Thursday, October 28, 2010

Syok dapat makan

Jom layan video pulak kali ni..


videoAlign Center

Saya balik tengahari tadi, bagi Husna mamam banana. She like banana very much. Tengokla dia makan tu, penuh passion n patient. Patient sebab khusyuk tunggu ibu lenyek pisang tu. Makan sambil meniarap tu, jangan tiru ye, sila makan sambil duduk..Hihi. Husna takde Bumboo Seat. Tu yang rase geram je nak beli tu. Ayah, boleh belikan tak? Bolehla ayah. *wink..wink*





video

Video ni, malam tadi, saya bagi dia Baby Bites. Dia suka makan, tapi this kind baby bites sangat bahaya sebab leper dan mudah patah. Semalam Husna nyaris tercekik dek Baby Bites ni. Husna dah batuk-batuk. Fuh, menggigil satu badan dibuatnya. Serius takut. Terus saya amik dari tangan dia n masuk mulut saya.
Dia ape lagi, mengamuk sakanla.
Sambil menggigil, muka pucat, cepat-cepat saya g panaskan bubur, bagi dia makan terus senyap. Lapar ye Husna.
Lepas makan terus tido sampai pagi..




Wednesday, October 27, 2010

Sessi lepas geram.

Wahai blog, sudilah kiranya saya nak meluahkan ape yang terbuku dalam hati sekarang. Susah betul bila dipendam-pendam. Aku geram!

Aku tau korg memang excellence. Korg memang perform gile. Korg ade team work yang best, bos korg bagus, amik port sume keje korg. Korg tengokla mane team work aku? Mana bos-bos aku? Mana orang-orang yang sepatutnya tolong aku? Mana? Aku sorang-sorang je buat keja tu, keja research ni kalo buat sorang-sorang mane boleh jadik. Semua nak amik mudah dengan bagi arahan je. Ko tengok jela nama-nama dalam jurnal tu, mana ade sorang je nama, paling-paling pun berdua.

Cakapla ape saja belakang-belakang aku, terima kasih, sebab bagi aku pahala. Aku sedih sebenarnya, tapi aku geram jugak. Aku ni staf kontrak je. Ko ingat senang ke nak handle alat yang canggih manggih tu? Meh sini soh ko buat, tanpa training...boleh? Dah 3tahun aku dok godek-godek mende tu sorang-sorang, training pun sendri-sendri, dapat ilmu sikit-sikit dari supplier yang rajin datang. Bolehla nak handle bodoh-bodoh camtu jek. Lainla kalo aku dapat peluang g training sampai OVERSEA. Paling tak pun dalam negara dah cukup. Ni dalam negara pun susah, apa lagi nak g oversea. Beranganlah kau sorang-sorang Fashya. Kalau aku g training sampai oversea pastu balik pun still ditakuk lama, boleh ar nak cakap bukan-bukan. Aku pun segan. Yelah, dah dapat training best-best, tapi still tak perform, still macam tu je....haaaaaaaaaaaaa... Memang patut kene kutuk gila-gila la...

Aku setakat training secara tak langsung je, tak tau kalo tetiba jadik troubleshoot, ape yang perlu aku buat. Aku mampu call supplier jela, die bolehla nak ajar. Nasib baik aku ade supplier yang bagus. Nasib baik!

Orang ni kalau dia tak berada kat tempat kite, dia memang tak tau susah payah yang kita alami. Yang tau hanya berkata-kata. Ape nak buat, aku tak mampu nak halang. Takpe, aku tak kesah. Aku redha. Aku ni kerja dengan alat, deal dengan instrument, kalau rosak ke ade masalah troubleshoot ke, kalau dah terkial-kial tak tau nak buat ape, boleh siap ke kerja ikut deadline? Terpaksala aku tunggu supplier datang, betulkan semula. Kalau dia available hari tu, bolehla cepat siap, kalau dia tak available macammana???. Sigh~~~

Aku doa semoga ape yang korang hajati termakbul. Kalau dah ade alat tu, takdela korang sibuk-sibuk hantar sample kat aku. Aku tak kesah dan aku pun tak susah hati. Kalau sekarang ni aku buat kerja pun macam tak dihargai. Orang lain buat keje, orang lain yang dapat nama. Baik tak payah. Pergila kejar nama, pergi. Aku doa sekali apa yang dihajati tercapai ya. Aku doa sangat-sangat ni. Ikhlas. Sebab aku pun serba salah sebab spoilkan result korang tu. Sebab aku bodoh, tak tau camne nak selesaikan masalah tu. Sebab aku takde tempat nak refer. Sebab aku tak tau dengan sapa aku nak berdiskusi.

