Thursday, May 19, 2011

Revolusi Alat Telekomunikasi

Rasa janggal bila tiada kamera ditangan. Hp sudah di masukkan ke workshop sejak 2minggu lepas. Janji boleh dibaiki 2hari tapi sudah 2minggu tersadai. Ntah apa khabar berita E71 aku tu. Hujung minggu lepas cuba tanya khabarnya, tapi masih belum dibaiki. Tokey kedai Hp tu cakap, Hp aku masuk air. Sah air liur Husna dah bermaharajalela dalam litar handfon tu. T_T. Baiklah.

Sekarang aku dibagi pinjam oleh tokey kedai Hp Nokia model apa aku tak pasti. Yang pasti tiada kamera, tiada MMS, tiada radio, tiada GPRS, jauh sekali 3G/4G. Ntah apa lagi yang canggih manggih tu. Aku redha.

Jangan cakap soh beli baru tau. Aku sayang bebenor hp E71 tu, sebab itu hadiah suami sempena my 1st pregnancy KOT. Masih baru. Aku ni memang susah sangat nak bertukar-tukar Hp, selagi boleh pakai aku pakai je. Dalam masa sekarang, since zaman matrix tahun 2002, aku baru ade 4 Hp kalau tak silap. Itu pun sebab hilang. Yang pertama Nokia apentah. Ce tengok pic ni, familar tak hp ni bagi korang? Ini Hp pertama yang aku pakai masa dekat matrix dulu.


Lepas tu, upgrade sikit Nokia 33 sekupang. Glemer kan Hp 3310 ni dulu. Siapa yang pakai 3310 ni memang terasa gempak gile. Sebab Hp ni kecik comel je. Nampak macam praktikal sikitla dari Hp besar-besar sebelum ni. Aku guna 3310 tu pon dah nak hujung-hujung zaman 3310. Kira biasa-biasa ajelah.

Next Hp, second hand punya Hp Nokia yang aku beli dekat Pertama Kompleks. Actually aku rembat adik aku punya Hp ni. Die suruh aku beli Hp, tapi sebab dah berkenan sangat dengan hp tu, aku amik je. Cakap pinjam-pinjam....sampai kesudah aku tak bagi-bagi hp tu kat dia.

Lama jugak aku pakai hp second hand ni. Sampai pada suatu hari. Satu hari dihari raya. Tetamu datang tak putus ke rumah atok aku, sampai tak sempat aku nak cek hp kat mana n apa khabar hp tu. Bila dah reda, dah malam, cari-cari hp. Tak de. Dalam hati dah agak mesti ade orang kebas masa datang rumah atok aku. Esok pagi, aku cek. casing rumah berselerak depan halaman rumah. Sedih sangat masa tu. Hp ni aku guna masa tengah bercinta dengan En B. Banyak ar mesej jiwang dalam tu. Hilang. Sedih sangat tau..... T__T

Baiklah. Lupakan ajelah. Anggap je rezeki takde dah time tu. So, belilah hp baru lagi. [tulah sapa soh cilok hp adik.kihkihkih]

Aku kira, inilah hp yang betul-betul aku beli dari hasil penat lelah bekerja. Nokia 5070. Sampai sekarang masih sihat berfungsi walaupun ntah brapa kali jatuh, sekali masuk lubang tandas. hihi. Aku dah tukar dengan hubby. Hubby bagi E71, dia guna hp ni. Dan sekarang E71 sedang tenat. Oh, aku sayang Hp tu tau.....



p/s: The truth is............ duit untuk peruntukan beli Hp tiada lah.


1 comment:

  1. hahahahaha comel gile hp kat atas sekali. dulu selalu panggil walkie talkie :p

    reen penah gak pakai yang last ke dua. best enset tu. second hand gak. beli kat pertama jugak. tapi da x tau enset tuh kat mane. hilang camtu jek.

    dan enset sabun kene ragut. serius menangis tengah jalan. mase tuh baru beli baru. siap memori kad besar ngan lagu video semua.

    sampai sekarang kalau lalu depan flyover damansara damai, mesti hati macam berdarah:D

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