Wednesday, March 2, 2011

Mari Menolong IBU

Hai auntie-auntie sume, harinikan Husna rajin sangat tolong ibu kemas wardrobe. Sian ibu tak cukup kaki tangan nak buat suma. Nak kemas rumah, nak basuh pinggan, nak basuh botol-botol susu saya, nak mop lantai, nak masak bubur saya, nak macam-macam la. Tadi Husna nampak ibu kemas almari baju ibu. Huh! bersepah betul almari ibu. Kih Kih Kih. Syhhhh....Jangan bagitau ibu saya cakap almari ibu bersepah tau. Abes la saya nanti...Ni secret tau.

Mula-mula ibu kemas wardrobe dia, masa tu saya macam tak berminat sangat. Lepas ibu dah siap, ibu bukak pulak wardrobe saya. Hahaha, sama jugak bersepahnya. Saya pun ape lagi, terus je meluru ke arah Ibu. Oh, sian ibu nak kemas semua kan. Baiklah saya bagi pertolongan dekat ibu. Dapat jugak pahala kan. Nama pun anak dara. Kenalah rajin.

Mula-mula;

Kena bukak dulu pintu kuning ni


Okay, bukak luas-luas sikit. Senang sikit nak kemaskan


Keluarkan semua baju-baju yang messy tuh ye. Boleh lipat.


Kalau penat duduk, kita boleh buat secara meniarap pulak


Keluarkan lagi ye.


Dah siap, boleh tutup semula pintu tu.


Pastu kite bukak pintu biru pulak. Kemas baju dalam tu pulak ye.
(Tak kemane kemas pun. Hahaha, tengokla bersepah lagi lah)

Haaa...auntie suma, rajin tak saya tolong ibu? Boleh jadik calon menantu tak nih? Auntie-auntie yang ade anak bujang tu ehem..ehem.....rajin tak saya?

*****hahahahaha****

Gelak sendiri tengok gelagat anak ni. Merapu je lebih saya tengah-tengah pagi buta ni. Tidolah!

10 comments:

  1. Alhmdulillah,lps ni kta tgk skill husna d dapur plak yer. Hehe

    ReplyDelete
  2. setakat ni eisya blum mengemas almari baju lg
    sebab tak penah nmpk kot
    hahahaha..ibu pemalas kemas almari
    dia dok selongkar laci bawah tv je
    yg tuh mmg haru biru dah dia keje kan

    mmg rajin anak2 dara kita kan
    dh besar kang pemalas
    siap...

    ReplyDelete
  3. na: insyaAllah, tgu dia dapat kaki pulak ye...

    dayu:
    memang semua tempat kene selongkar. KAdang2 dah malas nak kemas, asik kene kumbah je, tapi sebab sakit mata nak tengok terpaksa la kemas jugak...

    dah besar pemalas memang nak kene..hihi. Garang betul!

    ReplyDelete
  4. hihih so sweet entry ni..hihihi nasib baik almari isya kat tingkat atas nun..so tak rajin dia nak mengemas.. skang ni dia rajin mengemas meja laptop papa dia je..hihihi

    ReplyDelete
  5. rajinnye anak dara ni..
    molek buat calon menantu klo gini.
    :D

    ReplyDelete
  6. pandai nyee. macam ni boleh buat menantu. *wink* kt husna. eceh..

    ReplyDelete
  7. rajinnya husna ni..bagus2..nnt adik husna boleh tiru :)

    er mcm xsa2 jer kakak husna mengemas

    ReplyDelete
  8. bebaru ni ajak mya mengemas box baju2 dia.punya lah rajin sampai kan dia yg masok dlm box tu.

    ReplyDelete
  9. hebat la husna....

    aktif husna ni...walaupun tgk mcm adusss...serabut bersepak husna keje kan...tp anak sihat aktif alhamdulillah syukur

    biarla dia belajar semua tu....kite ni marah sikit2 pastu kemaskan balik ape yg anak buat.

    ReplyDelete
  10. Alahai.. rajinnya anak dara u, Fashya... kecik2 da menunjukkan sifat rajinnya tu.. hehehhe...
    Kalo Husna dok sekali ngan Syira.. maunye jadi tongkang pecah umah kita... hikhikhik..

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