. Dan masih membekalkan stok EBM pada Husna bila dia ade dekat rumah BS. Skang dia dah kurang menyusu since dia dah makan kan. 4 x 3oz per bottle."
Production sekarang ni okaylah dari dulu. Maybe sejak ade geng Spectra3 kat ofis ni rase rajin dan bersemangat nak pump. 3kali sehari wajib, walaupun ade yang cakap minimun 6kali sehari. Itu termasuk waktu malam. Malam saya tak mengepam. Kalau husna depan mata saya memang tak sentuh pump tu melainkan susu still banyak n rase penuh lagi walaupun dia dah minum.
Ini workstation saya. Beg dgn cooler bag tu hari-hari landing kat situ.
#Dulu sebelum ade geng, saya mengepam dekat surau, di mana kalo nak mengepam terasa malasnya nak jalan naik atas surau. So kadang-kadang penyakit M tu datang memang tak mengepamlah.
#Skang bila dah ade geng, pam dalam ofis je sambil-sambil borak @ blogging, tengok gambo/video anak. Jaja kat meja sebelah. Sebab tu best. Meja saya ni yang belakang sekali, bila nak buat projek tu tak malulah sangat.
#Dulu masa mula-mula mengepam, pam kat sini je. Tapi sebab malu, tukar tempat yang tak malu. Boleh? Hahaha...Kat surau lah. Lepas tu letak susu yang dah pump dalam peti ais dalam pantry.
#Skang, lepas pump, terus letak susu dalam cooler bag yang ade ice pack tahan sampai 12jam. Sejuk sampai balik rumah.
Kan mudah, tak payah nak gerak ke mana-mana.
Kat sini, peranan kawan-kawan yang mengepam sekali jugak memainkan peranan penting dalam production susu. Itu milk booster yang pertama.
#Dulu production paling banyak 12 oz sehari, 3kali pump.
#Sekarang, balik rumah boleh nyanyi la.la.la...senang hati dalam cooler bag saya ade 15oz-20oz susu sehari pam. Syukur Alhamdulillah.
Selain itu, (eceh, macam ayat karangan pulak),
Daun alfalfa yang dikeringkan telah dijadikan bagi mengubati pelbagai penyakit berkaitan salur pencernaan, dan pelbagai penyakit lain, serta menambahkan susu badan sejak berzaman lalu di Amerika.
[kredit]
1. makanan penambah susu TIDAK MENJAMIN anda akan tiba tiba mendapat banyak susu..kerana….yang membuat susu adalah badan anda bukan makanan itu
2. susu badan kita ni ‘supply on demand’ kalau banyak demand banyaklah hasilnya..kita lupa…dah ambil makanan penambah susu kita lupa nak susukan anak…nak perah..tiada rangsangan….maka susu kita tidak akan meningkat.
sumber gugel dr sini
Yup, thats true. Bukan 100% milk booster boleh bantu kite untuk up production susu tapi ade sikit membantu lah. Kite ikhtiarlah kan mane yang boleh. Rajin buat Power pumping, bagi rangsang cik B kita untuk produce susu.
Wah!! haku dah macam pakar laktasi lah. Kalah Kak Farah Sarakids..Hahahaha..Haku verangan nak jadik cam dia.
Milk Booster jadik Puri Buah
Hmmm... Kalau camni, esok baik saya amik cuti jelah. Jaga anak yang lasak itu. Pagi tadi die berjaya panjat tiang buai tanpa bantuan sapa-sapa. Kemain suka lagi bila dapat berdiri tegak sambil berangan-angan nak lepas tangan. Sebagai ibu, saya tak melaranglah, tapi bersorak-sorak gembira. "Yeay, husna pandai, clever girl anak ibu". Tapi bahaya betul, kang terjatuh terhantuk kepala. Bahaya. Jangan biar sorang-sorang ye. Time-time macam ni memang kene bagi 120% perhatian dekat anak.
Oklah, meh bukak cerita lain.
Tajuk milk booster, tapi dok ngeluh pasai kerja, cerita anak lasakla apela kan.
Saya nak tanya, sapa-sapa kat sini masih gigih mengepam kat opis?
Saya masih lagi usung beg stylo mama tu g opis, maknanya saya masih mengepam lah dekat ofis. Dan masih membekalkan stok EBM pada Husna bila dia ade dekat rumah BS. Skang dia dah kurang menyusu since dia dah makan kan. 4 x 3oz per bottle.
