Friday, March 4, 2011

Happy 10month baby...

Entri untuk Anakku Husna.

OH! My intan payung hari ini sudah masuk 10 bulan
Gambar ni fresh di ambil pagi tadi masa nak hantar dia pegi rumah BS.


Oh Husna anakku sayang!
Mari sini ibu nak ceritakan suatu cerita realiti tentang hidup kita. Moga suatu hari nanti bolehlah anak ibu ni jadikan panduan dan pedoman dalam hidup kelak.

Sepanjang mengandungkan kamu, sewaktu melahirkan kamu, sepanjang mendidik kamu, ibu benar-benar kenal apa itu PENGORBANAN. Pengorbanan seorang ibu tidak akan dapat kamu balas walaupun dengan duit, emas setinggi langit. Tidak ternilai bagimu sayang.

Setiap apa yang dilakukan oleh seorang ibu untuk anaknya adalah IKHLAS semata-mata. Sungguh ibu tak tipu.

Ibu tak mintak untuk dibalas semua jasa ibu sejak anak ibu dibentuk dari dalam rahim lagi. Kini, lagi 2bulan kamu akan menginjak ke angka 1 tahun. Cepat betul masa berlalu. Ibu masih teringat waktu ibu disahkan mengandung. Tak sangka betul begitu cepat Allah bagi ibu dan ayah rezeki. Seawal 3minggu usia perkahwinan ibu dan ayah, kamu telah wujud dalam rahim ibu. Cepatkan? Terima kasih Allah.

Nanti ibu cerita detail masa kamu 1 tahun nanti ye.

Ade pulak selingan, konon nak amik mood syahdu syahdan, tapi wait dulu.....Masa setahun nanti ibu tulis lagi. Bagi refreshment.

Skarang ibu nak bagi tau satu perkara yang perlu Husna tahu, IBU & AYAH SAYANG 10juta kali millon trillion zillion anak ibu ni. Nampak tak macam mana ibu describe sayangnya ibu kat anak ibu ni. Sungguh sayang. Gila kalau sapa tak sayang anak. Walaupun ibu selalu marah Husna tapi tak bermakna ibu tak sayang tau. Kadang-kadang ibu sangat tension, ibu ter'kejam' sikit dengan kamu. Husna kena tahu, hingga saat ini ibu masih keseorangan menjaga kamu. InsyaAllah, kalau Allah izinkan tak lama lagi kita akan duduk satu bumbung dengan ayah. Sama-samalah kita doa ye nak. Husna pandai doa tak? Kalau tak pandai masa ibu solat tu Husna kena la behave, bagi ibu khusyuk solat. Bila ibu dah siap solat, masa ibu letak atas pangku ibu, Husna dengarla ibu berzikir, lepastu kita tadah tangan sama-sama mintak dengan Allah semua permintaan kita. Mintak sungguh-sungguh tau dengan Allah. Nanti Allah tahu kita betul-betul nak ayah duduk sama-sama dengan kita. Kan Husna. Semoga Allah kabulkan permintaan kita. Amin. Lagi satu Husna, Husna kena tau, kita ade auntie-auntie yang super baik kat sini. Diorang semua pun aminkan doa kita tu :)

Meh ibu cerita pulak apa pencapaian terbaik anak ibu dalam masa 9 ke 10 bulan ni.
First dalam usia ni of course Husna dah pandai meniarap, menyusur kedepan, duduk dengan stabil, merangkak dengan laju dan semalam ibu terkejut dengan pencapaian terbaru kamu. You can stand by your own. Terkejut jugak ibu. Bila masa kamu pandai ni nak? Ibu tak tau pun! Mak tau tak? Ish, tak best kalau mak tau dulu. Tapi kamu macam tak sedar kamu tengah berdiri. Bila kamu sedar kamu jatuh. HAHA. Ibu bersorak-sorak kegembiraan tengok kamu tau. Alhamdulillah, kamu dah capai dari level ke level. Tak lama lagi dapatlah kaki tu. Fengsanlah ibu kejar kamu pulak. Hihi. Tak sabar pun ada ni. Teruja lah!

Dan...dan...dan... kamu sekarang sangat-sangat notty, suka tau kacau ibu siap-siap nak g keje. Suka kacau ibu nak tidur, kalau ibu tinggalkan awak, awak nangis, tapi kamu tinggalkan ibu takpe eh. Ibu elok je baring dekat tilam, tapi kamu pegi bersiar-siar kat dapur, kat ruang tamu. Kalau bersiar-siar saja takpe, ibu tak kisah, tapi yang tak tahan kamu suka mengutip. Kutip dan masuk mulut. Sampai tak larat dah ibu nak melarang. Kadang-kadang ibu biar kan aje. HAHAHA. Sambil berfikir, Ah! anak orang asli elok je hidup walaupun makan tak tentu hala, (erm, tapi orang asli sekarang dah maju tau). Cube kalau ibu sibuk nak buat keje, time tulah awak nak ajak ibu main.

