Update lah sikit. Tengok korang laju je update, tak terkejar den nak bace. Takpe, slow-slow akan ku terjah n tinggalkan jejak. Skang dah pukul 4.58pm, selalu time ni saya dah siap-siap nak balik, tapi ade keje sikit. Lambat balik setengah jam.
Hari-hari biasa saya selalu balik ON TIME. Pukul 5 dah slide keluar n berdesup cabut dari UTM. pukul 5.15 pm dah sampai rumah. Sejak sebulan lebih lepas balik keje je memang tak amik Husna dulu. Saya balik rumah dulu, mandi siap-siap, lepas tu baru amik dia. Dalam pukul 5.40 camtulah. Saya buat camni sebab, kalau dia dah ada nanti, jangan mimpilah nak mandi, kemas-kemas semua. Silap-silap merasalah mandi pukul 1-2pagi. Sebab kalau saya amik dia terus, of courselah saya tak dapat mandi. Golek-golek dengan dia, dalam pukul 8 malam, mata dia dah ngantuk. Husna ni kalau nak tidur kene peram dulu. Kalau saya dah peram tu, dengan saya sekali terperam. Maka, bila dah terjaga 1-2 pagi baru lah kehidupan saya bermula. Basuh botol, solat Isyak, masak bubur dia. Kemas sana, kemas sini, basuh baju, lipat baju bla..bla..bla.............(kalau senarai tak penah abes, kan?)
Tapi harini terpaksa lah, angkut je dia mandi sekali macam pagi tadi. Seronok jugak. Husna berendam dalam besen. Ibu mandi jirus-jirus. Pastu Husna buat muka pelik bila nampak ibu dia gosok gigi, cuci muka. hahaha. Terkebil-kebil mata dia pandang. Then, saya explainlah apa saya buat.
"Ibu gosok gigi, Husna takde gigi lagi. Tak boleh gosok. Nanti Husna ade gigi, ibu gosok kan ye". Sambil mulut dia disumbat-sumbat dengan tiub ubat gigi. (Apa orang pegang dia nak pegang, tak bagi merengeklah!)
"Ibu cuci muka, nanti dah besar baru Husna boleh guna okeh!"
Agaknya macam paham, dia sambung kepek-kepek air dalam besen, tak pandang dah apa ibu dia buat.
Makin besar kamukan, Husna :)
Daaaa~~~
Fashya, bila dia dah besar sure akan rindu saat2 mcm tu kan.
ReplyDelete;)
eh biasalah tue fasya....mun tak sp tahap bw mandi sklali lee.cumanya letak playpen depan pintu bilik air....biarkan pintu terbuka...letak mirza dlm playpen..pastue mandi....
ReplyDeletekdg2 ok..kdg merengek jugak...kalau time merengek tue mun biar jelah doh nak buat mcmana....hehehehe...sementara anak nak besar nie memanglah cenggitu
kalau dh ber-2 je
ReplyDeletemerasalah husna mandi skali ngan ibu kan..nak tinggal camne
ibu takde depan mata merengek
tapi seronok gak aktiviti ni (:
reen suke entry neh :D
ReplyDeleteterase terase kasih sayang seorang mak.. expalin itu, explain ini.. untuk seorang anak kecil paham.. hmm i love u sha! heee
pinjamkan aku sedikit kesabaran mu..
fasya anto husna kat ane eh??
ReplyDelete=)
seronok2...nk try gak la...hihi :D husna blom ada gigi lg ek?xpe, biar lmbt asal selamat...aisya pun baru je ada 2kuntum kt bawah masuk 10bln ni... bonus utk fashya leh breastfeed husna tanpa kena gigit! uhuhu
ReplyDeleteAnn:
ReplyDeleteBetul ann, xpe, nanti adik dia tak over...huhu
mun:
takpe, sabar aje. dugaan sentiasa datang, semoga terus positif je..:)
dayu:
memang seronok sangat, nak mandi 'betul2' pun kisah, sebab kalau tak asik mandi 'tipu-tipu' je...huhu. Mandi kerbau lah tu..
reen:
entri last minit, menjadik jugak ye.
i love u too reen n payin..:))
akish:
fashya anta kat umah BS kat sri pulai, nape akish?
faizah:
husna ade gigi 2batang kat bawah tapi tersipu2 nak tumbuh. huhu. kalo dia gigit tak rasa lagi. Aduh, ngerinya kalau dia dah ade gigi nanti...
the good old days:-D
ReplyDeletesaya tag awak kt blog saya tau;-P