Wednesday, May 11, 2011

Saudara Baru. Alhamdulillah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dengan Maha Mengasihani.

Kakak sayang adik


Sebagai mana terjadi pada Cyrus dan Rijal, begitu jugak terjadi pada Husna dan Myiesha.

Alhamdulillah, rezeki Husna masih dipanjangkan oleh Allah untuk menikmati susu ciptaanNya. Terima kasih kepada Mami Jaja sebab sudi menjadi ibu susuan bagi Husna. Mulai hari ini, 11 Mei 2011, (cam best plak tarikh ni), secara rasmi Husna diberi susu ibu lain selain ibunya sendiri. Jaja, my ofismate n geng mengepam kat ofis sebenarnya. Ini semua kerana gara-gara susu ibu dah tak cukup untuk dibekalkan pada babysitter. Untuk direct masih ok.

Bukan Husna tidak pernah menjamah susu formula langsung, tapi disebabkan rezeki Myiesha yang sangat murah, mami Jaja sudi untuk menjadi ibu susuan Husna. Alhamdulillah. Kecik tapak tangan nyiur kami tadahkan. Agak tersentuh hati ni bila ada yang sudi untuk berkongsi rezeki. Harini, saya dapat bekalkan susu ibu untuk Husna secukupnya. Baby sitter Husna cakap dia kurang makan tapi kuat menyusu. Susu perahan yang saya dapat seharian tidak mencukupi untuk bekalan keesokannya. Syukur-syukur-syukur. Sekiranya Husna cukup menyusu sekurang-kurangnya 5kali kenyang dengan susu yang dibekalkan oleh mami, maka Husna akan menjadi mahram bagi Jaja dan adik beradik Myiesha yang lain.

"Haram dengan sebab susuan seperti apa yang haram dengan sebab nasab keturunan."
(Hadis Riwayat Bukhari)

InsyaAllah, ikatan ini akan terus berpanjangan, Husna dah ade dua ibu, dan dua ayah. Yeay! Semoga dengan berkat susu ibu dan susu mami, Husna akan menjadi anak yang solehah, berjaya dunia akhirat. InsyaAllah. Amin. Buat Myiesha, adik Husna, terima kasih sebab sudi share susu mami dengan kakak ye. Hihi, myiesha masih tak paham apa yang terjadi. Nanti dah besar, boleh kita explain pada diorang apa hukum-hukum saudara susuan.


Buat Husna, inilah saudara barumu, ibu bapa barumu;[pic cilok Fb jaja]

Siti Hajar binti Mat Sarip dan Mohd Fuad B Istori serta adikmu Myiesha Erieyna binti Mohd Fuad. Adik-adik yang lain bakal menyusul. InsyaAllah... Hihihi....


Maksudnya: "Menurut apa yang diturunkan daripada Al-Qur’an sebelumnya bahawa sepuluh kali susuan yang telah dipastikan itu akan mengharamkan mereka (menjadikan mereka sebagai mahram). Kemudian (ketetapan itu) dimansukhkan dengan hanya lima kali susuan yang telah dipastikan. Maka wafat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sedangkan (sebahagian mereka) terus membacanya (ayat lima kali susuan) daripada ayat Al-Qur’an (sehinggalah mereka berpakat untuk menasakhkan pembacaannya)."

(Hadis riwayat Muslim)




















13 comments:

  1. alhamdulillah...macam baru bersalin pulak aku rase hr nie.....hihiii....moga husna ok2 n hepi2 saje ek...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...

    qaish pun masih menikmati susu ummi liz nye.
    bersaudara bermuafakat la sesama insan.
    jgn kata zaman skg ibu2 xde ilmu ttg anak susuan ni.

    masa sha memula amik susu ummi liz untuk qaish ..sha sgt risau... sbb ade org menakut nakutkan sha tentang kesusahan menerangkan salah silah keluarga kelak...yg mereka adelah saudara.

    apepun..kita sebagai ibu bapa berperanan penting tetntang hal ni... mmg tidak boleh d ambil ringan.

    tetapi bukan satu alasan menjadi takut untuk mempunya anak susuan ibu susuan saudara susuan.

    ReplyDelete
  3. Syahdu,,,syukur alhmdulillah dipermudahkan segala urusan utk korang semua, moga dimurhkan rezeki semua, amin, :)

    ReplyDelete
  4. adik husna plk sejak makan makin kurang menyusu..hari ni 1 btol jer die minum..aih risau btul..
    smpai hari ni xjumpa lg nk jadi anak susuan ni..df dh nk pnuh, anak pulak xnk minum btol sngt..adoi syngnya

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...rezeki husna n myeisha.. :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah!! Syukur bile dengar. kene bagitau bile Husna da besar, myiesha da besar. bagi betul2 paham. terharu gile. sejak bace dari blog jaja lagi. sebak T__T

    ReplyDelete
  7. Taktaulah kenapa tiba-tiba rasa nak nangis. Entry ini benar-benar menyentuh perasaan. Haih. :))

    Congrats Jaja. Congrats Fashya.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah syukur... :)

    fashya...nyiur ke nyiru ek? :) hehhe ke salah spelling? tiba2 lak..haha

    ReplyDelete
  9. husna dah ada adik la...myiesha dah ada kakak ;)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah rezeki..aqil dah lama minum susu lembu..(benci tp terpaksa..)huhu..hrp dpt nyusukan blk aqil nnt..

    ReplyDelete
  11. semalam bila baca kat blog jaja macam sayu. baca entry fashya lagi sayu..
    tak tahu kenapa

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