Agak bosan. Agak malas. Cepatla audit. Malas dah rase nak mengadap dokumen-dokumen tu suma. Macam banyak je yang tak complete lagi ni. Minggu depan dah nak kena audit.
Nak menceceh kat sini kejaplah. Boleh kan? Tinggalkan kejap je keje-keje tu. Pening ah! :p
Minggu lepas, akhirnya jejak jugak kaki ni ke Segamat setelah berbulan-bulan tak balik. Husna yang dulu hanya pandai menyusur sampai dah dapat kaki barulah orang kampung dapat tengok dan jumpa dia. Saya balik Segamat, bukan balik Pahang tau. Segamat ade atok je, ayah takde, dia kat Pahang. Walaupun saya dah bagitau saya nak balik kampung, tapi masa untuk ayah balik kampung jugak tak sesuai. Tak jumpa lah kami ye.
Takpela. Asal dapat jumpa moyang Husna pun jadiklah.
Pada mulanya En. Mokh cakap tak balik. Saya okay je. Tapi dah dapat agak apa muslihat dia. Huhu...Selalu macam tu. Tup..tup terpacak aje dia depan umah malam Ahad aritu. Macam biasalah, lepas kerja ari Sabtu dia gerak, malam baru sampai. Naik motor pulak tu. Adeh. Siap sesat-sesat tu. Tak menahan betul! Cukup takut bila Hubby travel naik moto malam-malam tau. Katanya nak jimat duit tol minyak. Yelah! Asalkan selamat sampai sudah la ye.
Hari sabtu, atok ajak pegi tangkak. Nak amik cucu saudara balik dari Matrix Johor. Alang-alang pegi Tangkak sempat jugak ibu rembat 3 pasang kain untuk buat baju kurung. Ingat nak rembat sekali banyak dan untuk raya sekali, tapi memikirkan duit dah guna untuk beli handphone, maka tangguhla dulu hasrat tu ye. Tak mahal pun kain kat sana. Sepasang/4m RM20, sepasang lagi harga dia RM10. Murah kan? Jenis kain pun sedap.
Wah, wah Cik Husna ni, suka sangat kakak cun dukung dia. Tak payah diagah-agah, terus depang tangan suruh amik. Cis!
Masa mula-mula sampai kampung. Punya la dia melekat kat badan ni ha tak mau dipegang atok nyan dia. Peluk erat-erat plak tu. Macam nampak apa je. Sian atok nyan tau. Husna takut dengan orang tua. Padahal Bs dia pun lebih kurang macam tu je. Apa lah Husna ni. Mungkin dah lama tak jumpa kan. T____T. Tapi esoknya dah okay, siap bergurau senda lagi. Saja buat gimik jekan Husna.
Balik kampung tunjuk skill dapat kaki.
Ayah Husna buat suprise tapi Ibu dapat agakla. Ayah mesti balik kampung punya. Hihi...
Untung jugak ayah balik naik moto. Dapat Husna naik moto. Kelakar okay tengok dia berdiri tegak atas motor tu. Macam dah biasa, tapi baru pertama kali. Kat Jb naik kereta je, itu pun kene letak dalam car seat. Boringlah kan. Lepas tu tak mau turun. Gian sudah!
Aktiviti kat kampung:
Tengok ikan berenang-renang di sungai. Hahaha. Okay tipu. Tengok air sungai pun keruh, ade hati nak tengok ikan berenang-renang dalam sungai.
Tengok chicken. Tengok kucing dari dekat. Dengar bunyi cicak banyak kali. Hoh, Husna takut bunyi cicak. Setiap kali bunyo cicak, dia cepat-cepat lari dekat saya. Kalau tengah baring-baring nak tidur, dia lagi mengimpit kat saya. Haha.
Sambil-sambil atok nyan dia bagi makan ayam, dia pun amik kesempatan masukkan biji jagung dalam mulut dia. Macam ibu tak bagi makan ye Husna.
Mengasah skill berjalan. Tak henti-henti berjalan. mentang-mentang banyak ruang kosong.
Rumah atok kan baru lepas kena banjir. Barang pun banyak dah dibuang. Ruang kosong dimanfaatkan Husna untuk asah skill berjalan. Dia ni kalau dipakaikan kasut, tak reti nak jalan sendiri. Still tak konfiden. Kalau dalam rumah, memang laju.
Kebetulan, masa kitorang balik minggu lepas, kawasan depan rumah atok tu tengah ditogelkan. Memang depan rumah, blakang rumah penuh dengan semak belukar. Tau jela, rumah orang tua, mane ade kudrat nak kemas-kemas, bersih-bersihkan kawasan rumah. Skang dah boleh nampak jiran kiri kanan. Habis semua pokok-pokok hutan yang bermaharajalela depan rumah dah takde. Pokok kekabu yang tegak megah berdiri depan rumah pun disapu habis. Pokok tu kalau tak silap dah ada since saya kecik atau mungkin belum wujud dalam dunia ni lagi.
Tamatlah riwayat pokok kekabu tersebut..... T_T. Tinggal separuh dah disentap Kobi.
Banyak berjasa pokok kekabu tersebut. Saya cakap dekat atok. "abesla pontianak malam ni takde tempat tidur". Hahaha... Kalau tengok waktu malam, pokok ni macam menakutkan, sebab dia besar sangat. Tapi sebenarnya takde apa-apa pun.
Tapi yang paling best, jalan-jalan naik moto. Thanks Ayah!!!
Minggu ni balik lagi. Kali ni dapat jumpa Atok ayah dan makcik pakcik yang lain. Wiiiiiii~~
seperti ku kenali baju bunga2 tecik2 yg dipakai husna..hihihi
ReplyDeleteseronoklah ibu ye husna
ReplyDeletedapat balik kg, jumpa atok ayah semua
husna pun kegirangan la kan
ramai org nak melayan
husna.. minggu depan achik balik jb
dating jom
main air kat tiram nak
yeke dayu...jom..jom pegi lagi. bestnya!
ReplyDeletemya pon suka naik moto pusing2 kwsn kampong
ReplyDeletebudak kecik kalau dah dapat naik motor macam nie la..tak mau turunnya...hehehhee
ReplyDeletehusna gayat lagi dgn kasut...tapak kasut husna tebal ke fashya?kalau pakai prewalker shoes pon sama ek? mas bagi rijal pakai prewalker dulu,then la ni baru pakaikan yg bertapak bila nmpk dia dah pandai budget kwsn tinggi rendah semua...
ReplyDeletebestnya balik kampongggg...ade ayam,itik...pos sekor sini...