You are still lucky bebeh, Allah masih bagi awak rezeki untuk menikmati kelazatan susu ibu walaupun bila ibu perah dekat opis tak lah semeriah mana, tapi cukupkan untuk awak minum disiang hari. Ibu harap ibu akan dapat PhD dalam Breastfeeding. InsyaAllah. Ibu suka sangat reaksi awak bila ibu nak bagi Cik B kat awak, suara mengada-ngada keluar, Ya Allah, rasa nak gigit je pipi tu. Macam tak sabar-sabar nak nenen. This moment is always be my best moment bila dengan awak, bila awak dah start hisap, ibu akan dekatkan lagi badan awak dengan badan ibu. Sambil usap-usap rambut awak. Geram tau! Kalau bab makan pulak, awak memang sangat-sangat suka makan. Pantang nampak makanan, mata awak bersilau-silau je. Ibu nampak keterujaan awak tu kalau ibu tengah menyuap. Kesian tengok muka macam kucing dalam movie Shrek tu, ibu pun bagila mane yang awak boleh makan. Ei, kalau dah dapat suka sangat lah. That's why ibu terpaksa merajinkan diri buat bubur 2hari sekali sebab nak bekalkan ke rumah BS. Hari-hari awak makan carrot, ikan @ daging, celeri, brokoli sampai naik muak ibu nak masak. Hari-hari lauk sama. Agak-agak awak bosan ke tak eh? Ibu pun dah takde idea nak pelbagaikan lauk awak. Nantilah, kalau gigi awak dah tak segan nak keluar ibu bagila makanan lain pulak ye. Cepat-cepatla tumbuh gigi tu.

Panjang pulak entri 10bulan ni kan. Kalau tak ibu macam takde idea nak tulis apa. Okaylah anakku, sampai sini sajelah kot. Tak sabar nak celebrate birthday awak yang pertama. Erm, kejap je masa berlalu. Kan?

Ni gambar penutup buat ayah;














12 comments:

  1. panjangnye surat ibu neh..

    nway husna..semoga mbesar dgn sempurna..

    ReplyDelete
  2. sukenyer,....nnti turn fareez plak...lelaki mesti lg lasak...

    ReplyDelete
  3. okeh,apesal lawa sgt fashya ni?eh...salah komen..miahahaha...

    Memula rasa terharu,pastu rasa kelako..pastu apasal kate husna mcm kucin shrek?tomeii..err,rijal mas panggil rabbit..miahahah...

    mas dh aminkn,moga2 terus naik ke arashy doanya,xde tapis2..*ai dh verangan kalo u dok cni,nk ajak watpe* hahahah..

    hm,cepatnya anak besar..sedih plak,ni mst nk peot dh ni..ok,tataaa

    ReplyDelete
  4. wahh...husna dah berdiri sendiri?
    bagusnye.tak lama g dah leh jalan.

    ReplyDelete
  5. entry 1 thn lg pnjg la nnt..hehe..besar dh kakak husna..mga2 ibu husna dpt gnggam phd yer

    ReplyDelete
  6. aaaaminnnnnnnnnnn..hehehhe nnt balik, husna da boleh main kejar2 ngan nana n alisya..sapo keja sapo ni?..abg aital kot yg kejo semua anak dara..hehehhe...
    n husna, sila behave nnt ye.kalo notty2, nant ibu lg cpt kuruih lg dr hmm...mak ngah ke aunt suzie?..oohh, tidakk!!

    ReplyDelete
  7. cik fasya:
    terpanjang pulakkan, Thanks cik fasya.

    fiez:
    siap sedia dari sekarang, stamina kene tinggi untuk kejar anak.huhu

    ummi:
    mane da lawa, hidung pun pesek je. Mas, kalau fashya dok dekat sana kita beronggeng sampai malam. kahkahkah.

    ReplyDelete
  8. zuris:
    tak lama lagi jalan, dan tak lama lagi ibu penat kejaran.

    cik miera: Thanks.:)

    yana: AMIN>.

    kak suzi:
    haaa, dah tukar nama baru clear.
    abis la tok mak dia tgk cucu-cucu berkejar-kejaran. Untung abg aital ade ramai anak dara nih. hahaha

    ReplyDelete
  9. happy 10month ye husna sayang..kakak tua sebulan je ngan isya eh...hihihi

    semoga husna sihat2 selalu..comel2 selalu..notty2 selalu..dengar cakap ibu tau...

    ermm tak rasa kan masa berlalu dengan pantas..dah besar da anak2 kita nie

    ReplyDelete
  10. huhu....husna baby PJJ..sama ngan baby Ammar Hafiy. Semoga husna menghargai pengorbanan ibu ye..Behave ye..ciann ibu jagan husna sorang2.

    Cute plak bila baca entry ni.. ;P

    ReplyDelete
  11. ahaiii..husna syg...auntie lambat wish.....

    hepi 10 mths syg.....

    =)

    ReplyDelete

ღTukar tulisan? Silalahღ

ღFollowersღ