Kadang-kadang buat aku malasnya aku nak amik port....

Terima kasih!!

Aku insan kerdil yang geram.....


p/s: Pada sapa-sapa warga CEPP yang tau kewujudan blog dan baca blog aku ni, aku cuma lepas geram je, sebab aku sedih. Sedih sangat. Sekadar nak lepaskan lelah yang terbuku ni...

saya dapat "hadiah"

Cerita minggu lepas. Balik segamat jumpe hubby. Banyak best moment tapi sayang tak dapat nak capture, sebab hp tertinggal dalam kereta. Saya balik Segamat menumpang orang, tak berani nak bawak kereta berdua je dgn Husna.

Antara moment best:

1. atok nyan meniarap sama-sama dengan Husna depan pintu. Comel je tgk gaya atok saya meniarap dengan cicit dia depan pintu sambil bagi ayam makan. Suka tengok. Dalam hati berkata, apsalla aku g tinggalkan Hp, kalo tak best amik gambo diorg ni...

2. Ayah Husna mandikan Husna buat pertama kali. Dah nak masuk 6 bulan, baru ayah dia nak mandikan anak. Jangan cakap tak reti. Tak reti kena belajar okay. Hihi... Dont just reti make baby jep...**upsssssss..

3. Saya bagi Husna makan sampai abes lencun satu badan dia dengan bubur, sampai ke muka saya penuh dengan bubur, gara-gara dia nak 'makan sendiri'. Wardina kata "more messy is better", so memegang kata-kata tu, saya biarkan dia messy giler, sampai atas kepala ada bubur tu. Klaka...

Masa nak balik..

Mr B: Sya, b ada mende nak kasik sya, tapi tak mahalla...RM50 je. Saya: Ape dia?
Mr. B: G la tengok kat dalam kete..
(Excited nak tau, terus sambar kunci kereta)...ape agaknya eh...

Nak tau ape dia???

Ni ha....


Motif: Tak tau...HAHA..

Ade satu pek 1kg Milo n 1bungkus bihun saya tak amik, sebab dah ade kat rumah...

Syukur, Alhamdulillah...Hihi..

Tuesday, October 26, 2010

Sebenarnya....

I'm so depress now,

dengan masalah anak
dengan kerja
dengan macam -macam hal.
sebab tu blog bersawang ni ha....

Ngantuk mata, macam nak tido je seharian ni...

Arini nak balik umah, amik Husna dari BS.
Kalaulah dapat bersama anak saja setiap hari, bestnya.

Setiap org ade masalah, bergantung macamana nak handle.
Masalah jugak kalau dalam hidup takde masalah kan.

So, saya patut BERSYUKUR!

Alhamdulillah...


Secara ikhlas, terlalu banyak cerita yang nak dikongsi bersama. Secara ikhlas jugak, saya jeles dengan entri-entri korang yang banyak tu, sampai saya tak sempat nak baca. Sori, saya tak pandai sangat nak uruskan banyak hal itu dan ini dalam satu masa.

Sedih tengok blog bersawang.. T___T. Draf melambak, bile nak start entri je, trus tak sempat nak siapkan. Sori!

