Tuesday, May 31, 2011
Syoknya balik kampung.
Monday, May 30, 2011
Testing hp baru. Boleh tak update blog-UPDATED!
Tuesday, May 24, 2011
Dah "dapat kaki", walau dah ade kaki sejak lahir.
Sunday, May 22, 2011
Thursday, May 19, 2011
Revolusi Alat Telekomunikasi
Next Hp, second hand punya Hp Nokia yang aku beli dekat Pertama Kompleks. Actually aku rembat adik aku punya Hp ni. Die suruh aku beli Hp, tapi sebab dah berkenan sangat dengan hp tu, aku amik je. Cakap pinjam-pinjam....sampai kesudah aku tak bagi-bagi hp tu kat dia.
Lama jugak aku pakai hp second hand ni. Sampai pada suatu hari. Satu hari dihari raya. Tetamu datang tak putus ke rumah atok aku, sampai tak sempat aku nak cek hp kat mana n apa khabar hp tu. Bila dah reda, dah malam, cari-cari hp. Tak de. Dalam hati dah agak mesti ade orang kebas masa datang rumah atok aku. Esok pagi, aku cek. casing rumah berselerak depan halaman rumah. Sedih sangat masa tu. Hp ni aku guna masa tengah bercinta dengan En B. Banyak ar mesej jiwang dalam tu. Hilang. Sedih sangat tau..... T__T
Baiklah. Lupakan ajelah. Anggap je rezeki takde dah time tu. So, belilah hp baru lagi. [tulah sapa soh cilok hp adik.kihkihkih]
Aku kira, inilah hp yang betul-betul aku beli dari hasil penat lelah bekerja. Nokia 5070. Sampai sekarang masih sihat berfungsi walaupun ntah brapa kali jatuh, sekali masuk lubang tandas. hihi. Aku dah tukar dengan hubby. Hubby bagi E71, dia guna hp ni. Dan sekarang E71 sedang tenat. Oh, aku sayang Hp tu tau.....
p/s: The truth is............ duit untuk peruntukan beli Hp tiada lah.
Wednesday, May 11, 2011
Saudara Baru. Alhamdulillah
Sebagai mana terjadi pada Cyrus dan Rijal, begitu jugak terjadi pada Husna dan Myiesha.
Alhamdulillah, rezeki Husna masih dipanjangkan oleh Allah untuk menikmati susu ciptaanNya. Terima kasih kepada Mami Jaja sebab sudi menjadi ibu susuan bagi Husna. Mulai hari ini, 11 Mei 2011, (cam best plak tarikh ni), secara rasmi Husna diberi susu ibu lain selain ibunya sendiri. Jaja, my ofismate n geng mengepam kat ofis sebenarnya. Ini semua kerana gara-gara susu ibu dah tak cukup untuk dibekalkan pada babysitter. Untuk direct masih ok.
Bukan Husna tidak pernah menjamah susu formula langsung, tapi disebabkan rezeki Myiesha yang sangat murah, mami Jaja sudi untuk menjadi ibu susuan Husna. Alhamdulillah. Kecik tapak tangan nyiur kami tadahkan. Agak tersentuh hati ni bila ada yang sudi untuk berkongsi rezeki. Harini, saya dapat bekalkan susu ibu untuk Husna secukupnya. Baby sitter Husna cakap dia kurang makan tapi kuat menyusu. Susu perahan yang saya dapat seharian tidak mencukupi untuk bekalan keesokannya. Syukur-syukur-syukur. Sekiranya Husna cukup menyusu sekurang-kurangnya 5kali kenyang dengan susu yang dibekalkan oleh mami, maka Husna akan menjadi mahram bagi Jaja dan adik beradik Myiesha yang lain.
"Haram dengan sebab susuan seperti apa yang haram dengan sebab nasab keturunan."
(Hadis Riwayat Bukhari)
InsyaAllah, ikatan ini akan terus berpanjangan, Husna dah ade dua ibu, dan dua ayah. Yeay! Semoga dengan berkat susu ibu dan susu mami, Husna akan menjadi anak yang solehah, berjaya dunia akhirat. InsyaAllah. Amin. Buat Myiesha, adik Husna, terima kasih sebab sudi share susu mami dengan kakak ye. Hihi, myiesha masih tak paham apa yang terjadi. Nanti dah besar, boleh kita explain pada diorang apa hukum-hukum saudara susuan.
