Wednesday, June 6, 2012

WW- Telur, Nuget, Tauhu dan Ulam Raja. Ahaks!


Monday, June 4, 2012

2 weeks only. Sabar...

Husna dah balik Klang ikut ayah dia naik bas semalam. Sedih sangat nak berpisah sementara dengan dia. 2 minggu je, cepatla masa berlalu. Balik rumah sedih semacam je tengok rumah dah sunyi. Aku dah duduk sendiri. So, bila duduk sorang-sorang, housemate takde, rumah yang dah biasa dengar suara Husna terjerit-jerit, suara tarzan aku marahkan dia terus senyap rasa awkward ah.

Disebabkan kesedihan melampau semalam, aku pegi tidur rumah pengasuh dia. HAHA.. Dari aku sedih-sedih, sunyi-sunyi baik aku pegi cari kawan berborak. Lagipun pengasuh dia memang okay dengan aku, dia pun selalu je offer aku tidur rumah dia. Dia pun risau if anything happen to me. Mane tau tetiba sakit nak beranak, tinggal sorang-sorang.

Semalam Husna okay je naik bas dengan ayah dia, tapi muka dia tak boleh blah. Blur gila. Macam dia nak cakap, kenapa kena naik bas dengan ayah, kenapa ibu tinggal, why? why? why? Tapi dia tak menangis. Okay je. Ibu dia je yang dah bergenang-genang air mata. Nak berjalan ke kereta, air mata dah tak tahan, meleleh terus, orang pandang pun tak kisahla....

2minggu je. Sabar-sabar-sabar.

Minggu lepas kami menghadiri Majlis cukur jambul Anis Najah, anak Aishah Rahim. Kebetulan nak amik ubat Shaklee sekali. Terima kasih Aishah kerana menjemput.  Kita duduk lama sangat kat rumah awak, makan pun banyak.. Hihi

Aktif betul dia kat rumah Aishah.

Abang Nachik.

Kasih Mama. :)

Mak buyung yang gemuk bersama anaknya. Dan Princess Anis Najah comel sangat!!
 
 

Wednesday, May 30, 2012

WW- Ni siapa yang sebenarnya mengidam Putu Mayam ni??


Friday, May 25, 2012

Ayah.



Ini ayah saya. Hobi dia suka sangat pegi memancing. Kan dulu masa aku mengidam nak makan udang galah, dia yang pegi mancing dapatkan udang galah untuk aku.Memang dari dulu lagi dia memang minat memancing. Masa duduk PD, dia still berkhidmat dalam askar, every weekend dia pegi bermalam kat laut memancing ikan. Sekali dapat memang syok gila buat BBQ belakang rumah ajak jiran-jiran. Syoknya ingat time tu.



 Hasil tangkapan, rezeki Allah sangat luas di lautan. Mungkin ni dekat Kuala Pahang kot. Kat kuala ada ikan jaws ke? Ntahla eh. Aku pun tak tau...

Sori, aku memang tak tau ini ikan apa.


Rezeki Allah luas dan ada dimana-mana. Alhamdulillah. Ya Allah, panjangkan usia ayah aku ini. Aku sayang dia sangat-sangat. Amin.

 p/s: tak sabar nak review buku Permata Yang Hilang Kini Ditemui. Banyak panduan dalam buku tu. InsyaAllah aku akan kongsikan bersama.

Thursday, May 24, 2012

PayDay dan Buku

Bila dah hujung bulan, aku selalu berkira-kira bila la nak dapat gaji ni. Macam dah tak sabar da rasanya nak dapat gaji nih. Dalam kepala bila dah dapat gaji, macam-macam aku nak beli, al-maklumla, nak sambut ahli baru dalam keluarga, mesti banyak je wishlist yang perlu disettlekan. Nak tunggu orang sponsor, dalam mimpi jela kot. Hihi.. Ada sapa-sapa nak sponsor Medela FS. :p (Mmg mimpi jela kan!)

