Wednesday, October 27, 2010

Sessi lepas geram.

Wahai blog, sudilah kiranya saya nak meluahkan ape yang terbuku dalam hati sekarang. Susah betul bila dipendam-pendam. Aku geram!

Aku tau korg memang excellence. Korg memang perform gile. Korg ade team work yang best, bos korg bagus, amik port sume keje korg. Korg tengokla mane team work aku? Mana bos-bos aku? Mana orang-orang yang sepatutnya tolong aku? Mana? Aku sorang-sorang je buat keja tu, keja research ni kalo buat sorang-sorang mane boleh jadik. Semua nak amik mudah dengan bagi arahan je. Ko tengok jela nama-nama dalam jurnal tu, mana ade sorang je nama, paling-paling pun berdua.

Cakapla ape saja belakang-belakang aku, terima kasih, sebab bagi aku pahala. Aku sedih sebenarnya, tapi aku geram jugak. Aku ni staf kontrak je. Ko ingat senang ke nak handle alat yang canggih manggih tu? Meh sini soh ko buat, tanpa training...boleh? Dah 3tahun aku dok godek-godek mende tu sorang-sorang, training pun sendri-sendri, dapat ilmu sikit-sikit dari supplier yang rajin datang. Bolehla nak handle bodoh-bodoh camtu jek. Lainla kalo aku dapat peluang g training sampai OVERSEA. Paling tak pun dalam negara dah cukup. Ni dalam negara pun susah, apa lagi nak g oversea. Beranganlah kau sorang-sorang Fashya. Kalau aku g training sampai oversea pastu balik pun still ditakuk lama, boleh ar nak cakap bukan-bukan. Aku pun segan. Yelah, dah dapat training best-best, tapi still tak perform, still macam tu je....haaaaaaaaaaaaa... Memang patut kene kutuk gila-gila la...

Aku setakat training secara tak langsung je, tak tau kalo tetiba jadik troubleshoot, ape yang perlu aku buat. Aku mampu call supplier jela, die bolehla nak ajar. Nasib baik aku ade supplier yang bagus. Nasib baik!

Orang ni kalau dia tak berada kat tempat kite, dia memang tak tau susah payah yang kita alami. Yang tau hanya berkata-kata. Ape nak buat, aku tak mampu nak halang. Takpe, aku tak kesah. Aku redha. Aku ni kerja dengan alat, deal dengan instrument, kalau rosak ke ade masalah troubleshoot ke, kalau dah terkial-kial tak tau nak buat ape, boleh siap ke kerja ikut deadline? Terpaksala aku tunggu supplier datang, betulkan semula. Kalau dia available hari tu, bolehla cepat siap, kalau dia tak available macammana???. Sigh~~~

Aku doa semoga ape yang korang hajati termakbul. Kalau dah ade alat tu, takdela korang sibuk-sibuk hantar sample kat aku. Aku tak kesah dan aku pun tak susah hati. Kalau sekarang ni aku buat kerja pun macam tak dihargai. Orang lain buat keje, orang lain yang dapat nama. Baik tak payah. Pergila kejar nama, pergi. Aku doa sekali apa yang dihajati tercapai ya. Aku doa sangat-sangat ni. Ikhlas. Sebab aku pun serba salah sebab spoilkan result korang tu. Sebab aku bodoh, tak tau camne nak selesaikan masalah tu. Sebab aku takde tempat nak refer. Sebab aku tak tau dengan sapa aku nak berdiskusi.

Kadang-kadang buat aku malasnya aku nak amik port....

Terima kasih!!

Aku insan kerdil yang geram.....


p/s: Pada sapa-sapa warga CEPP yang tau kewujudan blog dan baca blog aku ni, aku cuma lepas geram je, sebab aku sedih. Sedih sangat. Sekadar nak lepaskan lelah yang terbuku ni...

5 comments:

  1. sabar ye Fashya...
    itulah asam garam pekerjaan..
    tak semua org suka dgn kita..
    cara kite, keje kite...
    biarlah. xkan dpt nk gembirakan hati semua org...
    let them talk...
    fikir pasal anak suami lg bagos =)

    ReplyDelete
  2. adusyyy...nampak benar gerammm je..sabar darling... ingat ye...anggap org keliling tu umpama cemin.. meh baca ni http://everybodylovescery.blogspot.com/2010/09/musuh-tu-umpama-cermin.html

    ReplyDelete
  3. yeah fashya.....cmnielah bila dah terbuku sesuatu..maka hendak tak hendak pasti jua perlu dilepaskan...mesti awk rasa tenang je skrg nie kan....coz yg terbuku dah tak terbuku lagi.....papepown bersabar jelah...nie semua dugaan....

    ReplyDelete
  4. sabar ye ibu husna... mang geram ngan org camtu..pk2 buat saket hati

    u just do what u think best

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