Buat Husna, inilah saudara barumu, ibu bapa barumu;[pic cilok Fb jaja]
Siti Hajar binti Mat Sarip dan Mohd Fuad B Istori serta adikmu Myiesha Erieyna binti Mohd Fuad. Adik-adik yang lain bakal menyusul. InsyaAllah... Hihihi....
Maksudnya: "Menurut apa yang diturunkan daripada Al-Qur’an sebelumnya bahawa sepuluh kali susuan yang telah dipastikan itu akan mengharamkan mereka (menjadikan mereka sebagai mahram). Kemudian (ketetapan itu) dimansukhkan dengan hanya lima kali susuan yang telah dipastikan. Maka wafat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sedangkan (sebahagian mereka) terus membacanya (ayat lima kali susuan) daripada ayat Al-Qur’an (sehinggalah mereka berpakat untuk menasakhkan pembacaannya)."
(Hadis riwayat Muslim)
Monday, May 9, 2011
Second Celebration
Friday, May 6, 2011
Ibu, anda semua hebat.
Betul! Dia sangat-sangat hebat, seorang yang kuat semangat,
seorang yang sangat banyak bersabar dengan karenah ayah dan anak-anaknya.
Sebab tu dia pergi dulu dari kami. Saya redha, sebab sepanjang hidup dia,
dia sentiasa diduga dengan pelbagai cubaan.
Ibu pergi seawal umur saya 19 tahun.
Hanya 19 tahun Allah pinjamkan saya seorang ibu yang hebat.
Ibu mampu mengandung, melahirkan, mendidik 9 orang anaknya dengan penuh sabar, penuh tanggungjawap, penuh kasih sayang.
Ibu seorang suri rumah. 24/7 sentiasa dengan kami. Masih ingat lagi, seawal pagi subuh, dia bangun untuk sediakan sarapan untuk kami ke sekolah. Kalau dia rajin, dapatlah makan nasi lemak untuk sarapan dan bekal. Paling tidak pun segelas milo dan roti bakar kalau dia tak sempat atau malas. Hihi...Tapi itu sangat jarang. Balik sekolah, makanan tengahari sudah terhidang di atas meja untuk santapan kami.
Lepas makan tengahari, dia pun siap-siap nak solat Zohor. Saya suka bila ibu nak bersiap-siap nak solat. Dia mandi dulu, pakai bedak wangi-wangi. Solat. Lepas solat dia dah wangi...wangi..wangi. Suka sangat bila tengok ibu macam tu, sebab tengok dia dah dapat rehat lepas buat semua kerja. Tapi tak semestinya dia rehat sepenuhnya. Kalau ade kain nak lipat, die lipat. Sapu sampah etc..etc... Lagi, bila dia nak solat Asar pun, dia mandi lagi. Bila dia mandi, dia wangi. Bila dia wangi saya suka! Hihi. Kesimpulannya, lepas dia mandi saya mesti suka.
Lepas solat Asar kan dah petang, dia dah wangi. Dapatla dia lepak-lepak kat luar sambil borak-borak dengan kami atau jiran-jiran. Saya suka betul bila tengok dia dah rehat-rehat tak yah buat keja ape-ape dah. Ntah, knape ntah rasa macam best je.
Kalau dia tak lepak-lepak kat luar rumah, dia sangat suka buat makan petang untuk kitorang. Oh, part ni paling best sekali. Dia sangat-sangat rajin buat kuih petang-petang. Kuih kasui (saya penah mengidam kuih kasui ibu masa pregnant), kuih donat (Oh, I heart sangat kuih donat dia, sangat gebu!- sampai sekarang anak perempuan dia ni tak pandai ikut dia buat kuih donat gebu tuh T_T ), kuih apam, lempeng gelembung, kuih seri muka. Pendek kata ibu seorang chef di hati saya.