Makan pulak pagi, tengahari dan petang. Hari-hari dok bekalkan 3 tupperware untuk dia. Biasanya tengahari dan petang saya bekalkan bubur. Pagi dia makan puri buah.
Ni perbezaan buah pear n buah lai. Isi dalam dia pun lain. Lai buah die kecik, takde 'bontot' kulit ade yang hijau dan kuning macam pic kat atas tu , rasa dia kalau dah direbus n blend ade rasa masam sikit. Macam tak best nak bagi baby rasa.
Kalau pear, buah dia besar, ade 'bontot' besar tu. Nampak x? Hihi.. Pastu isi dalam dia very the manis kalau dah direbus dan blend. Makan gitu pun manis jugak. Sedap weh, saya pun berselera. Apentah baby yang baru nak kenal makanan ni. Husna suka puri buah pear berbanding puri lai. Kalau buah lai, saya campur kurma, bagi rase manis sikit. So, hilanglah rase masam tu kan.
Yang ni pear Cina, buah die gedabak besar, kalau kat Jusco ade jual RM 1.69 sebijik.
Isi dia macam buah lai.
(Buah untuk anak kemain mahalnya, nak beli buah untuk makan sendri berkira gile kan??)
Okay kawan-kawan. Kalau nak buat puri pear dengan kurma tu, rebusla dulu cam biasakan. Buah lai ni cam keras sket, rebusla lama skit. Kurma tu bleh rebus sekali, tapi sekejap je dahla... tujuan dia supaya senang nak buang kulit dia. Kulit kurma ni kena lah buang sebab nanti kalo blend dia tak hancur betul. Tercekik pulak anak-anak anda nanti.
Lepas dah siap rebus, boleh blend semua nya sekali... Yahooooooo.com .dah siap puri buah pear + kurma. Sedap tau... Mas, boleh try tau. Sian Rijal tak mau makan. Mane tau cube resipi simple mimple ni tergerak hati dia nak mamam.
To NANI, yang tu tau blender kering. Blender basah ko tau kan? hihi....
Husna takut bunyi blender. Kalau dia dengar teruk cemik bibir, terus nangis...hihi...
Niat asal nak tulis entri ni pasal milk booster, sebab tu dok tanya korang masih ngepum ke tak kat opis tapi dah kelaut saya ni.
Takpela, alang-alang sume pic ade, saya buat terusla. Next Entri lahh ye..Hihi...
Wednesday, January 12, 2011
Jumpe geng Spectra3
Semalam ibu bawak husna g jumpe geng...Geng spectra 3 ibu.
Ni ibu-ibu yang gigih mengepam kat opis.
Cutikan semalam, so..marilah bawak anak-anak kite semua bersosial ya. Kemana kita kali ni ye...Bukan shopping complex seperti biasa.
Kita ke rumah Kak Yati, my ofismate. Still remember this entri, penyakit berjangkit?
Skang 2-2 dah meletups! 2-2 dapat baby girl. Sebaya dengan Husna.
Dari kiri; my housemate, Aishah, Me n Husna, Jaja n Damia, Kak Yati and Myeisha, Blakang kak yati tu Iman, anak sulung Kak Yati dan Umi Kak Yati. (Kak Yati n Jaja tu tertukar anak tu)
Seronok kan tengok pic ni. Masing-masing pangku anak. Saya dok terbayang-bayang dengan reunion 16Jan ni...alangkah bestnya kalo dapat join. Hmmmm...Harap-harap dapatla...
Sebenarnya saja-saja je pegi umah kak yati. Bawak jumpa anak masing-masing sambil bersosial.
sape kate anak breastfeed tak semangat? Tengoklah ni.... Damia pun breastfeed jugak.
Dah macam nursey dah rumah kak yati semalam.
Cubaan kak yati pegang myiesha, anak Jaja. Jaja kate ringan nya pegang Damia. Sebab dah biasa pegang Myiesha yang bambam.
Beza umur Myiesha n Damia muda 3hari.
Like a Kak Long Husna take care of sisters.
Hihi...
Assalamualaikum Myiesha. Kak Long Husna here.
Cepat-cepat. Meh nak ajar.
ala, diorg tak mau follow...nak g manjat lagi lah...