sorii bloggy....saya sangat penat...bz....banyak sangat keje....bile dah penat,aku dah xde mood nak taip ape2 walaupon 1 perkataan...
aku sedar,walau xde sape2 pon yang bace....sob..sob...sedih..nanges....XKIRA!!!...aku nak update jugak....
okla,mehla update 1 per 1 ape yang buat aku sangat bz sampai xsempat nak update blog nie
19-20 Januari 2009
Bengkel Prestasi CEPP....
uhh....sangat bosan bengkel ni...walaupon baru pertama kali aku sertai bengkel ni...dan dgn xpercaya nye aku dilantik menjadik setiausaha kumpulan 5...nak xnak kenela jalankan tanggungjawab dengan berdedikasi sekali..cewah.... surat yang aku dapat pada 14hb:
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera,
Y.Bhg. Prof./Saudara,
BENGKEL PENGURUSAN LOJI PANDU KEJURUTERAAN KIMIA (CEPP)
PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) 2009
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan berikutan dari Penganjuran Bengkel Perancangan Strategik Universiti yang diadakan baru-baru ini, pihak Universiti telah mengarahkan agar semua Fakulti/Bahagian mengadakan semakan semula pencapaian dan merancang program berdasarkan bidang teras masing-masing.
dan surat ke-2 yang aku dapat bertarikh sama:
Cik Nur Fashya binti Musa,
Penolong Pegawai Penyelidik,
CEPP, UTM Skudai
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera,
Saudara,
PERLANTIKAN SEBAGAI SETIAUSAHA KUMPULAN: BENGKEL PENGURUSAN
Merujuk kepada perkara diatas dan surat No.Rujukan: UTM.25.01/10.15/4 Jld.3 (1) bertarikh 14 Januari 2009.
2.Bla...bla....bla...bla...
3. sehubungan dengan itu, saudara dilantik sabgai setiausaha Kumpulan 5 dan bersama-sama ini dilampirkan senarai ahli kumpulan untuk makluman saudara. Semoga KEPAKARAN dan PENGALAMAN saudara dapat menyumbang kepada kemantapan pelan tindakan yang dirancang
WAH!!!tgkla ayat yang aku bold 2.....bile masela blak aku sangat xpert menjadik seorg setiausaha yang berpengalaman...hahhaa..bantaila labu...org dah lantik...aku blasah jela...walaupon tajuk perbincangan kumpulan kitorg bahagian ADMINISTRATION~~xde kene mengena dgn aku pon~~
nie la ahli kumpulan 5~~kumpulan yang paling xserius,plus dgn main2 jek buat perbincangan..gelak2..men lukis2..kepala die si hakam la yang melukis pic atas ni
ni die si hakam...nampak cam tgh rajin menulis sumthing pdahal tgh kusyuk melukis...hihi
sebagai permulaan jadik seorg secretary yang berdedikasi la konon ni la ayat permulaan..hihi...
aksi2 ahli kumpulan aku sepanjang bengkel.....
en arman sebagai pengerusi....sedang bagi cadangan dan penerangan
en arman sebagai pengerusi....sedang bagi cadangan dan penerangan
antara kumpulan2 lain yang membincangkan tajuk-tajuk n skop yang berbeza.....
last day bengkel diadakan plak sessi perbentangan ape yang dah dibincngkan...hasilnye......mendapat banyak kritikan dari Pengarah CEPP....mmg banyak lagi kene improve....
aku????
aku pon skali kene improve prestasi keje aku.....mase perbentangan ni kumpulan kitorg banyak sangat main sebab duduk meja belakang..selain itu menunjukkan betapa busannye menjadik desicion maker....hahaha.....mase tgh tea break...Prof datang kat meja kitorg dan memandang tepat ke arah kami ....sambil berkata sesuatu....hingga menyebabkan selera aku yang tadi sangat la rakus nak habiskan pengat keledek menjadik terbantut dan trus putus selera....maka tinggalla pengat keledek kesedihan menangis2 itu dengan banyaknye die dalam mangkuk kerana xdapat tengok keadaan perut aku........wakakaka....sian pengat keledek 2 Prof..... =(
0 actions:
Post a Comment