19 tahun sangat pendek bagi saya untuk merasai kasih sayang seorang ibu, tapi saya tetap bersyukur, sekurang-kurangnya saya dapat merasainya. Sungguh! Sungguh saya terkilan semasa hayat dia, saya tak sempat untuk mendamaikan hati dia. Terlalu banyak dosa saya terhadap ibu. Entah apalah dalam fikiran saya semasa usia menigkat remaja. Asik nak memberontak. Tak ingin menolong ibu menjaga adik-adik yang ramai dibawah-bawah saya. Saya anggap semua itu beban. Kalau dapatlah saya undurkan masa, saya pasti akan buat sehabis baik. Kesian ibu, sepanjang hayat dia selama 43 tahun, ntah berapa lamalah dia merasa bahagia, merasa kesenangan hidup. Terlalu banyak derita yang dialami dari bahagia. Kesemua ini, biarla ia sentiasa menjadik simpanan hidup kami sekeluarga.
Warkah Untuk Ibu,
Kami redha dengan pemergian mu. Kami tau pasti ini adalah yang terbaik buatmu. Allah lebih sayangkan kamu dari kami.
Al Fatihah buat ibuku ,Badariah Abdollah~~
12 Disember 1959-15 July 2003
//
Ini coretan dari adik saya, Hafifi, kat umah panggil EPI je. Mungkin dia terlalu rindukan ibu, sehingga keluar kata-kata ini. Kelakar bila baca, tapi ada part sedih jugak.T_T
Lalala~saye rindu dizaman dulu kala sewaktu kecil. wooaaa.
main berudu kat taman . tangkap lebah kat pondok sampah. woaaa..
main ziro poin dipadang sambil ayah main wau wuhuu. wooaaa
kau rase bestak aku nyanyi kat atas tu
wooaaa
ibu dirumah penat buat keje aku datang paut leher ibu tesenyum mencium pipiku mmuah kuat kuat sayang ibu
wooaaa
tapi die sakit saye tak sempat urut maafkan saye tiade ketika itu
wooaaa
hari tu aku paut leher ibu pastu die jatuh atas aku hahaha . ibu ni lembik tapi kuat semangat tak penah terkilan kesakitan rohani jasmani sikit pon tak lemah . kuat ibu, ibu terbaik saye sayang ibu
wooaaa
haritu die marah saye sebab ambik seringgit kat atas peti sejok hahaha saye beli aiskrim 5, pastu makan dengan adik . tapi adik makan 1 saye makan 4 hahaha .
wooaaa
saye balik je terus kene tarik tangan pastu kene sebat dengan henger tu . sakit tapi taksakit hahaha
wooaaa
sebab die pukul dinding je tapi bile pukul buntot kite die hayun slow je . tu lah ibu saye
wooaaa
die marah untuk mengajar tapi sayang kite tak same macam ayah mengajar kite kerane die lelaki seorang baskar
wooaaa
askar
wooaaa
alaaa . jem takde idea dah
Boleh pulak tetiba jam takde idea ye. Adik-adik Ku, hanya Al-Fatihah dan doa yang mampu kita serahkan pada Ibu. Semoga dia aman dan damai disana. Amin...Saya jugak nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat ibu jari saya, eh, silap. Ibu Mertua saya. Hjh Ruziah Yaacob, dan ibu-ibu sekalian. You are great Mom!
Thursday, May 5, 2011
Husna Is ONE!
Minta maaf ye kawan-kawan. Izinkan saya membebel lagi pasal anak yang sudah menginjak setahun ini. Hati ibu mana lah yang tak excited bila anak yang dikandung, dibelai, ditatang depan mata ni sudah membesar dan terus membesar.
HUSNA WAS ONE yesterday, 4th Mei 2011.
Tiada sambutan secara besar-besaran yang saya rancang untuk dia. Cukupla cuma saya belikan sebiji kek cap Season saja buat si kecik sempena sambutan kelahirannya yang pertama. Doa yang baik-baik, agar anak ini sentiasa dibawah lindungan Allah swt. Yang meraikan pun cuma saya and 2 orang housemate. Cukuplah kan.
Dari riak wajah dia, nampak dia happy dengan kek yang saya belikan tu. Habis dilambung-lambung serpihan-serpihan kek yang saya potongkan untuk dia. Yang lambung lain, yang masuk mulut lain. As a birthday girl hari tu, saya biarkan aje ape dia buat. Lepas tu kemaslah. Baju saya, baju dia penuh dengan bau kek, rasa kek. Saya assume dia happy la tu. Pandai-pandai je mak kau ni assume-assume.
