Friday, June 21, 2013

Cara bayar duit kereta guna cimbclicks

 Assalamualaikum.

Theehiii... Hi blog. 
Lama betei ah tak tulis sini. Singgah sat na. Tadi saje ah jalan-jalan masuk nuffnang jap. Ade dua ketoi BE. Syok oh. Dah tengok jugak kat keyword search tu. Aku nampakla orang cari "cara bayar duit kereta guna cimbclicks.' Ting! Aku rasa nak kasi tutorial kejaplah. 

Walaupun sebenarnya banyak benda nak share kat blog ni. Lagi-lagi cerita bandung. Nak upload pic dulu dari hp ni. Payah benar guna window 8 ni. Macam-macam application sampai aku malas nak godek. Nak upload pic je pon. 

Okeh. Aku memang nak sangat buat tutorial ni sebab selama ni aku pun tak tahu cara nak bayar kereta guna cimbclicks. Hampir 5tahun aku dok ulang alik pegi bank kalau nak bayar kereta padahal guna cimbclicks saja dah boleh bayar sebenarnya. Baru-baru ni je aku tahu cara nak bayar. Senang je sebenarnya. hehe..So, saje jelah nak share how to pay your loan car with cimbclicks. Check it out!

Cop! Sebelum tu, tutorial ni khas untuk peminjam cimb saje tau. Yang lain kite tak tahu... hehe...

1. Sign up as usual. Masukkan User ID dan pasword.


2. Pergi pada pay > Bills

 


3. Pilih nak bayar dari akuan mane. In case ada banyak akaun lah dalam cimb kan. Then choose open billers > Finance&Loan Repayments.




4. Pada select biller pilih CIMB Hire Purchase



5. Masukkan no akaun kereta anda, registration number, dan amount. Submit dan teruskan proses lain macam biasa.



Siap! Senangkan? Tak payah susah-susah pegi bank nak bayar duit kereta.
Adios.

Friday, May 3, 2013

Berakhir sudah. Syukur.


Hi blog, hi peeps...
Lebih sepurnama aku tak jengah blog. Kesian.

Biasalah bila dah lama sangat tak tulis kat sini, asik tulis padam..tulis padam. Tak tahu nak start dari mana. Ish! Harini kan ofis macam lengang sangat. Ramai dah balik kampung untuk mengundi. So, sambil-sambil ada masa free ni, terdetiklah nak buat entri satu untuk bulan 5. Bulan 4 takde entri. KPI tak tercapai 1 bulan 1 entri. HAHA. Kesian lagi.

Today, 3rd Mac 2013. Jumaat. Hari paling indah, paling gembira buat aku, buat suami, kalau anak-anak aku paham, mereka pun pasti seronok. :D <---senyum kena="" lebar.="" p="">
Allah dah makbulkan doa kami sekeluarga untuk bersama kembali. Syukur. Alhamdulillah. Yeay, almost 4 years kami berjauhan, dah akhirnya, rezeki suami di bumi Johor muncul jua. :D

Sebenarnya, em mokh dah start duduk Jb since awal bulan 4. To be exact on 7 April 2013 WITHOUT JOB. Sebab utama aku paksa. Dah tak boleh nak handle anak sorang-sorang. Selalu marah-marah dia bila aku stress bila anak-anak meragam.  And one thing, dia pun dah muak setiap minggu naik bas, duit habis macamtu je atas jalan. So, secara gamblenya dia amik notice 1 month untuk resign his job kat Klang. Bila atas kerelaan aku, secara automatiknya aku terpaksa rela untuk tampung segala expenses sepanjang dia tak bekerja dari bayar 2 biji kereta, sewa rumah, pengasuh anak-anak, utilities and so on. Yeah, mmg agak perit sikit bila fikirkan, tapi aku percaya dengan rezeki anak-anak dari Allah. Always trust dan sentiasa semat dalam benak fikiran, dalam hati.

Sepanjang dia tak bekerja, dia mula cari-cari kerja area Jb. Interview pun banyak dia attend, but takde satu pun yang sangkut. And this one, dia dapat interview selasa lepas, selalunya kalau dia balik interview, mesti respon dia biasa-biasa je.  Tapi yang ni dia macam excited cerita tentang job, benefit, environment company tu. Bila dia dah suka, aku pun sukalah. Doa, memang setiap kali waktu solat, aku tak lupa doakan dia dimurahkan rezeki. And today, after 3 weeks dia menganggur, dapat berita gembira dia diterima bekerja kat company tu. Rasa macam nak meloncat, menangis pun ada. Ya Allah, syukurnya aku. Perkahwinan jarak jauh ini berakhir sudah. Syukur Ya Rab! Dan yang pasti aku takkan lupa perit jerih kami hadapi sepanjang berjauhan.