Wednesday, October 20, 2010

Anakku


Anakku,
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu
Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak, engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,
kerana ibu kecewa dan berurai air mata



Anakku,

Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar,
atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu syurga
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia
Sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit ,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapa pun

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang
junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu

Anakku,
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun
tengah malam untuk menyusuimu,
maka ibu memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan
titisan² dan tegukan² yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam kantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku
Hidup memang pilihan
Jika dengan pilihan ibu , engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak
Maafkan ibu….Maafkan ibu
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita ,
agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu

Dikutip dari Puisi Hati Ratih Sanggarwati

Fenomena Maher Zain

Sapa tak kenal lelaki kacak atas ni... Sapa-sapa yang tengok mesti terdetik, "handsomenya dia". Betul tak? betul tak? Jangan nak tipu kate tak handsome. Pernah jugak picture ni jadik wallpaper desktop kat pc ni tapi kejap jelah, berdosa plak kang puja lelaki lain.Husna dah kalah dah sebab ibu dia letak wall paper pic Maher Zain, bukan pic dia lagi. Sekadar 2hari je. Cukup. Pastu terus tukar pic Husna balik. HAHAHA..meroyan sudah.

Bukan nak cerita pasal fizikal Maher Zain yang di anugerahkan Allah ni, tapi nak cerita pasal lagu-lagu yang dibawakan oleh Maher Zain. Honestly, memang best. Salute dengan dia. Asik terngiang-ngiang aje dalam kepala ni.

Al kisah, first time saya dengar lagu Maher Zain ni masa dalam kereta kawan yang bukak IKIM.fm aje, (kereta saya asik bukak Hot.fm je) keluar lagu Thank You Allah, dengar je lagu ni terus saya suka n jatuh hati. Walaupun sebelum ni org dok sibuk cerita Maher Zain..Maher Zain...tapi saya tak amik pot sangat pun, tapi bila dah dengar, esoknya terus saya download kesemua lagi Maher Zain, tak cukup tu saya transfer kat dalam Hp, dan tak cukup dengan tu, saya usung Husna pegi Jusco beli Cd Maher Zain. Hahahaha.. I'm addicted now with Maher Zain's songs.


Tapi takdelah sampai fanatik gila. Now, kat ofis, kat rumah, dalam kereta, only his song. Bila dengar, secara tak langsung saya berzikir jugakla kan. Nak tidurkan Husna pun saya bukak lagu-lagu Maher Zain.

Okay Maher Zain, saya dah promote awak, sila bayar royalty.HAHAHA (tak ikhlas rupenya).
Eh, takdelah, acah je...

p/s: Now my desktop dirajai balik oleh pic Husna...Husna, wahtever happen i still love u okay!

Friday, October 15, 2010

Husna Meet Kasih

Okay, ini sudah lama berlaku, seminggu sebelum berakhirnya Syawal. Dah terfikir nak buat entri tapi asik lupe jek. Husna meet Kasih di rumah MIL Kak Nani.

Mil Kak Nani, dia lah yang tukang ajar saya buat baju kurung. Kak Nani, roomate since belajar kat UPM, jodoh kami memang panjang, kerja pun sama-sama dekat Johor. Dia kawen dulu, tapi dapat anak sama-sama. Memang jodoh kan?? Hihihi..

Masa sampai, Kasih tengah nyenyak tidur. Penat ye sayang layan tetamu nenek, mama n papa. Tapi last-last bila Husna dah start buat suara soprano, terus dia bangun. Terkebil-kebil dia tengok Husna. Ape lagi, cepat-cepatla amik pic sama-sama...

mamai Kasih ye.. Sian... Apela yang diborakkan si Kakak Husna tu yek.


Kiss Kasih sikit, alamak, terkiss rambut pulakla Kasih.


Kasih still terpinga-pinga..Again..


bibir seksi Kasih..Pewittt...

Tak dapat lama pun kat rumah Mil Kak Nani, Husna tak sportingla malam tu sebab dia ngantuk. Dia menjerit-jerit mintak ditidurkan. Hadoi, ibu ni baru nak borak-borak ngan Mama Kasih, walaupun dok dekat tapi jarang jumpa. Berapa minit je, tak sempat panas bontotla Husna. Masuk kereta je, belum sempat keluar taman perumahan Husna ZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzz tak sedar diri. hihihi...

okay, ni dah dikira reunion kecikla ye....reunion blogger tak jadik, so kitorg buat reunion kecik. hehehe..