Jam 12.00 malam 4 Mei, saya bisikkan dekat telinga Husna. "Selamat hari lahir Husna. Semoga Husna jadi anak yang berjaya, solehah, bahagia dunia akhirat". Sangat klise ucapan tu kan? Kiss kat dahi, kat pipi, sampai dia bukak mata. Lepas tu tutup balik. sambung ZzzzzZ..
Dan dari start dia bangun, saya dah sibuk-sibuk nyanyikan dia lagu Happy Birhday to you.....cuba jaga perasaan dia sebaik saja dia buka mata pagi tu. Yep, dia nampak happy. Macam tau-tau je birhday dia hari tu. Omak kau yg excited sebenarnya...
Tuesday, May 3, 2011
Jangan lupakan Ibu, please sayang....
Husna,
Suatu hari nanti, dirimu akan menjadi remaja dan dewasa, doa ibu sentiasa mengiringi dirimu. Suatu hari nanti, kamu akan berkahwin dan bakal mempunyai keluarga sendiri, andai ada yang cuba memisahkan kasih sayang antara kita. Jangan risau anakku, engkau cubalah untuk jadik yang terbaik bagi dirinya. kerana syurgamu bukan lagi ada pada ibu. Doa ibu sentiasa mengiringi dirimu.
Husna,
Izinkan ibu untuk memeluk dirimu sepuas hati ibu disaat ini, andai dirimu telah jadik milik orang lain, pasti ibu tiada hak sepenuhnya keatas dirimu dan tolong jangan lupakan ibu. Please, I beg u Husna. Jangan lupakan ibu.
Hati macam kristal sekarang, anak baru menginjak setahun, tp macam anak dah nak kahwin. Sebenarnya, apa yg terjadi, biarla diri ni dan Allah saja yang tau. Wallahualam.
Selamat malam semua.
Tiram Indoor Water Park
Aktiviti Husna bila dan ayah cuti;
Main buaian dengan ayah ibu. Husna kate, baru complete kan. Ada ayah, ada ibu bawak Husna g main-main kat taman. Kalau tak ibu je yang bawak.
The next day. Aku dok terfikir-fikir. Apa la yang kita nak buat ni. Asik terperap kat rumah je. Tak best betul. At least buatla something yang best sikit kan. Dalam hati ni nak sangat pegi Starhill Golf Resort as Ibu Syirah ajak dulu. Cakap kat hubby dia On je. Tapi bila pegi Starhill, ujan renyai-renyai pulak, kami pun terus ke Tiram Indoor Water Park. Sebab kat sana indoor, tak kesah ujan ke tak ujan ke.. Apa lagi, plan last minit kan terus jadik je. Kami pegi Tiram Water Park dekat Ulu Tiram macam Aishah Rahim review dulu. Aku tau tempat ni pun dari entri Aishah tu.
Gambar blur ye Puan-puan. Hp kamera cikai je. Nampak sue n hubby tengah bayo. RM 20 per person. Disebabkan mak ayah yang sangat excited nak masuk sekali, sila bayar penuh. Kalau tak masuk mandi bayar separuh je. Hubby ai tengah beratur dengan beg sebeban. huhu...
Bila dah bayar, dah masuk. Buat apa tunggu lama-lama kan? Jom kite gedebush! [Pic credit to Sue n Hubby. Hp dah masuk locker. Tak leh watpelah kan. Amik gambo pun kene jaga-jaga. Kamera masuk air tak ke naya tu.
Mak dan ayah yang excited sebenarnya. Muka Husna masa mula-mula masuk pool macam blur. Ape ni? Ape tu? Apa ibu ayah tgh buat ni? Last-last baru gelak-gelak happy. Saya tengok Syirah happy je, maybe sebab dia dah biasa mandi kolam. Yeay!
Husna sedang mencuba boya Syirah, sebab boya Husna dah kempis sikit. Boya sewa Husna tu cam tipu je. Makin lama makin kempis, penat ibu n ayah dok tiup-tiup. huhu.
Seperti biasa mak-mak yang excited amik gambo...hihi
Okay, perfect!
Sebelum balik, amik gambar sikit. Best jugak tempat ni. So, next BGWS, kita pegi sini ye.
Sebelum balik, isi perut dulu. Thanks to Sue sebab ajak Fashya n family jalan-jalan. Lain kali kite g lagi okay. Ajak ramai-ramai lagi....