Ibu suka


Husna gembira.

Anas ceria. Ayah lagi happy. :D





Monday, March 11, 2013

"Trust me, I'm A blogger...."

:P

Aim aku sekarang untuk blog adalah satu bulan satu entri. HAHA. Exaggerate sangat bunyinya. Alasan pun ia jugak. Meh tiup-tiup sikit sawang kat blog ni. Fuh! Fuh! (What a cliche~ Blergh HAHA :p) Okay, dah tiup kasi bersih, ambik penyapu pulak kasi habuk hilang ye tak? Okay, dah cukup-cukup!

Okay, terus pada topik ape aku nak tulis untuk bulan ni. Aku dah macam ketandusan idea sungguh nak mengarang kat blog ni. Banyak draft tapi kebanyakkan nya semua jadi pekasam sekerat jalan je aku tulis lepas tu aku malas nak sambung. Buzy la wei, awal-awal tahun ni biasalah, banyak sangat kerjanya. Aku pulak jenis nak tulis blog bukan boleh sekali harung nak tulis, mesti nak fikir, korek sana, korek sini. Last-last terbengkalai macam tu je.

Zaman dah berubah kot bukan macam dulu.

Semalam aku pakailah baju yang beli kat UB tu. "Trust me, I'm A blogger". Macam nak gelak sendiri pun ada bila mengenangkan blog yang makin terabai ni. Maka, dengan itu, harini aku kasik masa sikit itu mu wahai blog. Sian ko.

Skang nikan, rutin harian aku adalah hampir sama setiap hari. Meh nak cerita, pegi kerja as usual bangun pagi aku tak pernah nak awal. Paling tidak, pukul 6.15 am paling awal aku bangun. Pasal ape? Pasal ada budak kecik suka menyelit bawah ketiak ibu dia, kadang-kadang baring atas lengan ibu dia. Alahai, ibu dia pulak macam tak sampai hati nak alih kepala budak kecik tu. Tengah nyenyak tidur, kena alih, aku risau dia terjaga. Bila dah 6.30am jadi 6.45am, nak tak nak aku terpaksa bangun untuk solat Subuh dll. Hari-hari masuk kerja slide in lambat. Kalau awal aku siap pun, sekali lagi perasaan tak sampai hati menyelubung nak kacau anak tidur nak angkat masuk kereta seorang demi seorang. Kalau diorang sambung tidur, okaylah. Sian pulak kacau diorang nak tidur kan.

Pergi kerja. Bla Bla Blas......

Balik kerja kadang-kadang aku straight balik rumah, mandi dulu, kemas lebih kurang, baru amik diorang kat umah BS, kalau macam ni mmg lambat ah diorang balik, tapi yang best aku tak payah susah nak fikir bila nak mandi kemas-kemas rumah ke. So, attention kat diorang banyakla sikit. Tapi bila dah keluar dari opis lambat sebab dah datang pun lambatkan. (nak cukupkan 8jam bekerja tu kononnya), maka keluar je dari pagar UTM terus menerpa ke rumah BS amik anak-anak. Selalunya time-time macamni agak mencabarla kan. Nak mandi, nak solat. Kadang-kadang bila si kecik okay, si kakak tak okay, kadang-kadang vice versa. Sampai tahap jadi mak tarzan tak usah nak cakap. Aku rasa jiran aku pun dah kenal suara mak tarzan ni. Bukan aku saja-saja nak jadi mak tarzan okay. Ce duk umah ko sorang dengan 2 anak yang banyak ragam memang menduga jiwa raga, mental fizikal semua sekali. Yelah, anak aku dua. Belum tiga, empat dan lima dan enam.

Al kisah minggu lepas, sepanjang minggu boleh dikatakan satu hari Husna boleh menangis meragam sampai 10kali satu malam. Anak nangis, aku pun rasa nak menangis jugak. Amat-amat mendera mental aku tau tak. Kak Long Husna datang angin kuskus dia, dia suka meragam tak tentu pasal. Hal nak pakai seluar pun dia boleh buat onar guling-guling macam kena dera okay. Satu malam tetiba nak mandi (mungkin panas) dia boleh nak request nak mandi kolam kat luar rumah. Maghrib kot time tu. Bila tak bagi dia meragam macam kena dera sekali lagi.