Thursday, October 14, 2010

Komuter

Sebelum memulakan entry, saya nak ucapkan lafaz Syukur Alhamdulillah....

sebab ape? sebab ape yang saya ade sekarang, semua nikmat yang Allah bagi sekarang, Tak baik tau kufur nikmat. So kawan-kawan, sila lah bersyukur dengan ape yang ade sekarang ye.

Saya nak berkongsi pengalaman selama saya pegi outstation ke Kl minggu lepas. Alkisahnya, sepanjang saya di sana, dari hari khamis-ahad, saya berulang alik Kl-Klang naik komuter. Walaupun pihak pengurusan dah sediakan bilik hotel Seri Pacific kat sebelah Pwtc tu (event kat Pwtc), tapi disebabkan anak, saya sanggup berulang-alik selama sejam dari Kl-Klang. Tulah org kate, apa saje demi org tersayang, walaupun sanggup bergolok-gadai.

Husna di Klang dengan ayahnya, kerja saya di Kl, nasib baik dekat dengan public transport, komuter. Macam benda baru aje komuter tu bagi saya walaupun masa belajar dulu dah biasa naik komuter, dl mane ade transport sendri, nak pegi mana-mana naik public transport ajelah. Mungkin sebab sekarang perjalanan antarabandar tu dah ditambah. Nampak macam jakun pulak, nak tanya-tanya orang sebab tak biasa.

Sekarang ni KTM bagus sikit sebab dah sediakan koc untuk wanita. Koc tengah adalah koc wanita. Tagline dia; wanita sahaja sepanjang masa. Bagus dia buat camni, sebab dalam koc sume org perempuan, so rilex, terhindar dari sexual harassment..hihi, tak bestla kan kalau kene tenung-tenung, pandang-pandang dengan org lelaki. Lagi-lagi kalau waktu peak hour, berhimpit-himpit lelaki perempuan, silap-silap kene raba. Haru beb!

Tapi....ade jugak tapinya, saya kesal betul dengan sikap lelaki-lelaki yang tak menghormati privacy dan keistimewaan yang diberi kepada kaum wanita ni. Ada jugak yang saja masuk memenuhkan koc wanita tu. Semak tau tak? Nyampah pun ade. Kalau tak perasan yang dia masuk tu koc wanita tu takpelah, diorg cepat-cepat tukar koc kalau komuter tengah berhenti, ni yang buat muka sardin tu, nyampah betul tau. Lagi tersengih-sengih lagi ada. Saja nak menyempit-nyempit dengan kitorg. Koc lain bukan takde perempuan. Saya pun tak paham.

Situasi ni kerap la jadik especially hari weekend. Ramai-ramai masuk koc wanita. Si girlfriend pun sibuk heret si boyfriend masuk koc tu. Ramai foreigner yang buat camni. Bukan tak tau @ tak paham, bukan setakat Bahasa Melayu dan English je yang ditulis, bahasa Arab, Cina, Tamil pun ada. Maybe ada yang tak tau tu, bila diorg masuk koc wanita, diorg buat muka pelik, apsal perempuan aje yang naik ni, apsal aku sorg je lelaki. Hahaha.. Yang ni, cepat-cepat diorg keluar bila komuter berhenti. Haha..Lawak..

Satu lagi, bila weekdays, hari-hari kerja. Ramai sangat yang guna kemudahan ni untuk pergi dan balik kerja. Kerja kat Kl, tapi duduk kat Shah Alam. Jauh tu, almost 1 jam perjalanan. Tapi sanggupnnya diorgkan. Nak buat cemane, dah tuntutan hidup macam tu. Pengalaman macam ni buat saya bersyukur sebab tak perlu menempuh kehidupan macamni sehari-hari, tak perlu berasak-asak, tak perlu melalui jalan jam, tak perlu keluar awal dan pulang rumah lewat. Nak tunggu komuter sampai lagi.Haaaaaaaaaa...Penatnya!! Saya, keluar sahaja opis, terus dapat ke kereta, start enjin kereta, jalan, amik anak, dalam 15minit saya dah boleh sampai rumah.

