Macam lama dah tak update blog. Rindu nak blogwalking. Hari ni dapatla setapak dua pegi jalan-jalan kat blog kawan-kawan suma. Alhamdulillah, hp yang kat workshop haritu dah ade dalam tangan. Maka, sessi amik gambar anak telah berjalan seperti biasa. hihihi. Macam tulah ibu kepada anak pertama ye kan? Apa saja aksi anak, pasti nak diabadikan.
Menginjak ke angka satu, Husna dah pandai berjalan sejak seminggu selepas usia dia setahun yang lepas. Sekarang dia memang tengah gian sangat nak berjalan kat dalam rumah tu. Mujur rumah luas dan banyak ruang kosong [rumah bujangkan]. Maka, memang sesuai sangatla dengan Husna yang tengah gian berjalan tu. Masa dia mula-mula dapat kaki, perkara pertama paling seronok, pergi beli kasut untuk berjalan. Sebelum ni beli kasut pre-walking je. Jarang beli kasut sebenarnya sebelum dia betul-betul pandai berjalan. Nak beli kasut pun excited sangat tau. Kena make sure kasut tu betul-betul selesa dengan kaki dia. Tak maula kaki dia melecet atau cedera dan buat dia tak nak berjalan lagi pulak.
Kalau dalam rumah, semua tempat dia nak jejak. Tangga masih menjadi tempat favourite dia sekarang. Pantang nampak tangga, mesti nak naik lagi. Turun tangga pun dah takde hal dah. Semua nak buat sendiri. Kadang-kadang saya monitor dari bawah aje. Dasar ibu pemalas. hihi...Tengok die comfident je naik turun tangga tu. Biarkan ajelah. Tapi bila dah lama-lama, takut jugak kalau-kalau dia tersilap langkah, cepat-cepat angkat bawak main kat bawah je.
Penat tahu.
Bila diajak ke luar rumah, pegi taman depan rumah, ish, lagi beso mulut tu sengih. Suka betul dia. So far belum pandai tarik tangan ajak keluar @ mintak sarung kasut lagi.
Push to walk and ride on Playskool ni, saya beli preloved saje dari Twinevostore. Orang Jb, leh serbu rumah akak ni, banyak sangat barang-barang mainan dia jual yang baru n preloved dengan harga yang berpatutan. Rumah dia dekat Taman Seri Orked, sebelah Taman Hutan Bandar Mutiara Rini. Saya amik sendiri saja. Dekat kan. Tak pasai-pasai menambah lagi beli mainan kat Husna. Tu ha, meja mainan dekat pic first tu. Harga memang best, barang still okay n berkualiti. Saya tukang promote sebab owner blog ni memang best. Serius i tell u.
Luar rumah
Dalam rumah
Tapi bila dah malam, silalah buat urutan manja kat kaki pulak ye... Hihi. saje, sian siang-siang dah sibuk berjalan, kaki mesti penatkan? Oh, dasar anak manja. :p
bestnyer anak dh boleh jalan2
ReplyDeletewa husna pandai mintak urut la
ReplyDeletetp bagus gak kan
malam ni nak urut kaki cha gak la
dah lama x singgah blog ni.alala..mesti tak daya nak mengejar kalo da rancak nak berjalan ni..hehe
ReplyDeletebesnyer........
ReplyDeletebaik ibu tlg urut kaki usna...tu usna sonok nak jalan tu....
bestkan anak dah jln. tp mcm sedih jugak cepat je dia dh besar. i pun kdg urut kaki imaan kalau tgk die mcm penat jln =P
ReplyDeletemesti dia rasa puas dpt jalan sendiri kan... ;)
ReplyDeleteyeaa..yeaa..
ReplyDeletehusna dah jalan!
seronok kan tengok diorang terkedek2 jalan.comel!
:)
seronok lah tengok budak baru belajar jalan ni..terkedek2 je..comel
ReplyDeletekene urut eh
ReplyDeleteok ok understand
nanti tgu shifa jalan lak
wah, husna kemain lg dia dah dapat kaki eh..comel jek tgk dia berjalan..gerammm
ReplyDelete