Aku pun berfikir sejenak. Husna ni mungkin bosan duduk rumah takde aktiviti. Lagi pun aku kesian dia asik kena marah, kena aje dengan aku. Aku ni agaknya kurang sabar kot. Bukan kot, memang ye pun. Maka, Jumaat lepas aku pegila kedai buku, beli 2 buah coloring book, pensel kaler, crayon. Dia minat Mickey Mouse sekarang ni. Memang barang-barang yang ada MM jela aku beli. Then aku beli botol susu Mickey Mouse. Ye, niat aku memang nak kasi dia hepi. Konon-konon nak tebus baliklah sebab aku asik marah dia je. Aku ni kalau nak elak marah dia, aku suka kurungkan diri. Masuk dalam bilik gelap duduk diam-diam dalam tu. Tapi dia kat luar macam apela kan meroyan suruh bukak pintu. Theeehiii. Ate, dari Syaitonirajim hasut aku suruh pukul dia, baik aku kurungkan diri macam tu. Kang bila dia dah baik aku peluk-peluk la dia. Cakap-cakap slow talk suruh dia jadi budak baik kan. Yang pelik, bila dia dah okay , automatik okay tak payah pujuk bagai dia boleh nyanyi-nyanyi macam takde ape berlaku sebelum tu. Dan yang paling kelakar, dia kuis-kuis rambut, pipi aku konon-konon nak pujuk aku. Ceh., dari muka kelat boleh senyum ibu dia ni. So, end of story. And tak payah judgemental sangat aku ni ibu yang tak berhati perut, garang macam singa, takberperikemanusiaan n whatever ye.

Okay, sambung cerita balik pasal beli buku kaler tu. Sebelum balik aku niat. Husna mesti suka, mesti baik harini. Aku taknak dengar dia menangis atau meragam pun harini. So, what I expect memang aku dapat pun. Dia langsung tak meragam malam tu. happy dapat coloring book tu. Ya Allah, seronoknya hati ini. Cewah.

Betullah seperti firman Allah:

"Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku".

Apa yang kita sangkakan, itulah yang kita dapat. Jomlah kita sangka yang baik-baik saja. Aku selalu test, kalau nak parking kereta. Jangan cakap susahnya nak dapat parking. Just say "InsyaAllah aku mesti dapat parking". Tengokla lepas tu, 2-2 parking ko tengok kosong. Ce try lepas ni.

Gegaran. Kamera Hp cap ayam.


Mari colour laju-laju. Duck warna biru. T__T

Khusyuk

Masih khusyuk.

Langsung tak meragam, fokus mewarna sampai abis satu buku.  

Bila adik dah tidur, ibu kena join mewarna sekali. Yang cantik-cantik tu ibu la yang warna.
Lepas tu dia pulak take over. 

Kesian, ibu baru nak ajar Husna mewarna. 
Malam tu aku terpaksa overtime sebab selagi tak habis buku tu diwarna selagi tu dia nak mewarna walaupun mata dah kuyu. Sampai ibu terpaksa acah-acah tutup tv dari jauh guna remote, then cakap tv dah tidur. hahaha. So, dia kalau tv dah switch off, dia tau dia dah kena tidur, terus tutup buku dan masuk tidur. Lena sampai pagi. 

Pagi esoknya perkara pertama dia cari buku dan crayon.

Sekian tamat.

ps: Motip entri ini aku pun tak tau. Ambik mana yang baikla ye. Peace.

Friday, February 1, 2013

Kakak Mithali


Wednesday, January 23, 2013

His Milestones.


Susah betul nak mulakan menulis kat blog ni lah. Ni pun dah berapa kali dok taip padam, taip padam nak start ayat cemana. Okay, first sekali, nak say sorry la kat Anas. Ibu jarang sangat nak tulis milestone dia berbanding kakak dia Husna dulu. Manelah taukan nanti diorang dah besar mesti kicik ati adik Anas kan kalau dia baca blog ni. (Manelah tau ).

Anas, baby yang dah berusia 6 bulan setengah (sekejap je). Pandai meniarap sejak umur 4 bulan lagi, seminggu lepas tu dia dah tau fungsi kaki dia untuk bergerak ke sana kesini. Kemain laju lagi bergerak sampai tak sempat nak kejar. Memang cepat mamat ni. Kakak dulu 5 bulan baru pandai meniarap, sebulan baru pandai bergerak kedepan. Selalu sangat jadi mangsa kakak dia. Kakak suka main tarik-tarik kaki adik kalau adik tengah nak bergerak ke depan.

Masuk 6 bulan, dia dah pandai memanjat. Pantang nampak ape yang boleh dipanjat, cepat aje dia capai. Adalah beberapa kali berdentum kepala tu jatuh. Em, tak boleh nak elaklah, sebab dia memanjat masa ibu tengah solat. Tak khusyuk jadinya dengar awak menangis. Sekarang ni, tengah aktif memanjat dan dah ade ura-ura nak merangkak. Baru 2-3 tapak aje belum pro lagi. Tak lama lagi merasalah berkejar pulak. Makin ligatlah menyusur bawah meja. Kan Anas?

