Friday, May 6, 2011

Ibu, anda semua hebat.

Ibu saya seorang ibu yang sangat hebat.
Betul! Dia sangat-sangat hebat, seorang yang kuat semangat,
seorang yang sangat banyak bersabar dengan karenah ayah dan anak-anaknya.
Sebab tu dia pergi dulu dari kami. Saya redha, sebab sepanjang hidup dia,
dia sentiasa diduga dengan pelbagai cubaan.

Ibu pergi seawal umur saya 19 tahun.
Hanya 19 tahun Allah pinjamkan saya seorang ibu yang hebat.
Ibu mampu mengandung, melahirkan, mendidik 9 orang anaknya dengan penuh sabar, penuh tanggungjawap, penuh kasih sayang.

Ibu seorang suri rumah. 24/7 sentiasa dengan kami. Masih ingat lagi, seawal pagi subuh, dia bangun untuk sediakan sarapan untuk kami ke sekolah. Kalau dia rajin, dapatlah makan nasi lemak untuk sarapan dan bekal. Paling tidak pun segelas milo dan roti bakar kalau dia tak sempat atau malas. Hihi...Tapi itu sangat jarang. Balik sekolah, makanan tengahari sudah terhidang di atas meja untuk santapan kami.

Lepas makan tengahari, dia pun siap-siap nak solat Zohor. Saya suka bila ibu nak bersiap-siap nak solat. Dia mandi dulu, pakai bedak wangi-wangi. Solat. Lepas solat dia dah wangi...wangi..wangi. Suka sangat bila tengok ibu macam tu, sebab tengok dia dah dapat rehat lepas buat semua kerja. Tapi tak semestinya dia rehat sepenuhnya. Kalau ade kain nak lipat, die lipat. Sapu sampah etc..etc... Lagi, bila dia nak solat Asar pun, dia mandi lagi. Bila dia mandi, dia wangi. Bila dia wangi saya suka! Hihi. Kesimpulannya, lepas dia mandi saya mesti suka.

Lepas solat Asar kan dah petang, dia dah wangi. Dapatla dia lepak-lepak kat luar sambil borak-borak dengan kami atau jiran-jiran. Saya suka betul bila tengok dia dah rehat-rehat tak yah buat keja ape-ape dah. Ntah, knape ntah rasa macam best je.

Kalau dia tak lepak-lepak kat luar rumah, dia sangat suka buat makan petang untuk kitorang. Oh, part ni paling best sekali. Dia sangat-sangat rajin buat kuih petang-petang. Kuih kasui (saya penah mengidam kuih kasui ibu masa pregnant), kuih donat (Oh, I heart sangat kuih donat dia, sangat gebu!- sampai sekarang anak perempuan dia ni tak pandai ikut dia buat kuih donat gebu tuh T_T ), kuih apam, lempeng gelembung, kuih seri muka. Pendek kata ibu seorang chef di hati saya.

19 tahun sangat pendek bagi saya untuk merasai kasih sayang seorang ibu, tapi saya tetap bersyukur, sekurang-kurangnya saya dapat merasainya. Sungguh! Sungguh saya terkilan semasa hayat dia, saya tak sempat untuk mendamaikan hati dia. Terlalu banyak dosa saya terhadap ibu. Entah apalah dalam fikiran saya semasa usia menigkat remaja. Asik nak memberontak. Tak ingin menolong ibu menjaga adik-adik yang ramai dibawah-bawah saya. Saya anggap semua itu beban. Kalau dapatlah saya undurkan masa, saya pasti akan buat sehabis baik. Kesian ibu, sepanjang hayat dia selama 43 tahun, ntah berapa lamalah dia merasa bahagia, merasa kesenangan hidup. Terlalu banyak derita yang dialami dari bahagia. Kesemua ini, biarla ia sentiasa menjadik simpanan hidup kami sekeluarga.

Warkah Untuk Ibu,
Kami redha dengan pemergian mu. Kami tau pasti ini adalah yang terbaik buatmu. Allah lebih sayangkan kamu dari kami.
Al Fatihah buat ibuku ,Badariah Abdollah~~
12 Disember 1959-15 July 2003


//

Ini coretan dari adik saya, Hafifi, kat umah panggil EPI je. Mungkin dia terlalu rindukan ibu, sehingga keluar kata-kata ini. Kelakar bila baca, tapi ada part sedih jugak.T_T

Lalala~saye rindu dizaman dulu kala sewaktu kecil. wooaaa.

main berudu kat taman . tangkap lebah kat pondok sampah. woaaa..

main ziro poin dipadang sambil ayah main wau wuhuu. wooaaa

kau rase bestak aku nyanyi kat atas tu

wooaaa

ibu dirumah penat buat keje aku datang paut leher ibu tesenyum mencium pipiku mmuah kuat kuat sayang ibu

wooaaa

tapi die sakit saye tak sempat urut maafkan saye tiade ketika itu

wooaaa

hari tu aku paut leher ibu pastu die jatuh atas aku hahaha . ibu ni lembik tapi kuat semangat tak penah terkilan kesakitan rohani jasmani sikit pon tak lemah . kuat ibu, ibu terbaik saye sayang ibu

wooaaa

haritu die marah saye sebab ambik seringgit kat atas peti sejok hahaha saye beli aiskrim 5, pastu makan dengan adik . tapi adik makan 1 saye makan 4 hahaha .

wooaaa

saye balik je terus kene tarik tangan pastu kene sebat dengan henger tu . sakit tapi taksakit hahaha

wooaaa

sebab die pukul dinding je tapi bile pukul buntot kite die hayun slow je . tu lah ibu saye

wooaaa

die marah untuk mengajar tapi sayang kite tak same macam ayah mengajar kite kerane die lelaki seorang baskar

wooaaa

askar

wooaaa

alaaa . jem takde idea dah

Boleh pulak tetiba jam takde idea ye. Adik-adik Ku, hanya Al-Fatihah dan doa yang mampu kita serahkan pada Ibu. Semoga dia aman dan damai disana. Amin...

Saya jugak nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat ibu jari saya, eh, silap. Ibu Mertua saya. Hjh Ruziah Yaacob, dan ibu-ibu sekalian. You are great Mom!

3 comments:

  1. kasih ibu hingga akhirnya.. alfatihah buat arwah ibunda

    ReplyDelete
  2. This is something that come from deep inside your heart.

    Semoga roh Allahyarhammah Badariah Abdollah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  3. sayu la..sesekli terpkir mmpukah kita untuk jd ibu terbaik utk ank kita mcm apa yg ibu kita buat utk kita

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