Tapi bila dah tiba payday, tengok cimbclicks, tersengihla kejap tengok angka dah berubah dari 2 angka jadi 4 angka.. Kejap je tersengih nya tu. Lepas dah tolak, bahagi, darab semua. Separuh je duit gaji siap bayar hutang piutang semua. Separuh tula nak guna untuk simpanan dan menyara hidup kami. Ecewah.

Gaji aku takdela banyak mana, tapi syukur Alhamdulillah, even setiap bulan abis tinggal sisa-sisa baki je, tapi aku takdela sampai tahap nak pinjam-pinjam orang. Mintak suami tu normallah kan. Tapi mintak pun takdela banyak mana, setakat lepas beli stok sebulan susu, diapers anak jadikla.

Dah kata aku ni jenis perempuan low maintainance je kan. Takdela nafsu aku nak membeli macam-macam untuk kehendak diri aku sesuka hati. Apa yang ada, adalah. Dah biasa hidup serba kekurangan sederhana gitu. HAHA.

Malam ni, aku nak pegi jalan-jalan dengan pengasuh Husna, bulan nikan dia last jaga Husna. Aku sedih sebenarnya nak pisahkan diorang ni. Husna pun dah sangat-sangat serasi dengan pengasuh dia ni. Tapi takpela, bukan lama pun, dalam 2-3minggu je kat pengasuh dia kat Klang tu, lepas tu aku jaga la dia sementara nak tunggu adik baby keluar. Pantang nanti pun aku jugakla yang jaga. InsyaAllah.

Heh, ape lagi ni nak cerita. Hmmm... Oh! Jap, jap. ada satu lagi aku nak cerita. Last week, ntah macamana aku boleh tersesat pegi blog kereta mayat, aku bace entri pasal ape ntah, lupa sudah. Then aku nampak kat sisip tepi blog dia, penulis blog ni ada tulis bukulah! Sebenarnya aku pernah baca blog ni before this tapi takdela hari-hari bukak. Adalah 3-4 kali. Aku pun suka la jugak cara penulisan dia dalam blog tu, ada macam-macam input.

Pasal buku tadi, En Hamka aka si penulis blog kereta mayat ni, ada tulis buku berjudul Permata Yang Hilang Kini Dijumpai. As we know kan, ada buku yang bertajuk Permata Yang Hilang before this. (tak penah tengok atau memiliki buku ni pun tapi tau la buku ni pasal apa kan. Hoho...) Kepada sesiapa yang tak tahu, google jelah!.


Bila bace review about this book, ape pasal ntah, aku macam tertarik pulak. Terus click untuk membeli. Oh, buku ini pasal hal rumah tangga ye, yang belum berumah tangga dah bakal berumah tangga rasanya boleh kot nak beli, cuma yang belum berumah tangga tu, sekadar baca jelah eh sebagai panduan di masa hadapan. Tapi mostly readers blog aku ni dah berumah tangga kot kan.

Cara penyampaian dia pun sempoi dan bersahaja. Tapi ada jugakla apa yang ditulis aku tak agree. Erm baru je baca, belum khatam lagi. Ada 400 muka surat , aku baru baca 160 muka surat. Lepas baca pas kat laki aku pulak baca. Harap lepas ni harmonilah rumah tangga kami. Hahaha. Nak tau lebih lanjut click ajelah kat review pasal buku ni. Ciaw!

Ntah sejak bila la aku suka bace buku.. Huhu.. :p




Wednesday, May 23, 2012

WW- My new hair. Cantik tak? :p


Monday, May 21, 2012

Cerita takde gambar




Lagu ni best. Sambil-sambil tulis entri, sambil-sambil layan lagu OST Seindah Sakura ni.

Salam Hari Isnin yang bosan. As usually, aku takde keje arini. Yeay! Not yeay sebenarnya... Bosan.

Selamat melalui 1 lagi minggu. (Tak sabar nak bersalin ni sebenarnya asik menghitung minggu) Wiken yang tipikal, menyiapkan kerja rumah as usual, mendobi,  memasak-aku berjaya buat kuih keria tak jadi sira gulanya dan kuih cek mek molek untuk sarapan, lipat gunung kain, siapkan beg bersalin, kemas rumah 10-20 kali. Husna sangat suka menyepahkan barang-barang dia, serta pakar menumpahkan apa saja yang dipegang. Pelik. Pegangla apa saja, pasti tumpah ke lantai. Ada satu peristiwa satu malam. Aku lapar sangat tapi tak nak makan berat-berat. Aku kan diet dinner. Diet dinner?  Konon nak budget adik baby keluar nanti dalam 2.8-2.9kg je. Takmo lebih 3kg. Senang nak teran, tapi tengok berat sekarang pun dah hampir menyamai macam last mengandungkan Husna. Kita cuba sajalah yang terbaik yeh. Allah yang menentukan.

Ok, sambung cerita di suatu malam, rasa lapar, tengok dalam peti sejuk ada tinggal 2 biji telur n mayonise. Roti pun ada, maka aku pun cadangla nak buat roti mayo. Siap rebus 2 biji telur tu, si Husna pun datang mengendeng kat dapur, dah dilenyek-lenyek telur dalam mangkuk kaca, dia macam dah tak sabar nak makan, tapi aku cakap dengan dia, sabar Husna, ibu nak amik mayonise dalam peti sejuk. Masa aku nak amik mayonise dalam peti sejuk, dia pun pegang mangkuk tu dan PRANGGGGGGG!!! Pecah berderai mangkuk kaca beserta telur yang dah siap lenyek tu bersepah atas lantai. Oh anak! Ibu lapar ni anak Oi, dia pulak boleh pecahkan mangkuk macam tu je. T___________T. Sedih 40kali. Rasanya kalau ada batu belah batu bertangkup, aku dah masuk dalam tu dah rasanya. HAHAHA. Babai Husna, ibu kempunan nak makan roti telur mayonis. :((

Kena jugakla dengan aku. Sedih oi, perut tengah kebulur, telur tinggal 2 biji tu je. Apa nak makan ni? Stok makanan takde da kot. Last-last teringat ada marjerin, sapu roti dengan marjerin letak gula. Sudah! Tu jela dinner kita malam tu ye Nak. 

Dahla, malas nak buat cerita sedih-sedih. Eh sedih ke? :p

Dan lagi, semalam jugak, Husna dah dapat rambut baru. Baru je komplen-komplen pasal rambut dia minggu lepas, ayah dia kan bace blog ibu dia ni. Elok je lepas mandi dengan ayah dia semalam, tengok rambut dah kena tarah hentam keromo. Terus ibu cakap. Husnaaaaaa.......... Ibu takmau kawan Husna, dah tak comel. HAHAHA. Sanggup taknak kawan dengan anak sebab tak comel? Comel ke tak, ibu sayang la.. Ibu marah-marah pun ibu sayang tahu. Baru je plan nak pegi salon kasi potong comel-comel. At last..kena jugakla dengan ayah dia. Ayah cakap, tak yah bazir-bazir duit. Yelah. T____T. Nanti kite amik pic rambut baru dia. Tepek kat sini.

Cerita pasal tepek pic kat blog, rupanya blog aku ni dah penuh dengan pic. Tulah sesuka hati je letak pic sampai dah penuh kuota 1G. Baru 4 tahun berblog, gambar dah penuh, cane nak teruskan sampai dah tua nanti? Heh? Last entri pasal rambut Husna aku nak letak gambar tapi dia tulis camni:

Whoops! You're out of space. Purchase more storage.Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage you purchase is shared between several Google products and is in addition to your free quota. Learn more
 
Menggagau jugakla, terus tanya kat UB. Rupa-rupanya ada kuota rupanya nak upload pic dalam blog ni. Free 1G, lepas tu kalau nak lebih-lebih kena bayar okeh. Tak kuasa aku nak bayar, penyelesaiannya, sila ke Picasa Web Album dan delete mana-mana pic yang tak berkenaan, susah jugak nak delete pic tak berkenaan, sebab suma macam berkenaan je. Once dah delete, dalam blog pun di delete jugak. Maka, harini, aku tulis entri takde gambar. Babai.



Berita semalam: Takziah buat penulis blog Nurulism, Nurul Haizum aka Chika di atas pemergian ayahanda tersayang. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.


ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