Sigh!! Saya boleh nampak kepenatan kat muka masing-masing bila dah masuk komuter n dapat tempat duduk, lega agaknya bila dapat tempat duduk. Yang tak dapat tempat duduk tu terpaksala redha. Tabahkan hati berdiri sepanjang perjalanan. Yang tersengguk-sengguk tidur tu jangan cerita lah, Penat agaknya. Kesiannya saya tengok.

Kalau yang dah berusia, pregnant tu lagi kesian. Saya sempat berbual-bual dengan sorang penumpang komuter, kerja kat Jalan Duta-rumah kat Klang. Ada anak seorang berusia 3 bulan, yang best dia pun breastfeed baby dia. Saya usha dia dari kat platform lagi sebab dia bawak cooler bag. Dalam train saya duduk sebelah dia, tapi tak berborak, dia nampak penat, saya pun penat. Kami masing-masing berangan dalam train, saya perhatikan wallpaper Hp dia pic anak dia. Dalam hati konfirm beg tua ada susu badan dia. Hihi...

Kami start berborak bila kami nampak seorg perempuan yang pregnant 4-5bulan (agaknyalah) yang berdiri, dia tanya saya, agak-agak perempuan tu pregnant tak? Saya jawap, ntah, macam pregnant. Kami nak offer tempat duduk. Bila offer, perempuan tu tak nak. Pastu startla kami berborak. Dia takut nak offer tempat duduk kat perempuan yang nmpak perut sikit-sikit ni, sebab takut tak pregnant tapi perut muncit. Hehehe... Kang takut terasa hati pulak. Betul jugakkan. Erm, isu sensitif tuh. Boleh meragut emosi...HEHEHe..

So, dari situlah kami start berborak, borak ape lagi, bab breastfeed la...Haaa...galak kami berborak. Macam dah kenal lama. Sian dia, hantar anak pukul 6.30am, ambil anak pukul 7pm. 12jam lebih anak dengan BS, malam anak dah nak tidur. Huh, mencabarnya hidup... Kalau saya ada kat tempat dia macam manala yek. Tabah betul.

Sebab tu, saya patut memanjatkan rasa syukur dengan apa yang saya ada sekarang, sebab kalau kita susah, ada lagi yang lagi susah. Syukur Alhamdulillah. Bak kata Maher Zain..

Wednesday, October 13, 2010

Solid Food

sila update blog...sila update blog....

Ingat nak update cerita Husna g ikut saya g outstation tempoh hari, tapi gambo belum amik dari member. Kamera dah rosak, tu yang menumpang orang saje, nak guna kamera Hp tak best!!

Okeh, nak cerita ape ye..... erm, tadi dah ke jusco, tujuan, beli barang-barang untuk buat bubur Husna, dah 2 hari saya bekalkan dia Cerelex Beras, so esok saya dah decide nak buat bubur pulak. Saya dah beli beras perang yang berkhasiat, beli apple, pear: boleh buat puree. Bayam, carrot and keledek. Stok untuk beberapa minggu. Excitednya nak buatkan bubur anak. Al-maklumla first time kan. Harap-harap Husna suka. Kadang-kadang rasa berdebar-debar pulak nak buatkan dia solid food, nak ke dia.

nak buat solid food untuk anak pun kene berhati-hati dalam pemilihan makanan mereka mengikut peringkat umutr, buatnya tak sesuai dengan perut diorg, kene sembelit, kite jugak yang susah, sebab tu kene cari info banyak-banyak before prepare makanan untuk si manja..Cewah...

Bila anak dah start nak makan solid food, mak-mak mesti sibuk-sibuk cari info pasal solid food, saya terjumpe this website, click sini. Best. Banyak info.

Adoi, takde ideala nak menulis. Itu jelah eh. Ok, daaaaa

Tuesday, October 12, 2010

Sudah tibakah masanya....

...untuk bagi Husna solid food?