What else? Owh, still minum susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah. Aku target by month sebab aku tak sure boleh sampai ke 2 tahun atau tidak sebab stok aku tengah nyawa-nyawa ikan gapi je tu. Kalau aku kena outstation 2-3 hari confirm kena topup dengan fm. Now, aku tengah syak something dengan BS. Geng UB tau la hal ni. Aku syak dia buang susu aku. Tp skang tgh fikir positf je. Tunggu aku find out cemane.

Okay Anas I lebiu so much! Nanti kalau ibu rajin ibu tulis lagi. Ni ibu tengah tak rajin tapi paksa diri tulis blog.


Soothe you with my caress 
Relax, baby, lay your head down on my chest 
I’m not a doctor, but 
I’ll cure all your troubles 

Even when you sleep 
You’ll know that I am there 
To hug and keep you warm 
And soothe you while you’re dreaming 

A twinkle in your mind 
Shimmering thoughts of joy 
Sweet dreams, my love 
Until you’re awake again 

Anything to please my man 
I like to do the best I can do 
My all, I’ll give to you 
‘Cause you are my love and you are my life 
What my dreams are made of 
So dream of this love I’m giving to you 
Forget all your troubles

Monday, January 14, 2013

Terima kasih kawan-kawan.....

... kerana rajin up resipi-resipi best untuk aku mencuba masak di hujung minggu untuk mengisi perut suami dan anakku. Ting!

Sempena hujung minggu, aku agak rajin memasak berbanding weekdays. Harapkan weekend ajelah, dapur aku berasap. Berasap sebab takde kitchen hood kan. Kalau weekdays sapo nak makan, aku pun malas nak ketungtang kat dapur. Kang ade je budak kecik dah terjongol aje kepala dia kat dapur. K, ni lah dia hasil air tangan sang isteri hujung minggu.

Untuk sarapan:
Thanks to Aishah Rahim!

Bihun Singapore!
Ini style saya punya bihun Singapore.

Bahan-Bahan:
Bawang merah dan bawang putih (Kisar)
Fish Cake dan Ayam untuk rencah.
Sayur: Lobak merah, taugeh dan sawi (aku memang suka sayur banyak-banyak)
Sos Tiram, Garam, Lada Hitam

Aku masak main campak-campak je, anggaran bahan pun main agak-agak sesuka hati. (heh! Bagi resipi macam tak ikhlas je rupanya. HAHA. Nak goreng macam biasalakan. Ke ada yang tak reti goreng bihun? 


Untuk Lunch:
Thanks to Ann Ilias!


 Ayam tergolek-golek ala-Kenny Rogers dengan brokoli +Cauliflower goreng. 

Gilos tamak siap buat sekor ayam untuk 2 orang makan. Haha. Bahagian tulang dah abis kena ratah, tinggal bahagian daging-daging aje tinggal. Ada dalam peti sejuk kat rumah tu ha. Aku buat ni macam ada kurang umpph sikit mungkin kurang madu kot. Sebab aku masak tak ikut sukatan, main campak-campak je. Walaupun dah perap sejam lebih. Rasa daging tu macam okayla. Cuma kurang umpph aje. Mungkin jugak aku takde pemanggang ajaib, masak dalam oven je kot. :p

Makan petang:
Thanks to Zuris!!

Scone.
Sebenarnya aku konfius dengan rasa scone ni sebab macam tak manis n masin sikit. Ke memang macam tu rasa dia, tapi bila dah cicah dengan kaya pandan dan butter tu memang licin jugakla scone ni dikerjakan. 

Resipi lebih lanjut boleh pegi ke link-link chef yang rajin share resipi. Thanks korang, nanti share banyak-banyak lagi, kalau rajin aku leh cube! 

Tuesday, January 8, 2013

My combats!

Kejadian ini berlaku malam semalam pada pukul 11pm ke 12am camtulah. Kakaknya punyala berzikir nak tidurla, mengantukla. At last pegi join adik jadi kombat. Cucu askarla katekan. Asik nak main kombat kejenya. Padahal malam ni aku pun dah ngantuk sangat, lampu pun dah tutup. Bila tengok anak-anak macamni aku pun join sekali. Join amik gambar jela. Siap switch on balik lampu.

Mata adik silau kena flash. Haha. Kakak suka sangat walaupun dah ngantuk tu.
                            .


"Kakak, kiri ke kanan"

"Adik, kananlah!"
Haha. suka tengok pic ni macam kakak bagi arahan kat adik. Adik buat muka.


"Ibu, amik gambar Una"


Jumpa jalan yang lurus. Yeay!!

Posing kejap, sementara tunggu kakak nak keluar. HAHA

Yeay!!! Berjaya!!

 Lepas tu, aku terus hambat (eh, macam hambat kambing laks) diorang masuk bilik. Tak larat ah nak layan, mata dah ngantuk!

Wednesday, January 2, 2013

WW- Buek apo tu Jang?


ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