Si kecik saya dah berusia 5bulan 8hari. Masih lagi berfikir-fikir dan berkira-kira, dah bersedia ke perut dia terima solid food? Kalau dari pemerhatian saya, dia memang suka sangat kalau bagi nyonyot kurma. Kalau menyusu pun macam tak puas, semalam saya bercuti, sehari suntuk dengan dia. Breast macam tak sempat nak penuh dia dah mintak lagi, dia asik nangis-nangis je, saya bancuh Cerelex beras cair-cair untuk dia. Lepas dapat terus senyap n ZZZZZzzz.....

hmmm..kalau macam tu dia dah nak makan eh??

Minggu lepas, saya beli buku Wardina; Mama, Saya lapar....


Saya dah review buku ni, best isi kandungan buku ni, ade tips, persembahan yang menarik, banyak gambar. The best part yang menarik perhatian saya ialah this topic:


and this...


Khasiat susu ibu dan resipi makanan mengikut peringkat usia.

Wardina kata, dia dah start bagi anak dia makan since 5 bulan, pada peringkat ni, dia cume bagi
'rasa' makanan pada anak-anak dia. Dalam kuantiti yang sedikit sekali dalam sehari. Semalam saya bagi Husna makan pisang lenyek, dia macam tak suka, sikit aje masuk dalam mulut dia, pastu terus die reject, maybe ade rase kelat pisang yang dia tak suka. Tapi kalau suakan kurma, bersungguh-sungguh dia hisap.

Wardina kata lagi, jangan terlalu awal atau terlalu lewat bagi baby makan, kalau terlalu lewat akan timbul masalah lain contoh baby malas mengunyah dan membuka mulut.

Antara tanda baby boleh diberi solid food ialah bila dia still lapar walaupun dah minum dalam kuantiti yg banyak, merengek dan tidur malam terganggu. Erm..Husna, macam semalam, dah bagi susu sekerap yang boleh, dia still merengek, nak tidur pun merengek jugak. Tidur malam, okay tak terjaga cume dia asik resah je, maybe sebab panas. Tapi tak taula kalau dia lapar.

Wardina kata lagi, selain tu... baby akan memerhatikan makanan yang masuk dalam mulut kita dan berminat dengan apa yang dimasukkan dalam mulut. Yang ni memang selalu lah sangat, berminat sangat tengok makanan yang masuk dalam mulut ni....

Tadi kat umah BS pun saya dah bekalkan pisang dan Cerelex beras tuh, esok saya nak cube buat puree pulak, dah google resipi puri n saya jumpe website ni, menarik... Boleh try resipi-resipi yang ade kat sini k....

Selamat bereksperimentasi dengan anak-anak.... :)


Wednesday, October 6, 2010

Jemputan

Kepada semua penduduk Malaysia, saya ingin menjemput kalian semua ke:






Mari beramai-ramai memeriahkan majlis.
Korang sume , jomla ke PWTC, boleh jumpe saya..HIHIHI

Untuk sebarang info lanjut, boleh refer this link icbwi2010


Contest Bersama si Kecil


Okeh, saya ditag oleh Mama Sofea untuk menyertai contest ini, penyertaan macam banyak sangat, so saya tak mengharapkan untuk menang. Nak geledah pic bersama si kecil. Siapakah si kecil itu...Of course my lalink, Husna.

Ini Syarat-syarat penyertaan :-
* Wajib letakkan tajuk ‘Contest Bersama si Kecil’
* Letakkan banner di sidebar anda linkkan kepada halaman contest ini
* Sertakan link entry korang pada entry ini.
* Wajib gambar anda sendiri & bersama anak@ anak sedara@ adik
* Tag kepada 3 orang rakan blogger anda (pastikan mereka tahu)

Puan penganjur contest ini ialah Gayah Spears


Saya pertaruhkan gambar ini:


Husna selamat dalam dakapan ibu. :)
Betapa saya rindukan saat ini bila di tempat kerja..

okay, sapa saya nak tag ye:

Fidah, Mama Haziq dan Hazeera
Yun, Mommy Mya
Sha, Mama Qaish

ok, done.Terima Kasih

Tuesday, October 5, 2010

I Love Her

Seronok sangat bila dapat spend time with my lil daughter, Husna. lagi-lagi kalau nampak die so excited dengan benda baru yang die dapat.


tengok rabbit depan rumah kat Klang, baru pas melalak dalam rumah, bosan agaknya, bawak keluar tengok rabbit terus senyap. Pelik je tgk rabbit sambil mulut-mulut bising.


Masuk stroller pun die pelik, kalau biar dia baring je dalam stroller pun takpe, senyap je. Jarang masuk, so dia macam pelik. Pusing kepala kiri kanan tengok keliling.


Naik swing dengan ibu kat taman depan rumah. Ni fan Husna, anak jiran sebelah rumah, kalau nampak Husna, panggil 'baby..baby..baby.." sambil tangan merayap kat tangan n muka Husna.
(wah, buat kening ziana zain ye Husna)


Tengok cermin, kalau tengak melalak-lalak pun, dia akan senyap bila tengok cermin. Pastu sengih-sengih. Masa ni muka dia ade cam bintik-bintik merah, saya sapukan bedak sejuk. Walaupun muka die pelik dalam cermin tu, tapi die cam takde perasaan je tengok muka die camtu. Ntah die tau ke tak tu muka dia. HIHI


playmate ni dapat hadiah from my Bff, Aishah. Masa umur dia 5bulan ni, barulah die ade perasaan dengan benda-benda yang digantung tu. Dulu tak paham lagi kot. Ye Husna.. :)


Toys semua nak masuk mulut.


Ah rindunyaaaa....Jom balik.

Cik pUan Miera...nape private blog???

aiiyok, cik puan miera da private kan blog dia ke???

dear, add me okeh? nape private kan blog? ke saya je yg tak pat bace? even pemalas nak update blog, tapi saya rajin membaca tau..ekekeke...nanti rindu la saya kat cyrus syomel itew....

Monday, October 4, 2010

Entry by Little Husna


kaki domok syaye...

mane tuan die eh...

Haaaa, ni tuannye..

Me lah, Khalisya Husna
Hari ni, umur saya cukup 5bulan..hoyeh...
Ibu saya bagi dah berjaya bagi saya susu ibu selama 5bulan, lagi sebulan nak cukupkan penyusuan eksklusif selama 6bulan.

Nak tau skang saya dah pandai ape:

1. Pandai menjerit-jerit, kalau tengah marah lagi kuat saya jerit tau.
2. Pandai pegang barang, toys semua saya nak bawak masuk mulut.
3. Ibu saya wisau-wisau sebab saya tak pandai meniarap lagi. Ngiring-ngiring je. Saje je bagi ibu wisau, sebenarnya saya ni 'rajin' sangat.hahaha
4. Saya suke sangat kalau tgk ibu pakai tudung, kalau ibu pakai tudung, maknanya nak bawak saya g jalan-jalan. Saya sukaaaaaaaaa....
5. Dah kenal orang sikit-sikit kot.
6. Lagi ape eh, saya dah lupela...ntila saya update lagi...

Oklah, penat tau menaip cenggini, babai sume

oh ye, minggu ni ibu saya nak bawak saya g Kl, terpaksa la saya ikut ibu saya g outstation, saya mane boleh jaga diri sorang-sorang kat sini, kang saya nak nenen, sape nak bagi, lagipun saya nak test ayah saya, boleh tak die jaga saya malam-malam. Hoyeh....
At last*sigh*


Friday, October 1, 2010

assalamualaikum

Sangat menjeles tengok orang dok bercerita pasal hari raya ye, arini dah 25syawal, tapi 1 entri raya pun takdop. Apsalla malas bebenor nak buat entri ni. Jeles tau korang banyak gambo hari raya. Tahun ni tak banyak sangat amik gambo sebab kamera yang dibeli 2tahun lepas dah nazak, Gambo blur, tension mak tau. Amik gambo guna Hp jela. Ni jela pic sedondon kami pagi raya.



okeh, 2 ni jek....

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